Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Pengembaraan kali ini telah membawa aku dan wife ke Genting Highland bersama-sama Team LesVoyageurs serta Team Urbanescaper dalam misi untuk menuju puncak Gunung Bunga Buah (GBB). Seawal pukul 5 pagi kitaorg mula berkumpul dan menuju ke RnR Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu beberapa kawan lagi sebelum bergerak ke Pekan Gohtong Jaya bagi memulakan pendakian.
Gunung Bunga Buah ini terletak di sempadan negeri Selangor dan Genting Highland, Pahang. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula di ketinggian 900 meter dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.
Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya. Ada dua trek yang boleh digunakan untuk menuju ke gunung ini, trek pertama daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan trek kedua pula adalah daripada bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua trek ini adalah di dalam tanah persendirian dan secara rasminya pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui trek-trek ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan akibat menceroboh.
Kereta boleh diletakkan di sepanjang bahu jalan di sebelah kebun yang terdapat di belakang deretan kedai (simpang kiri selepas 7 Eleven) dan seterusnya perlu berjalan kaki menyusuri trek yang melalui kebun-kebun sayur sehinggalah jumpa satu trek pacak menuju ke atas. Ikut trek ini hingga ke atas sehingga jumpa sebatang jalan yang bertar (jalan lama ke Genting Highland), belok kiri dan teruskan perjalanan sehinggalah jumpa kawasan kuari batu.
Trek pacak dari kebun sayur tadi akan keluar di jalan ini.
Belok kiri atau terus menuju ke atas selepas keluar daripada trek pacak (kebun) sehinggalah jumpa kawasan kuari batu.
Perjalanan daripada trek pacak hinggalah kawasan kuari batu.
Kawasan kuari.
Jengkaut ni dah lama tersadai kat kuari ni rasanya…
Nanti akan jumpa 2 simpang di penghujung jalan bertar tu apabila sampai di kawasan kuari. Jangan ikut laluan kanan yang akan terus menyusuri jalan raya tu tetapi ambil laluan kiri dan di tepi laluan kuari itu nanti terdapat satu trek laluan hutan. Teruskan lagi penjalanan dengan menyusuri sepanjang laluan trek hutan tadi untuk sampai ke tempat permulaan bagi mendaki Gunung Bunga Buah. Rasanya daripada kawasan kuari ke kaki Gunung Bunga Buah akan mengambil lebih kurang satu jam atau satu jam setengah masa perjalanan, bergantung kepada kelajuan masing-masing. π
Nampak tak gunung di belakang tu?… itu ler Gunung Bunga Buah…hihihihihi.. π
Yeayyy!!!.. dah sampai di kaki Gunung Bunga Buah. Rehat kejap sebelum mula mendaki. π
Papan tanda yang membuktikan korang dah sampai di kaki Gunung Bunga Buah….
Pendakian yang sebenarnya telah bermula.
Pendakian akan melalui trek yang mencanak naik dan juga trek turun yang curam. Ada yang kata treknya lebih kurang sama dengan Gunung Nuang tapi aku pun belum jejak Gunung Nuang lagi..hihihihi.. π Kitaorg teruskan perjalanan dengan mengikut laluan yang sedia ada, aku rasa treknya agak senang dan jelas untuk di ikuti. Terdapat satu water point di sepanjang trek jika kehabisan air tapi aku tak pasti samaada ada air ataupun tidak sebab kitaorg tak singgah pun di water point. π Aku pernah terbaca mengenai peristiwa sebuah Helicopter Nuri yang terhempas di Gunung Bunga Buah sekitar tahun 2007 dan mengorbankan 6 orang krew. Ada seorang rakan yang beritahu lokasi nuri terhempas tersebut boleh dijejaki melalui trek ke water point tapi rasanya kemungkinan bangkai pesawat tu telah dilindungi oleh hutan tebal ataupun telah dikutip oleh TUDM.
Naik, turun, naik, turun, naik, turun hinggalah sampai di Rock Garden…. π
Posing kejap…
Masing-masing berhenti berehat kejap sebelum teruskan perjalanan.
Trek gunung ini akan menyusuri permatang dan akan melalui satu kawasan berbatu yang dinamakan Rock GardenΒ (Taman Batu). Rock Garden sering dijadikan tempat berehat sebelum meneruskan perjalanan ke puncak dan yang paling menariknya, panorama Pusat Peranginan Genting Highland memang jelas kelihatan di Rock Garden.
Bergambar di Pokok Bonsai di Rock Garden.
Sampai jer di Rock Garden, seperti biasa Hisyam dan Jasper sudah bersedia dengan Trail Menu untuk dimasak di puncak gunung, menu utama kali ini adalah berkonsepkan ala western yang diberi nama Rock Garden Grill Ribs…hihihihi.. serta tak lupa juga menu-menu sampingan yang lain, memang menyelerakan. π #SiapaKataHikingBolehKurus … π
Rock Garden.
Lepak rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.
Tu diaaa… Jasper dan Hisyam sedang berkarya….
Lepak sambil menantikan makanan…hihihihihi… π
Boleh nampak Genting Highland daripada Rock Garden..
Masing-masing sedang sediakan makanan..
Chef Hisyam dengan Trail Menu nya… Rock Garden Grill Ribs..
