Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Perak di atas jemputanΒ  untuk bersama-sama menyertai FAM Trip Pengkalan Hulu #VMY2014 atau Pengkalan Hulu – The Undiscovered Trail yang telah berlangsung pada 12-14 April 2014.Β  FAM Trip ini di sertai oleh 28 peserta terdiri daripada rakan-rakan Media, Travel Agent, Tourism Malaysia Perak dan juga rakan Blogger, program ini adalah bertujuan untuk meneroka keunikan dan memperkenalkan keindahan kawasan pelancongan di Pengkalan Hulu untuk dijadikan sebagai tarikan perlancongan.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-tourism-malaysia-perak-tempat-pelancongan-visit-malaysia-2014Lokasi : Gua Gendang
Sumber gambar : Tourism Malaysia, Perak

Dalam entri kali ini, aku akan bercerita secara ringkas mengenai Daerah Pengkalan Hulu dan tarikan alam semulajadi yang tersembunyi serta keunikan yang ada di Daerah Pengkalan Hulu. Di entri yang seterusnya, baru aku akan menceritakan secara lengkap segala maklumat mengenai tempat-tempat yang telah kami kunjungi dan juga aku juga akan berkongsi pengalaman aku semasa di sana.

Aku rasa ramai yang masih belum tahu akan kewujudan Daerah Pengkalan Hulu ini dan menjadi tanggungjawab aku untuk berkongsi dengan korang semua info ringkas mengenai Daerah Pengkalan Hulu:

logo-daerah-pengkalan-hulu-perak

” Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak. Pengkalan Hulu merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Hulu Perak. Berkeluasan 873.70 km persegi, ia bersempadan dengan daerah Baling (Kedah), Gerik (Perak) dan Betong (Thailand). Faktor geografinya yang terletak 380 meter dari aras laut disamping dikelilingi flora yang masih terpelihara menjadikan daerah ini bersuhu rendah. Udara yang bersih, suasana yang tenang serta pembangunan yang terancang adalah antara keistimewaan daerah Pengkalan Hulu. Tidak hairanlah ia menjadi tarikan bagi pelancong untuk mendamaikan fikiran, jauh dari hiruk pikuk kota. Keistimewaan yang ada padanya menjadikan penduduknya hidup dalam suasana yang aman, tenang, bersih dan ceria. “

Sumber: Laman web rasmi Pengkalan Hulu. Β Korang leh ler klik link untuk maklumat serta sejarah yang lengkap mengenai Dearah Pengkalan Hulu

Secara mata kasarnya, aku nampak Pekan Pengkalan Hulu seperti pekan biasa tetapi yang menariknya di sini walaupun hanya sebuah pekan kecil tetapi mempunyai sebuah Pusat Bowling, Kelab Golf, Restoran KFC, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Mini Market, Taman Rekreasi Tasik Takong, Hotel dan Chalet untuk pengunjung disamping kemudahan asas yang lain.

Secara peribadi, aku rasa banyak sebenarnya kawasan tarikan pelancong yang boleh diterokai di sekitar Pengkalan Hulu. Jom aku bercerita secara ringkas mengenai tempat-tempat menarik yang aku terokai bersama-sama FAM Trip ini. Entri yang lengkap akan aku ceritakan pada entri seterusnya nanti bagi mengelakkan entri ni menjadi panjang…ok!. πŸ˜€

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd.

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic telah beroperasi sejak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak. Syarikat perlombongan ini menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia. Apa yang menjadikan perlombongan Rahman Hydraulic ini berbeza dari perlombongan bijih timah lain adalah ia menggunakan pam hydraulic untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong. Kini, lombong bijih timah Rahman Hydraulic masih lagi menjalankan operasi sebagai lombong terbuka. Menariknya, ia telah dijadikan sebagai tempat pendidikan untuk generasi masa kini dan masa hadapan selain sebagai sebuah tarikan pelancongan.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroupfie di Rahman Hyraulic Tin Sdn Bhd

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip--02Antara proses mengasingkan bijih timah.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip--03Kawasan perlombongan terbuka bijih timah.

