tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apabila disebut perkataan Paragliding, aku rasa pasti ramai yang terbayang-bayang perasaan gayat atau pun cuak bila disuruh melompat dari cerun bukit menggunakan payung terjun!, paling tidak pun mesti ada yang kata โ€œTak bahaya ker?โ€โ€ฆ betul tak?.

Memang tidak dinafikan bahawa sukan Paragliding ini tergolong di dalam aktiviti sukan ekstrem tetapi sukan Paragliding ini bukanlah sesuatu aktiviti yang baru di Malaysia. Kalau aku merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud perkataan Paragliding ini ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.

Alhamdulillah!โ€ฆ Aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu event Tandem Paragliding yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor pada 16 September 2014. Maklamat atau tema event ini adalah untuk melakukan Tandem Paragliding dan terbang bersama Jalur Gemilang supaya dapat berkibar megah di udara sempena Hari Malaysia.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Tandem Paragliding?. Sebenarnya, untuk melakukan aktiviti Paragliding secara solo, diharuskan mempunyai lesen yang diiktiraf dan manakala Tandem Paragliding pula, korang akan terbang bersama-sama seorang Tandem Pilot yang bertauliah. Maksud yang lebih tepat lagi ialah korang akan menjadi penumpang dan terbang bersama-sama seorang Tandem Pilot.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTandem Paragliding bersama seorang pilot yang bertauliah.

Seramai 21 orang yang turut serta dalam event ini termasuklah aku dan wife. Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong aktiviti yang kitaorg anjurkan… korang semua memang sporting!… ๐Ÿ˜€

Seawal pukul 9.30 pagi kitaorg telah berkumpul di Bukit Jugra Paragliding Landing Zone bagi sesi taklimat dan info keselamatan oleh Bro. Aizat yang merupakan salah seorang daripada 4 pilot (En. Faridil, En. Mus dan En. Abd Rahman) yang akan membawa kitaorg terbang di udara. Walaupun hujan rahmat turun pada pagi itu tetapi sama sekali tidak akan mematahkan semangat kitaorg untuk meneruskan event yang dirancang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTeam Malaysia.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBro. Aizat sedang memberi taklimat dan panduan keselamatan bagi aktiviti Paragliding.

Selepas masing-masing telah bersedia, kitaorg terus menuju ke Flying Zone iaitu di atas Bukit Jugra (Di hadapan Rumah Api Bukit Jugra). Boleh pandu kereta hingga ke Rumah Api Bukit Jugra tapi aku nasihatkan supaya berkongsi kereta untuk meminimumkan jumlah kereta di atas disebabkan tempat letak kenderaan yang terhad.

Sukan Paragliding ini adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan cuaca dan elemen yang amat penting di dalam aktiviti sukan Paragliding ialah angin. Ketiadaan angin, wind gust atau angin bertiup daripada arah yang salah akan membuatkan semua aktiviti Paragliding terpaksa Grounded (No Fly Zone). Apa itu wind gust?. Wind gust ini sebenarnya keadaan faktor angin yang bertiup kencang secara tiba-tiba dalam sesuatu masa yang pendek dan keadaan ini agak berbahaya. Di atas aspek-aspek keselamatan, pilot Paragliding berhak untuk membatalkan aktiviti ini sekiranya berisiko tinggi untuk terbang dan korang terpaksalah pasrah jika berlaku sebegini…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€ Dalam apa-apa aktiviti pun, isu keselamatan haruslah diutamakan.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogAku terpaksa jadi model untuk demonstrasi ni, nampak tak muka cuak di situ..ahahahaha.. ๐Ÿ˜€