Kitaorg meneruskan perjalanan ke puncak sementara Hisyam dan Jasper sedang kusyuk memanggang. Trek ke Puncak Gunung Buah daripada Rock Garden akan mengambil masa 1 jam melalui trek yang boleh dikatakan senang untuk diikuti. Sebelum sampai ke Beirut, nanti akan jumpa sebuah kawasan lapang yang mungkin akan dikelirukan sebagai puncak. Jangan tertipu yer, teruskan perjalanan lagi dan akhirnya akan sampai jua di Puncak Gunung Bunga Buah…. π
Kawasan lapang sebelum sampai di Beirut.
Ini dia… Puncak Gunung Bunga Buah..
Di ketinggian 1,430 meter dari paras laut.
Couple dan group photo…
Aku dan wife di Rock Garden.
Groupfie sebelum turun…
Yeayyyy!!!!!…
Perjalanan sehala sejauh 7 km akan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit mengikut kelajuan masing-masing dan aku nasihat supaya rancang waktu perjalanan bagi mengelakkan keluar lewat malam. Alhamdulillah, kitaorg semua selamat keluar sebelum hujan melanda di penghujung trek…hihihihi.. π Lepak makan dulu sementara menunggu hujan berhenti sebelum masing-masing bergerak pulang.
Seronoknya mandi air hujan…hihihihi.. π

wah best best…lama sungguh xg sana…Jom sabtu ni g Nuang pulak
ahahahahaha… nuang belum pernah naik lagi bro… dorang kata hardcore treknya… tp sabtu ahad lepas aku ada run event… next time leh join bro naik nuang.. π
best nye.. teringin nak panjat gunung / bukit lagi.. cehh..padahal baru panjat bukit broga je.. huhu.. tp tu laa..broga okey lg sebab carry anak.. kalau trail bahaya ni risau jugak kann.. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2015/03/hiking-broga-hills.htm
Betul tu…kalau carry anak better survey dulu treknya camner… takut membahayakan nanti… tp aku pernah tgk satu brader ni carry baby dier sampai air terjun bukit saga… tp guna baby carrier backpack… π
wah..tahniah…boleh dijadikan panduan.
TQ Bro…. π
Nak tanya. Nak mintak izin dekat owner jalan tu macam mana ye ? Dorang memang ada dekta situ atau macam mana ? Teringin nak pergi sini. Hee.
Biasanya treknya x perlu minta izin kecuali jika nak masuk ikut kebun2 orang. Yang tu kena mintak izin kat owner kebun atau yang menjaga tempat tu. π
Masih sesuai ke kalau nak memanjat dalam minggu ni atau minggu depan ? Baru baru nak berjinak jugak ni. Dengar kata, orang cakap hujung bulan 10 ni tak sesuai kalau nak memanjat.
Boleh jer sebenarnya….biasanya yang tak sesuai tu kalau hiking yang perlu menyeberangi sungai sbb risiko air sungai naik atau kepala air tu mmg bahaya disebabkan hujan. Kalau Gunung Bunga Buah rasanya takde masalah cuma kalau hujan tu mungkin trek akan jadi licin dan banyak pacat. Perlu hati2 sekiranya hujan lebat sebab risiko pokok tumbang amat tinggi. Maklum ler musim lembap so pacat berlumba-lumba cari makan..hahahahahahaha.. Ada banyak jugak tempat yang tutup dan tidak dibenarkan mendaki oleh jabatan perhutanan mulai bulan November hingga Januari. π
Hahaha. Pacat eh ? Takpe lah bagi dia makan sekali sekala. Haha. Tapi terima kasih bang bagi info. Keep update ye kalau pergi ke mana mana gunung atau trekking. Seronok pula membaca. Info pon cengginiiii ??
Sama-sama bro… sharing is caring kan…hahahahaha.. terima kasih jugak sbb sudi singgah blog ni.. π ??
salam..nak tnaya dkat gunung buah nie kn ada tapak perkhemahan yang dekat x..?
Rasanya ada sebab ada jugak group yang camping tapi tak pasti di area mana?… sebelum smp peak memang ada kawasan luas yang boleh camping…mungkin di situ kot?… π
slm.. blh sya tau mcmne nak dptkan kebenaran tu?
Nak dapatkan kebenaran apa tu?….
Salam. Boleh sy tau kt mana nk minta permit mendaki gbb? Dgr kata sekarang ada polis bantuan jaga. Kalau xde surat or permit dorg xbagi naik. Byk da grup xdpt naik sebab dorg dtg redah je. Mohon encik dpt tlg or kalau tau siapa2 yg boleh bg info tu. Terima kasih.
Saya tak pasti pulak tapi ada jer member naik dalam 3-4 minggu lepas…takde pulak dorang komplen kena ada permit.. kalau macam tu bro kena lah semak GBB tu dibawah jabatan perhutanan mana?…
salam tuan… nk tnya… trek GBB ni perlu ade guide ke? ke xyah sbb just ikut laluan yg sedia ada…
Trek GBB x perlu guide pun takpe sebab ada trek yg sedia ada tapi seboleh-bolehnya bawa ler sesiapa yg dah pernah naik sana sbb laluannya jauh jugak sebelum mula mendaki…. π
Nak tanya ye, kalau beginner leh daki ke gunung ni?
Boleh jer tapi treknya agak panjang…elok hike dgn kekawan yg dah pernah naik gunung ni.. beginner pon kalau stamina kuat mesti boleh sampai puncak nyer….hihihihihihi… good luck bro.. π
nak tny , GBB perlu ada permit x ?
Dulu kami naik takde mohon permit tapi skrg ni mungkin perlu mohon sebelum mula mendaki… π
gunung ni bukak ke tutup eh bulan 12 ni ?
Kena check dengan Jabatan Hutan Negeri bro…. π