Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,
Dalam segmen Moh Ke Perak ni, aku akan membawa anda semua bersama-sama untuk mengimbas kembali sejarah Victoria Bridge (Jambatan Victoria) . Jambatan ini merupakan salah satu warisan sejarah yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar dan semestinya kaya dengan nilai sejarahnya tersendiri. Jambatan besi ini dinamakan Victoria Bridge sempena nama Ratu Victoria dimana pada ketika itu adalah zaman pemerintahan beliau.
Daripada hasil kupasan aku, sebenarnya Victoria Bridge ini merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia (Malaya atau Tanah Melayu). Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar dan pembinaannya telah mula dilakukan pada bulan Disember tahun 1897. Pembinaannya telah selesai pada bulan Mac 1990 dimana ia telah mengambil masa 3 tahun untuk siap sepenuhnya…ermmm..kalau 2014 tolak 1897 maknanya jambatan ni sudah berusia 117 tahun. Walaupun sudah berusia lebih daripada 1 abad tetapi masih lagi dalam keadaan elok dan terpelihara sehingga ke hari ini.
Perasmian jambatan besi ini telah dilakukan oleh Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan dihadiri bersama Sir Frank Swettenham ( Residen Jeneral FMS British) , Sir John Pickersgill Rodger (Pemangku Residen British) serta orang-orang kenamaan pada 21 Mac 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson.
Satu fakta yang hebat mengenai jambatan besi ini ialah ia pernah dikatakan sebagai jambatan keretapi terbesar di bahagian timur di luar India oleh Sir Frank Swettenham. Jambatan besi ini mempunyai 6 batang tiang kukuh diperbuat daripada bata merah dan pernah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Tempat-tempat begini ler yang akan dibom terlebih dahulu jika berlaku peperangan.. betul tak?.
Tapi kini Victoria Bridge tidak lagi digunakan semenjak tahun 2002 oleh kerana ada jambatan konkrit yang baru telah dibina untuk mengambil alih tugas jambatan kereta api ini. Walau apa pun Victoria Bridge masih lagi digunakan oleh penduduk disitu untuk menyeberangi Sungai Perak menggunakan motosikal dan pejalan kaki.
Geng-geng FAM Trip sedang berselfie di atas jambatan..hihihihi…
Ok!.. jom groupfie dulu sebelum blah…
Ini merupakan kali pertama aku menjejaki kaki di Victoria Bridge ni dan pada pendapat aku, Victoria Bridge ni harus dijadikan sebagai tempat tarikan pelancongan dan pihak yang berwajib haruslah memelihara jambatan besi ini sebagai warisan sejarah negara kita. Aku pernah ambil gambar outdoor untuk wedding di jambatan besi yang sama seperti Victoria Bridge ni tapi di Pahang, memang hasilnya cantik dan unik berlatarbelakangkan jambatan besi ni.
Kalau anda ke Kuala Kangsar….jangan lupa singgah di Victoria Bridge. π
Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu andaβ¦ π
Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

Pernah tengok gambar bridge ni, tp tak sampai lagi. Menarik bro Sham.. gambar pun best2. Thanks sharing info.. π π
Mmg legend jambatan besi ni bro… π
salah satu lokasi photograpy yang popular π
Yup bro… shoot wedding mmg menarik kat jambatan besi ni… π
Mcm extreme pulak bila berjalan atas railway tu… tp, teringin gak nak ambil gambar kat sana.. thanx for sharing..
Mmg extreme bro…nak jalan kena hati-hati….kalau tak terbolos ke bawah…hihihihihi…. π
salah satu warisan yang harus terus dipelihara…
satu mercu sejarah yang ada di Kuala Kangsar..
tempat yg sangat menarik untuk dikunjungi…tambah utk tujuan photoshoot π
Yup bro…betul tu..mmg warisan sejarah kuala kangsar dan perak… π
Menarik nie bro..Touris Perak memang mengambil langkah bijak dalam mempromosi tempat di perak dengan cara macam nie..kalau tak aku sendiri tak tahu pasal benda nie sebelum ini…
Regards,
-Strider-
Betul tu bro… sebenarnya Tourism Perak dengan Tourism Malaysia Perak ni lain tau bro… Yang jemput aku ni Tourism Malaysia Perak….hihihihi… π
Saya cadangkan supaya jambatan Victoria ni ditambahkan serinya dengan memasang lampu supaya kita dapat menikmatinya dalam suasana malam.lni secara tidak langsung dapat menghindar kegiatan negetif seperti mencuri besi jambatan dan lain-lain.
Kan… cadangan yg bagus tuuu untuk memajukan lagi lokasi tu… π