Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 58 pada tanggal 31 Ogos 2015, aku dan wife telah mendaftarkan diri dan turut serta di dalam Larian Merdeka Fun Run 2015 sejauh 5km di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya, Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Two Acestar Interactive Sdn Bhd dengan kerjasama D’Pulze Shopping Centre. Hanya 2 kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 10km dan kategori 5km fun run.
Larian ini pasti tidak akan sempurna tanpa kibaran bendera Malaysia dan seperti biasa, memang kitaorg dah berniat untuk berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang larian hinggalah ke garisan penamat sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini. Larian bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 8.00 pagi dan diikuti dengan kategori 5km pada pukul 8.30 pagi.
Aku memang tidak puas hati dengan penganjur larian ini dan malas nak bercerita panjang. Kenapa aku tidak puas hati?…. ermmmm…dihujung entri nanti aku ceritakan tapi jom layan gambar-gambar yang tak berapa nak banyak ni sebab malas nak bergambar sangat.
Sekali lagi jumpa si Joe ni….hihihihihi.. π
Sekali lagi #BullRunner dan #CuteTigerRunner berjaya mengibarkan Jalur Gemilang hingga garisan penamat.
Bukan 5km tapi 5.5km. Bolehlah ni kan?.. santai katanya…hihihihi.. π
Beratur panjang semata-mata untuk ambil medal.
Pentas acara Merdeka Fun Run 2015 di dalam DPulze Shopping Centre.
Eh!.. kenapa wife aku nampak lebih tinggi dari biasa ni?…hihihihihihi… π
Haaaa… barulah tinggi seperti biasa.. π
Ravenna 5 dan medal…(Gambar wajib kan..)
Komen aku mengenai acara larian Merdeka Fun Run 2015:
Ini merupakan acara larian paling teruk yang pernah aku dan wife sertai setakat ini. Daripada urusan pendaftaran yang agak leceh, proses pengambilan race-kit yang lambat sehinggalah ke hari larian yang amat mengecewakan. Oleh kerana terlampau banyak sangat yang aku nak komplen, terpaksa aku pecahkan kepada 2 bahagian di bawah ni.
Proses Pendaftaran dan Pengambilan Race-Kit:
- Cara mendaftar yang agak leceh dan hanya menggunakan Google Form. Pembayaran perlu dilakukan secara manual. Banyak juga maklumat asas yang tidak diminta di dalam borang pendaftaran seperti saiz baju atau maklumat kecemasan.
- Hanya menyediakan 2 kaunter semasa hari pengambilan race-kit dan kitaorg terpaksa beratur selama satu jam untuk menunggu giliran. Tidak disediakan kaunter untuk pengambilan race-kit secara pukal (bulk collection).
- Nombor Bib didaftarkan mengikut nombor MyKad semasa urusan pengambilan race-kit dan telah melambatkan lagi proses pengambilan. Nombor Bib dapat 2 helaiβ¦Kenapa ada 2?… nanti di bahagian bawah entri ni aku ceritaβ¦ π
- Disebabkan maklumat saiz baju larian tidak dinyatakan dalam borang pendaftaran. Ramai peserta yang mengambil race-kit bagi pihak rakan-rakan terkial-kial untuk mengukur saiz baju dan melambatkan lagi proses.
- Ruang pengambilan race-kit yang agak sempit tapi masih boleh diterima, kemungkinan tiada ruang yang sesuai.
- Warna baju larian memang agak menarik tapi kecewanya kain cotton dengan logo putih yang kecil.
- Penganjur mengatakan race-pack larian bernilai RM120 ke atas tapi hakikatnya aku rasa memang tiada nilai langsung. Promosi hebat tapi indah khabar dari rupa. Boleh rujuk gambar-gambar di bawah ni haaaaβ¦.
Hebat tak promosinya?….. tapi ramai yang tertipu… Race pack bernilai RM120 ke atas?… Cuba tengok gambar race pack di bawah ni…..
Inilah race pack yang bernilai RM120 ke atas…. sampai sekarang aku masih trauma dengan nilainya…hahahahahaha… setakat voucher nak kuruskan badan tu boleh dapat percuma jer. Berlari pun boleh kuruskan badan ok!… Race pack langsung tidak boleh digunakan bagi pelari lelaki kecuali serbuk pencuci attack!!..hahahahahaha.. lawak kan?… π
Semasa Hari Larian:
- Waktu larian yang agak lambat dan amat tidak sesuai dengan keadaan Cyberjaya yang terdedah dengan terik matahari. Panas ok!..
