Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Gunung Lambak sememangnya satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah Kluang, Johor. Gunung ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga Johor tetapi juga cukup popular di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura. Gunung Lambak ini mempunyai 2 puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut. Sesiapa yang singgah di Bandar Kluang, mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah dan menjadi permandangan latar belakang Bandar Kluang.
Gunung Lambak ini terletak 5 km dari Bandar Kluang dan sekiranya daripada Lebuhraya Utara Selatan, bolehlah susur keluar melalui Air Hitam/Batu Pahat dan terus menghala ke arah Bandar Kluang. Kalau tidak salah, rasanya ada 2 jalan utama untuk ke sini iaitu melalui Jalan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin atau Taman Sri Jaya. Kalau nak gunakan Google Maps atau pun Waze pun tiada masalah, mesti boleh jumpa lokasi Gunung Lambak ni…. π
Pendakian akan bermula di Hutan Rekreasi Gunung Lambak yang telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan. Hutan Rekreasi Gunung Lambak ini turut menyediakan tapak perkhemahan dan perkelahan, ruangan parkir kenderaan yang luas dan juga taman permainan serta taman tema air dengan kolam untuk kanak-kanak. Selain daripada terdapat juga chalet penginapan dan juga kemudahan asas seperti tandas serta kemudahan lain.
Tujuan sebenar aku, wife, Alice dan Zakiah berkunjung ke Kluang adalah untuk ke Majlis Perkahwinan Hafeesyam dan Athin (Geng Ngopi). Aku dan wife tiba di Kluang pada hari jumaat manakala Alice dan Zakiah pula tiba di Kluang pada pagi sabtu dengan keretapi. Terima kasih kepada Hafeesyam kerana sudi menaja penginapan kitaorg di Kluang dan yang paling seronoknya hotel yang ditempah hanyalah 1km daripada Hutan Rekreasi Gunung Lambak. Memang kitaorg dah rancang untuk daki Gunung Lambak pada pagi sabtu tu sebelum ke rumah pengantin perempuanβ¦.hihihihi.. π
Seawal 7 pagi, kitaorg dah bergerak ke Hutan Rekreasi Gunung Lambak tetapi sebelum tu singgah beli nasi lemak dulu sebagai bekalan mendaki nanti. Nasib baik ada kedai makan sebelum sampai ke parkir Hutan Rekreasi Gunung Lambak. Sempat berborak dengan penjual nasi lemak tu bertanyakan trek Gunung Lambak dan menurut dia, ada 2 trek untuk mendaki ke Gunung Lambak iaitu satu trek agak santai melalui jalan yang bertar dan satu lagi agak mencabar tapi kedua-dua trek itu nanti akan bertembung sebelum menuju ke puncak. Kitaorg pilih trek yang mencabar, saja jer nak mencuba cabarannyaβ¦hihihihihi.. π
Pintu masuk ke Hutan Rekreasi Gunung Lambak.
Kawasan parkir yang amat luas.
Trek yang mencabar tadi memerlukan kitaorg melalui sebuah jambatan gantung sebelum menyusuri jalan bersimen hinggalah jumpa trek hutan.
Jambatan Gantung.
Aku dan wife…
Bergambar lagi…
Ikut laluan bersimen ini hinggalah jumpa laluan hutan.
Taman Herba dan Taman Bunga di pertengahan laluan bersimen itu.
Laluan bersimen akan berakhir disini dan mula mendaki mengikut laluan hutan.
Kitaorg teruskan mendaki menyusuri trek hutan tu sehinggalah jumpa simpang pertembungan kedua-dua trek daripada kaki gunung tadi dan terdapat sebuah papan tanda laluan trek ke puncak Gunung Lambak di simpang ni. Trek ke kiri akan menuju turun ke kaki gunung manakala trek ke kanan akan menuju ke puncak.
Pendakian bermula..
Permulaan trek pun dah mencanak naik.
Di trek yang curam ada disediakan tali untuk dipegang..
Naik dan naik dan naik….
Berhenti rehat kejap.
Di sinilah pertembungan kedua-dua trek daripada kaki gunung tadi. Trek ke kiri turun semula ke kaki gunung dan trek ke kanan menuju ke puncak.
Papan Tanda Peta Trek Gunung Lambak.
Teruskan perjalanan dengan menyusuri trek sebelah kanan sehinggalah jumpa satu simpang Y, trek ke kanan menuju kawasan lapang dengan Papan Tanda βSelamat Datang Ke Gunung Lambakβ. Aku rasa kawasan lapang ni sering digunakan oleh pendaki untuk berehat sebelum meneruskan pendakian dan di kawasan ini ada disediakan tempat untuk berehat dan sebuah kolam ikan kecil.
Kawasan lapang untuk berehat.
Ada kolam ikan di sini.
