Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Pasti ramai yang pernah berkunjung ke utara Thailand terutamanya di Chiang Rai tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu ada permata yang tersembunyi di ceruk pedalaman Chiang Rai yang dinamakan Phu Chi Fa. Phu Chi Fa, Phu Chi Fah ataupun Phu Chee Fah, ianya tetap merujuk kepada lokasi yang sama iaitu sebuah kawasan pergunungan dan Taman Hutan Negara Thailand (National Forest Park) yang bersebelahan dengan sempadan Laos. Satu nama yang sememangnya amat popular di kalangan warga Thai tetapi masih lagi boleh dianggap sebagai sebuah lokasi tersembunyi bagi kebanyakkan pelancong luar. Jika nama Phu Chi Fa itu diterjemahkan, ianya membawa maksud “gunung yang menunjuk ke langit” dan anda akan faham apabila melihat gambar puncaknya. Secara umumnya, pengunjung yang datang ke sini hanyalah semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit serta permandangan lautan kabus di puncak Phu Chi Fa yang dikatakan antara tercantik di Thailand.
Ini antara misi aku dan wife pada tahun 2015, di mana ketika itu kami tidak berjaya untuk ke Phu Chi Fa disebabkan faktor masa serta pada waktu yang sama, Terminal Bas 1 di Chiang Rai telah dirobohkan bagi pembinaan terminal bas yang baru. Segala perancangan yang telah diusahakan untuk ke Phu Chi Fa roboh bersama terminal bas dan akhirnya terpaksa bermalam di bandar Chiang Rai sebelum bertolak semula ke Bangkok pada keesokkan harinya. 😀
Akhirnya selepas 2 tahun, aku dan wife kembali merancang untuk meneruskan misi kami yang tertangguh dan kali ini lebih bersedia dengan maklumat yang lebih terperinci serta alternatif tambahan…hihihihi.. 😀 Alhamdulillah, berjaya juga menjejakkan kaki di Phu Chi Fa pada 25 Disember 2017 yang lepas serta berkhemah selama 3 malam meskipun ada beberapa peristiwa yang berlaku di luar perancangan. Mungkin aku akan bercerita dengan lebih panjang di entri yang lain tetapi bagi entri ini, aku fokuskan khas kepada mereka yang berhajat untuk ke Phu Chi Fa kerana kami tahu betapa susahnya mencari maklumat mengenai Phu Chi Fa.
Permandangan puncak Phu Chi Fa daripada pertengahan trek.
Suhu masa ni lebih kurang 10-11 darjah celcius.
Di bawah adalah negara Laos.
Perancangan untuk ke Phu Chi Fa telah mengambil masa yang lama berikutan maklumat yang terhad terutamanya bagi urusan pengangkutan dan penginapan. Ada maklumat yang kami jumpa di blog dan ada juga berbalas email dengan beberapa backpackers yang pernah sampai ke sana. Akhirnya, dapat juga beberapa maklumat yang diperlukan walaupun masih samar-samar. Kesimpulannya, untuk ke Phu Chi Fa dengan menggunakan pengangkutan awam merupakan satu cabaran terbesar buat kami.
Permandangan di depan khemah kami….awesome kan?!…. hihihihi.. 😀
Waktu Yang Sesuai Untuk Ke Phu Chi Fa
Secara umumnya, Phu Chi Fa boleh dilawati sepanjang tahun tetapi kebiasaannya waktu yang sesuai untuk ke sana adalah ketika musim sejuk di Thailand iaitu mulai pertengahan Oktober sehinggalah akhir Februari. Bagi aku, bulan Disember hingga Januari merupakan tempoh yang paling sesuai untuk ke sana tetapi ianya juga merupakan waktu yang paling sesak dengan pengunjung disebabkan ramai warga Thai yang mengambil kesempatan bercuti ke sana pada hujung tahun.
