cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca blog ni. Terima kasih juga kerana korang sentiasa memberi sokongan dan itu telah membuatkan aku semakin bersemangat untuk menulis. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

Bermulalah kembali segmen “Moh Ke Perak” untuk menceritakan pengalaman lawatan aku sambil mempromosikan tarikan pelancongan di Perak melalui FAM Trip Program Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum pada 20 hingga 24 Jun yang lepas. Korang boleh baca sesi pengenalan bagi FAM Trip kali ni di entri Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014. Sebelum tu, aku rasa ramai yang tidak tahu apa itu FAM Trip kan!.. betul tak? Jom aku terangkan…..

‘ FAM Trip atau nama panjangnya “Familiarisation Trip” adalah satu lawatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang tertentu bertujuan untuk mempromosikan negara, negeri atau kawasan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Kebiasaannya pihak penganjur akan menjemput travel agent, wakil media (massa dan elektronik) serta blogger bagi membantu mempromosikan tempat-tempat yang dilawati. ‘

Aku amat bertuah dan berterima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana menjemput dan memberi peluang untuk aku sama-sama mempromosikan tempat-tempat tarikan pelancongan. Bagi entri ini, aku akan bercerita pengalaman aku menyertai Program Bike Ride di Padang Rengas, Kuala Kangsar.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyFAM Trip kitaorg sedang pilih basikal masing-masing.

Seawal 6.30 pagi kitaorg semua dah menujukan ke Pusat Khidmat Parlimen Padang Rengas yang merupakan lokasi bagi acara ini.

Berdasarkan info yang aku kupas, Program Bike Ride atau Padang Rengas Fun Ride ni bertujuan untuk mempromosikan kawasan Padang Rengas sebagai destinasi lokasi berbasikal seperti di Putrajaya atau di Kuala Lumpur disamping juga dapat mempromosikan produk-produk pelancongan khasnya di sekitar Padang Rengas. Aktiviti berbasikal di Padang Rengas ini sebenarnya berpotensi untuk dijadikan satu aktiviti pelancongan terbaru kepada peminat-peminat sukan berbasikal. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kelab-kelab basikal di Perak, agensi kerajaan, travel agent, para media dan tak lupa juga blogger…hihihihihi.. πŸ˜€ walaupun hanya 3 orang blogger jer yang menyertai FAM Trip ni termasuk aku.

Acara Bike Ride ni telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohammed Radzi yang merupakan Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak. Antara VIP yang turut serta dalam aktiviti berbasikal ini ialah Y.Bhg. Datuk Musa Haji Yusof (Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia), Y.B Tuan Haji Zainun Haji Mat Noor (ADUN Chenderoh/Parlimen Padang Rengas) dan juga Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib (Pengarah Tourism Malaysia Perak). Aku cukup respek dengan VIP-VIP yang sporting dan sempoi ni sebab dorang sanggup mengayuh basikal bersama kitaorg hingga tamat πŸ˜€

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyPara peserta telah dilepaskan…

Program Bike Ride ni memerlukan peserta mengayuh basikal sejauh 18 kilometer dan akan melalui 4 checkpoint kat bawah ni haaa….

Checkpoint 1 : Kawasan Sawah Padi, Homestay Lubuk Merbau
Checkpoint 2 : Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambong
Checkpoint 3 : Perusahaan Pembuatan Pekasam, Kampung Tanah Merah
Checkpoint 4 : Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya

program-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-vmy2014-fun-ride-shamphotography

Checkpoint 1 : Kawasan Sawah Padi, Homestay Lubuk Merbau

Checkpoint 1 adalah disekitar kawasan sawah padi di Homestay Lubuk Merbau. Aku memang dah tercungap-cungap bila sampai di sini, maklum ler dah lama jugak aku tak berbasikal. Antara yang paling mencabar ialah apabila terpaksa mengayuh basikal menaiki bukit….fussssss… sememangnya menguji stamina para peserta. Di sini mungkin dapat mempromosikan produk Homestay yang terdapat di Lubuk Merbau disamping boleh menikmati permandangan sawah padi yang luas terbentang. Setelah berehat sambil caj tenaga dengan air 100 plus dan mengambil gambar, terus kitaorg semua mengayuh basikal menyusuri laluan tepian sawah untuk ke checkpoint 2.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-04

