Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Nike We Run KL 21K 2016 telah diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada 10 April 2016. Larian anjuran Nike Malaysia ini hanya menawarkan satu (1) kategori sahaja iaitu 21km (Half Marathon). Peserta akan memulakan larian di Race Village, Semasa Parking Sentral yang bersebelahan dengan KL Sentral dan akan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 21km sebelum kembali semula ke Semasa Parking Sentral untuk menamatkan larian.
Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini yang dikatakan antara acara popular setiap tahun. Penyertaan bagi acara ini telah penuh dalam masa 3-4 jam selepas pendaftaran dibuka. Nasib baik aku dan wife sempat untuk mendaftar walaupun beberapa kali menghadapi masalah dengan proses pembayaran. Ini juga merupakan acara larian 21km (half marathon) yang pertama buat wife aku. Sebelum mula larian, 3 kali wife ke tandas sebab gementar gamaknya….hahahahahaha… 😀 Buat kali pertamanya #RedBullRunner dan #CuteTigerRunner berlari bersama sejauh 21km…hihihihihi.. 🙂
Jom layan gambar…..
Lepak kejap sementara menunggu waktu untuk flag off.
Flag off time!..
KLCC
Pengsan….hahahahahaha… 😀
Ada juga gambar aku dan wife. Terima kasih kepada Victor Chong.
Jalan Tunku Abdul Rahman.
Lagi 1km jer lagi…….
Bergambar dengan Abg Omar.
1 monster, 1 redbull dan 1 tiger.
Kenapa semua tunjuk penumbuk ni?…..
Tunjuk medal semua!!!!…
Bersama otai-otai!..
We Run KL.
Group photo.
Bergambar dengan Bro. Sharifuddin.
Cooling Zone Area.
Bergambar dengan Abg Omar dan Essy Choo.
Runholics
Tahniah kepada wife untuk Half Marathon yang pertama.
Medal Nike We Run KL 21K 2016.
Rekod Runkeeper.
Official Time.
Komen aku mengenai Nike We Run KL 21K 2016:
Pada pendapat peribadi aku, Nike We Run KL ini agak hambar walaupun dianjurkan oleh sebuah syarikat berjenama yang terkenal. Jumlah peserta yang terlalu ramai memang cukup memberi cabaran. Laluan larian mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 21km bagi aku memang cukup seronok dan menarik. Waterstation memang tidak mengecewakan dan marshall juga telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna.
Tapi ada beberapa perkara yang aku kurang berpuas hati. Lebih senang kalau aku senaraikan dibawah:
- Sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai acara selepas mendaftar. Maklumat semua diberi di saat-saat terakhir. Bagaimana peserta yang dari luar KL hendak menempah penginapan awal sekiranya lokasi acara pun peserta tak tahu.
- Tiada Finisher Tee untuk peserta yang berjaya menamatkan larian. Penganjurnya jenama popular kan?!!
- Sarapan pagi hanyalah sebiji pisang dan juga sebotol air mineral selepas peserta berlari sejauh 21km. Aku ada terpandang khemah VIP dan Media. Macam mewah jer makanan di khemah tu?. Mungkin penganjur lebih fokus menjaga VIP dan Media daripada menjaga para peserta.
- Tiada sijil untuk peserta yang telah menamatkan larian walaupun sekadar E-Cert. Penganjur yang kurang terkenal pun, boleh mengeluarkan E-Cert kepada para peserta. Mungkin ada yang tidak perlukan sijil atau E-Cert tapi aku memang akan simpan untuk rekod peribadi.
- Katanya ada ramai Official Photographer tapi agak susah juga untuk jumpa di laluan larian tapi itu tidak menjadi isu, mungkin kerana mereka hanya menunggu peserta yang laju dan berada di hadapan.
- Cooling Zone yang ramai terpaksa menunggu. Mungkin kos banyak habis di cooling zone rasanya?…hahahahaha… 😀
- Aku rasa rekabentuk medalnya hanyalah biasa dan kurang menarik.
- Ingatkan dapat baucer diskaun untuk beli barangan Nike tapi HAMPA!...hihihihihi.. 😀
Kalau nak disenaraikan, banyak lagi sebenarnya aku kurang puas hati tapi malas nak ketengahkan benda-benda kecil. Kesimpulannya, kalau ditanya pada aku atau wife samaada kami akan mendaftar lagi untuk tahun depan?. Jawapannya semestilah TIDAK!… Walaupun yuran penyertaan hanyalah RM80 tapi bagi aku memang tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar. Malas rasanya nak berebut-rebut untuk mendaftar lagi pada tahun depan….hahahahaha.. 😀