Bagaimana Untuk Ke Phu Chi Fa
Phu Chi Fa terletak di pinggir timur wilayah Chiang Rai atau lebih tepat lagi di daerah Thoeng di Thailand Utara dan ianya amat jauh dari rangkaian pelancong luar. Bandar-bandar utama yang berhampiran dengan Phu Chi Fa ialah Chiang Rai (95km) dan juga Chiang Mai (300km). Kedua-dua bandar ini mempunyai stesen bas dan lapangan terbang serta Chiang Mai juga mempunyai sebuah stesen keretapi. Bagi aku lebih senang untuk bermula dari Chiang Rai kerana jarak perjalanan ke Phu Chi Fa adalah lebih dekat berbandingkan dengan Chiang Mai. Kepada mereka yang ingin tahu bagaimana untuk ke Chiang Rai atau Chiang Mai selain daripada menaiki kapal terbang, bolehlah baca entri Bagaimana Untuk Ke Chiang Mai Dan Chiang Rai Menggunakan Bas Atau Keretapi terlebih dahulu. 😀
Chiang Rai Ke Phu Chi Fa
Ada 2 cara pengangkutan terbaik untuk ke Phu Chi Fa iaitu samaada menyewa kereta atau motorsikal ataupun dengan menggunakan perkhidmatan van di Terminal Bas 1, Chiang Rai. Untuk makluman anda, tiada perkhidmatan bas yang menghubungkan secara terus Chiang Rai ke Phu Chi Fa.
Sewa Kereta atau Motosikal
Masa perjalanan adalah kira-kira 2 hingga 3 jam dari Chiang Rai ke Phu Chi Fa dengan jarak lebih kurang 90-150km bergantung kepada laluan mana yang anda guna. Anda boleh menyewa kereta ataupun motosikal di Chiang Rai untuk ke Phu Chi Fa. Aku tak pasti berapa kadar sewa untuk kereta dan biasanya akan lebih mahal daripada sewa motosikal. Kami hanya menyewa sebuah motosikal Honda Wave 125cc semi-automatik di ST Motorcycle Rentals dengan harga 300 baht sehari.
Antara info yang anda perlu tahu jika menyewa kereta atau motosikal berdasarkan pengalaman aku:
- Dinasihatkan menyewa kereta yang berkapasiti 1600cc ke atas dan bagi motosikal pula 125cc ke atas serta pilihlah motosikal semi-automatik berikutan jalannya yang semakin curam apabila mula melalui kawasan pergunungan. Jangan sesekali menyewa skuter thai yang kecil dan comel, pasti anda akan sengsara di kemudian hari..hahahahaha.. 😀
- Ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa motosikal dan aku cadangkan supaya sewa motosikal di ST Motorcycle Rentals kerana ianya hanya 5-8 minit jalan kaki dari Terminal Bas 1. Jangan lupa maklumkan anda ingin ke Phu Chi Fa dan mereka akan syorkan motosikal yang sesuai untuk anda.
- Hanya gunakan aplikasi Waze untuk ke Phu Chi Fa. Kami hanya menggunakan aplikasi Waze dan juga Google Maps dari Chiang Rai. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah dan sampai di Phu Chi Fa dengan jayanya… 😀
- Seboleh-bolehnya mulakan perjalanan ke Phu Chi Fa sebelum pukul 12 tengahari dan cuba sampai di sana sebelum hari gelap. Amat bahaya jika melalui jalan yang berbengkang-bengkok di waktu malam serta tiada lampu jalan sepanjang perjalanan naik kecuali di kawasan perkampungan.
- Keadaan jalanraya dari Chiang Rai ke Phu Chi Fa adalah dalam keadaan baik, cuma ada di sesetengah laluan sahaja yang berlopak dan berlubang tetapi tidaklah menjadi masalah sekiranya anda seorang penunggang motosikal atau pemandu yang berpengalaman…hihihihi.. 😀
- Ada beberapa jalan yang boleh digunakan untuk ke Phu Chi Fa dari Chiang Rai dan kami terpaksa menggunakan laluan yang berbeza untuk pergi dan balik tetapi aku nasihatkan supaya anda gunakan lebuhraya 1020 untuk menuju ke Pekan Thoeng terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Phu Chi Fa. Pastikan anda melalui Pekan Theong untuk ke Phu Chi Fa kerana jalannya kurang curam dan sesuai untuk motosikal tetapi jarak perjalanan akan menjadi lebih jauh. Jalan yang lain..fussssss…memang cukup mencabar untuk motosikal. 😀
- Anda akan jumpa papan tanda arah ke Phu Chi Fa apabila semakin hampir ke Pekan Thoeng dan Phu Chi Fa.