Tempat berehat dan lepak minum teh rasanya ni.
Di simpang Y ini kitaorg terus menyusuri trek di sebelah kiri. Kemungkinan akan terkeliru di kawasan lapang itu nanti, ada sebuah pokok besar di situ dan jika pokok besar tu berada disebelah kanan, maknanya memang berada di laluan yang betul. Ada papan arah ke Kemuncak Gunung Lambak lebih kurang 3-5 meter daripada pokok besar itu tadi dan akan jumpa satu lagi simpang Y tidak beberapa jauh daripada papan arah tadi. Ambil trek di sebelah kiri dan teruskan mendaki. Aku tak pasti trek kanan tu menuju ke mana, rasanya mungkin akan menuju ke puncak tapi kitaorg ambil keputusan untuk ikut trek ke kiri.
Pokok besar di kawasan lapang tadi.
Papan arah ke puncak.
Papan arah untuk turun nanti.
Daripada sini treknya akan mula mencanak naik ke atas, rasanya tiada lagi simpang yang perlu dilalui dan trek ni akan terus menuju ke Puncak Gunung Lambak.
Tu dia…..
Berhenti selfie kejap…hihihi.. π
Kat sini memang kena guna kaki dan tangan…hihihihi..
Bergambar lagi…
Trek memang dipenuhi dengan akar-akar pokok…
Kena panjat lagi….
Sikit lagi katanya…
Eh!..bergambar lagi.. bila nak sampainya…hihihihihi… π
Akhirnya, kitaorg sampai juga di puncak Gunung Lambak apabila kelihatan sebuah menara pemancar yang berdiri teguh di puncak. Di puncak Gunung Lambak ini memang terdapat sebuah menara pemancar dan berdasarkan maklumat yang aku dapat, dahulunya ada sebuah Stesen Pemancar Televisyen (RTM) di puncak Gunung Lambak pada tahun 1969 tetapi telah ditutup pada tahun 1983 dan sekarang hanya digunakan sebagai menara pemancar telekomunikasi.
Salute!!!!….
Ada tiang kat atas tu dan apa lagi, kena panjat ler untuk dapatkan permandangan bandar Kluang yang terbaik..
Eh!.. nak panjat jugak…
Permandangan bandar Kluang dari puncak Gunung Lambak…
Bergambar dengan menara pemancar di atas tu… π
Pendakian daripada kaki gunung hingga ke puncak berdasarkan laluan yang kitaorg ikut adalah sejauh 2.5km dan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah mendaki. Kalau laju rasanya boleh sampai ke puncak dalam masa 1 jam tapi memang kena kurangkan berhenti berehat atau bergambarβ¦hihihihihi.. π . Dinasihatkan supaya tidak membawa makanan menggunakan beg plastik oleh kerana banyak kera di puncak dan di sepanjang laluan. Kera-kera ini akan mengikut pendaki daripada belakang dan akan merampas beg-beg plastik yang berisikan makanan. Lebih selamat jika makanan disimpan dalam beg galas atau pun makan dahulu sebelum mula mendaki dan hanya bawa bekalan air serta ‘energy bar’ jer ke puncak.
Aku bercadang untuk teruskan perjalanan ke puncak yang kedua dan rasanya ada sebuah lagi pokok besar di situ tetapi disebabkan kesuntukkan masa, terpaksa batalkan niat tu dan terus turun menuju ke bawah. Perjalanan turun mengambil masa yang singkat dan kitaorg terus singgah di kedai makan tadi untuk sarapan pagiβ¦.hihihihihihiβ¦ kalau makan nasi lemak kat puncak tu, mesti berebut makan dengan kera-kera tu nantiβ¦hahahahahahahaβ¦ π Bergerak pulang ke hotel lebih kurang pukul 12 tengahari dan bersiap untuk turut serta rombongan menghantar mempelaiβ¦.hihihihihi.. π
Di kesempatan ini, aku dan wife ingin mengucapkan βSelamat Pengantin Baruβ kepada pasangan pengantin baru Hafeesyam dan Athin Nabiha yang secara tidak langsungnya memberi peluang kepada kitaorg untuk mendaki Gunung Lambak…..hihihihihihi.. π Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Bergambar dengan pasangan pengantin baru… π

Tak pernah pergi lg g.lambak… Selamat Pengantin Baru juga
Kalau singgah di bandar kluang johor tu bolehlah luangkan masa mendaki G. Lambak ni… π .. daypack hike jer… π
Nak pegi hiking gunung lambak this week, tngh survey.. thanks bro..you blog give a very clear instruction and info.
Sama-sama… π
Nk mendaki gunung lambak, tk perlu permit ke?
Tak perlu permit dan treknya pendek jer… π
Blog yang lengkap dan menarikk…. teruskan lagi ke tempat2 yg syokk . Senang nnti nk pergi sana . Hehehe