Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Aku pernah menulis 2 entri mengenai sukan ekstrem Paragliding dan entri-entri ini juga yang kerap menjadi bahan rujukan bagi yang ingin mencuba atau mencari maklumat tentang aktiviti sukan ekstrem ini. Bagi yang masih samar-samar dan untuk mengelakkan daripada kekeliruan yang berpanjangan, bolehlah terjah entri-entri dibawah ni haaaaa…. 😀
1. Bagaimana Untuk Menceburi Sukan Paragliding
2. Paragliding Di Bukit Jugra Banting
Korang mesti nak tau kan? Apa kaitannya di antara aku, Astro dan Proglidesports. Al-kisahnya bermula bila aku dapat panggilan telefon daripada pihak Astro. Seriusly, aku ingatkan pegawai khidmat pelanggan Astro yang telefon untuk mempromosikan pakej terbaru tapi rupa-rupanya Production Manager Astro yang telefon, bertanyakan tentang aktiviti paragliding untuk Program Astro “Tua Pun Boleh”. Tak lama kemudian aku dapat email mengenai program tersebut daripada pihak Astro. Setelah aku berbincang dengan Aizat dan juga Faridil daripada Proglidesports, kesemuanya telah bersetuju untuk menaja aktiviti paragliding bagi program ini.
Rasanya pihak Astro terjumpa entri paragliding di blog ini dan hubungi aku kerana inginkan tajaan bagi aktiviti paragliding untuk program “Tua Pun Boleh” yang akan disiarkan di Astro Maya HD dan juga Astro Prima. Program Astro “Tua Pun Boleh” ini melibatkan artis-artis veteran tanahair untuk mencabar diri sendiri dengan melakukan aktiviti lasak dan ekstrem disamping dapat menghilangkan perasaan takut dan fobia. Program ini dihoskan oleh Elfira Loy, Zoey Rahman serta Hafizul Kamal dan artis veteran yang bertuah untuk mencuba Tandem Paragliding bersama Proglidesports bagi episod kali ini ialah Rosnah Mat Aris…hihihihihi… 😀 . Kak Ros sporting ooooooo!!!!…. 🙂
Siapakah Proglidesports?
Proglidesports ataupun Proglide Sports & Aviation telah diasaskan oleh Faridil Fadzreen dan dibantu oleh Aizat Hazman. Proglidesports menawarkan perkhidmatan Tandem Paragliding kepada sesiapa yang ingin mencuba dan menyediakan Kursus Paragliding bagi yang ingin menceburi sukan esktrem ini. Jangan risau kerana kedua-duanya adalah pilot yang bertauliah.
Faridil dan Aizat daripada Proglide Sports & Aviation
Faridil, Aizat, Abang Mus dan Eshamz Halim…hihihihihi.. 😀
Tarikh penggambaran dengan pihak Astro adalah pada 25 Januari 2015 yang lepas dan lokasi asal untuk terbang sepatutnya di Kuala Kubu Bharu tapi terpaksa ditukarkan ke Bukit Jugra oleh kerana masalah cuaca dan angin yang sesuai di Kuala Kubu Bharu. Seawal pukul 10 pagi krew Astro dan Proglidesports dah sampai di Bukit Jugra untuk melakukan persiapan tapi aku dan wife sampai lewat sikit…hihihihihi… 😀
Sesi taklimat sebelum program bermula.
Elfira Loy dan Zoey Rahman.
Aizat, Faridil dan Elfira
Aizat dan Faridil sedang memberi taklimat keselamatan kepada para selebriti.
Krew Astro.
Aizat sedang disolek sebelum penggambaran bermula…hihihihihihi.. 😀
Sepanjang penggambaran dijalankan, aku dan wife hanya duduk memerhatikan jer. Malas nak ganggu pihak Astro dan juga pihak Proglidesports sedang berkerja. Wife aku ni sebenarnya peminat Elfira Loy tapi malu pulak nak bergambar..hihihihi.. lagi pun semua sedang sibuk.
Zoey Rahman akan terbang bersama Faridil.
Aizat sedang memastikan harness dalam keadaan selamat sebelum take-off.
Cuaca yang cukup baik untuk aktiviti Paragliding.
Tandem Paragliding.
Di pertengahan penggambaran baru ler wife aku dapat berborak dan bergambar dengan Elfira Loy. Nampak tak kelebaran senyuman wife aku tu….hahahahaha.. 🙂
Sama kecil dan sama tinggi…hihihihi.. 🙂
Apakah yang sedang dibincangkan tu?….. Rancaknya berborak…
Elfira bersama anak Aizat…
Penyerahan pingat dan sijil kepada Kak Ros kerana telah berjaya menyahut cabaran…
Alhamdulillah… penggambaran program “Tua Pun Boleh” selesai lebih kurang pukul 5 petang tanpa sebarang masalah dan dengan cuaca serta keadaan angin yang amat baik. Sebelum aku dan wife pulang, sempat jugak kitaorg selfie dengan hos program “Tua Pon Boleh” dan juga Kak Ros…hihihhi.. aku memang suka tengok lakonan Kak Ros ni, kalau pegang watak jahat..memang jahat habis…hahahahaha. 😀 Aku dan wife pernah pergi Teater Muzikal Ali Baba semata-mata nak jumpa Elfira Loy…hihihihi..
Groupfie sebelum balik… 😀
Selfie dengan Kak Ros pulak…
Program Astro “Tua Pun Boleh” ini mempunyai 13 episod yang menampilkan para selebriti veteran dengan cabaran aktiviti lasak masing-masing. Bagi cabaran Tandem Paragliding bersama Proglidesports rasanya dah disiarkan pada 6 Mac 2015 yang lepas di Astro Prima.
Bagi korang yang terlepas episod Tandem Paragliding bersama Proglidesports, bolehlah klik dan tonton video dibawah ni haaaa…..
Sumber video : media.khalstore.com

fullamak abg sham..
dah naik dah profile. dari blogger biasa ke blogger artiess gituw.. he..he
x sabar ar nak tgokprogram ni..
alhamdulilah.. x sia2 tlis blog.. niat nak bkongsi .. dgn org lain
ada hasilnya 😛
Alhamdulillah tapi belum jadi retis lagi la….ahahahahahaha… 🙂
Fuhh best tul tengok ni.. santai tapi mencabar. Semakan lasak sahabat skrng ni hehee… terbaik.. 🙂
Kena try ni bro… santai jer…ekekekekeke… 😀