Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Newton Challenge 2016 telah diadakan di Giant Hypermart Bandar Kinrara, Puchong pada 24 Julai 2016. Acara ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu larian sejauh 15km dan juga 30km. Alhamdulillah, kali ini aku mendapat tajaan daripada ‘big boss’ kepada wife….hihihihihi…rezeki kan?!!.. 😀 Ini adalah larian pertama aku sejauh 30km dan sekaligus merupakan rekod larian aku paling jauh setakat ini. Hati tetap akan berdebar tetapi aku yakin fizikal dan mental aku memang sudah bersedia nak layan 30km. 😀
Peserta bagi kategori 30km dilepaskan pada pukul 5.30 pagi dan diikuti pula dengan kategori 15km satu jam kemudian. Seawal pukul 4 pagi hujan dah turun membasahi Bandar Kinrara dan sedikit pun tiada tanda-tanda untuk hujan berhenti walaupun para peserta telah mula berlari. Larian aku kali ini ditemani dengan hujan di sepanjang laluan sehinggalah lebih kurang 10km terakhir. Agak cukup mencabar sebab terpaksa berlari dalam keadaan hujan dengan laluan yang gelap serta melalui beberapa kawasan pembinaan dan juga keadaan jalan yang licin. Risiko untuk terpijak lubang atau tergelincir memang tinggi walaupun dalam keadaan berhati-hati.
Terima kasih kepada Victor Chong. Tengah seksa naik bukit ni…hahahahaha.. 😀
Laluan larian memang cukup menguji mental apabila terpaksa mengharungi pelbagai permukaan bumi yang berbukit-bukau di sekitar Bandar Kinrara. Alhamdulillah, kaki cukup memahami dan menjalankan tugas dengan baik sebab langsung tiada tanda-tanda untuk krem hingga tamat larian…hihihihihi.. 😀 Terima kasih juga kepada wife yang sanggup menunggu di kilometer ke 20 untuk sesi bergambar (pose wajib) dan waterstation khas dengan air isotonik Gatorade…hihihihihi.. 😀
Pose wajib semestinya ada… 😀
Berjaya menamatkan larian sejauh 30km dengan masa 4:07 (Gun time: 4:12) walaupun rasanya boleh laju lagi tetapi kaki tak selesa nak berlari disebabkan kasut dan stokin basah kuyup redah air hujan. Buat masa sekarang ini, aku sedang fokus bagi persediaan fizikal dan mental untuk layan 30km+12.195km=Full Marathon…..tapi bila?…..tungguuuuuu…..hihihihihi.. 😀
Menuju ke Finishing Line!!!.. Gaya itu perlu.. 😀
Pose gigit medal…hihihihihi.. 😀
30km terseksa untuk dapatkan baju ni…. fusssss… 😀
Ini jer geng #Runholics di Newton Challenge 2016.
Yeahhhh!!!!!…
Besar jugak medalnya…. 😀
30Km Finisher…. 😀
Komen aku mengenai acara Newton Challenge 2016 30KM :
Penganjuran yang cukup teratur dan tiada sebarang masalah semasa proses pengambilan race kit, agak cepat dan mudah. Bagi aku yuran penyertaan agak mahal jika dibandingkan dengan harga biasa bagi kategori Half dan Full Marathon tetapi setiap peserta diberi sepasang stokin newton secara percuma. Laluan larian yang cukup menarik dan dalam masa yang sama cukup memberi cabaran kepada para peserta. Memang mencabar bila melalui laluan yang gelap tanpa cahaya lampu jalan dan berlari di depan kawasan pembinaan tetapi ini tidak menjadi masalah untuk aku..hihihihi.. 😀
Kawalan trafik yang memuaskan dan waterstation pula tidaklah menghampakan tetapi jarak setiap waterstation itu agak jauh dan bukan semua ada sediakan air isotonik serta alangkah bagusnya sekiranya pihak penganjur sediakan sedikit buah-buahan di salah satu waterstation. Aku dah kelaparan selepas 20km dan terpaksa sedut powergel…hihihihihi.. 😀 Baju larian pun agak menarik dengan warna merah kuning dan finisher tee untuk 30km memang cukup puas hati serta menjadi antara baju kesukaan aku…hihihihihi.. 😀
Aku agak kecewa sikit sebab tiada e-certificate disediakan walaupun bib. larian disertakan dengan timing chip. Harap pihak penganjur dapat menyediakan e-certificate kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian bagi edisi seterusnya.
Kesimpulannya, satu acara yang tidak mengecewakan dan ini adalah salah satu acara larian yang menawarkan larian sejauh 30km. Penganjuran yang cukup kemas dan teratur. Boleh dipertimbangkan untuk mendaftar lagi sekiranya poket mengizinkan…hihihihihi.. 😀 Secara peribadi, aku rasa acara ini memang tidak mengecewakan dan boleh direkemenkan kepada mereka yang ingin mencuba 30km.