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-05

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-06

Checkpoint 2 : Bengkel Pandai Besi, Kampung Rambong

Checkpoint 2 adalah di Bengkel Pandai Besi yang terletak di Kampung Rambong. Korang tahu ker apa itu Pandai Besi?.. sebenarnya ‘ pandai besi ‘ ni merupakan gelaran bagi seseorang yang pakar di dalam bidang pertukangan besi atau dalam bahasa omputihnya ‘ blacksmith ‘. Kemahiran pandai besi ni kebiasaannya tertumpu kepada pembuatan menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang ataupun pedang. Di checkpoint ke 2 ni, korang boleh melihat sendiri bagaimana proses membuat keris atau parang. Ini merupakan pengalaman pertama aku menyaksikan bagaimana keris atau parang dihasilkan dan aku rasa ini adalah satu warisan negara yang perlu dijaga supaya tidak luput dimakan zaman. Mungkin pada zaman sekarang kebanyakkannya telah mengunakan mesin-mesin yang canggih tetapi aku rasa mesti tak boleh menandingi kehalusan dan kesenian seorang pandai besi.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyGroupfie dulu dengan geng-geng FAM Trip.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyProses meleburkan besi.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyProses menempa parang.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyProduk yang dah siap dan untuk dijual…

Checkpoint 3 : Perusahaan Pembuatan Pekasam, Kampung Tanah Merah

Sekali lagi aku terpaksa mengharungi bebanan kayuhan menaiki dan menuruni bukit… boleh kurus aku camni walaupun aku memang dah kurus.. ahahahaha.. πŸ˜€ . Di checkpoint ke 3 pulak, kitaorg singgah di tempat pembuatan pekasam di kampung tanah merah. Perusahaan Pembuatan Pekasam ni adalah kepunyaan Puan Noor Hanim bt Aziz dan juga merupakan produk anak tempatan di Padang Rengas.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyJom beli ikan pekasam

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Menurut info yang aku dapat, memproses pekasamΒ  ni pada umumnya amat mudah dan tak memerlukan modal yang besar. Pekasam diproses melalui pemeraman ikan yang digaul bersama garam, asam keping, gula merah dan beras yang telah digoreng. Intipati pekasam ni biasanya diperbuat daripada ikan air tawar. Kalau pekena pekasam goreng cili pastu makan pulak dengan nasi putih panas…fusssss…memang terliuq dibuatnya ooooo….hihihihi… Kalau korang lalu di Padang Rengas, boleh ler singgah beli pekasam untuk dibawa pulang. Aku bagi infonya kat bawah ni haaaa….

Dinim Enterprise (Pekasam Hanim)
No.3 (106) Jalan Serdang Baru
Tanah Merah, Lubuk Merbau
33100 Kuala Kangsar, Perak
Tel : 05-7773542 atau 017-5144663 ( Puan Noor Hanim Aziz)

Checkpoint 4 : Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya

Checkpoint 4 yang merupakan tempat persinggahan terakhir bagi bike ride ini adalah di Perusahaan Pembuatan Laksa, Kampung Paya yang dimiliki oleh Puan Normah Abdul Rahman. Di sini, korang boleh melihat sendiri bagaimana Laksa diproses dan dihasilkan dengan kaedah tradisional menggunakan bekas acuan yang diperbuat daripada tembaga. Kitaorg sempat juga menjamu selera dengan keenakkan Laksa Puan Normah.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyKorang boleh rujuk kat sini untuk info, mana ler tahu kalau-kalau nak join venture ngan Puan Normah lak ker?…

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyYeaaa… kitaorg dah berjaya ke checkpoint ke 4..

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyPara VIP bergambar bersama Puan Normah.

