lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kebiasaannya apabila tiba di penghujung tahun, selalu juga aku dapat mesej di facebook dan whatapps bertanyakan tentang bagaimana untuk ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi, Thailand. Ada yang sekadar bertanya beberapa info dan ada juga yang minta maklumat secara terperinci. Mana-mana pengalaman yang aku lalui memang senang untuk dikongsikan tetapi jika ada maklumat yang aku sendiri pun tidak pasti, aku akan cuba cari info untuk membantu. Jom aku kongsikan sedikit panduan ringkas supaya anda boleh menyusun jadual perjalanan ke sana dengan lebih lancar. 😀

Sebelum anda merancang untuk ke Lopburi, terlebih dahulu anda perlu tahu “bilakah waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari?”. Penanaman bunga matahari di Lopburi adalah mengikut musim disebabkan hayat bunga matahari ini hanyalah dalam tempoh semusim sahaja dan waktu yang sesuai untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi adalah sekitar bulan November sehinggalah ke bulan Januari setiap tahun.

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

“Kenapa hanya dalam tempoh ini sahaja?”, ermmm….aku pun kurang pasti tetapi rasanya mungkin ini berkaitan dengan perubahan cuaca dan suhu di Lopburi yang membolehkan bunga matahari itu disemai. Selain daripada tempoh ini, mungkin anda akan pulang dengan perasaan kecewa atau hanya bergambar dengan bunga matahari yang sudah layu dan mati. Amat susah untuk mengetahui waktu yang sesuai supaya bunga matahari berada dalam keadaan besar dan matang tetapi aku boleh cadangkan supaya melawat sekitar bulan November atau Disember. Bunga matahari yang telah mencapai tempoh matang akan dituai untuk hasil biji kuacinya. Aku pernah jumpa bunga matahari di Songkhla yang sama ketinggian dengan aku (175cm) dengan saiz bunganya yang lebih atau sebesar tapak tangan orang dewasa. Jika nasib tidak menyebelahi anda, mungkin pokok bunga matahari itu hanyalah separas dengan lutut seperti gambar kami di atas..….hahahaha.. 😀

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Bagi entri ini, aku akan fokuskan bagaimana untuk ke Lopburi dengan menaiki keretapi daripada Malaysia. Ada juga alternatif lain untuk ke sana tapi itu aku akan ceritakan di akhir entri nanti.

page-break-dashed-line-01

Kuala Lumpur – Bangkok

KL Sentral – Padang Besar – Hatyai – Bangkok
atau
KL Sentral – Padang Besar – Bangkok

  • KL Sentral ke Stesen Padang Besar – menggunakan perkhidmatan ETS.
  • Stesen Padang Besar ke Stesen Hatyai Junction – menggunakan perkhidmatan Tren Ulang-Alik Padang Besar Hatyai (Padang Besar Hatyai Shuttle Train)
  • Stesen Hatyai Junction ke Stesen Hua Lamphong – rujuk jadual dibawah untuk nombor tren dan jadual perjalanan.

jadual-train-thai-railways-hatyai-bangkok-eshamzhalimJadual tren Hatyai Junction – Bangkok.

Bagi yang memilih perjalanan Padang Besar – Bangkok, bolehlah menaiki Tren Thai Railways #46 dari Stesen Padang Besar terus ke Stesen Hua Lamphong, Bangkok dan tiket boleh dibeli di kaunter State Railway of Thailand (SRT) yang terdapat di Stesen KTM Padang Besar.

jadual-train-thai-railways-padang-besar-bangkok-eshamzhalimJadual tren #46 Padang Besar – Bangkok.

Maklumat yang lebih lengkap serta jadual ETS, Padang Besar Hatyai Shuttle Train dan Tren Thai Railways boleh dirujuk di entri ini – Bagaimana Untuk Ke Hatyai Dan Bangkok Menggunakan Bas Atau Keretapi. Anda juga boleh semak jadual perjalanan serta harga tiket tren di laman web 12go.asia di bawah:

Powered by 12Go Asia system
 page-break-dashed-line-01

Bangkok – Lopburi – Bangkok

Dibawah adalah jadual perjalanan tren yang akan bertolak daripada Stesen Hua Lamphong menuju ke Stesen Lopburi. Anda boleh pilih mana-mana tren tetapi aku cadangkan supaya anda memilih tren #111 atau #7 untuk ke Lopburi dan tren #112 atau #8 untuk pulang ke Bangkok. Tiket boleh dibeli terus di kaunter ataupun boleh beli lebih awal di 12go.asia. Ada sesetengah tiket tren bagi kelas 2 dan kelas 3 tidak boleh dibeli secara online dan perlu dibeli di kaunter pada hari perjalanan, anggaplah seperti menaiki Komuter atau LRT di Malaysia. Tiket pulang ke Bangkok bolehlah dibeli di kaunter Stesen Lopburi.

