kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia

Assalamualaikum kepada pembaca semua,

Kellie’s Castle atau dikenali juga sebagai Rumah Kellas sememangnya penuh dengan nilai sejarah dan juga pelbagai misteri yang masih menyelubungi disebalik kewujudan istana lama ini. Lokasinya yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, sering menjadi permandangan biasa yang akan aku lalui setiap kali pulang ke kampung halaman di Seri Iskandar. Kalau korang nak tahu, Kellie’s Castle ni dulu memang tak dapat dilihat daripada jalan besar kerana tersembunyi disebalik pokok dan lalang yang tinggi. Dulu memang aku tak berani nak masuk istana lama ni sebab dari jauh memang nampak menyeramkan. Takut wei nak datang sini masa zaman budak-budak dulu.

Aku dan wife sempat singgah di Kellie’s Castle semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas habis cuti hari raya di kampung. Sebenarnya kitaorg nak berhenti untuk sarapan jer tapi bila nampak banyak perubahan di Kellie’s Castle, terus timbul perasaaan ingin tahu untuk meneroka semula misteri istana lama ni.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaPermandangan di Kompleks Kellie’s Castle. Perubahan yang amat berbeza berbandingkan dengan kali terakhir aku datang sini 4 tahun lepas.

Semenjak Kellie’s Castle dikomersialkan sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak, memang banyak perubahan yang dilakukan setiap tahun. Kalau dulu kelihatan sungguh menyeramkan dan menghambarkan tapi sekarang dah nampak seperti  sebuah istana yang tersergam indah…hihihihi.. 😀

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaParanormal Night Tour merupakan salah satu tarikan terbaru Kellie’s Castle. Mungkin aku akan cuba pengalaman night tour ini nanti untuk merasa sendiri debaran malam di Kellie’s Castle.

Kini, pelbagai aktiviti diadakan di Kellie’s Castle sebagai salah satu usaha promosi untuk tarikan pelancongan. Satu masa dahulu aku pernah masuk Kellie’s Castle dengan tiada bayaran tapi sekarang sedikit bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Aku rasa memang berbaloi disebabkan pelbagai kemudahan telah disediakan khas buat pengunjung. Pengunjung juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 bagi kemudahan parkir di dalam Kompleks Kellie’s Castle tapi jangan risau yer, ada juga parkir yang percuma disediakan di belakang kompleks tersebut.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaHarga tiket Kellie’s Castle. Kali terakhir aku dan wife datang ke Kellie’s Castle rasanya kena bayar RM3 tapi dengan kemudahan yang disediakan sekarang ni, memang berbaloi bayar RM5.

Kompleks Kellie’s Castle menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti surau, tandas, sudut cenderahati, teater mini dan juga kafetaria bagi pengunjung yang datang. Korang bolehlah bersantai sambil menjamu selera selepas selesai meneroka misteri istana lama tu. Kaunter informasi juga ada disediakan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang maklumat. Memang cukup berbeza daripada kali terakhir aku datang sini.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaKemudahan yang disediakan khas untuk pengunjung..

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaKompleks Kellie’s Castle ni memang cantik dan menarik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaAku dan wife tengah sarapan dulu di kafetaria sebelum ke istana..

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaIni adalah gambar William Kellie Smith serta sejarah beliau.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaMestilah kena selfie dulu kan?….hihihihi..

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaPermandangan Kompleks Kellie’s Castle daripada atas bukit. Parkir yang dibelakang kompleks tu percuma tau (yang ada bas tuuu….)

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaTersergam indah sebuah istana lama yang penuh dengan kisah misteri suka dan duka…

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaJangan risau, korang tidak akan sesat… 😀

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia
Kalau lihat pada gambar di atas ni, aku rasa mesti ada yang keliru. Sebenarnya bangunan di sebelah kiri tu adalah rumah pertama William Kellie Smith yang dinamakan Kellas House (Rumah Kellas) dan disebelah kanan pula adalah istana yang dibina di atas tapak yang sama oleh William Kellie Smith sebagai simbol kasih sayang terhadap isteri dan anaknya. Begitulah menurut beberapa fakta yang aku perolehi daripada hasil kajian aku. Aku banyak mencari sejarah dan fakta yang 99% sahih mengenai kisah Kellie’s Castle sebelum aku menulis entri ini. Bukan senang nak jadi seorang blogger, kena kaji fakta dulu sebelum menceritakan kepada umum. Jadilah blogger yang berilmu dan bukan blogger yang buntu….ahahahahahahaha… 😀

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaBagaimanakah rupa istana ini jika siap dibina?….. sering terlintas di kepala aku!…

Tiba masanya kitaorg meneroka di bahagian dalam istana lama ni dan ternyata banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan Kellie’s Castle. Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung, malah ada satu ruangan bilik telah dihiasi dengan perabot yang sama ketika zaman itu….memang menarik ok!.. dulu takde camni.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaDihiasi seakan berada pada zaman itu tapi ruangan ni tidak dibenarkan masuk.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaIni adalah salah satu penerangan mengenai sejarah istana lama ini.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaAmacam?… bergaya tak aku?..hihihihi… Di korridor inilah sering dikatakan roh Tuan William Kellie Smith merayau-rayau untuk menjaga rumah agamnya. Memang misteri dan mistik.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaKorridor di tingkat 2. Disini juga lokasi bilik utama serta bilik anak-anaknya.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaFrame di dalam frame. Ternyata unsur senibina yang unik.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaBumbung simen Kellie’s Castle yang dikatakan akan dijadikan padang tenis menurut perancangan awal oleh William Kellie Smith.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaIni adalah ruangan shaf lif Kellie’s Castle. Ini mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaysia sekiranya istana ini siap dibina.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaDi bahagian belakang Kellie’s Castle

Ruang istana ini sememangnya luas dan mempunyai banyak anak tangga serta laluan rahsia. Setelah puas meneroka di bahagian dalam Kellie’s Castle, penerokaan kitaorg diteruskan lagi menuju ke rumah pertama William iaitu Rumah Kellas. Sayangnya 80% bahagian Rumah Kellas ni telah musnah akibat Perang Dunia Kedua dan hanya 20% jer bahagian yang masih utuh sehingga sekarang. Menurut sumber yang aku perolehi, Rumah Kellas ni juga menempatkan rumah pekerja, dapur dan klinik.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaRuntuhan Rumah Kellas yang merupakan rumah pertama Tuan Kellie.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaDi bahagian dalam Rumah Kellas.