Sementara menunggu keadaan cuaca dan angin yang mengizinkan untuk terbang, sekali lagi Bro. Aizat melakukan demonstrasi pemakaian harness (abah-abah) Paragliding dan juga sedikit tips apa yang perlu dilakukan semasa takeoff nanti. Berkali-kali diingatkan supaya JANGAN PANIK, JANGAN TERGAMAM dan JANGAN MELOMPAT semasa takeoff, cuma berlari seperti biasa sehingga berjaya terbang. Secara spontannya pelbagai muka cuak dan gentar terserlah pada rakan-rakan semua termasuklah aku sekaliโ€ฆahahahahaโ€ฆ ๐Ÿ˜€ jantung mula berdegup kencang dan hati semakin resah tapi itu semua adalah perkara biasa apabila melakukan sesuatu yang baru. Maklumlah, kitaorg semua tak pernah mencuba Paragliding sebelum ni. Hasrat kitaorg harus diteruskan jua demi untuk membawa Jalur Gemilang terbang bebas di udara. Hanya satu aktiviti jer yang boleh dilakukan semasa menunggu iaitu bergambar…ahahahaha.. ๐Ÿ˜€

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogMisi hari ini ialah membawa Jalur Gemilang berkibar di angkasaraya.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogGroup photo dahulu sebelum mula terbang… eh! mana gambar aku..

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogSebelum dapat Paragliding, aktiviti yang pertama dilakukan ialah Parawaiting… hihihihi.. ๐Ÿ˜€

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogInilah tempat duduk semasa terbang…

Akhirnya matahari keluar disebalik awan dan angin pula mula bertiup. Setelah mendapat “lampu hijau” daripada Bro. Aizat, masing-masing bersedia menantikan giliran untuk terbang. Disebabkan aku hanya bawa 2 bendera jer,ย  terpaksalah mengikut giliran kepada sesiapa yang ingin terbang bersama Jalur Gemilang. Satu persatu diantara kitaorg yang berjaya terbang bebas di ruang udara Bukit Jugra dan aku rasa peserta yang paling bangga sekali semestinya Zakiah Musa oleh kerana dia merupakan peserta pertama yang terbang bersama Jalur Gemilang….ahahahaha.. bangga ooo.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogZakiah bersama Bro. Aizat sedang bersedia untuk terbang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogMisi telah tercapai…membawa Jalur Gemilang terbang dan berkibar di udara sempena Hari Malaysia.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Pastinya mesti ada yang tertanya-tanya, “Berapa lama boleh terbang kat atas tu?”… apa yang dapat aku katakan adalah secara puratanya masa penerbangan bagi Tandem Paragliding ni lebih kurang 10-15 minit setiap seorang tetapi bergantung kepada keadaan angin dan bagi sesiapa yang beruntung boleh terbang lebih lama tapi tu kena bodek pilot laaaaa… ๐Ÿ˜€ . Ada juga Tandem Paragliding ni yang hanya dapat terbang kurang daripada 5 minit, kemungkinan faktor cuaca atau keadaan angin yang tidak mengizinkan. Jom layan gambar dulu….. ๐Ÿ˜€

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTempat mendarat… larporpo!!!.. Watakunsi!!!… Landing Time!!!….

Kelihatan wajah lega bagi rakan-rakan yang sudah berjaya mendarat dan berpijak kembali dibumi. Secara keseluruhannya ramai yang berpuashati dan seronok dengan penerbangan masing-masing. Seramai 13 orang rakan-rakan yang berjaya terbang pada hari itu dan 8 orang lagi terpaksa ditunda ke hari lain. 8 orang tu termasuklah aku dan wife sekali. Pihak penganjur mestilah mendahulukan peserta yang lain kan!.. Di atas isu keselamatan, Bro. Aizat terpaksa menghentikan aktiviti Paragliding disebabkan keadaan angin yang tidak mengizinkan (Wind Gust) dan ditunda ke 27 September 2014.

