Salam,

Mungkin ramai yang dah pernah mendaki Bukit Broga (Broga Hill) kan? wife aku pon dah pernah daki Bukit Broga pada tahun 2010 tapi ini adalah kali pertama aku daki Bukit Broga. Tiap-tiap tahun dulu aku planning nak daki Bukit Broga tapi setiap tahun lah niat tu hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bukit Broga terletak di kawasan Semenyih dan berdekatan dengan University of Nottingham (Kampus Malaysia). Korang google jer mesti jumpanya, tak susah pun.

Misi ke puncak kali ni disertai oleh wife aku, Izham dan juga Zainal (geng Izham). Seawal 6.30 pagi aku ngan wife dah keluar menuju ke kaki Bukit Broga. Tempat berkumpul adalah di ladang kelapa sawit (starting point) di kaki Bukit Broga, pagi tu agak berkabus atau mungkin juga jerebu. Parking kereta di ladang kelapa sawit berbayarkan RM2 dan nak masuk tandas kat situ kena tol RM1 yer so kalau rasa nak ke tandas tu berhenti ler kat Petronas sebelum simpang ke Bukit Broga tu.

Aku rasa lebih kurang 15-20 minit sebelum jam 8, kaki kitaorg sudah bergerak mendaki. Memang ramai giler orang kat Bukit Broga ni seumpama pesta, ada yang datang dengan 2 bas yang penuh dengan student. Bukit Broga ni kalau aku kira ada 4 puncak tapi ada yang kata 3. Tak kisah ler 3 atau 4 janji aku dah sampai di puncaknya. Puncak yang paling atas mempunyai ketinggian 400 meter dan di puncak ni ada track untuk ke Gunung Tok Wan.

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

Pendakian dari starting point untuk sampai ke puncak yang pertama agak tough dan curam tapi masih boleh dihadapkan lagi. Track yang curam dan licin boleh menyebabkan kasut korang hilang grip yer, aku nasihatkan supaya pakai kasut yang mempunyai cengkaman yang kuat. Kasut sports pun boleh jugak tapi cuba cari tapak yang sesuai. Kasut hiking aku banyak membantu untuk mendaki di tempat-tempat yang curam tapi terpaksa berhati-hati di track yang berpasir kerana senang hilang grip. Bagi yang berbadan besar, aku nasihatkan bawak hiking stick sekali sebab boleh membantu mendaki di tempat-tempat yang curam. Memang ada yang mendaki guna selipar jepun jer dan tak payah gunakan hiking stick pon tapi agak berisiko, kasut dapat melindungi kaki korang daripada cedera dan hiking stick juga dapat membantu mendaki ditempat yang curam. Itu semua terpulang kepada masing-masing tapi bagi aku “SAFETY IS ALWAYS NO.1”.

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyPuncak pertama Bukit Broga… tengok tu sampah bertaburan.. ish!!!

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

Puncak pertama Bukit Broga ni dah semakin botak dan aku tengok banyak jugak mereka yang tiada kesedaran sivik meninggalkan plastik makanan dan botol-botol mineral kosong bertaburan di atas puncak tu. Apa salahnya dorang semua bawak balik turun sampah dorang tu, ni buang kat atas tu jer. Ada ker patut masa aku mendaki track curam tu ada plastik licin kat atas track tanah tu, kalau terpijak ni memang tersungkur ler….ermmm.. aku capai plastik tu dan terus masuk ke poket. Balik tu ada 2-3 plastik dalam poket aku…ahahahahahaha…

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyWife pun nak selfie gak…ekekekekeke..

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyBanyak batu-batu besar kat atas bukit ni…memang cantik..

Dari puncak yang pertama ke puncak seterusnya, bagi aku takde la susah sangat dan boleh santai jer mendaki tu. Sambil-sambil tu boleh duduk lepak atas batu-batu besar dan menghayati permandangan dari atas Bukit Broga. Aku takleh nak terangkan tapi korang tengok ler sendiri gambar-gambarnya.

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyMenuju ke puncak ketiga..

