seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan mengupas mengenai satu warisan pusaka kita yang semakin luput iaitu Seni Tekat. Seni Tekat dikenali juga dengan nama bersuji merupakan warisan negara. Korang mesti pernah melihat hasil tenunan seni tekat ni semasa majlis perkahwinan atau majlis peminangan kan?. Seni Tekat ni biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara simbolik adat Melayu seperti kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan dan majlis khatam al-Quran. Secara umumnya, menekat ni adalah hasil sulaman benang emas ke atas kain baldu untuk membentuk corak bunga tekat.

Aku ingat lagi semasa majlis perkahwinan aku dan wife dulu, bilik tidur kitaorg dihiasi dengan cadar dan sarung bantal baldu berwarna merah yang di sulami dengan seni tekat. Mak mertua aku tak bagi kitaorg duduk atas cadar atau bantal tu, khas untuk sesi bergambar jer katanya… hihihihihi.. πŸ˜€ Takut rosak tekatnya pastu sentiasa disimpan berbalut dengan plastik, sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan sulaman tekat tu sentiasa berada di keadaan baik.

Alangkah terujanya aku kerana dapat menyaksikan sendiri proses sulaman seni tekat ni apabila FAM Trip kitaorg sempat singgah di Azydar Enterprise yang sememangnya terkenal di negeri Perak dengan kehalusan dan ketelitian seni tekatnya. Azydar Enterprise diasaskan oleh Puan Azizah Adam dan sekarang ilmu tekat tersebut turut diwarisi oleh anak perempuannya. Seni tekat Puan Azizah dihasilkan daripada buatan tangan sememangnya menjanjikan kehalusan dan bermutu tinggi.

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotographyPuan Azizah Adam dan anaknya Faizatol Fazleha.

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotographyMewarisi seni tekat daripada ibunya.

Kalau korang nak tahu, hasil tekat Puan Azizah ni telah dipromosikan hingga ke luar negara dan pernah mengadakan demonstrasi kraf tangan dan pelancongan di India, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis. Hebat tuu!!.. Betul tak?, biar negara luar tahu betapa hebat dan uniknya warisan negara kita. Puan Azizah juga amat bertuah kerana anak perempuannya sanggup berhenti kerja dari sektor kerajaan demi untuk membantu dan sekaligus mewarisi bakatnya dalam ilmu seni tekat yang telah dipelajarinya semenjak 35 tahun dahulu.

Kebiasaannya seni tekat ini hanya menggunakan corak tradisional turun-temurun iaitu bunga kekwa, bunga padi, bunga raya dan bunga kerawang. Benang emas ditekat di atas kain baldu berwarna merah, biru dan hitam untuk dijadikan set tempat tidur, pelamin, tepak sirih dan cenderamata. Kalau tak salah aku, hasil seni tekat Puan Azizah juga telah digunakan semasa Majlis Perkahwinan DirajaΒ Sultan Nazrin Muizuddin Shah dengan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim Davidson. Ok!.. Ok!.. jom layan gambar sket….

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotographyHasil sulaman dilakukan dengan halus dan teliti.

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotographySeni tekat juga boleh disulam di kasut.. hebat tuuuu!!..

Azydar Enterprise ni beroperasi di kediaman Puan Azizah sendiri iaitu di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar. Dibawah ni antara contoh-contoh seni tekat yang terdapat di rumah Puan Azizah bagi rujukan pelanggan dan pengunjung. Hasil tekat Puan Azizah semestinya bernilai tinggi tapi aku rasa memang sepadan serta berpatutan dengan kehalusan dan kualiti hasilnya.

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

Bagi korang yang ingin membeli, menempah atau ingin mengadakan lawatan untuk menyaksikan warisan seni tekat ni, bolehlah menghubungi Puan Azizah atau anaknya melalui maklumat dibawah…

Azydar Enterprise
No. 57A, Kampung Padang Changkat
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
017-5128720 (Puan Azizah Adam)
012-5609597 / 019-5679247 (Faizatol Fazleha Rasdi)
email : fazzdealova@yahoo.com

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… πŸ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

6 thoughts on “Moh Ke Perak: Kehalusan Seni Tekat Azydar Enterprise #VMY2014

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.