- Jangan lupa pakai jaket semasa menunggang motosikal oleh kerana suhu akan semakin sejuk apabila semakin hampir di kawasan pergunungan.
- Jangan lupa untuk mengisi petrol apabila tiba di Pekan Thoeng sebelum meneruskan perjalanan ke Phu Chi Fa. Pastikan tangki motor sentiasa penuh.
- Ada kedai yang menjual petrol di Phu Chi Fa tetapi menggunakan pam secara manual. Bolehlah isi petrol sekiranya perlu.
ST Motorcycle Rentals.
Kami dalam perjalanan turun dari Phu Chi Fa. Memang tak sia-sia sewa motor, permandangan naik dan turun giler awesome… 😀
Sejuk woooo!!….kabus di mana-mana… 😀
Inilah satu-satunya stesen minyak di Phu Chi Fa. Pam manual dan guna getah paip untuk salurkan petrol ke tangki motor. 🙂
Aku ada sediakan peta GPS untuk memudahkan lagi anda memilih jalan yang sesuai. Terpulang kepada anda untuk menggunakan laluan yang mana.
Dibawah ini adalah laluan yang akan dicadangkan oleh aplikasi Google Maps dengan anggaran masa perjalanan tetapi ketiga-tiga laluan ini akan melalui jalan yang lebih curam sebelum tiba di kawasan perkampungan Phu Chi Fa dan agak berbahaya jika anda menggunakan motosikal.
Laluan yang akan dicadangkan oleh Google Maps. Memang cepat tetapi agak berbahaya.
Dinasihatkan supaya anda gunakan di antara 2 laluan di bawah ini kerana ianya kurang curam dan amat sesuai untuk motosikal. Kedua-dua laluan dibawah ini adalah laluan yang kami guna untuk ke Phu Chi Fa dan pulang ke Chiang Rai. Mungkin anda boleh gunakan laluan 2 kerana ianya lebih senang dan cepat. 😀 Aku dan wife menggunakan laluan 1 untuk ke Phu Chi Fa dan pulang ke Chiang Rai menggunakan laluan 2. Ada banyak juga laluan potong yang menghubungkan di antara jalanraya di situ cuma kami risau takut tersesat, biar lambat asal selamat kan?!…hihihihihi.. 😀 Anda bolehlah pilih laluan-laluan yang dicadangkan mengikut kesesuaian kereta atau motosikal anda.
Laluan 1:
Chiang Rai -> Route 1233 -> Route 1152 -> Route 1174 -> Route 1020 -> Route 1021 -> Route 1155 -> Phu Chi Fa
Laluan 2:
Chiang Rai -> Route 1020 -> Route 1021 -> Route 1155 -> Phu Chi Fa
Perkhidmatan Van Chiang Rai – Phu Chi Fa Di Terminal Bas 1
Alternatif lain untuk ke Phu Chi Fa adalah dengan menggunakan perkhidmatan van di Terminal Bas 1 Chiang Rai tetapi untuk mendapatkan tiket van akan menjadi satu cabaran. Buat masa sekarang hanya ada 1 jadual perjalanan sahaja ke Phu Chi Fa iaitu pada 1 petang dan van yang sama akan pulang semula ke Chiang Rai pada pukul 9 pagi keesokkan harinya. Malangnya, tiket van tidak boleh dibeli secara online dan hanya boleh dibeli di kaunter sahaja. Mungkin anda boleh cuba beli tiket sehari lebih awal atau seawal pagi pada hari perjalanan. Setiap van hanya boleh memuatkan 17 orang penumpang dan itulah juga jumlah tiket yang akan dijual bagi setiap jadual perjalanan. Mencabar bukan?!!!.. 😀 Perancangan asal kami adalah untuk menaiki van ke Phu Chi Fa tetapi kecewa apabila tiba di kaunter, tiket van sudah habis dijual dan kami terpaksa menggunakan alternatif lain dengan menyewa motosikal.
