Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Alhamdulillah… bertemu kita kembali dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ dan sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, buat sementara waktu ni penulisan aku akan banyak berkisarkan mengenai tarikan pelancongan di Royal Belum. Bagi entri-entri yang akan datang, aku akan membawa anda semua untuk meneroka dan melihat sendiri keindahan dan keunikan pelbagai biodiversiti yang tersimpan rahsia di Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Sepanjang berada di sana, aku telah diberi peluang untuk turut serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dengan kerjasama promosi oleh Tourism Malaysia Perak.

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan yang terdapat di Royal Belum sebagai salah satu ikon tarikan pelancongan serta dapat menjadikan Royal Belum sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Objektif program ini juga untuk mengetengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Orang Asli yang menetap di sekitar Royal Belum disamping dapat membantu menjana pendapatan bagi penduduk tempatan dari segi industri pelancongan dan juga masyarakat Orang Asli Jahai dengan penjualan kraftangan dan hasil-hasil hutan.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Seperti biasa, FAM Trip kami terdiri daripada wakil media, wakil agensi pelancongan dan juga wakil media sosial atau istilah yang paling tepatnya ialah wakil blogger…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€ . Program ni juga turut disertai dengan barisan celebriti dan juga wakil daripada pelbagai agensi yang lain untuk bersama-sama mempromosikan Royal Belum. Antara celebriti yang dapat meluangkan masa ialah Chef Zam, Tanuja, Adi Putra, Haliza Misbun, Zulkifli (komposer), Amaris dan Ayu One in the Million.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Program ini berlangsung di Model Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang dan telah dirasmikan oleh YB Puan Salbiah binti Mohamed selaku Adun Temenggor. Di antara barisan VIP yang turut serta ialah En. Mohamad Suhaimi bin Samsuddin (Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak), Puan Noor Asmah binti Mohd Nawawi (Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak), Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib (Pengarah Tourism Malaysia Perak) dan juga Puan Jariyah daripada NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimTuan Haji Ibrahim Seddiqi (tengah) merupakan Pengarah Tourism Malaysia Perak. Seorang yang peramah dan sporting…hihihihi.. ๐Ÿ˜€

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimYB Puan Salbiah binti Mohamed bergambar dengan barisan celebriti.

Selepas perasmian, kami telah diberi penerangan oleh renjer yang bertugas dan juga demonstrasi bagaimana masyarakat Orang Asli Jahai melakukan aktiviti harian seperti:

  • Aktiviti menyumpit untuk memburu
  • Bagaimana Orang Asli Jahai membuat perangkap binatang
  • Memasak nasi menggunakan buluh

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimLebih kurang sama dengan masak lemang jer aku rasa…hihihihihi…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimAku bergambar dengan Wan (Renjer Royal Belum), Blogger Bro Fuad Noor dan Bro Ari

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimDemonstrasi masak nasi menggunakan buluh.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Jom aku bagi info sikit mengenai Masyarakat Orang Asli Jahai……

Orang Asli Jahai merupakan Orang Asli daripada suku bangsa Negrito. Mereka banyak menghuni kawasan pedalaman terutamanya di Timur Laut Perak dan sebelah Barat Kelantan. Kebanyakan Orang Asli Jahai memilih untuk tinggal samada di kuala sungai atau di pesisiran tasik. Lokasi penempatan mereka ialah di Banun, Sungai Tiang dan pesisir Empangan Temenggor di Perak dan di Kelantan pula, mereka banyak tertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan.

Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.

Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah-randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Sumber: Portal JAKOA Perak.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimPemuda Orang Asli Jahai.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimBro Rosli Mansor bergambar dengan adik-adik masyarakat Orang Asli Jahai.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimPara celebriti sedang mencuba alat muzik masyarakat Orang Asli Jahai…

Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana masyarakat Orang Asli Jahai memainkan alat muzik tradisional yang menggunakan buluh. Kebiasaannya alat muzik buluh ini digunakan oleh Orang Asli Jahai untuk mengiringi Tarian Sewang yang merupakan tarian tradisional bagi puak Jahai. Aku pernah buat video tarian sewang ni semasa kali pertama aku datang ke Royal Belum pada tahun lepas. Jom tonton video dibawah ni haaaa….


Video Tarian Sewang ni aku rakam pada tahun lepas di Kampung Aman Damai, Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimAmacam?… macam adik-beradik tak?… hihihihihihi…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimGroupfie…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimGroupfie dengan Tanuja pulak….

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim
Royal Belum sememangnya amat sesuai bagi anda yang menyukai alam semulajadi dan bagi yang ingin lari daripada kesibukan kotaraya. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis berkisarkan Royal Belum, nantikan entri-entri aku dalam misi untuk meneroka alam semulajadi serta mengrungkaikan serba sedikit misteri dan keunikan di Royal Belum.

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu andaโ€ฆ ๐Ÿ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

11 thoughts on “Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

  1. wahhh…best giler lepak bersama barisan para artis..hehehe..Adi putra tak offer ko berlakon ngan dia ker??hehehe..sorry bro, lama tak singgah sini..baru berkesempatan bw dengan tenang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.