Tren #111 dan #112 (Rapid)
Kelas tren: Kelas 2 dan 3 sahaja (kipas)
Harga tiket: 94 / 50 baht seorang

Tren #7  dan #8 (Special Express Train)
Kelas tren: Kelas 1 (tren berhawa dingin)
Harga tiket: 374 baht seorang

jadual-train-thai-railways-bangkok-lopburi-eshamzhalimJadual tren Bangkok-Lopburi.

jadual-train-thai-railways-lopburi-bangkok-eshamzhalimJadual tren Lopburi-Bangkok.

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

 

Stesen Keretapi Lopburi – Ladang Bunga Matahari

Kebiasaannya semasa musim bunga matahari (November-Januari), memang cukup senang untuk mencari pengangkutan ke ladang bunga matahari. Kebanyakan pemandu tuk-tuk, teksi atau teksi sapu akan menunggu di luar Stesen Keretapi Lopburi untuk menawarkan perkhidmatan ke ladang bunga matahari. Harga tambang biasanya bergantung kepada kebolehan anda tawar menawar…hihihihi.. 😀

Tips: Pastikan anda simpan gambar bunga matahari di dalam telefon bimbit untuk ditunjukkan kepada pemandu tuk-tuk atau teksi nanti. Kebanyakkan mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris. 😀

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

 

Tren Khas Ke Ladang Bunga Matahari

(Special Tourist Train To Sunflower Field)

The State Railway of Thailand (SRT) ada menyediakan perkhidmatan tren khas bagi pelancong yang ingin melawat ladang bunga matahari. Bagi tahun 2017, tren khas ini akan beroperasi mulai bulan November hingga Januari 2018. Dahulunya, tren khas ke ladang bunga matahari hanyalah akan beroperasi pada bulan Disember sahaja tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkhidmatan tren khas telah beroperasi mulai bulan November hingga Januari (berdasarkan maklumat SRT). Tren khas ini akan mengambil masa selama 12 jam dan akan bertolak dari Stesen Hua Lamphong pada pukul 7.10 pagi menuju ke Pa Sak Jolasid Dam di Lopburi serta kembali ke Stesen Hua Lamphong pada pukul 6.30 petang. Harga tiket adalah sebanyak 270 baht seorang dan tren khas ini hanya akan beroperasi pada hari sabtu, ahad dan juga hari cuti umum di Thailand. Tiket tren khas ini adalah seperti goreng pisang panas dan mungkin anda boleh mencuba nasib untuk membeli tiket di kaunter. Bagi anda yang berada di Bangkok dan ingin cuba untuk menempah tiket, bolehlah hubungi talian hotline 1690.

Jadual perjalanan tren khas (Diterjemahkan dari Bahasa Thai ke Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate):

** Depart from Bangkok Station at 07.10 hrs. Stop at Samsen Railway Station, Bangsue, Bangkhen, Laksi, Don Mueang, Rangsit, Ayutthaya, Saraburi, Kaeng Khoi, The highlight of this trip is the view point. “Floating train” at Khok Salung Then, stop at Pasak Dam at 10.40 am. In addition, The Lopburi. Organized activities such as the show of Thai Bang community lifestyle. Display and distribution of OTOP products. Visit the Museum of History, construction of the Pasak Dam, Aquarium, goat farm, sheep farm, sunflower garden. Horse-drawn carriage is also available. Tram service runs through the dam to worship the great Wang Muang with Saraburi

** Return from Pasak Dam stop at 15.30 hrs. Stop at Kaeng Sua Pier, Kaeng Khoi, Saraburi, Ayutthaya, Rangsit, Don Muang, Laksi, Bang Sue, Samsen and then arrive at Bangkok Station at 6.30.

Bangkok – Pasak Dam – Bangkok:  270 Baht per person. No discount for all types (use a bogey ride, 3rd floor, renovation of the whole procession).

