Assalamualaikum dan Salam Royal Belum…hihihihihi.. π
Entri Royal Belum kali ni lebih berunsurkan penceritaan secara santai jer sebenarnya. Aku nak bercerita al-kisah aktiviti berakit semasa di Kem Sungai Tiang, Royal Belum. Mungkin di antara anda dah biasa dengan aktiviti berakit tapi bagi aku ini adalah kali pertama….hihihihihi… π
Aktiviti berakit ni sebenarnya ialah salah satu program yang telah diselitkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak khas buat FAM Trip Royal Belum kami. Sebelum terlupa, terima kasih juga diucapkan kepada Puan Noor Fadhilah Ismail daripada Perbadanan Taman Negeri Perak yang sentiasa sudi melayani karenah kami semenjak dari hari pertama lagi…hihihihihi.. π .
Mereka berdua ni langsung tak turun ke tasik…hihihihihi…
Aku bergambar dengan Pegawai Renjer Taman Negeri Perak
Bagi anda yang akan ke Royal Belum dan bermalam di Kem Sungai Tiang nanti, bolehlah mencuba aktiviti berakit ni tapi aku rasa mungkin kena bincang atau minta kebenaran dulu dengan pihak yang bertanggungjawab menguruskan lawatan anda di Royal Belum. Aktiviti berakit sememangnya boleh dijadikan daya tarikan dan boleh diselitkan juga di dalam jadual aktiviti lawatan ke Royal Belum nanti. Seronok jugak dapat beriadah begini bagi mengisi masa lapang semasa di Royal Belum disamping dapat beramas-mesra dengan alam semulajadi.
Dari kiri: Puan Noor Fadhilah, Puan Diana dan lupa lak nama sorang lagi ni….hihihihi…
Ini merupakan kali kedua aku bermandi mandi di tasik Royal Belum. Kali pertama aku terjun tiruk ke dalam tasik ni pada tahun lepas pastu kami main polo air beramai-ramai. Ini pun satu aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada berakit. Aku nasihatkan jangan ler anda pikir yang bukan-bukan semasa berada di dalam tasik tuβ¦.. nanti haru biru lak jadinyaβ¦.tapi jangan risau sebab life jacket ada disediakan ..ahahahahahaβ¦ π
Menanti sunset di tengah tasik Royal Belum…hihihihi…
Dayung jangan tak dayung…hihihihi… π
Cik Farhana (Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Perak)
Mesti anda ingat air tasik tu sejuk kan?…. tapi sebenarnya suhu di permukaan tasik hanya suam-suam kuku jer tau!.. mungkin kalau kedalaman lebih daripada 1 meter baru suhunya akan bertukar menjadi sejuk. Bila semua dah sampai keriangan tahap dewa, macam-macam gelagat dan aksi yang keluar…ahahahaha… lawak betul mereka semua.. π
Blogger bro Sobri Yaacob mempamerkan aksi buaya puchong menggunakan rakit…ekekekekeke….
Aksi underwater selfie aku dan Dik Wan….
Seperti biasa, entri ini tidak akan lengkap tanpa video. Jom tonton video FAM Trip kami melakukan aktiviti berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian….hihihihi.. π . Mesti perasaan anda akan membuak-buak untuk ke Royal Belum selepas tonton video ni…ahahahaha.. π
Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer —> Jom Berakit Di Royal Belum
Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke Royal Belum, boleh ler hubungi dengan salah satu agensi yang aku ada nyatakan pada entri Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014 atau anda boleh jer berhubung dengan Pejabat Tourism Malaysia Perak.
Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu andaβ¦ π
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

Testing.. Testing… π
hahahha besssttt!
cung ganba ko berdiri atas rakit menanti sunset tu.
sobri pose buaya puchong??? hahaha sejibik sama !
ko tak tanye renjer ke..ikan kat tasik tu karnivor tak…kot dia ngap kaki korang ! errkk…
lagisatu soklan yang tak related : ganba header web ni, yang ko n wife posing pakai baju diving tu kan…tudung kepala wife tu…dia beli katne eh….tolong tanyekan. π tu tudung biasa or cap diving ?
ahahahaha… semestinya best kan…. Sobri mmg ada gaya buaya puchong kan…ekekeke… jgn tanya apa yg ada dalam tasik tuu… naya kang… π
siriyesli …. trip tak best… sebab tak cukup korem…. kekekeke…. naseb baek aku tgh tak boleh masa tu ….. kalo takkkk…. maklumle… ROyal Belum ni top peberet dlm list yg aku suke pegi…
ahahahahaha…. best ooooooooo… eleh!.. jeles ler tuu..hihihihi… π
Mmg best.. seronok + syok.. indah & mengasyikkan.. π π
Memang seronok bro….. mandi air tasik…ekekekeke.. π
We were in Royal Belum a few months back. Seriously, memang best gile. A short nature retreat for all of us. Tapi kami tak naik houseboat yg mewah mcm kat atas. Yg biasa biasa jek. Tapi our house boat operator dapat tangkap ikan toman dari tasik tue. First time tgk. Boleh tahan besar jugak lar.
Memang best kan… u pergi dengan Belum Outdoor Adventure ek?… Aku pun pernah ikut BOA jugak last year. Ikan Toman ek… huyooooo…best2… maybe lepas ni banyak lagi trip yang aku akan join ke Royal Belum. Memang tak pernah gi sana…ekekekeke… π