Berdasarkan maklumat yang pernah aku dapat pada tahun 2015 dahulu, perkhidmatan van ini hanya akan beroperasi mulai bulan November hingga Januari sahaja setiap tahun dengan 2 jadual perjalanan pada pukul 7 pagi dan 1 petang. Susah untuk aku sahkan tetapi dengan terminal bas yang baru ini, kemungkinan perkhidmatan van akan bertambah dan berterusan sepanjang tahun. Aku hanya boleh nasihatkan supaya anda rancang untuk ke Phu Chi Fa di dalam tempoh yang telah dinyatakan di atas jika ingin menggunakan perkhidmatan van. 😀
Terminal Bas 1 Chiang Rai yang baru siap dibina mengantikan terminal bas lama. Di sinilah rancangan kami terkubur pada tahun 2015…hahahaha.. 😀
Antara platform-platform bas di Terminal bas 1, Chiang Rai.
Harga tiket untuk perjalanan sehala ialah 150 baht seorang dan 300 baht bagi perjalanan pergi dan balik. Aku pernah cuba untuk beli tiket sehala tetapi jawapan yang aku terima “No!.. Cannot!.. 2 way..300 baht”. Mungkin perjalanan sehala adalah untuk mereka yang menetap di sana dan bagi pelancong luar seperti kami diwajibkan untuk membeli tiket perjalanan pergi dan balik kerana pada keesokkan harinya anda akan menaiki van yang sama untuk pulang ke Chiang Rai pada pukul 9 pagi. Jika difikirkan memang ada logiknya kerana bilangan tempat duduk di dalam van adalah terhad dan jika anda ingin bermalam selama 2 hari di Phu Chi Fa, belum tentu pada hari berikutnya van masih mempunyai tempat kosong untuk anda. Ini juga antara cabaran sekiranya anda ingin bermalam lebih dari sehari di Phu Chi Fa. Aku pernah tanya harga songthaew untuk ke Phu Chi Fa dan harga memang tidak berbaloi dan terlampau mahal.
Ruang menunggu untuk ke Phu Chi Fa.
Harga tiket van.
Di sebelah tiang itulah kaunter tiket van ke Phu Chi Fa. Sempoi bukan?!..hahahaha.. 😀
Inilah van yang akan membawa anda ke Phu Chi Fa.
Tahniah aku ucapkan sekiranya anda berjaya membeli tiket. Van akan menurunkan anda di tanda pemeriksaan polis di Phu Chi Fa ataupun di sekitar kawasan guesthouse dan van akan menunggu anda di lokasi yang sama pada keesokkan harinya pada pukul 9 pagi tetapi pastikan anda semak terlebih dahulu dengan pemandu van untuk sahkan di mana tempat menunggu. Di bawah aku ada sediakan peta khas supaya anda dapat gambaran jelas kawasan sekitar Phu Chi Fa.
Aku siapkan panduan peta ini khas untuk anda. Rasanya boleh faham kan?… 😀
Kawasan perkampungan di Phu Chi Fa dan di sekitar sinilah terdapatnya guesthouse, chalet, tapak khemah dan pelbagai gerai makan serta kedai menjual cenderamata.
Peta Phu Chi Fa. Faham tak?..hahahahaha.. 😀
Ala-ala pasar malam di Phu Chi Fa. Dari khemah kami berjalan kaki lebih kurang 1km untuk ke sini. 😀
Bolehlah beli apa-apa cenderamata di sini. Bawa balik bukti yang anda sudah sampai di Phu Chi Fa..hihihi.. 😀
Penginapan Di Phu Chi Fa
Setakat ini, aku masih tidak jumpa mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk menempah penginapan di Phu Chi Fa. Ini juga merupakan salah satu cabaran untuk ke Phu Chi Fa, memang banyak kami jumpa maklumat guesthouse atau hotel di facebook serta laman web guesthouse itu sendiri tetapi masalah utama kami adalah bahasa dan cara untuk menempah.
