Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,
Dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan membawa korang semua untuk meneroka Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah diberi peluang untuk melawat galeri ini bersama-sama kumpulan FAM Trip Tourism Malaysia Perak dalam misi untuk mempromosikan tarikan pelancongan di Perak. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat galeri ni dan sememangnya menimbulkan perasaan teruja.
Galeri ini mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Almarhum Tuanku oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah ini terbahagi kepada 2 bangunan, bangunan yang pertama menempatkan koleksi-koleksi yang bersaiz kecil manakala di bangunan kedua pula menempatkan koleksi-koleksi bersaiz besar seperti kereta yang digunakan oleh Almarhum Tuanku.
Galeri Sultan Azlan Shah ini dulunya dikenali sebagai Istana Hulu dan kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai sejarah Galeri Sultan Azlan Shah ni, jom baca info yang aku ambil daripada laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di bawah ni haaa…
” Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut “Istana Hulu” atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).
Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.
Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk ‘bumbung limas’ dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali – untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .
Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak. “
Pengunjung sebenarnya ADALAH DILARANG untuk mengambil gambar ketika berada di dalam galeri ini tetapi kumpulan FAM Trip kitaorg telah diberi kebenaran untuk merakam serta mengambil gambar bertiketkan Tourism Malaysia Perak dalam usaha untuk mempromosikan Negeri Perak. Jangan risau sebab di dalam entri ni, aku selitkan sedikit gambar-gambar di dalam galeri untuk tontonan korang semua, biar korang semua rasa teruja dan membuak-buak perasaan ingin tahu untuk melawat galeri ini… π
Ini adalah ruangan pertama yang korang akan nampak apabila masuk ke dalam galeri ini…
Antara cop mohor yang digunakan.
Diantara koleksi-koleksi Almarhum Tuanku
Koleksi keris.
Gambar sejarah
Antara kelengkapan peribadi Almarhum Tuanku semasa menjawat jawatan Ketua Hakim
Tulisan tangan Almarhum Tuanku.
Almarhum Sultan Azlan Shah sangat meminati sukan hoki dan baginda juga mempunyai banyak koleksi-koleksi berkaitan dengan sukan hoki. Piala Sultan Azlan Shah diberi nama sempena nama Almarhum Tuanku oleh kerana minat yang mendalam terhadap sukan hoki.
Almarhum Sultan Azlan Shah berada di barisan hadapan dan nombor 3 dari kiri.
Kenderaan rasmi Almarhum Tuanku ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 9.
Aku bersama staf Tourism Malaysia Perak (2 orang ditengah) dan blogger Fuad Noor (www.malaysianaexplorer.blogspot.com)
Bagi korang yang ingin melawat Galeri Sultan Azlan Shah ini, aku nasihatkan supaya luangkan masa lebih kurang 2 jam untuk memastikan semua tempat dapat dilawati. Dibawah adalah maklumat mengenai Galeri Sultan Azlan Shah yang perlu korang tahu…
Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957
Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum TuankuΒ dan ditempatkan dikalangan hambaNya yg berimanβ¦ Al Fatihahβ¦
Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korangβ¦ π
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

wahhh…best giler dapat pergi trip macam nie..macam masuk dalam istana pulak..sape batch yang pergi nie memang kira beruntung laa sebab dibenarkan mengambil gambar bukan sahaja untuk blog tapi untuk kenang-kenangan…
Regards,
-Strider-
Tu la bro…mmg sgt untung ooo… sbb dapat kebenaran untuk amik gambar kat kawasan larangan bergambar… π
sy dah p ke galeri ni…
Dah gi ker bro.. menarik jugak kan… π
satu pnghargaan dpat masuk kesini dan mempelajari sedikit sebanyak pasai institusi beraja di perak, selain dapat membawa kamera..ats tujuan promosi..sbab selalunya galeri memng menarik tambahan pulak galeri yg memaparkan kehidupan armahum sultan azlan shah.. kenangan indah yg x dpat dilupakan.. π
Tu la kan…mmg bertuah dapat amik gambar di sini… tapi tak puas ronda2 lagi ari tuu..sebab masa singkat sgt kan… π
Tak pernah sampai lagi.. thanks sharing info bro. Mmg akan ke sana sekeluarga nanti… menarik. π
Aku pun baru pertama kali sampai sini bro… elok ler bawak family dtg sini kalau ada nak ke kuala kangsar…..mmg menarik galeri ni… π