Assalamualaikum dan Salam Mesra,
PJ Half Marathon 2016 telah diadakan di Laman MBPj, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2016. Bertemakan “Run. Because You Can!”, acara ini adalah anjuran Persatuan Olahraga Para Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) dan juga pihak Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd. Tahun ini merupakan ulang tahun penganjurannya yang ke 10 sejak kali pertama diadakan pada tahun 2006. Hanya menawarkan 4 kategori larian iaitu Half Marathon (21.1km), 10km, 7km dan Fun Run 3km.
Alhamdulillah, sekali lagi aku mendapat tajaan daripada ‘big boss’ kepada wife dan aku cukup berterima kasih kerana memberi peluang untuk aku berlarian di Petaling Jaya. Petaling Jaya adalah di antara tempat aku membesar daripada zaman persekolahan hinggalah ke zaman bekerja sebelum aku berpindah ke Shah Alam walau pun masih bekerja di Universiti Malaya. Sememangnya aku cukup biasa dengan jalan-jalan di Petaling Jaya meskipun banyak laluan sudah ditukarkan menjadi jalan sehala…hihihihihi… 😀 Nampaknya kali ini, aku hanya berlarian keseorangan tanpa wife dan seperti biasa dia akan menunggu di pertengahan laluan untuk waterstation khas…..hihihihi…semestinya air isotonik Gatorade.. 😀
Peserta kategori Half Marathon telah dilepaskan pada pukul 5.00 pagi dan diikuti pula dengan kategori 10km pada pukul 5.30 pagi manakala kategori 7km pada pukul 7.15 pagi serta 3km 15 minit kemudian. Permulaan yang konsisten walaupun suhu agak panas dan berbahang pagi itu. Minggu sebelumnya aku dan wife berlarian Half Marathon di Kuching dan minggu ini Half Marathon di Petaling Jaya, nampaknya 2 minggu berturut-turut seret kaki sejauh 21km selepas larian 10km di Standard Chartered KL Marathon. Bulan yang penuh dengan jadual larian…hihihihihi… 😀
Laluan larian bagi kategori Half Marathon.
Laluan larian yang cukup mengimbau kembali nostalgia lokasi-lokasi yang aku pernah lepak di Petaling Jaya suatu masa dahulu. Sesetengah permukaan bumi yang tidak rata di sepanjang laluan cukup memberi cabaran hingga membuatkan ramai peserta hanya berjalan sebelum kembali berlari…hahahaha.. 😀 Aku hanya dapat berlari beriringan dengan Gme beberapa kilomenter sahaja sebelum kaki ini tewas dan terpaksa memperlahankan langkah di belakang…hahahaha… 😀
Pewai di kilometer ke 13 dan disinilah waterstation khas oleh wife…hihihihi.. 😀
Tak sempat nak posing…hahahaha.. 🙂
100 meter sebelum FL.
Akhirnya, aku berjaya melintasi garisan penamat dengan masa 2 jam 53 minit 33 saat (Gun time: 2:55:26). Masih gembira lagi dengan catatan masa aku walaupun hanya dapat tidur 3 jam sahaja sebelum bangun dan bersiap untuk ke Laman MBPj. Malam sebelum acara PJ Half Marathon, aku ada Majlis Makan Malam KKAUM di PJ Hilton hingga pukul 12 tengah malam. Peringatan untuk diri sendiri, tidur haruslah cukup sebelum nak berlari jarak jauh bagi mengelakkan badan cepat lemau!… Jangan cari pasal!!!!…hihihihihi.. 😀
Yeahhhh!!!!… I run because I can!… 😀
Sempena bulan kemerdekaan.
Antara wajah-wajah popular menghiasi PJ Half Marathon 2016.
Bersama retis Tharmen dan abam Digi Wak Omar… 😀
Tabik spring!!!..
Selfie dengan Kak Ngah… 😀
Bergambar dengan abam kawasan NIOSH!.. 😀
Selalu komen di IG, akhirnya dapat bergambar jugak dengan idola-idola ni…hihihi.. 😀
Senyum, tak perlu kata apa-apa!… 🙂
Ayie Ska.
Abam hashtag #DeanAsmara …hahahaha…:D
Gme2020…. 😀
Kombinasi trademark pose masing-masing… 😀
Aku dengan Ironman Malaysia ni…hihihihi.. 😀
Idola Naked Spirit Runner ni…. 😀
Medal PJ Half Marathon. Satu acuan jer untuk 21km, 10km dan 7km….ermmmmm!!!…
Fin Tee PJ Half Marathon.. “Life is better when you are running in Petaling Jaya”… betul ker?..
Komen aku mengenai acara PJ Half Marathon 2016:
Ini adalah kali pertama aku sertai acara PJ Half Marathon dan bagi aku satu acara yang cukup meriah dan teratur. Yuran penyertaan amatlah berpatutan dan kalau dapat harga peserta terawal, memang lagi berbaloi. Laluan larian yang sangat menarik di sekitar bandar Petaling Jaya yang meliputi di bahagian kiri dan kanan Lebuhraya Persekutuan. Ada beberapa laluan yang agak gelap tetapi tidaklah terlalu merbahaya kepada para peserta.
Kawalan trafik yang memuaskan dan waterstation yang tidak mengecewakan. Ada 4 lokasi di laluan larian yang menyediakan span basah untuk peserta dan alangkah bagusnya sekiranya penganjur juga menyediakan potongan buah tembikai di salah satu waterstation. Aku lebih suka memilih kesejukkan potongan buah-buahan daripada span basah….hahahahaha.. 😀 Memang tiada apa-apa masalah di sepanjang laluan larian kecuali keadaan jalanraya di sekitar Petaling Jaya masih lagi dalam proses pembinaan. Pasukan perubatan sentiasa bersedia di beberapa waterstation dan ada juga kelihatan tandas bergerak.
Medalnya memang unik dengan ukiran burung unta yang pernah mendapat pusbiliti di media sosial satu ketika dulu…hihihihihi.. 😀 Kesemua kategori mendapat medal yang sama, hanya lanyard sahaja yang membezakannya serta finisher tee ada diberi kepada peserta kategori 21km. Air isotonik 100 plus dan pisang ada disediakan untuk peserta selepas tamat larian. Tiada masalah dari segi pengambilan medal atau pun finisher tee dan semuanya berjalan dengan lancar kecuali perlu beratur.
Kesimpulannya, PJ Half Marathon boleh dikatakan satu acara yang teratur dan meriah. Tiada sebarang masalah atau isu-isu kritikal yang timbul semasa acara ini berlangsung. Boleh direkemenkan kepada sesiapa yang ingin cuba berlari di sekitar Petaling Jaya. Syabas kepada pihak penganjur di atas penganjurannya yang ke 10 bagi tahun ini. Mungkin aku akan mendaftar lagi untuk edisi ke 11 pada tahun depan sekiranya tarikhnya tidak bertembung dengan acara-acara yang lagi mengiurkan…hihihihihihihi.. 😀