Bagi aku, tidak perlu risau mengenai penginapan di Phu Chi Fa dan anda boleh cari tempat penginapan apabila tiba di sana nanti. Sekarang sudah ada banyak guesthouse, hotel dan juga khemah disediakan berikutan semakin ramai pengunjung yang datang ke Phu Chi Fa. Harga pula akan mengikut musim dan kebiasaannya harga akan menjadi mahal sekitar bulan November hingga Januari oleh kerana itu adalah waktu yang paling sibuk dengan kehadiran pelancong. Aku dan wife hanya mampu menyewa khemah di Goodview Resort dengan harga 500 baht semalam termasuk dengan segala kelengkapan khemah. Mungkin harga khemah lebih murah jika diluar waktu puncak. Tapak perkhemahan ada juga disediakan kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi. Mungkin anda boleh bajet kos penginapan sekitar 500-800 baht semalam untuk khemah atau bilik dalam tempoh sibuk mulai November sehingga Januari.
Goodview Resort di Phu Chi Fa. Salah satu resort yang menyediakan chalet dan juga khemah.
Permandangan di sekitar tapak khemah kami.
Inilah tempat tidur kami selama 3 malam di Phu Chi Fa. Memang sejuk…… 😀
Kanvas lukisan di depan khemah kami selama 3 hari di Phu Chi Fa. 🙂
Tak perlu bawa kelengkapan untuk tidur, semua sudah disediakan apabila anda menyewa khemah.
Kabus tebal di luar khemah. Semua nampak putih jer…fusssss.. 😀
Keadaan di luar khemah kami. Sejuk oooooo……. 😀
Makanan Halal Di Phu Chi Fa
Mencari makanan halal di Phu Chi Fa memang susah dan tiada satu pun kedai makan halal di situ tetapi terdapat kedai runcit serta kedai makan yang menjual beberapa makanan yang mempunyai logo halal seperti roti potong, keropok, sardin dalam tin dan pelbagai makanan ringan yang lain. Di sebelah malam, ada satu gerai halal yang menjual pancake @ rottee bersebelahan dengan pondok polis Phu Chi Fa.
Gerai Pancake @ Rottee halal di sebelah Pondok Polis Phu Chi Fa dan berdekatan dengan simpang ke Phu Chi View Point. Buka waktu malam sahaja.
Aku dan wife hanya bawa beberapa paket lauk dan nasi jenama Brahims serta dapur kecil untuk memasak. Kami hanya membeli nasi putih serta sardin daripada kedai makan di sana dan masak sendiri di khemah. InshaAllah, nasi putih boleh dimakan tetapi itu terpulanglah kepada anda. Perut aku memang akan cepat lapar apabila suhu sejuk….hihihihihi.. 😀
Sarapan pagi dengan nasi lemak Brahims…hihihihi.. 🙂
Bagaimana Untuk Ke Puncak Phu Chi Fa (Phu Chi Fa View Point)
Kebiasaannya seawal pukul 4-5 pagi, guesthouse akan menyediakan perkhidmatan songthaew (trak pickup atau 4×4) bagi pengunjung yang ingin ke puncak Phu Chi Fa (Phu Chi Fa View Point) dengan bayaran 30 baht seorang bagi setiap perjalanan sehala naik atau turun. Tambang haruslah dibayar terus kepada pemandu songthaew dan untuk perjalanan turun, anda boleh menaiki mana-mana songthaew yang sedang menunggu dan maklumkan di mana tempat penginapan anda. Ya!..tambang turun pun juga sama, hanya 30 baht seorang. Aku nasihatkan supaya anda gunakan perkhidmatan songthaew untuk membantu ekonomi penduduk di situ dan tidak perlu untuk membawa kenderaan sendiri. Pemandu songthaew akan menghantar anda ke kawasan parkir kenderaan di hadapan trek mendaki ke puncak. Dari situ, anda perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki untuk ke puncak Phu Chi Fa. Jangan risau, treknya yang santai hanyalah lebih kurang 760 meter dan akan mengambil masa lebih kurang 15-30 minit untuk sampai di puncak.
