Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bumi Sabah telah digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 dan telah mengorbankan 18 nyawa terdiri daripada malim gunung serta para pendaki. Sebenarnya memang dah lama aku nak berkongsi cerita mengenai perjalanan dan pengalaman aku dan wife dalam misi mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa ditangguhkan dulu bagi menghormati kejadian gempa bumi yang telah menimpa Sabah.
Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu merupakan pencapaian yang paling tinggi setakat ini bagi aku dan wife yang bukannya seorang pendaki tegar. Akhirnya tercapai juga hasrat kami untuk berdiri di atas puncak yang tertinggi di Asia Tenggara.
Alhamdulillah, aku dan wife bersama Team TooHotDemo (Hisyam, Fareeza, Jasper, Sukh, Amar, Bella, Eyda Dida, Amlina, Khal, Din Jengking, Cumie dan Wolf) telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu dengan selamatnya pada bulan April yang lalu iaitu sebulan sebelum kejadian gempa bumi berlaku. Terlintas juga di kotak pemikiran aku, apa akan terjadi sekiranya kejadian gempa bumi itu berlaku semasa kami mendaki?…ermmm…tapi itu semua adalah takdir masing-masing. Sebelum aku mulakan menulis, terlebih dahulu aku dan wife ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Eyda Dida kerana telah menguruskan segala urusan pendakian dengan pihak malim gunung dan Kinabalu Park. Jasamu akan dikenang dan nanti boleh uruskan lagi yerβ¦.hahahahahaha.. π
Jom aku kongsikan pengalaman dan kisah kami………. π
22 April 2015
Selfie dulu sebelum bertolak ke KKIA1.
Terima kasih kepada Faiz dan Maria kerana sudi menghantar aku dan wife seawal pagi ke KLIA2. Penerbangan kami selamat mendarat di KKIA1 lebih kurang pukul 10 pagi, berkumpul dengan rakan-rakan yang lain terlebih dahulu sebelum menuju ke Kiram Village di Mesilau. Pendakian kali pertama ini akan melalui Mesilau dan Kiram Village dijadikan tempat penginapan sebelum mula mendaki pada keesokkan harinya. Para pendaki dinasihatkan untuk bermalam di ketinggian lebih kurang 2000 meter bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan paras ketinggian sebelum mendaki lebih tinggi.
Dalam van menuju ke Kiram Village, Mesilau.
Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Mesilau mengambil masa lebih kurang 2 jam dan sempat juga singgah di Pekan Nabalu untuk makan tengahari serta Kinabalu Park untuk bergambar sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Kiram Village.
Berhenti bergambar di Kinabalu Park sekejap.
Setibanya di Kiram Village, taklimat mengenai aktiviti pendakian serta penyerahan pemit pendakian telah disampaikan oleh Atong dan juga Azlan yang merupakan malim gunung kami bagi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu.
Jom groupfie dulu…yeahhhh!!!!…
Group photo dengan Atong (Jaket hitam dan bertopi).
Permandangan di sekitar Kiram Village.
Permit mendaki. Wajib dipakai sepanjang masa apabila mendaki.
Selesai semua urusan mengenai aktiviti dan taklimat pendakian, sebelah petang tu kami hanya lepak santai di Mesilau Desa Cattle Dairy Farm sambil layan permandangan Gunung Kinabalu. Rasa macam tak sempurna jer kalau ke Sabah tapi tak melawat lembu-lembu tu kan?. Ini adalah kali kedua aku dan wife datang sini, rasa-rasanya lembu tu ingat lagi tak muka kami?…hahahahahaha… π
Jom layan gambar dulu…..
14 orang sumbat dalam satu van nak pergi tengok lembu…hahahaha..macam sardin oooo…. π
Landmark Desa Cattle Dairy Farm.
Bukan main lagi berposing awek-awek kat depan tu?…
Jumpa member lama kejap…hahahahahaha.. dah kerja kat sini rupanya… π
Beratur panjang nak beli waffle…..waffle habis….hahahahahaha…. π
Permandangan di Desa Cattle Dairy Farm memang cukup cantik…
Ramai pulak yang photobomb kat belakang tu….
Iklan Knockaround Sunglasses…hihihihihi.. Eh!..Bella buat apa tuuu?..
Permandangan sekitar Desa Cattle Dairy Farm.
Permandangan sekitar Desa Cattle Dairy Farm.
Menyala bijik mata…hihihihihi.. π
Duta Knockaround Sunglasses. π
Abaikan mamat baju hijau tu….hihihihihi… π
Dimanakah Din Jengking, Sukh dan Amar ketika ini?….. Siapakah yang mengambil gambar ini? π
Permandangan di belakang tu memang world!!!!!!!!!……..
Yeahhh!!! please smile one more time guys… π
What?!!!… need to smile again?!!!…
Di sebelah malamnya, tiada apa-apa aktiviti selain daripada lepak dan mengemas beg masing-masing bersama kelengkapan mendaki. Memang sejuk giler apabila dibelai oleh angin malam sambil berborak di luar bilik. Paling menariknya bintang-bintang di angkasa memang jelas kelihatan tanpa sebarang ganguan pencemaran cahaya. Aku rasa pada ketika ini, mesti masing-masing sedang memikirkan tentang pendakian esok. Bagaimanakah treknya? dan apakah cabaran yang menanti? tapi walau apa pun, aku memang dah bersemangat untuk mendaki.
Nampaknya biarlah hari esok sahaja yang bakal menjawab segala persoalan di minda. Malam tu memang aku tak dapat tidur lena sebab sejuk giler tidur atas sofa di ruang tamu disebabkan bilik semua dah penuh…..hihihihihihi… π
Tersergam indah, teguh berdiri, mempasak bumi….
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Lepak berborak lepas makan malam di Kiram Village.
Suasana malam di ketinggian 2000 meter dari aras laut. Memang ohsem!!!!….
Kredit gambar : Amar
Ok!…. Aku berhenti setakat ni dulu dan nanti aku akan ceritakan sambungannya. Tunggu episod seterusnya yerrrrr….. π
Jom baca sambung seterusnya di entri dibawah:
1. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2
2. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

bestnya..
teringin juga nak ke sana…
Memang best… boleh jer naik… ok jer… π
Alaaa mcm sinetron plak hahahaha ..xzabar ni!! Nak sambungan!! ????
Episod semua dah keluar dah…hihihihi… π
best. last pic tu cantikk sangat
Terima kasih…hihihihihi.. π
hebat ko sham…teringin nak mendaki tapi lutut sakit wehh
Mula-mula lutut sakit tu biasa..lama-lama ok dah…hihihhihihi… π
woit..woit
kundasang.. new zealands malaysia.. best π
yup…. udara nyaman dan segar… hihihihihi.. π