Paragliding 2.0 : 27 September 2014

Penerbangan 8 rakan lagi diteruskan pada 27hb September 2014 bersama 2 lagi rakan tambahan.ย  Alhamdulillah, cuaca memang cukup sesuai untuk Paragliding atau aktiviti-aktiviti lain sekitar Bukit Jugra. Seperti biasa, sedikit taklimat ringkas oleh Bro. Aizat selaku pilot utama bagi mengingatkan kitaorg kembali mengenai keselamatan Paragliding dan kali ni seorang Tandem Pilot berbangsa Taiwan (Michael) akan membantu Bro. Aizat untuk membawa kitaorg terbang di udara. Rasanya tak perlu untuk bercerita panjang semasa event Paragliding 2.0. Jom aku kongsikan gambar dan video edisi khas Tandem Paragliding di bawah ni haaaa… saksikan betapa seronoknya kitaorg, bagaikan seekor burung yang terbang bebas di udara. ๐Ÿ˜€

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBergambar dengan ahli astronomi.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogGroupfie dengan Tandem Pilot dari Taiwan (Michael – berbaju hijau)

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBro. Aizat dan Bro. Mus sedang menunggu angin yang sesuai untuk terbang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogAku dan Bro. Aizat.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogCheq Eem dan Abang Mus.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Nampaknya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba… apa lagi!, jom tonton Video Edisi Khas Event Paragliding kitaorg. Aku rasa korang semua mesti panas hati selepas menonton video ni…ahahahahaha… ๐Ÿ˜€

Kalau nak tonton di Youtube pun boleh, klik jer Tandem Paragliding Bukit Jugra

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog
Upacara penyampaian Sijil Tandem Paragliding oleh En. Abd Rahman Baharin (Master Instructor Kuala Lumpur Free Flyers –ย  KLFF) bersama-sama Bro. Aizat Hazman dan Bro. Mustafa Tan. Kitaorg sudah, anda biler lagi?…. ๐Ÿ˜€

Sebelum aku mengakhiri entri ni, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada aku untuk menjayakan event ini. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada Tandem Pilot iaitu En. Aizat Hazman, En. Abd Rahman Baharin, En. Mustafa Tan, En. Faridil dan juga Mr. Michael yang telah banyak membantu dan membawa kitaorg terbang bebas di ruang udara Bukit Jugra.

Jika ada lagi permintaan daripada rakan-rakan, aku berbesar hati untuk menganjurkan event Tandem Paragliding ni lagi.. Inshaa Allah!. ๐Ÿ˜€ Bagi yang berminat untuk menceburi sukan Paragliding ni, nantikan entri aku yang akan datang. Aku akan terangkan bagaimana caranya untuk menjadi seorang Pilot Paragliding.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba Tandem Paragliding, bolehlah hubungi aku melalui WhatsApp, email atau telefon dan aku akan beritahu bagaimana caranya…hihihihihi.. ๐Ÿ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

61 thoughts on “Paragliding Di Bukit Jugra Banting

    1. Parasailing ngan Paragliding feeling berbeza ooooo… Parasailing kita ikat dgn tali so takleh naik tinggi.. Paragliding boleh naik tinggi ooooooo….. Nana kena cuba ni…layan ooooo… ekekeke.. ๐Ÿ˜€

    1. Hi Shakira,
      Minimum umur tu seeloknya dari 17 tahun tapi bergantung kepada saiz badan jugak. Kadang2 umur kecik tp badan besar pun boleh join jugak…ahahahahaha… Berat badan yang ideal untuk tandem paragliding di antara 40kg hingga 90kg maksimum. Untuk yang warga veteran tu boleh jer sebenarnya tapi kena pastikan fizikal badan dalam keadaan sihat dan memuaskan serta tiada penyakit jantung. Risau pulak takut kena heart attack masa fly nanti…. ๐Ÿ˜€

  1. Jugra is one of the best flying site in Malaysia…see you in Jugra Open 29-31 May 2015.
    From Jugra many good Malaysian paragliding pilots were born.

    1. Salam… syarat minimum adalah 5 orang, ini adalah untuk senangkan pihak pilot supaya tak perlu ke tempat paragliding hanya untuk seorang peserta sahaja sebab melibatkan masa dan kos, lebih elok sekiranya datang secara berkumpulan…. biasanya kalau seorang dua saya akan masukkan pada mana2 group yg akan fly.. saya ada organizekan 2 event tandem paragliding pada 23 april dan 7 mei 2016.. untuk info dan daftar sila ke url http://www.eshamzhalim.com/jom-sertai-tandem-paragliding-di-bukit-jugra-pada-23-april-2016/ ๐Ÿ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.