Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Milo Malaysia Breakfast Day Run 2015 telah diadakan pada 10 Mei 2015 iaitu sehari selepas 9 to 5 Run. Lokasi larian masih lagi di Persiaran Perdana, Putrajaya dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan seawal pagi sebelum larian bermula. Bagi acara ini, kitaorg dengan yakinnya mendaftar untuk kategori 7km disebabkan hanya terdapat 2 kategori larian sahaja iaitu 3km Fun Run dan juga 7km. Kalau 3km nanti rasa macam sekejap jer kan…hihihihihihi… 😀
Milo Malaysia Breakfast Day ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti harian pada setiap hari disamping untuk mempromosikan produk-produk terbaru daripada Milo Malaysia. Sarapan pagi yang lengkap dapat memberi tenaga dan nutrisi yang secukupnya kepada badan supaya kekal sihat dan bertenaga. Acara larian ini dianjurkan oleh Nestle Malaysia secara tahunan dan disambut secara besar-besaran di Ipoh, Kuching dan juga Putrajaya yang merupakan lokasi penutup bagi acara ini.
Aku dan wife memang cukup bertuah kerana berjaya daftar untuk larian ni walaupun terpaksa menunggu berjam-jam di depan komputer semata-mata untuk memproses pembayaran. Ramai juga kawan-kawan yang tidak kesampaian untuk mendaftar oleh kerana penyertaan dah penuh dalam waktu yang singkat. Yuran penyertaan sebanyak RM20 memanglah amat berbaloi. Dengar review daripada kawan-kawan yang pernah sertai acara ni tahun lepas amatlah memberangsangkan. Buat kali pertamanya, kitaorg dapat nombor bib yang mempunyai timing chip untuk merekodkan masa larian daripada mula hingga garisan penamat….hihihihihi… teruja ler sikit kan!.. 😀
Larian bagi kategori 7km bermula pada pukul 7.30 pagi dan seperti biasa topi lembu dan harimau tetap akan menjadi simbolik bagi aktiviti larian kitaorg. Salah satu fungsi topi ni sebenarnya supaya kawan-kawan senang nak cari kitaorg. Memang terbukti sebenarnya sebab ramai yang tegur kitaorg daripada belakang.
Peta larian untuk kategori 7km..
Selesai jer larian, kitaorg lepak-lepak dengan Geng Zombie sementara menghabiskan air milo percuma…hihihihi…memang mewah dengan air milo jer pagi tu. Banyak juga aktiviti-aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh Milo Malaysia sepanjang program ini berlangsung. Catatan masa tidak rasmi berdasarkan jam aku adalah 1 jam 5 minit bagi 7km tapi masa rasmi daripada Milo Malaysia ialah 1 jam 3 minit. Hanya 2 minit perbezaan dan rasanya mungkin aku boleh capai sasaran bawah 90 minit untuk 10km…. 😀
Keputusan rasmi daripada Milo.
Sebagai seorang yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia larian, aku pernah tertanya-tanya apa bezanya Gun Time dan Nett Time. Gun Time ini sebenarnya, adalah masa yang direkodkan mulai siren flag off dibunyikan dan Nett Time pula adalah masa yang direkod mulai pelari melepasi sensor di garisan permulaan. Ini bermakna, masa Nett Time adalah masa yang paling tepat direkodkan sebaik sahaja pelari melepasi garisan permulaan sehinggalah ke garisan penamat dan manakala Gun Time pula akan dikira walaupun pelari belum melepasi garisan permulaan.
E-Certificate daripada Milo Malaysia
Ok!… Jom layan gambar pula…
Bersama pancaragam iringan…hihihihi..
Let’s run….
Selfie bersama VIP Milo Malaysia….hihihihi..
Ramai betul peserta…dari jauh nampak hijau jer…
Lepak sarapan kejap dengan Geng Zombie selepas selesai berlari..
Pentas Milo Malaysia..
Apa tu??…..
Milo Breakfast Day..
Red Bull minum milo..hihihihi.. 😀
Selfie atas pentas kejap….
Miloman dan Milowomen
Dapat 2 cawan milo…
Medal bersama Ravenna 5
Gambar ni aku dapat dari fb Milo Malaysia
Habis jer program terus ke Putrajaya Challenge Park (Taman Cabaran Putrajaya) sebelum balik ke Shah Alam, saja jer nak lepak dengan rakan-rakan yang masuk Deuter Trail Run. Pada pendapat aku, Milo Malaysia Breakfast Day Run sememangnya acara yang amat meriah dan pasti kitaorg akan daftar lagi untuk tahun depan.
