Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin korang nak tau kenapa minggu ni aku asyik bercerita mengenai Daerah Pengkalan Hulu di Hulu Perak. Sebenarnya sebelum ini, aku pun tak tau apa yang ada di Pengkalan Hulu atau dulu dikenali sebagai Pekan Kroh sehinggalah aku diberi peluang oleh Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama meneroka keindahan dan keunikan tersembunyi di Daerah Pengkalan Hulu. Sebelum itu, jom flashback balik entri-entri dalam segmen “Moh Ke Perak”, nanti takut korang semua blur lak tertiba baca entri ni….hihihihihi… πŸ˜€

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Entri segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku akan membawa korang semua untuk bersama-sama meneroka Gua Gendang dan Gua Itik secara maya. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan serta kesudian korang semua membaca kisah dan pengalaman yang aku rekodkan melalui blog ni.

Gua Gendang dan Gua Itik merupakan tarikan utama di Daerah Pengkalan Hulu dan sesuai bagi korang yang suka aktiviti adventure atau bagi yang mengemari aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Kedua-dua gua ni terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika. Gua Gendang juga merupakan sebuah gua yang penuh dengan nilai sejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa era zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. Terdapat sebatang sungai yang mengalir merentasi gua serta keunikan dinding gua yangΒ  terhasil daripada hakisan yang berlaku. Gua Gendang memang mengikut citarasa aku sebab memberikan suasana dan keadaan sebenar di dalam gua.

Tepat pada pukul 8.30 pagi, aku dan para peserta FAM Trip telah berada di dalam bas untuk ke Gua Gendang Resort. JarakΒ  Gua Gedang Resort daripada Pekan Pengkalan Hulu adalah sejauh 9km dan melepasi Kampung Tasek, Pengkalan Hulu. Perjalanan kitaorg terhenti lebih kurang 1km sebelum ke Gua Gedang Resort disebabkan sebuah pokok tumbang dan menghalang di tengah jalan tapi dengan semangat yang membara kitaorg sanggup berjalan kaki hingga ke Gua Gendang Resort dengan bantuan Pasukan Bomba Pengkalan HuluTerima Kasih Abang-Abang Bomba…. πŸ˜€

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripJalan kaki sambil groupfie….

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripMasing-masing bersemangat…

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip Gua Gendang Resort mempunyai pakej-pakej yang menarik untuk diteroka…

Setibanya FAM Trip kitaorg ke Gua Gendang Resort, kitaorg telah diberi taklimat mengenai explorasi dan nasihatΒ  keselamatan semasa explorasi berlangsung oleh Pegawai Bomba yang terlibat. FAM Trip kitaorg dipecahkan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang pegawai bomba. Hati semakin berdebar apabila bermulanya explorasi, aktiviti dimulai dengan meredah hutan sejauh 500-600 meter untuk ke lokasi Gua Itik terlebih dahulu sebelum ke Gua Gendang. Sepanjang perjalanan, ramai juga geng-geng yang tergelintir disebabkan trail yang licin dan juga ketidaksesuaian kasut, digalakkan supaya memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti hiking+air atau kasut yang mempunyai kecengkaman yang sesuai. Keadaan trail yang lembap dan dipenuhi dengan pacat adalah perkara yang biasa jika meredah hutan tetapi ramai juga peserta yang bermurah hati untuk menderma darah kepada pacat dan nyamuk….ahahahahahaha.. biasalah kan! masuk hutan begitu ler…. πŸ˜€ . Untuk ke Gua Itik, kitaorg perlu meredah dan mengharungi arus sungai dan basah itu adalah satu kemestian.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripMeredah hutan sambil naik turun bukit….

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripBermulalah aktiviti mengharungi arus sungai untuk ke Gua Itik…. memang mencabar…

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripMencabar dan seronok sebenarnya….hihihihihi…

Akhirnya sampailah kitaorg ke laluan masuk ke Gua Itik, explorasi merentasi Gua Itik tidaklah lama dan aku rasa lebih kurang sejauh 50 atau 100 meter jer tapi tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri….ekekekeke.. πŸ˜€

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGua Itik…

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripLaluan keluar daripada Gua Itik…. dinding batu yang amat unik aku rasa….

