Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Mesti anda semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.
Hari Kedua – 8 November 2014.
Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?… persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no. 2 dah semakin karam dan ruangan enjinnya dah dipenuhi oleh air tasik. Bagaikan sedang menonton drama action dan suspen apabila melihat keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan beg dan diri masing-masing….ahahahahahaha… π Alhamdulillah!.. semuanya selamat dan keadaan telah kembali seperti sediakala apabila krew-krew houseboat berjaya menyelamatkan houseboat daripada karam. Ketua houseboat no.2, Bella Farhana menyelamatkan diri sambil memeluk tilam Toto….hihihihi.. agak lucu sikit di situ!!..hahahahaha.. π
Bahagian belakang dah semakin tenggelam tapi 2 brader tu masih lagi tekun memancing…ahahahahaha… π
Manakala di houseboat kami pula sedang sibuk menyediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke lokasi pertama pada hari kedua iaitu Air Terjun Sungai Kooi ataupun dikenali juga sebagai Shower Waterfall. Rasanya tak perlu aku menceritakan secara terperinci mengenai Air Terjun Sungai Kooi di entri ini, segala info boleh dibaca di entri Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014. Jom aku sajikan dengan gambar-gambar yang pasti akan mengugat ketenteraman anda…. hihihihihi.. π
Sungai Kooi, Royal Belum
Setiap kali aku ke Royal Belum, mesti akan bergambar di pokok ni… π
Pandang atas semua!!!….
Menghirup udara nyaman dan kedinginan air sungai yang mengalir…
3 sekawan lagi!!…
Serangga yang biasa ditemui di Royal Belum.. cuba teka yang mana satu kah Lantern Bug?…
Air Terjun Sungai Kooi ataupun Shower Waterfall..
Sekali lagi aku bergambar di sini…hihihihi.. π
Daripada Air Terjun Sungai Kooi, kami mendaki lagi keatas dengan harapan untuk bersua dengan sekuntum Bunga Rafflesia (Pakma) yang sedang berkembang tetapi agak hampa oleh kerana kebanyakkan bunganya rosak dan mati sebelum sempat berkembang mekar. Bunga Rafflesia adalah sejenis bunga yang amat sensitif dan hanya akan tumbuh menumpang di akar-akar pokok yang besar di sekitar lereng-lereng bukit yang curam.
Perjalanan diteruskan lagi ke 2 Perkampungan Orang Asli Jahai demi menjayakan misi yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Nampaknya chef-chef terpaksa memulakan tugas untuk menyediakan makan tengahari sementara menunggu houseboat sampai ke destinasi.
Wife aku bersama-sama Amlina dan Eyda diantara chef-chef tetap disepanjang program ini.
Berehat sekejap sementara houseboat bergerak ke Perkampungan Orang Asli Jahai.
Perkampungan Orang Asli Jahai No. 1
Aku lupa nama kampung ni tapi kampung ni tidaklah besar dan bilangan keluarga pun rasanya tidaklah ramai. Penyerahan bantuan telah disempurnakan dan diserahkan kepada Tok Batin disamping sempat bermesra dengan penduduk di situ.
Bermesra bersama anak-anak orang asli…
Groupfie ditengah-tengah kampung…
Bergambar bersama Tok Batin…
Perkampungan Orang Asli Jahai No. 2 : Kampung Aman Damai, Royal Belum
Ini adalah kali ke 4, aku menjejakkan kaki di Kampung Aman Damai dan setiap kali aku datang pasti ada beberapa perubahan di kampung ini. Kali pertama aku sampai di sini adalah pada tahun 2013 dan rasanya perkampungan ini tidaklah sebesar sekarang. Kampung Aman Damai merupakan kampung yang boleh dikatakan agak popular di Royal Belum dan sering menjadi tempat persinggahan kepada mereka yang berkunjung ke Taman Negeri ini. Selepas selesai penyerahan barang-barang bantuan kepada Tok Batin, bermulalah acara sukaneka khas buat kanak-kanak di kampung ini.
