pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini terletak di Kampung Bota Kanan, Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Tuntung adalah haiwan yang tergolong di dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi atau kura-kura dan mengikut statistik, populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun, kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus sekiranya tiada langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan.

Wujudnya Pusat Konservasi ini adalah bertujuan untuk memulihara ekosistem tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara. Tuntung Sungai (Batagur Baska) dan Tuntung Laut (Callagur Borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semulajadi spesies ini.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Aku bersama-sama FAM Trip Tourism Malaysia Perak sempat meluangkan masa bagi melihat sendiri bagaimana pembiakan dan pemuliharaan tuntung dilakukan di Pusat Konservasi ini. Pusat Konservasi ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam usaha untuk memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran. Kedatangan kitaorg telah disambut mesra oleh En. Mat Zaini Zabidi, Pembantu Hidupan Liar yang sudi memberi penerangan secara terperinci mengenai habitat tuntung dan juga fungsi utama Pusat Konservasi ini.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakRuang dalaman Pusat Konservasi ini.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakRuang kompleks yang penuh dengan maklumat mengenai habitat tuntung.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakEn. Mat Zaini Zabidi sedang memberi penerangan kepada FAM Trip Tourism Malaysia Perak.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakReplika telur Tuntung.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakCengkerang Tuntung.

Aku sempat juga bersiar-siar di sekitar kolam-kolam yang telah menempatkan tuntung mengikut saiz masing-masing. Di sini terdapat 4 buah kolam dewasa, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bagi tujuan bertelur, anak-anak tuntung yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung. Megikut fakta yang diperolehi, tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun dan terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun. Tuntung juga mempunyai saiz yang berbeza mengikut jatina. Tuntung betina boleh membesar hingga 50 sentimeter berbanding 40 sentimeter untuk tuntung jantan.

Menurut daripada penerangan En. Mat Zaini Zabidi, langkah konservasi yang dilaksanakan oleh Pusat Konservasi Tuntung ini bermula daripada proses pengutipan telur, pengeraman, penjagaan, penguatkuasaan serta pengawalan. Pada peringkat awalnya, telur-telur tuntung yang telah dikutip akan diperam di tapak berpasir dan apabila menetas, anak-anak tuntung itu akan dipindahkan ke kolam khas bagi membolehkan anak tuntung dapat membesar dengan selamat.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakTuntung dewasa.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakAnak-anak tuntung.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakTuntung bersaiz sederhana.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakTuntung merenung kameraku.

Aku difahamkan bahawa tuntung ini merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana individu daripada menangkap, memakan, menjual tuntung dan juga telurnya.Β  Waktu melawat di Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan hanya pada pukul 2 hingga 4 petang sahaja bagi membolehkan proses konservasi dapat dijalankan dengan sempurna.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakWaktu lawatan Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung).

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakJangan lupa untuk mengisi buku pelawat jika berkunjung ke sana.

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakAcara groupfie sebelum beredar.

Bagi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut atau ingin melakukan kajian serta penyelidikan mengenai tuntung, bolehlah hubungi :Β 
Β Ketua
Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung
Jabatan Perhilitan
32600 Bota Kanan, PerakΒ 
Tel: 05-3762726Β 

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… πŸ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

9 thoughts on “Moh Ke Perak: Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan #VMY2014

  1. Mmg best.. kenangan hari pertama tu.. banyak pelajaran yg aku dapat mengenai tuntung di sini. Sebelum ni tak berapa kisah sgt dgn tuntung ni.. rasa sama je dgn kura2. Tapi bila dah dengar penerangan & melihat sendiri baru ada rasa kesedaran perlunya keperihatinan kita menjaga habitat tuntung ni. Kalau ia pupus, secara tak langsung kita kehilangan hidupan berharga yg tinggi nilainya utk negara. Hargailah tuntung… πŸ™‚

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.