Jom aku tunjukkan bagaimana proses menghasilkan Laksa dengan menggunakan kaedah tradisional….. ala-ala Puan Normah style.. πŸ˜€

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-24Tepung diuli terlebih dahulu hingga mencapai tahap kenyal yang sesuai.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-21Tepung yang telah diuli tadi dimasukkan ke dalam acuan tembaga dan dibawahnya ada kawah besar yang mengandungi air yang sedang mendidih.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-23Tepung yang telah di isi ke dalam acuan tembaga tadi dipadatkan (ditekan) dengan cara mengetatkan penutup acuan secara berpusing. Acuan tembaga tadi akan menghasilkan bentuk laksa dan dibiarkan jatuh ke dalam air kawah yang mendidih untuk direbus terlebih dahulu sebelum di bawa keluar.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-22Ini adalah hasilnya laksa yang telah direbus dan dalam proses untuk disejukkan.

Akhirnya selesailah kitaorg menawan semua checkpoint dan kakiku dipaksa untuk mula mengayuh kembali menuju ke garisan penamat. Sampai jer kembali di Pusat Khidmat Parlimen Padang Rengas terus ambil makanan sebab perut dah menyanyi syahdu….ahahahaha… πŸ˜€ Banyak jugak aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang program Bike Ride @ Padang Rengas ni seperti sukan rakyat, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography-20Inilah basikal aku berserta no plet…hihihihi… no 27. Nampak tak sticker bulat yang berwarna tu… setiap kali kitaorg sampai di checkpoint akan diberi sticker untuk ditampal di no plet masing-masing bagi menandakan kitaorg dah berjaya mengayuh hingga ke checkpoint…ekekekekeke.. πŸ˜€ Ini membuktikan aku dah berkayuh sejauh 18km ok!!…

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyBarisan orang-orang penting dalam program ini….

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotographyRespek dengan uncle ni walaupun seorang OKU (tiada sebelah kaki) tetapi tetap bersemangat untuk berbasikal. Respek lah uncle!!!… Aku tanya kaki besi tu berapa ribu?.. dia jawab 15 ribu jer….fusss….

Aku rasa acara berbasikal ni patut di teruskan sepanjang masa dan jika korang semua nak merasa sendiri pengalaman berbasikal di Padang Rengas atau di sekitar Perak untuk meneroka tempat-tempat yang menarik sempena Tahun Melawat Malaysia ni, bolehlah menghubungi Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan maklumat mengenai Discover Perak Cycling Packages yang ditawarkan. Korang boleh klik gambar kat bawah ni untuk download pamphlet pakej-pakejnya.

program-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-vmy2014-fun-ride-discover-perak-cycling-packages-shamphotography

Sebelum aku akhiri entri ini, jom layan video yang aku ambil semasa mengayuh basikal sambil menikmati kedamaian dan keindahan di Padang Rengas……. jom layannnnnn…. πŸ˜€

Kalau korang nak tengok dalam Youtube pon boleh, klik jer —> Bike Ride @ Padang Rengas

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai Program Bike Ride @ Padang Rengas atau Pakej Discover Perak Cycling serta apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… πŸ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

8 thoughts on “Moh Ke Perak: Program Bike Ride Di Padang Rengas #VMY2014

  1. Wahh mmg seronok tengok.. bnyk tempat2 yg menarik. Suka suasana jalan basikal di kampung2 tu… segar. Tambahan tempat2 lawatannya pun terbaik. Mmg patut disokong ‘cottage’ industry mcm tu disamping memperkenalkan tempat2 menarik di negara kita.. Bestlah entri ni.. Terbaik bro!!

  2. wow..akhirnya boleh juga komen πŸ˜›
    wah sangat menarik ya tuan sham dapat jalan2 dkt kuala kangsar..
    sambil naik basikal.. bagus aktiviti ni sambil promote product iks..
    dpat juga mengeluarkan peluh.. perjalanan
    aktiviti yg menarik dan padat..sesual dgn program ni..
    eh terujanya,.. tahniah dpat jemputan .. bertuah sangat..

    *mcm mana dgn komen skema sya bang ha..ha.. πŸ˜›

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.