Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pengembaraan FAM Trip Royal Belum kami diteruskan lagi ke Kem Sungai Papan untuk melihat sendiri Jenut atau dikenali juga sebagai Sira yang sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan liar di sekitar Taman Negeri Royal Belum.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apa-apa pun Groupfie mestilah didahulukan…hihihihi..

Anda tahu ker apa itu Jenut?. Ok!..Ok!.. Moh aku terangkan kat sini, Jenut atau Sira ni sebenarnya bermaksud tempat haiwan menjilat garam. Jenut atau Sira ni kalau dalam istilah Bahasa Inggeris nya ialah ‘Salt Lick’ dan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh haiwan untuk menambah dan mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink di dalam diet pemakanan mereka.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bot-bot yang membawa kami…

Jenut ini juga boleh dikatakan sebagai klinik semulajadi untuk haiwan-haiwan yang berada di sekitar situ kerana garam juga merupakan salah satu bahan penting bagi membaiki masalah sistem penghadaman. Anda ingat manusia jer yang memerlukan garam tapi haiwan pun perlukan jugak yer.

Sebenarnya terdapat 12 lokasi utama Jenut/Sira di Taman Negeri Royal Belum dan salah satunya adalah di Kem Sungai Papan ni atau lebih dikenali dengan nama Jenut Papan atau Sira Papan. Seperti biasa, perjalanan kami menggunakan bot-bot kecil oleh kerana laluan ke sana tidak sesuai bagi Houseboat. Sampai jer di Kem Sungai Papan, salah seorang Renjer Taman Negeri Royal Belum iaitu En. Yusri terlebih dahulu memberi sedikit penerangan mengenai Kem Sungai Papan dan juga langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan trekking ke Jenut Papan. Maklum ler nak masuk hutan ni, orang kata adab kena jaga wei. Anda kena ikut arahan renjer yer, jangan nak buat perangai lak….hihihihihihi.. 😀

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014En. Yusri (Renjer) sedang memberikan penerangan.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Serius tak kami mendengar penerangan daripada renjer kecuali Cik Ana yang sentiasa tersenyum riang…ahaks..

Kami semua perlu melalui sebuah titian gantung terlebih dahulu sebelum memulakan trekking masuk ke dalam hutan. Perjalanan ke Jenut Papan mengambil masa sekitar 15-30 minit disamping renjer sempat membawa kami untuk mengenali dan menerangkan beberapa buah pokok yang terdapat di situ. Seriusly, aku kena belajar ilmu masuk hutan ni sebab biasanya aku masuk hutan gitu-gitu jer…ahahahahaha…

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Titian gantung Sg. Papan.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014En. Yusri sedang memberi penerangan mengenai Pokok Damar Hitam.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Pokok Penarahan yang akan mengeluarkan getah berwarna merah seperti darah apabila ditakik.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Akhirnya, sampai ler kami ke lokasi Jenut Papan dan apa yang boleh aku gambarkan ialah Jenut Papan ni merupakan kawasan batuan yang terdapat titisan mata air yang mengandungi garam mineral dan inilah yang dijilat oleh haiwan-haiwan yang bertandang di Jenut Papan. Menurut penerangan daripada renjer, kebiasaannya Jenut Papan ni sering didatangi oleh haiwan-haiwan kecil seperti pelanduk ataupun kijang. Kalau ada sesiapa yang nak cuba jilat, bolehlah mencuba yer…ahahahahaha.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Inilah Jenut/Sira Papan.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Titisan mata air mengalir di celah batuan Jenut Papan.

Kami diberi sedikit penerangan oleh En Yusri (Renjer) mengenai Jenut Papan sebelum memulakan perjalanan pulang untuk ke bot.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Semua sedang kusyuk mendengar penerangan…

Kalau anda bernasib baik, bolehlah lihat haiwan-haiwan melintas atau bertandang di jenut untuk menjilat garam tetapi AWAS!, jangan sampai terjumpa dengan Encik Maybank…ahahahahaha.. Kebiasaannya, kawasan jenut ni sering dijadikan tempat haiwan pemangsa untuk memburu mangsa yang sedang leka menjilat garam. Jangan takut yer, renjer-renjer Taman Negeri Royal Belum semuanya hebat-hebat belaka, dorang akan pastikan semua dalam keadaan selamat sebelum menuju masuk ke dalam hutan.

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Eh! Apa tu?……

kem-sungai-papan-sira-papan-jenut-papan-jenut-garam-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Apasal semua pandang atas ni?……

Dah puas tengok gambar kan?… apa kata, jom layan video pulak tapi pendek jer videonya… klik ler kat bawah ni haaaa… jangan malu-malu..hihihihi.. 😀

Kalau nak tonton kat Youtube pon boleh, klik —> Kem Sungai Papan, Royal Belum

Entri seterusnya, aku akan menceritakan 1 lagi tempat menarik yang sempat kami singgah sebelum Eksplorasi FAM Trip Royal Belum kami berakhir. Nak tahu entri apa?.. tungguuuu yer…. Hihihihihi.. :p

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.