- Tiada Water Station bagi laluan 5km dan hanya ada 1 Water Station sahaja bagi laluan 10km. Itu pun ramai yang komplen air tak cukup. Walaupun berlari cuma 5km tetapi sepatutnya perlu ada water sation di pertengahan laluan. Memang amat mengecewakan dan boleh membahayakan serta risiko dehidrasi kepada pelari yang terdedah kepada cuaca panas.
- Laluan traffik hanya dikawal oleh Anggota RELA dan pelari terpaksa peka kepada kenderaan yang menggunakan laluan yang sama. Anggota RELA pun cuma bertugas di simpang 4 sahaja dan amat membahayakan keselamatan pelari di sepanjang laluan yang tiada pengawasan.
- Aku langsung tak nampak petugas medik ataupun ambulan membuat rondaan di laluan larian. Petugas medik hanya ditempatkan di depan pintu masuk Dpulze bersama ambulan. Bayangkan sekiranya ada yang pitam atau cedera di pertengahan jalan.
- Menurut peserta kategori 10km, laluan larian hanyalah 8km sahaja dan tidak mencapai 10km. Bagi kategori 5km, aku rasa itu tidak menjadi masalah walaupun terlebih 500m.
- Medal larian hanya boleh diambil mulai pukul 10 pagi. Peserta terpaksa menunggu walaupun dah lama menghabiskan larian.
- Tiada disediakan sarapan ringan kepada pelari walaupun hanya sekeping roti atau pisang.
- 2 helai nombor bib perlu diserahkan kembali kepada penganjur untuk menebus 1 botol air mineral dan medal larian. Dengan erti lainnya, sekiranya nombor bib hilang maka jangan haraplah akan dapat air mineral dan medal. Peserta tiada nombor bib untuk disimpan buat kenanganβ¦hahahahahahaβ¦ π
- Peserta perlu beratur panjang dan tandatangan semasa serahkan nombor bib untuk mengambil medal larian. Baru kali pertama aku kena tandatangan untuk ambil medalβ¦.hahahahahaβ¦ π
- Kalau mengikut gambar promosi di atas, sepatutnya peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima sijil penyertaan tapi sampai sekarang pun tak nampak sijil-sijilnya. Mungkinkah ada e-certificate atau mungkinkah sijil telah digunakan untuk bungkus nasi lemak.
Kalau nak aku senaraikan lagi, rasanya ada banyak lagi komplen yang boleh dituliskan disini tapi isu yang kecil-kecil tu masih boleh dihadamkan lagi. Banyak juga acara larian yang mengenakan bayaran sebanyak RM40 bagi kategori 5km fun run dan memang teratur serta puas hati. Aku rasa nilai RM40 yang perlu dibayar oleh peserta bagi Merdeka Fun Run 2015 memang amat merugikan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberi oleh penganjur.
Kesimpulannya, acara Merdeka Fun Run 2015 yang dianjurkan oleh Two Acestar Interactive Sdn Bhd memang amat mengecewakan bagi aku dan wife setakat ini. Sekiranya ada lagi acara larian yang dianjurkan oleh Two Acestar, jangan haraplah kitaorg akan daftar. Penganjuran larian yang cukup mengecewakan dan cukup hambar.
Ramai juga peserta yang komen dan komplen di dalam fb Merdeka Fun Run tetapi banyak juga komen serta komplen peserta telah dipadamkan oleh Admin Merdeka Fun Run. Penganjur ini adalah sesuai untuk menganjurkan acara larian bagi kanak-kanak sekolah rendah tapi rasanya agak bahaya juga sebab penganjur tiada sediakan water station….hahahahahaha… π Bayaran penyertaan sebanyak RM55 (10km) dan RM40 (5km) adalah seumpama menipu peserta.
Kalau nak tahu maklumat yang lebih lanjut mengenai penganjur Merdeka Fun Run 2015 supaya tidak lagi tertipu dengan promosinya yang hebat, bolehlah ke laman web www.twoacestar.com atau www.twoacestar.com/MFR15/index.html serta fb page Merdeka Fun Run.
Aku rasa perkara yang boleh diberi sedikit pujian adalah medal lariannya berbentuk Bunga Raya yang boleh dikatakan unik. Ok!.. sekian sahaja komen aku!..hihihihihihi.. π
Kalau ada peserta-peserta larian Merdeka Fun Run 2015 yang terbaca entri ini dan nak luahkan rasa tidak puas hati, jangan segan-silu untuk menulis di ruangan komen di bawah ni yer….hihihihihi… π

Sgt teruk!!! Sekian
Kan Bella kan!… mmg sangat teruk kan!…