Selepas berjaya merentasi Gua Itik, kitaorg terus menuju ke lokasi Gua Gendang yang semestinya menjanjikan cabaran yang lagi hebat buat kitaorg. Jarak perjalanan dari Gua Itik menuju ke Gua Gendang secara kasarnya dalam 600-700 meter merentasi hutan dan kebun getah. Walaupun penat tapi masih terpancar aura semangat di wajah geng-geng FAM Trip walaupun semua telah mengembirakan pacatΒ  yang melekat di kaki masing-masing….ahahahaha.. gemuk-gemuk semua pacat kat situ… kenduri katanya… πŸ˜€ .

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripHiking lagi menuju ke Gua Gendang….

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripRuang yang sempit dan batu yang licin berjaya memberi cabaran buat peserta…

Akhirnya kitaorg sampai ke lokasi Gua Gendang dan juga cabaran pertama kitaorg telah bermula, kitaorg perlu menuruni 8 anak tangga kayu melalui lubang yang sempit untuk masuk ke dalam Gua Gendang. Anak tangga yang licin memerlukan sepenuh perhatian buat kitaorg, silap langkah buruk padahnya. Di dalam Gua Gendang sememangnya tiada cahaya yang mampu menyuluh langkah kitaorg selain daripada cahaya lampu suluh di kepala. Suasana gelap ketiadaan cahaya hanya ditemani oleh bunyi arus sungai yang mengalir di dalam Gua.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripCabaran telah bermula dan harus disempurnakan oleh semua peserta….

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPerlu melalui ceruk-ceruk yang sempit sebelum dapat melihat keunikan dan keluasan di dalam Gua Gendang…

Gua Gendang menawarkan laluan yang mencabar untuk mengharungi arus sungai di dalam kegelapan sepanjang 400 meter hinggalah ke penghujung gua. Aku nasihatkan supaya jangan pegang atau meraba dinding gua kerana korang tak tau apa yang melekat di dinding gua tersebut. Kalau diperhatikan memang banyak kelawar yang sedang tergantung di siling gua dan juga labah-labah besar yang melekat di dinding. Kedalaman air sungai lebih kurang aras pinggang aku jer tapi menurut abang bomba tu kalau lepas hujan kadang-kadang air sungai boleh mencapai keΒ  dagu atau kepala…..fusssssssss….. memang dalam ok!.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripMemang gelap…kalau tutup lampu orang disebelah pun tak nampak….

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripKorang boleh nilaikan sendiri betapa luas nyer gua ni… cer tengok pada cahaya di silling gua tuu.. kecil jer kitaorg..

Ketinggian Gua Gendang ni secara kasarnya aku boleh anggarkan dalam 10-15 meter dan ada jugak ruang-ruang pembukaan di siling gua yang memancarkan sedikit cahaya ke dalam gua. Penataan cahaya yang datang daripada siling gua memang cantik dan unik yer tapi disebabkan aku hanya membawa kamera GoPro, semua gambar aku jadi wide.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripLabah-labah ni nampak jer kecik dalam gambar ni tapi sebenarnya besar….

Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa gua ni dipanggil Gua Gendang kan?… sebenarnya di pertengahan gua ni, korang boleh dengar bunyi seakan bunyi gendang yang dihasilkan daripada hentaman arus kuat ke dinding gua. Memang aku ada dengar bunyi gendang tapi semua kena senyap ler…kalau tak cuma dengar bunyi dorang semua gelak jer…ahahahahaha.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Jom lihat 2 gambar yang aku pinjam daripada facebook Tourism Malaysia Perak, nak tunjukkan kat korang betapa besarnya Gua Gendang ni….gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Akhirnya selepas menyusuri arus sungai sepanjang 400 meter, sampailah kitaorg ke penghujung gua dan menandakan explorasi telah berakhir. Memang amat seronok yer sambil diiringi oleh cabaran-cabaran yang ditawarkan oleh Gua Gendang membuatkan kitaorg berpuas hati dengan explorasi ini. Seperti biasa aktiviti bergambar adalah diwajibkan bagi setiap aktiviti…ekekekekeke…

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-tourism-malaysia-perak-tempat-pelancongan-visit-malaysia-2014Kitaorang telah berjaya mengharungi Gua Itik dan Gua Gendang… Ada biler lagi????…..

Selesai bergambar kitaorg semua perlu meredah kebun getah bagi kembali ke Gua Gedang Resort untuk makan tengahari. Terima kasih juga kepada YB Haji Aznel dan YDP En. Syukri kerana sudi meluangkan masa untuk makan tengahari bersama peserta FAM Trip. Acara telah disempurnakan dengan ucapan daripada wakil-wakil peserta serta pengkongsian pengalaman masing-masing sepanjang FAM Trip ini.