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyCantik betul view kat atas tuu.. cuba tengok awan kat belakang tu…rasa cam setinggi gunung lak..

Penat pendakian tadi terasa berbaloi apabila kitaorg sampai di puncak terakhir Bukit Broga dan aktiviti bergambar di papan tanda Puncak Bukit Broga adalah wajib sebagai bukti kitaorg dah berjaya. Sesak jugak kat puncak atas tu sebab kecik jer ruangan puncaknya dan kat puncak ini jugak ada track yang menuju ke Gunung Tok Wan, mungkin amik masa lagi 2 jam perjalanan. Kitaorg masuk jugak track ke Gunung Tok Wan tu, baru jalan 100 meter pastu ada ular hitam melintas depan kitaorg…ahahahahaha… so kitaorg pun pusing balik ke Puncak Bukit Broga lagipon memang takde plan nak ke sana pun cuma nak ikut track tu dalam 100-300 meter jer. 😀

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyPuncak Bukit Broga…

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographySenaman kaki jap…..teknik imbangkan badan..hihihihihi.. 😀

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographyDi ketinggian 400 meter…..

Lebih kurang pukul 10 pagi, kitaorg mula turun daripada puncak Bukit Broga. Perjalanan turun agak tough jugak sebenarnya sebab terpaksa menyusuri track yang curam dan licin. Masa ni lah kasut hiking dan hiking stick memainkan peranan, track yang penuh dengan pasir memang akan buat kasut hilang grip.

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographySungguh cantik permandangan dari atas tuu…

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotography

bukit-broga-hill-semenyih-shamphotographySentiasa tabik dan menghormati alam semulajadi……

Apabila selamat sampai di bawah (starting point), terus lepak pekena nasi lemak dan 100 plus jap kat gerai di kaki Bukit Broga tu sebelum kitaorg gerak balik. Korang semua dah tengok gambar kan so jom tengok video kat bawah ni pulak.

Ok!.. jom layan video, kasi on itu speaker kalau mau dengar lagu best…. hihihihihi .. 😀

Kalau mau tengok Video HD bersaiz besar, klik link sebelah ni —–> http://vimeo.com/86466630

Entri akan datang —-> “Menuju Puncak Bukit Gasing” lak so tungguuuuuuuu yer……… 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

14 thoughts on “Menuju Puncak Broga Hill

    1. TQ saudara Khir, mmg cantik permandangannya, saya pulak bila tengok broga hill ni seakan-akan bukit di Massilau kat Sabah tu… lebih kurang camni ler jugak dengan batu-batu yg besar… saya harap saudara Khir dapat naik Broga Hill nanti…mmg best.. 😀

  1. subhanallah indahnya panorama.. tapi sayang sikap..setengah tempat yg lawa..knapalah buang sampah merata..klau tpijak..terjatuh..kat atas2 bukit tu..ssusah tu… memng cantik bro..tambh langsap batu2 besar..pmdangan mcmkat oversea..tapi saya sndri pun x pnah sampai.. good entry bro 😛

    1. Itu ler antara-antara sikap masyarakat kita bro… dorang boleh bwk naik makanan dan air botol yg berat tp tak mampu nak bawak turun plastik dan botol air yg kosong… sedih gak tgk sebenarnya… ada member aku ajak wat projek khas untuk naik atas dan kutip sampah, harap2 boleh lah jayakan projek tu… kat atas tu mmg cantik bro cam kat oversea.. hihihihihi.. Negara kita indah tapi semua haruslah jaga alam semulajadi… Nanti kalau ada masa, cuba ler naik Broga bro… mmg best.. 😀

  2. bgus tu project mcm ni..klau aq stay kat area2 sana memng aku pun nak joint kdmat masyarakat mcm ni.. bawa pandai nak kutip lpas mkn nak bawa trun balik mlas..ni smua sbab sikap la 😛
    ni harus diubah 🙂

  3. salam,saya siswa unisel bestari jaya,hujung minggu ni saya nak pergi mendaki bukit… kawan saya cadangkan bukit jugra tapi saya teringin nak ke bukit broga. mana satu yang terbaik

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.