Salam 1Malaysia,
Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 13 atau PRU13 baru jer selesai. Alhamdulillah… pengundian kali ni berjalan dengan aman walaupun ada juga pihak yang buat kacau. Ada juga yang gembira dan ada juga yang tidak puas hati, kemungkinan sebab parti mereka kalah tapi biasalah kan itu mmg sudah adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Bermacam-macam lah status yang keluar dalam facebook, ada yang bagus dan ada juga yang menghina, mencaci oleh kerana perasaan tak puas hati sampai rasa menyampah lak aku nak bukak fb.
Tahniah kepada kemenangan Barisan Nasional dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat masih memerlukan parti pembangkang untuk menstabilkan perjalanan politik negara kita.
Tapi aku bukan nak bercerita atau menganalisa mengenai politik yer cuma nak kongsi pengalaman aku ngan wife gi mengundi. Aku mengundi di kawasan ‘panas’ iaitu Parlimen Lembah Pantai manakala wife pula di Hutan Melintang (Parlimen Bagan Datok) so hari sabtu kitaorg balik ke hutan melintang dulu, kasi wife aku undi dulu sebab ini kali pertama dia nak mengundi so memang dia semangat sket…ekekeke…pastu selesai mengundi di hutan melintang, kitaorg terus balik ke KL untuk aku pulak menjalankan tanggungjawab mengundi, ni kali ke-3 aku mengundi (2004, 2008 dan tahun ni). Aku mmg dah niat nak bawak dslr balik kg sbb mesti byk gambar-gambar menarik suasana pilihanraya tahun ini. Sepanjang perjalanan balik ke simpang empat, hutan melintang mmg meriah…sepanjang jalan penuh dgn bendera parti pastu biler sampai di pekan2 kecil ramai penyokong sedang berkempen dan yang paling menariknyer kreatif jugak drg ni, siap buat replika lagi….ahahahaha.
Aku maleh nak cite panjang… terima kasih kepada wife aku sbb dia yang amik gambar masa aku tgh drive kereta…..apalagi jom tengok gambar:
(maaf yer jika kualiti gambar kurang memuaskan sbb snap dalam kereta jer)

Biler sampai kat tempat aku mengundi, kat sekolah lama aku lagi havoc…. lembah pantai dari dulu lg meriah…ekekekeke..tp yang paling nostalgia ialah apabila aku jejakkan kaki masuk ke sekolah lama aku….byk memori tuuuuu….tp sayangnya lepas jer aku selesai mengundi, biler nak amik gambar…hujan turun dengan lebat so terus aku ngan wife gerak gi rumah parent aku. Kalau tak mesti byk lg gambar-gambar havoc…ahahahahaha..