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroupfie bersama YB. Haji Aznel dan YDP En. Syukri…….

Aku memang SEKERAS-KERASNYA REKEMEN kat korang semua untuk mencuba dan melalui sendiri pengalaman Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik. Uniknya gua-gua di Pengkalan Hulu ini adalah masih dalam keadaan semulajadi dan tidak dicemari dengan pembangunan seperti di gua-gua yang lain. Tiada lampu atau trail yang dibuatkan khas untuk pengunjung dan hanya alam semulajadi. Kalau korang tak percaya, jom layan video khas hasil suntingan aku kat bawah ni haaaa…. mesti korang akan rasa nak gi sana sekarang jugak….ahahahaha…

Mau tengok video Youtube, sila klik Explorasi Gua Gendang & Gua Itik, Pengkalan Hulu

Bagi sesiapa yang ingin turut serta merasai pengalaman seperti aku atau ingin menganjurkan aktiviti Team Building serta nak tau pelbagai pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan oleh Gua Gendang Resort bolehlah menghubungi maklumat dibawah:

  • Hisyam : 019-4139216
  • Baha : 016-4460449
  • Azian : 016-4470449
  • Pejabat : 04-4310684
  • Fax No : 04-4310319
  • Email : guagendangresort@gmail.com
  • Facebook : Gua Gendang

atau korang boleh download brochure Gua Gendang Resort di —–> Gua Gendang Resort Brochure

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014Sekiranya ada pertanyaan mengenai tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… πŸ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

atau pertanyaan mengenai Pengkalan Hulu, korang bolehlah menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu di maklumat dibawah:

Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Jalan Pejabat,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan
TEL : 04 477 8148
FAKS : 04 4778735
Emel : urusetia@mdph.gov.my

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

22 thoughts on “Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014

  1. ingat nak try laa jugak nanti datang sini…dulu pernah masuk gua tempurung sekali and memang best..boleh dicadangkan untuk team building nanti nie..pergi ramai2 best skit..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Try bro jangan tak try… aku rekemen… paling best korang leh buat team building…biasanya team building, renjer kat situ langsung tak bagi peserta bwk lampu suluh biler masuk dalam gua… drg hanya letak lilin di tepi sebagai panduan trail… mmg gempak tp kitaorg klu tak diberi headlight susah ler nak amik gambar ngan video…ekekekekeke…. πŸ˜€ ..klu ko tgk video aku tu..cengitu ler gelapnya dlm gua tuu… aku sabtu ni baru nak gi explore Gua Tempurung ngan Water Rafting kat Gopeng… πŸ˜€

  2. Perak memang negeri besar..serius sy malu sebab tempat best2 tak sampai lg ; berkelana di negeri orang ..negeri sendiri jauh di hati… takapalah mcm mana pun boleh baca2 kat blog kawan2 pun jadilah rasa macam dekat je di hati walaupun jauh..

    1. Bro PCL ni asal org Perak ker?… ate sekampong ler kite yeop…. aku pun kalau tak dijemput mmg tak tau pun tempat yang best camni….. banyak lagi sebenarnya tempat2 yg best yg kite semua tak tau… cari pengalaman sambil bercerita dalam blog untuk dikongsikan bersama…. πŸ˜€

  3. ha..ha.. alhamdulilah..baru hari ni bukak blog abg leh komen..klau x ruangan komen asik x fungsi je.. btw.. saya pun mengrekomenkan anda2 di luar utk merasa sendiri khbaran dan advanturenya gua gendang sampai nak bergendang2 bila masuk.. btw nice entry..terasa pengembaraanya.. tiba2 rasa sayang plak x bawa cmera sendiri masuk gua ni..kalau x leh ambil gambar batuan..mozek ..stalitik yg ad dlm gua.. arh sayang!! kecewa teman… suka tgok video.. terasa pngembaraan..tu..pling pnrting muka saya banyak..x msuk tourism tv pun ok..janji kat youtube dah ada… ha..ha.. bapak giler glamer… ha..ha..

    1. ahahahahahah…. awat tak leh komen… blog aku ada problem ker?.. maybe 1-2 ari ni server slow sket kot… haaaa….kan dah menyesal tak bawak kamera…ekekekeke… pasni bwk plastik wrap utk balut kamera..ekekeke… saper yg duduk rapat ngan aku mesti ler banyak interframe dlm video aku…ahahahaha… ko kan artis glemer Gerik… pasni leh jd artis Youtube lakkkk..ahahahaha… πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.