Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum tu jangan ler muak yer jika aku bercerita lagi tentang Pengkalan Hulu….ekekeke.. bukannya apa, aku cuma nak berkongsi dengan korang-korang semua pengalaman aku kat sana dan sambil-sambil untuk promote tempat-tempat yang menarik kat sana.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai

Ok..ok… Segmen “Moh Ke Perak” kali ni aku nak bawak korang semua mengembara ke Kompleks Zon Bebas Cukai kat kawasan yang berhampiran dengan Batu Sempadan Malaysia-Thailand. Terletak di di antara Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan Daerah Betong, Selatan Thailand. Kalau bercerita pasal shopping ni mesti ler kaum perempuan yang hebat kan….hihihihi.. Kompleks Zon Bebas Cukai ni takde ler besar sangat seperti di Padang Besar tapi masih menarik jugak bagi kaki-kaki shopping. Kalau aku bawak wife aku ni mesti kuali ngan periuk menjadi sasaran…ekekekeke… dan di samping tu ada jugak jual pelbagai aneka coklat…ala-ala kat Langkawi tuuu.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBeg ada, pakaian ada, kuali ada…macam-macam ada lah…

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBanyak kan coklatnya…. borong jangan tak borong….

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadan

Tak jauh daripada Kompleks Zon Bebas Cukai tu ada jugak Bazaar yang menjual buah-buahan, pakaian dan macam-macam produk daripada Thailand. Antara yang menarik aku rasa macam beras siam, sabun muka siam, buah-buahan pastu air botol daripada siam ngan air tin coca-cola yang tak jual kat Malaysia. Memang seronok gak sebenar pastu aku teruja biler tengok pakaian dan kelengkapan askar kat situ tapi biler nak beli ker takde size….arghhhh… frust oooo…lawa-lawa jugak bajunya pastu harga pun aku rasa murah sket daripada kedai yang aku gi kat Padang Besar ari tu. Belt 5.11 yang aku beli kat Padang Besar, kat Bazaar tu separuh harga jer… rasa cam nak beli lagi 1 jer tapi nak buat apa banyak sangat kan…ekekekekeke..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBazaar sebelum sampai di Batu Sempadan… pun menarik jugak…

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadan

Sebelum nak sampai ke kawasan Batu Sempadan Malaysia-Thailand ni, korang mesti kena melalui Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Polis. Kalau korang nak terus ke Betong, sila ler bawak passport sekali….ekekekeke… tapi bro D.Shahril bagitahu kalau Mykad ada tulis 08 (lahir kat Perak) boleh ler buat Border Pass kalau nak ke masuk Betong, sana lagi banyak tempat shopping katanya….hihihihihi..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanSebelah tertulis Perak dan disebelah lagi tertulis Thailand di batu yang sama…

Batu Sempadan Malaysia-Thailand ni pun menarik jugak sebenarnya kerana batu ni adalah pemisah antara kerajaan Malaysia dengan Thailand. Boleh jugak dijadikan sebagai tarikan pelancongan di Hulu Perak ni. Cuba kalau kita berdiri kat tengah-tengah tu tanpa passport, pihak manakah yang akan tangkap kita dulu….ekekekekekeke… atau tengah-tengah tu akan jadi zon bebas undang-undang. Aku rasa Batu Sempadan ni pun banyak menyimpan sejarahnya tersendiri di antara negara kita dan Thailand. Mungkin kerajaan Malaysia dan Thailand boleh letak satu papan tanda yang menceritakan sejarah mengenai Batu Sempadan ni supaya dapat dibaca oleh sesiapa yang berkunjung di sini untuk bergambar….pendapat aku laaa…hihihihihi... 😀

Kali pertama jugak sampai kat Batu Sempadan ni, apalagi masing-masing bergambar dengan meriahnya…ekekekekeke.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanMalaya Thailand Border…geng-geng sempoi dan sporting..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKat belakang tu pintu gerbang masuk ke Betong, Selatan Thailand.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanGroupfie …

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanGroupfie lagi bersama geng-geng FAM Trip Pengkalan Hulu : The Undiscovered Trail…

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak ceritakan tentang pengalaman aku kat sana tapi slow-slow ler kan, takut nanti korang bosan pulak….ekekekekekeke… 😀

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014Seperti biasalah, jika korang ada pertanyaan mengenai tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka dengan bangganya untuk membantu anda…ekekekeke 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

atau pertanyaan mengenai Pengkalan Hulu, korang bolehlah menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu di maklumat dibawah:

Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Jalan Pejabat,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 04 477 8148
Faks : 04 4778735
Emel : urusetia@mdph.gov.my

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

15 thoughts on “Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

  1. moh le kita ke perak..jom le yop!
    wah sempat juga ambil gmbar dlm komplex.. coklat kat sana murah…jemput beli
    yang dekat gerai2 dkat simpadan pun not so bad.. harga ok berpatutan.. 🙂
    jemputlah dtg ke pengkalan hulu ya…………bawa passport trus pergi betung

    1. moh ler kiter…ekekekeke… aku kan sniper handalan… walaupun dslr tergantung di dada tp jari tetap menekan shutter…ekekekekeke… teknik yg sesuai untuk mengambil gambar di tempat larangan bergambar…ahahahahahaha… tu laa…next time kite gi terus bawak passport…leh shopping kat betong lak…. 😀

      1. ha..ha.. itulah abg kena blajar tu.. teknik tu.. nasib baik yg p trip tu smua sempaoi2.. ha..ha..
        ala klau nak p pun bleh..ic o8 kan.. buat bording past..10 ringgit je.. ha..ha

    1. Tu laaaa korang mesti tak perasan kan… tu teknik seorang photographer.hihihihihi.. dslr tergantung kat dada tapi jari jemari ku sentiasa menekan shutter….ahahahahaha… ala-ala penembak curi…ekekekekeke… 😀

  2. Sebenarnya, ramai juga tak berapa perasan yg perak pun bersempadan dgn thailand. Aku dulu pernah kena ketawakan bila cakap pakcik aku masuk thailand dari perak… siap diperbetulkan pulak statemen aku tu.. “bukit kayu hitam, kedah le tu..” katanya hahaa.
    Menarik tmpt ni, gambar pun spt biasalah.. marveles.. selfie pum mmg terbaiklah.. mmg terhibur tengok gmbar bersama2 info yg menarik.. thanks sharing bro Sham.. 🙂 🙂

    1. TQ Bro Khir… saper yg tak percaya tuu… bagi jer link entri aku ni haaa… biar dier baca puas2….ahahahahaha… bro khir pun skrg ni dalam blog pun mesti ada gambar selfie jer…ekekekekeke… trend masa kini kan…hihihhihi… 😀

  3. Kalau ke Betong,jagan lupa melawat Kubu Komunis dan Perkampungan Komunis…..Allahyarham Rashid Maidin meninggal dunia disana…Al Fatihah
    Mudik dari CIQ Thailand lebih kuran 500 meter disebelah kanan ada sebuah kedai kopi,tuannya nama Noh…mohon dia jadi guide.Orangnya sangat baik

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.