Puncak Phu Chi Fa adalah setinggi 1,628 meter dari paras laut dan yang paling unik, puncaknya berkongsi dengan negara Laos. Ada batu sempadan di puncak Phu Chi Fa yang membahagikan tanah jajahan Thailand dan Laos. Meskipun ianya bersempadan, puncaknya lebih popular di daki melalui Thailand berbandingkan Laos.
Antara yang anda perlu tahu:
- Suhu di Phu Chi Fa amatlah sejuk. Jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk suhu sejuk. Ketika kami berada di sana, suhu siang adalah sekitar 15-17 darjah celcius dan suhu pagi di puncak adalah sekitar 9-11 darjah celcius.
- Jangan lupa bawa lampu suluh atau headlamp untuk digunakan semasa mendaki ke puncak.
- Lampu suluh atau sarung tangan ada dijual di kedai-kedai di kawasan parkir. Bolehlah beli jika perlu.
- Jangan lupa bawa makanan dan air. Mesti kelaparan nanti sementara menunggu matahari muncul.
- Bagi anda yang datang ke Phu Chi Fa menggunakan perkhidmatan van, jangan lewat turun. Van anda akan bertolak ke Chiang Rai pada pukul 9 pagi. Pastikan beg telah siap dikemas.
- Ada tandas disediakan di kawasan parkir sebelum naik Phu Chi Fa. Takut-takut ada yang nak terkuncir sebelum naik ke puncak nanti….hahahahahaha.. 😀
- Di kawasan parkir ada deretan kedai yang menjual cenderamata, makanan ringan dan air.
- Paling penting sekali, jangan lupa bawa kamera. Kalau ada tripod sekali, mesti lagi awesome. 😀
- Ada akan jumpa kanak-kanak yang menari-nari dengan berpakaian tradisional di sepanjang trek ke puncak untuk mendapatkan duit poket. Jangan lupa untuk berikan sedikit duit poket sekiranya anda ingin bergambar dengan mereka. Anggaplah ia sebagai derma….hihihihi.. 😀
Jangan lupa bergambar di sini.
Jalan menuju ke kawasan parkir kenderaan untuk ke Phu Chi Fa View Point. Memang curam.
Inilah kawasan parkir di hadapan trek mendaki ke puncak. Ada kedai, pondok rehat dan juga tandas.
Deretan kedai di kawasan parkir.
Kami turun naik dengan 4×4 .. 😀
Mungkin papan tanda ini bermaksud “Phu Chi Fa”…hihihihi.. 😀
Inilah trek mendaki ke puncak. 760 meter jer… 🙂
Tak faham pun tapi bergambar jer lah…hahahaha.. 😀
Santai kan treknya?..
Amacam?…. 😀
Permandangan memang menarik sepanjang trek.
Inilah puncaknya…macam pasar kan?..hahahaha.. 😀
🙂
Dibawah sebenarnya ada perkampungan Laos tapi ditutupi dengan kabus pagi.
Comel kan?…hulur ler 10-20 baht dan bergambar puas-puas…hihihihihi.. 😀
Sebelah kiri tu puncak Phu Chi Fa a.k.a “Gunung yang menunjuk ke langit”. 😀
Kami di tanah jajahan Thailand.