Selamat Datang Ke Kampong Aman Damai, Royal Belum.
Antara barang-barang bantuan yang akan diserahkan.
Sesi penyerahan barang bantuan di Dewan Terbuka, Kampung Aman Damai..
Acara sukaneka khas buat kanak-kanak di Kampung Aman Damai.
Acara tiup dan pecahkan belon…
Bergambar bersama anak-anak orang asli Jahai..
Sesi bermesra bersama anak-anak orang asli Jahai.
Kami sempat juga mempelajari dan mencuba sendiri senjata sumpit yang sering digunakan oleh masyarakat Orang Asli Jahai bagi tujuan memburu. Nasib baik ada video untuk membuktikan kehebatan ilmu sumpit aku….hahahahaha… kalau tak percaya, kasi tonton video dibawah ni yerrrrrr!!!….. π Jangan banyak bunyi yer, aku sumpit nanti!..hihihihi….
Kredit kepada Faiz sebagai videographer.. π
Aktiviti menyumpit yang sempat dipelajari daripada salah seorang Otai Puak Jahai…
Kami bergambar bersama Tok Batin, Kampung Aman Damai.
Yeayyy!!!… misi telah berjaya!!…
Maka dengan ini berakhirnya lawatan di Kampung Aman Damai, selesailah ‘Misi Kemanusiaan’ kami di Royal Belum yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada Masyarakat Orang Asli Jahai. Houseboat bergerak kembali menuju ke Kem Sungai Papan sebagai lokasi untuk bermalam bagi hari kedua. Aktiviti di sebelah petang sekali lagi dihabiskan dengan aktiviti berakit dan mandi manda di tasik disamping menikmati cekodok tepung twisties bertemankan air teh 0 panas. Apa?!!!!… Cekodok Tepung Twisties?!!!… mesti ada yang baru pertama kali dengar menu ni kan?.. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut atau ingin mencuba, sila klik entri Resepi Cekodok Tepung Dengan Twisties Kari di blog wife aku.
Disebelah malam pula, kami berpeluang untuk mengikuti ‘Night Jungle Trekking’ di sekitar Kem Sungai Papan. Apa yang menariknya aktiviti ini ialah kami semua berpeluang untuk melihat sendiri Cendawan, Fungi ataupun Spora yang bercahaya di waktu malam (Glow in the Dark Mushroom/Fungi). Sayangnya, memang agak susah untuk mengambil gambar disebabkan keadaan yang amat gelap di dalam hutan. Walau apa pun rasanya anda perlu melihat sendiri di depan mata apabila berkunjung di Royal Belum nanti. Ini adalah merupakan salah satu tarikan dan keistimewaan yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum. Pasti terasa bagaikan berada di dalam filem ‘Avatar’…. hihihihi.. π
Masa yang terluang pada malam itu dihabiskan dengan borak santai sebelum masing-masing melelapkan mata bagi mengembalikan tenaga bagi pengembaraan untuk hari esok. Esok masih ada 2 aktiviti lagi sebelum pulang ke Jeti Sementara Tasik Banding. Aktiviti apa?!!!!… sila nantikan bahagian seterusnya…. tungguuuuuuu…… π

Wahh meriahnya.. menikmati kedamaian hutan. Klu tak ada sedikit sebanyak ilmu hutan ni susah juga kan. Tak tau apa bahaya yg perlu diperhatikan disebalik kegembiraan dan kedamaian.. ada pak belang tak kat situ bro?..
Memang meriah bro… menikmati kedamaian alam semulajadi dan mendapat kawan2 baru… Pak belang ada bro tp syhhhhhhhhh!!!..kena diam2… hihihihi..:D
Salam..macam mana nak pi tempat ni?kalau nak buat community service kat perkampungan ni boleh x?
Jom join trip 30 okt – 1 Nov ni… ada 5 kosong lagi..
Klik http://www.eshamzhalim.com/ekspedisi-royal-belum-30-okt-1-nov-2015/