Ticket sales: Buy at all stations nationwide or Reservations can be made by phone number 1690 (advance 5 days). For more information, call 1690 hotline.

special-train-to-sunflower-field-eshamzhalim-lopburi-thailand
Jadual Tren Khas 2017/2018
November 2017: 18,19,25,26 Nov
Disember 2017: 2,3,9,10,16,17,23,24 Dis
Januari 2018: 13,14,20,21,27 Jan

Nota: Perkhidmatan tren khas ini bagi setiap tahun adalah tertakluk kepada State Railway of Thailand dan kemungkinan bulan-bulan operasi (antara Nov-Jan) akan berubah setiap tahun.

page-break-dashed-line-01

Bangkok – Kuala Lumpur

Bangkok – Hatyai – Padang Besar – KL Sentral
atau
Bangkok – Padang Besar – KL Sentral

  • Stesen Hua Lamphong ke Stesen Hatyai Junction – rujuk jadual dibawah untuk nombor tren dan jadual perjalanan.
  • Stesen Hatyai Junction ke Stesen Padang Besar – menggunakan perkhidmatan Tren Ulang-Alik Padang Besar Hatyai (Padang Besar Hatyai Shuttle Train)
  • Stesen Padang Besar ke KL Sentral – menggunakan perkhidmatan ETS.

jadual-train-thai-railways-bangkok-hatyai-eshamzhalimJadual tren Bangkok – Hatyai Junction.

Bagi yang memilih perjalanan Bangkok – Padang Besar, bolehlah menaiki Tren Thai Railways #45 dari Stesen Hua Lamphong, Bangkok terus ke Stesen Padang Besar dan tiket boleh dibeli di kaunter State Railway of Thailand (SRT) atau pun secara online di 12go.asia.

jadual-train-thai-railways-bangkok-padang-besar-eshamzhalimJadual tren #45 Bangkok – Padang Besar.

Powered by 12Go Asia system

page-break-dashed-line-01

Alternatif lain untuk ke Lopburi:

  1. Menaiki bas di Morchit Bus Terminal, Bangkok. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit mulai 5.30 pagi hingga 8.30 malam dan harga tiket adalah sekitar 100 baht.
  2. Menaiki teksi tetapi mungkin tambang akan menjadi mahal.
  3. Menaiki van di Morchit Bus Terminal, Bangkok. Jadual van boleh semak di bawah.

Powered by 12Go Asia system

Bagi aku, pengangkutan yang paling senang dan mudah adalah dengan menaiki tren di Stesen Hua Lamphong tetapi itu terpulang kepada masa dan budget anda. Harap panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat perancangan untuk ke sana. Untuk makluman dan bagi mengelakkan anda keliru, kesemua jadual tren di atas adalah berdasarkan waktu Thailand.

Akhir kata daripada aku, selamat mengembara dan mohon kerjasama anda untuk kongsikan sebarang maklumat terkini di ruangan komen di bawah. Maklumat yang berguna elok dikongsi bersama, jangan lupa untuk berkongsi entri ini dengan rakan-rakan….hihihihihihi… ?


Jom layan video sikit… 😀

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

lopburi-ladang-bunga-matahari-thailand-eshamzhalim

Nota: Untuk makluman, ini bukanlah entri berbayar dan tiada hubungkait dengan url laman web pihak ketiga yang dimasukkan ke dalam entri ini. Entri ini adalah bertujuan untuk membantu serta berkongsi maklumat sebagai sumber rujukan. Sekiranya anda rasa entri ini amat berguna, harap dapat dikongsikan bersama rakan-rakan dan jangan lupa tinggalkan komen anda di ruang di bawah. Terima kasih.

Kalau nak belanja Teh Tarik pun boleh, dapat juga tolong tampung sikit kos sewa hosting aku….hihihihihi.. 😀

donate-paypal-eshamzhalim

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

18 thoughts on “Panduan Ringkas Ke Ladang Bunga Matahari Lopburi, Thailand

  1. Terima kasih atas panduan saudara, saya dah berjaya sampai ke lopburi semalam. Cuma saya baru tahu tentang train terus ke sunflower field. Tapi tak mengapa sebab saya pergi di pertengahan minggu jadi tak terasa rugi. Hehe. Train dari Bangkok – Lopburi yang saya ambil berharga 50baht seorang.

    1. Budget bawah seribu atas 500 dah kira ok dah kalau setakat nak ke sunflower farm. Budget yg tepat mmg susah sbb tu terpulang kepada diri sendiri setakat mana boleh berjimat atau mahu kan trip lima bintang. Paling best nak ke sama min dlm 5 hari la.. 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.