Kami di tanah jajahan Laos. Mana nak cop paspot ni?…hihihihi. 😀
Pasti tidak lengkap jika tidak bergambar di sini… 😀
Ada kisah yang berlaku semasa kami di Phu Chi Fa tapi itu lain entri aku akan bercerita…hihihihi.. 😀 Aku harap entri ini dapat membantu kepada anda yang ingin merancang untuk ke Phu Chi Fa walaupun tidak selengkap yang boleh. Rasanya dalam 80% penduduk di Phu Chi Fa tidak boleh berbahasa inggeris tetapi mereka akan sedaya upaya membantu anda sekiranya perlukan maklumat. Aku dan staf guesthouse pun ada masanya hanya gunakan bahasa isyarat tangan dan tunjukkan gambar daripada google. Dialek bahasa Thai mereka agak berlainan daripada bandar-bandar besar seperti di Chiang Mai atau Bangkok, mungkin disebabkan mereka bersempadan dengan negara Laos. Ada lagi 2 gunung yang kami singgah semasa kami di Thailand tetapi tungguuuuuuu………hihihihihi.. 😀
Di bawah aku kongsikan sedikit maklumat kos kami untuk ke Phu Chi Fa yang bermula dari Chiang Mai.
- Tiket bas Chiang Mai ke Chiang Rai – 275 baht seorang / 550 baht untuk 2 orang
- Tiket bas Chiang Rai ke Chiang Mai – 178 baht seorang / 356 baht untuk 2 orang
- Sewa motosikal Honda Wave 125cc – 300 baht sehari / 900 baht untuk 3 hari
- Penginapan di Phu Chi Fa (Khemah) – 500 baht sehari / 1500 baht untuk 3 hari
- Petrol Motosikal – 215 baht
- Songthaew ke Phu Chi Fa View Point – 30 baht sehala / 120 baht untuk 2 orang (naik dan turun)
- Makanan (Chiang Mai, Chiang Rai dan Phu Chi Fa) – 1,337 baht untuk 2 orang
- Pengangkutan Tuk-tuk, Songthaew dan Grab – 538 baht sepanjang berada di Chiang Mai
Jumlah pembelanjaan kami ialah 5,516 baht untuk berdua selama 3 hari di Phu Chi Fa termasuk pengangkutan awam dan makanan di Chiang Mai. Ingin aku maklumkan di sini bahawa kos di atas adalah tidak termasuk kos penginapan di Chiang Mai serta kos dari Bangkok seperti di bawah.
- Tiket bas Bangkok ke Chiang Mai – 1,142 baht untuk berdua
- Tiket bas Chiang Mai ke Bangkok – 1,142 baht untuk berdua
- Penginapan di Chiang Mai – 520 baht semalam
Kos masih lagi boleh dijimatkan dari segi tiket bas, makanan atau penginapan kerana itu semua terpulang kepada anda. Sebagai contoh; tiket bas boleh dikurangkan sekiranya anda memilih jenis kelas bas atau operator dan begitu juga dengan kos penginapan. Kos kami di atas adalah untuk 3 hari di Phu Chi Fa yang sepatutnya hanyalah 2 hari sahaja tetapi ada perkara yang berlaku diluar perancangan kami dan terpaksa bermalam untuk sehari lagi… 😀 Boleh semak dan beli secara online tiket bas, keretapi atau penerbangan di 12go.asia atau di www.busticketonline.co.th.
Akhir kata daripada aku, selamat mengembara dan mohon kerjasama anda untuk kongsikan entri ini dengan rakan-rakan….hihihihihihi… 😀 Aku akan kemaskini entri ini sekiranya ada maklumat-maklumat terbaru yang boleh dikongsi bersama.
Nota: Untuk makluman, ini bukanlah entri berbayar dan tiada hubungkait dengan url laman web pihak ketiga yang dimasukkan ke dalam entri ini. Entri ini adalah bertujuan untuk membantu serta berkongsi maklumat sebagai sumber rujukan. Sekiranya anda rasa entri ini amat berguna, harap dapat dikongsikan bersama rakan-rakan dan jangan lupa tinggalkan komen anda di ruang di bawah. Terima kasih. 😀
Kalau nak belanja Teh Tarik pun boleh, dapat juga tolong tampung sikit kos sewa hosting aku….hihihihihi.. 😀

Wah.. menarik ni
Memang menarik… hihihihi.. ??