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysiaIni adalah salah satu lubang udara dari terowong bawah tanah yang menghala ke kuil Hindu Sri Mariamman berhampiran dengan istana lama ini. Kalau mengikut apa yang aku baca, Kellie’s Castle mempunyai 4 terowong rahsia.

Jom aku membawa korang kembali mengimbau sejarah lampau untuk merungkai misteri disebalik peninggalan istana lama ini…… Sejarahnya memang terlalu panjang untuk dicoretkan di sini tapi aku cuba ringkaskan dengan fakta-fakta yang penting supaya minda korang tidak lagi diselubungi misteri…jeng…jeng…jeng… 😀

Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas, dibina pada sekitar tahun 1910 oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu. Bangunan ini dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di bandar Agra, India dan kesemua tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith telah dilahirkan pada tahun 1870 di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kellas di Moray Firth, Scotland. Pada tahun 1890, ketika berumur 20 tahun, beliau telah merantau ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai Jurutera Awam sehinggalah ditemukan dengan seorang pemilik tanah bernama Charles Alma Baker semasa di Pulau Pinang dan akhirnya mereka telah menjadi rakan perniagaan. Charles Alma Baker merupakan seorang kontraktor di Kinta yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 9000 hektar hutan di Batu Gajah. Hasil daripada keuntungan besar daripada perniagaan bersama Charles Alma Baker, William Kellie Smith berjaya membeli 1000 ekar tanah hutan di daerah Kinta dan mula menanam pokok-pokok getah serta menceburi Industri Perlombongan Bijih Timah sehinggalah beliau menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

William Kellie Smith telah berkahwin dengan Agnes semasa pulang ke Scotland dan membawa isterinya ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Agnes telah melahirkan seorang anak perempuan pada tahun berikutnya dan diberi nama Helen. Pada tahun 1915, pasangan ini telah diberkati sekali lagi dengan kelahiran anak lelaki mereka yang bernama Anthony setelah bertahun-tahun lamanya Agnes berusaha untuk hamil. William Kellie Smith memang terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih empayarnya di Tanah Melayu.

Bagi meraikan kelahiran Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah memulakan perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. Ketaksubkan William Kellie Smith  dengan agama Hindu dan budaya India membuatkan beliau merancang Istana dan Rumah Kellas berbentuk mirip senibina orang-orang Madras dengan menggunakan batu bata dan seramik diimport dari India. Beliau turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli.

Kellie’s Castle dikatakan mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia serta dilengkapkan dengan lif yang pertama dibina di Tanah Melayu. Di tingkat 2 pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Sayangnya, istana ini tidak dapat disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia pada usia 56 tahun di Pelabuhan Lisbon, Portugal akibat radang paru-paru semasa dalam proses untuk mengambil lif yang ditempahnya pada 11 Disember 1926. Setelah kematian William, Agnes telah meninggalkan Tanah Melayu dan menjual segala harta milik mereka, termasuk istana tersebut. Ladang milik William Kellie Smith telah dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Syarikat yang mengambil alih ladang berkenaan ternyata tidak berminat dengan projek istana tersebut, lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan Kellie’s Castle dihentikan pada tahun 1926.

Berdasarkan rekod, anak lelaki beliau, Anthony William Kellie Smith pernah berkhidmat dalam pasukan tentera British sewaktu perang dunia ke 2, Anthony kemudiannya terbunuh pada 9 Jun 1942, pada ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Keturunan William Kellie Smith yang seterusnya ialah cucu beliau, David Anthony Kellie Smith yang dilahirkan pada 4 jun 1940, serta dua orang cicit, iaitu Samuel Anthony Kellie Smith ( dilahirkan pada 12 May 1966) dan Owen William Kellie Smith ( dilahirkan pada 20 julai 1968), keturunan ini adalah daripada anak lelaki beliau, Anthony, sementara keturunan keluarga dari sebelah anak perempuannya, Helen tidak dapat dikesan dan misteri sehingga sekarang.

Kalau korang nak tahu kisah yang lebih lanjut, bolehlah berkunjung dan meneroka sendiri misteri Kellie’s Castle. Kalau tak reti nak ke sana, boleh rujuk dengan peta di bawah ni haaaa…..

kellies-castle-rumah-kellas-batu-gajah-gopeng-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia-map

Gambar pun dah tengok… sejarah pun dah baca… sekarang jom tonton video edisi khas Kellie’s Castle bersama hos sensasi Cheq Eem…hihihihi.. 😀

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

12 thoughts on “Moh Ke Perak: Menyingkap Sejarah Dan Misteri Kellie’s Castle #VMY2014

  1. Menarik… sungguh klasik. Kali terakhir aku ke sini ialah sewaktu zaman persekolahan dulu. Dari gambar2 tu mmg nampak perubahan… kawasan semakin terjaga, gambar2 pun cantikss. Best bro Sham.. 🙂 🙂

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.