Pesta Songkran Pengkalan Hulu

Antara yang menarik dan uniknya di Pengkalan Hulu ini ialah Pesta Songkran, ia biasanya dikenali dengan nama Pesta Air yang disambut di Negara Thailand. Oleh kerana Pengkalan Hulu berdekatan dengan sempadan Thailand maka terdapat juga PerKampungan Masyarakat Siam yang berhijrah dan tinggal di sekitar Pengkalan Hulu. Kalau korang nak tahu, sebenarnya Songkran ni bermakna Tahun Baru Thai yang akan disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand. Pesta Songkran juga disambut di Malaysia oleh masyarakat Siam di sekitar Kedah, Kelantan, Perlis, Perak, Pulau Pinang danΒ  Terengganu. Aku dan wife dari dulu lagi memang teringin nak ke Thailand untuk menyaksikan sendiri Pesta Songkran ni tapi aku jer yang dapat join FAM Trip ni….ekekekeke..kesian kat wife. Next time maybe aku bawak dia ke Thailand atau terus ke Pengkalan Hulu jer. πŸ˜€

Jom layan gambar sket…..

pesta-songkran-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPerarakan Ratu Songkran

pesta-songkran-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPerarakan Ratu Songkran di iringi dengan gendang panjang..

pesta-songkran-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAku bergambar bersama blogger Sobri Yaacob dan 2 awek Siam…hihihihi..

pesta-songkran-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripReload amunition…. ekekeke..

pesta-songkran-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGirl Sniper for Songkran Festival… Shoot or be shot

Zon Bebas Cukai dan Batu Sempadan Malaysia Thailand

Terletak di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu. Zon Bebas Cukai ni sama jer macam kat Bukit Kayu Hitam cuma yang ni lebih kecik jer. Antara barang jualan seperti pakaian, pinggan mangkuk dan juga barangan makanan serta tak lupa jugak coklat yer…boleh borong coklat kat sini. πŸ˜€

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Tidak jauh daripada Zon Bebas Cukai ialah Batu Sempadan Malaysia Thailand yang menghubungkan ke Betong, Selatan Thailand. Oleh kerana masing-masing tak bawak passport, terpaksa bergambar di Batu Sempadan dan Gerbang Sempadan jer la kan..ekekekeke. Kalau korang rasa-rasanya nak sampai sini, jangan lupa bawak passport sekali… katanya kat sana lagi meriah shopping.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroupfie bersama geng-geng FAM Trip..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroupfie lagi..

Gua Gendang dan Gua Itik

2 buah gua ni merupakan salah satu tarikan utama yang terletak di Pengkalan Hulu. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan tropika. Gua Gendang juga ialah sebuah gua yang bersejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa di zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. Gua Gendang memang mengikut citarasa aku sebab memberikan suasana dan keadaan sebenar di dalam gua.

Nanti aku ceritakan lebih detail pasal Gua Gendang dan Gua Itik ni di entri khas mengenai Gua-Gua tersebut. Buat masa sekarang aku kasi korang layan gambar sket, sajer jer bagi korang jeles. Memang best dan happening aktiviti caving ni dan ini antara Gua-Gua yang harus korang explore di Pengkalan Hulu.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroupfie dulu sebelum masuk gua…

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAntara laluan yang perlu di lalui sebelum sampai ke Gua.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripKeluar daripada Gua Itik untuk ke Gua Gendang.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGua Gendang

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripSuasana gelap hanya dapat diterangi oleh lampu suluh yang dibawa…

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripTanpa lampu suluh…orang kat sebelah pun tak nampak….

Entri penuh akan menyusul nanti dan aku terpaksa pecahkan mengikut aktiviti yang kitaorg lakukan disana. Kalau nak disumbatkan semua kat sini, takut lak berat nak loading nanti…..ekekekeke…. kalau korang nak cari maklumat mengenai tempat perlancongan yang hebat dan menarik di Negeri Perak, bolehlah like Facebook Page Tourism Malaysia Perak . Macam-macam aktiviti yang menarik di sini mengenai Perak. Silalah like ok!…ekekekeke.. πŸ˜€

Di entri yang akan datang, aku akan cuba selitkan video aktiviti kitaorg sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Sebelum aku nak mengakhiri entri ini, aku nak mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Urusetia daripada Tourism Malaysia Perak dan juga Tourist Guide kitaorg semasa program ni berlangsung.

urusetia-tourism-malaysia-perak-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripDari kiri : En. D.Shahril Hakime, En. Fazly Mohamad, En. Mohamad Zukni, Cik Noor Rashiela dan Pn. Mariyatul.

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

14 thoughts on “Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014

  1. amboi yop..teman tengok semuanya rupa kamu je? dari awal hingga ke akhir.. ce cite napa jadi gitu… maklumlah berselfie ya.. ha..ha.. anyway trip yang best dan gempak..harap akan menerima jemputan lagi πŸ˜›

    1. Biasa ler sebab asik berselfie jer kan…ekekekekeke… mmg trip yg marveles dan gempak…geng-geng semua pun sporting giler, cam dah lama kenal…. tu laa… moga-moga kita dapat jemputan lagi kan…. πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.