Macam best je ni.. boleh plan slow2.. terima kasih ats perkongsian
Sama-sama… memang best.. ??
berapa bajet yg diperlukan tuk ke Phu Chi Fa nie yek. dah lama teringin nak pergi tp xde geng..adehh
Pasal bajet ni mmg susah untuk jawab…tp bajet untuk ke bangkok, chiang mai dan seterusnya ke chiang rai, boleh jer survey tambang bas atau train dalam https://12go.asia/?z=628525 atau https://www.busonlineticket.co.th/booking/default.aspx?refererid=eshamzhalim. Kalau nak naik flight ke bangkok dan chiang mai, boleh jer check tambang kat website flight.
Dari Chiang Rai untuk ke Phu Chi Fa, bajet untuk naik van adalah 300 baht bagi pergi balik (150 baht sehala), kalau sewa motor dalam 300 baht sehari dan penginapan di Phu Chi Fa anggaran dalam 500-800 baht semalam masa waktu sibuk. Bajet makanan tu terpulang kepada individu.
Saya belanja dalam 13,000 baht untuk ke Phu Chi Fa termasuk tiket flight KUL-Bangkok-KUL, Pengangkutan teksi & bas ke chiang mai dan chiang rai, sewa motor ke phu chi fa, penginapan 3 hari di phu chi fa, tambang trak ke peak, makanan dan lain belanja yg kecik2. Kos ni adalah bagi 2 org (saya dan wife) so lebih kurang bajet RM1000 seorang. Tapi ni utk 3 malam, kalau stay 1 mlm di phu chi fa dan takde sewa motor, mungkin kos akan lebih rendah. 😀
Memang target nak pegi sini berdua dengan husband nanti. Nak tanya sikit je. Kalau nak naik ke puncak tu kan kene kuar awal pagi2. Solat subuh di kawasan parkir ke mcm mana?
Kalau nak solat subuh di kawasan parkir pun boleh juga sbb ada bilik air dan kawasan pondok berbumbung atau turun awal ke khemah/guesthouse..kitaorg pun agak lewat sket..hihihihi.. 😀
Bole ke menaiki kenderaan sendiri untuk ke phu chi fa ni?
Boleh jer…takde masalah.. boleh bawak kenderaan sendiri hingga ke parking sebelum kena berjalan naik ke puncak… 😀
Interesting post!!. Thanks for sharing these great info.
Btw, nak tanya, normally orang turn pukul berapa dari view point? sebab van balik chiang rai agak awal pukul 9am..
Hi Carol..terima kasih kerana sudi singgah blog saya…. kebiasaannya bagi sesiapa yg naik van, pukul 7 dah sesuai untuk turun dari view point sebab sempat breakfast sebelum van bertolak.. pukul 7 tu sebenarnya dah cerah dah sebenarnya. 😀
Thank you for replying me!
Harap-harap dapat pergi Phu Chi Fa dekat Nov!!!
🙂
Sama-sama… gud luck 😀
Asalam bro..Wow!!!! sangat2 hebat ..paling mampan saya kira..terbaik
trip yang menarik
bila la boleh join trip backpacker ni.. he he
Assalammualaikum.. nak tanya dekat phu chi fah ni kalau bermalam lebih dri 1 malam boleh ke?? atau van tu mmg kita kena naik next day punya trip untuk balik??
Waalaikumsalam…. kalau naik van mmg dapat stay 1 malam jer sbb masa beli tiket van, org kaunter tu taknak jual tiket untuk sehala..kecuali mmg penduduk kat area situ…dah pernah cuba dah untuk beli tiket sehala jer tp tak dapat. lepas tu kalau nak stay 2 malam takut van yg kite nak naik tu penuh sbb driver just amik customer yg hari sebelum nyer sajer…..tapi sebenarnya cabaran yg paling susah untuk dapatkan tiket untuk van tu… cepat sold out dan tak boleh beli awal….. sebab tu kitaorg sewa motor jer..pastu stay 3 malam kat Phu Chi Fah… senang nak bergerak kat sana.. kalau ramai sewa kereta jer lg senang… guna waze atau google maps jer…
Terima kasih…. memang target nak pegi sini in sya allah september tapi macam tak best je pegi bulan september huhuhu…