Salam,

Aku dibesarkan di Kg Kerinchi, menetap di Kg Kerinchi selama 27 tahun, berpindah ke Pantai Dalam selama 5 tahun sebelum menetap di Shah Alam sehingga kini. Sepanjang tempoh tu tak pernah aku terpikir nak mendaki Bukit Gasing (Gasing Hill)….ahahahahaha. Bukit Gasing ni terletak di antara Petaling Jaya, Kg Pasir dan Pantai Dalam. Ada 3 starting point untuk mendaki Bukit Gasing ni iaitu di Jalan Gasing, Pantai Hillpark dan di Jalan Kubur Kg Pasir. Hiking kali ni pun aku ngan wife join geng-geng WWR gak pastu kitaorg ajak team “We dah ke Belum!” iaitu Izham, Akmar dan Jijie sekali.

Semua berkumpul di Pantai Hillpark, aku senang ler sebab aku dah biasa dengan Pantai Dalam ni…tempat aku membesar ok!!… Izham sampai dulu pastu baru kitaorg sampai. Lepak kejap sementara tunggu geng-geng lain tapi Akmar  dan Jijie tidak bertindak mengikut arahan yer, suruh berkumpul di Pantai Hillpark tapi dorang gi tunggu kat Jalan Gasing pulak…ermmmm..memang sajer dorang ni. Misi aku kali ni ialah untuk bergambar di Menara Pemancar di Puncak Bukit Gasing sebabnya daripada kecik lagi aku tengok menara pemancar ni dari jauh jer dan juga ada kuil disebelahnya..

Bermulalah sesi perkenalan dengan geng-geng baru pastu barulah kitaorg semua mula mendaki Bukit Gasing. Tak sampai 10 minit menyusuri  track dah kena turun dan mendaki track yang curam dan seterusnya sampai di Canopy Walk. Aku pun tak pernah tau dalam ni ada Canopy Walk sebenarnya tapi takde ler tinggi pon. Banyak jugak track yang curam sebenarnya so jangan pandang rendah kat Bukit Gasing yer…  😀

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyCanopy Walk a.k.a Suspension Bridge

Dari track Pantai Hillpark kitaorg keluar kat Jalan Gasing dulu sebab nak gi bekfes kat mamak jap pastu masuk balik ikut starting point di Jalan Gasing.

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyNyibuk jer si jijie tu nak interframe…

Akhirnya sampai jugak kitaorg di Lookout Tower Bukit Gasing, rehat jap sambil berposing depan kamera ….hihihihihi.. 🙂 Selepas puas berehat kitaorg meneruskan lagi perjalanan mencari track untuk ke puncak Bukit Gasing,  track Bukit Gasing ni sebenarnya senang keliru dan sesat bagi mereka yang kali pertama. Kitaorg pun terpaksa tanya sesiapa sajer yang kitaorg jumpa sepanjang perjalanan tu.

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyGroup photo…

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyTeam “We Dah Ke Belum” tapi tak cukup seorang lagi…

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyNorthface+Columbia+Puma+Brooks

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyNak terbang…

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyTry to find peace…

Hasilnya berjaya jugak misi aku untuk bergambar di Puncak Bukit Gasing, yang paling seronok nyer boleh nampak rumah parent aku dari puncak ni. Dulu aku hanya pandang dari jauh jer menara pemancar ni tapi hari ni aku berdiri di bawahnya. Seperti biasalah kan, kamera masing-masing perlu menjalankan tugasnya. Jom tengok gambar lagi sket…

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyLompat….

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotographyMenara Pemancar di Puncak Bukit Gasing…

Dah puas abis bergambar, kitaorg turun semula dan menuju ke track untuk pulang ke Pantai Hillpark. Disebabkan guide kitaorg yang keliru dengan track dan kiri kanan pon nampak sama jer, tertiba jer kitaorg keluar di Kg Pasir…ahahahahaha. 😀 . Kena rehat kejap pastu baru sambung balik mencari track ke Pantai Hillpark. Masa ni ramai jugak yang dah abis bekalan air, nasib baik aku ngan wife sentiasa standby 1.5 liter air dikongsi berdua walaupun track pendek . Better safe than sorry kan! walaupun berat nak pikul dalam beg, itu pun aku rasa cam tak cukup jer. Maybe kena beli jugak 2-3 liter water pouch yang boleh simpan dalam bagpac tu? Pastu biler nak minum sedut jer dari hose.

Akhirnya selepas direcee dan bertanya, berjaya jugak kitaorg keluar ke Pantai Hillpark. Masa ni semua dah tersenyum jer….ahahahahahaha. Giler tu, kalau berpusing-pusing sesat dalam tu memang kes naya laaa… ahahahaha. 😀 .

Korang semua dah layan gambar kan?.. so jom layan video pulak, macam biasa ler..tolong kuatkan volume speaker.

Kalau mau tengok Video HD bersaiz besar, klik link sebelah ni —–> http://vimeo.com/86888154

Sebelum balik aku bawak dorang semua gi makan nasi ayam Pak Yop Pantai Dalam bertemankan air tembikai laici — > Priceless

bukit-gasing-hill-hiking-shamphotography

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Menuju Puncak Gasing Hill

  1. Aktiviti berepisod sarat dgn info.kaki hicking.inshallah klu ada masa nak bersama kalian utk aktiviti akan datang.kalau sudi..hehe..blh la emel2 sye
    Adios….syukran

  2. salam bro..nice entry..tp x paham..entrance ikut bkt gasing ke pantai hillpark? pastu boleh exit kg pasir? maksudnya ada 3 entrance la..tp still jumpa benda yg sama on trek?

Leave a Reply to eshamz halim Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.