Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, nak mintak maaf kat rakan-rakan blogger sebab tak dapat nak blogwalking kat blog korang….ekekekeke.. jadual aku dan wife penuh giler dengan aktiviti dan roadtrip. πŸ˜€ . Entri pasal Gua Tempurung dan White Water Rafting pon tengah terkial-kial nak siapkan pastu last week kitaorg gi roadtrip ke Singapore. Isnin sampai Jumaat lak terpaksa melepak di opis masing-masing, maklum ler kerja makan gaji kan.

Entri kali ni bukan nak bercerita pasal roadtrip ke Singapore tapi mengenai 1 tempat makan menarik di Johor Bahru. Entri pasal roadtrip akan menyusul kemudian yer…. πŸ™‚ .Β  Bagi orang selatan mesti dah tahu mengenai Restoran Sup Tulang ZZΒ  yang terletak diΒ Jalan Petri, Johor Bahru.

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaik

Aku dan wife tak pernah tahu pasal restoran ni sebenarnya tapi seperti kebiasaan biler kitaorg travel kemana-mana, kitaorg mesti tanya tempat makan yang menarik di situ. Kali ni kitaorg tanya akak yang jaga kaunter hotel tu dan dia rekemenkan untuk ke restoran ni, terus aku suruh wife cari lokasi tempat ni dalam GPS. 3-4 kali jugak lah kitaorg berpusing-pusing tempat yang sama sebab nak cari lokasi restoran ni, memang tersorok jugak tempatnya. Akhirnya selepas setengah jam sesat mencari jalan, berbaloi jugak usaha kitarg apabila dapat menjamah Mee Rebus Tulang dan Sup Tulang yang sedap dan superb. Hmmmmmm….memang menyelerakan disamping supnya yang pekat dan rasa yang memang memenuhi benchmark aku. Diberi jugak straw untuk sedut lemak-lemak dan sum-sum dalam tulang tu…fusssssssss..memang licin ooooooo…. πŸ˜€ . Kalau korang nak tahu, aku ni memang jenis memilih pasal makanan ni, biler orang lain cakap sedap tapi biler aku cubaΒ  langsung tak sedap pon. Susah ooo nak memenuhi KPI makanan aku….ahahahaha… tapi yang ni memang memenuhi KPI aku.

Antara menu yang popular kat restoran ni ialah Sup Tulang dan Mee Rebus Tulang, direkemenkan oleh abang yang mengambil order kitaorg tapi aku rasa apa-apa sup kat sini mesti sedap punyer. πŸ˜€

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaikSup Tulang ZZ. Supnya yang pekat dan rasa rempah yang superb, memang sesuai dimakan dengan nasi atau makan begitu sajer…

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaikMee Rebus Tulang pun memang menyelerakan. Straw disediakan untuk sedut lemak dalam tulang tu yer…

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaikFusssss….. superb… sedut jangan tak sedut…

Suasana restoran pun memang menarik dengan konsep kampung, selain daripada meja biasa, pelanggan boleh jugak duduk bersila di pondok-pondok beratapkan daun nipah yang disediakan. Memang sesuai untuk bawa keluarga dan bersantai sambil menjamu selera. Bagi yang kali pertama mencuba, pasti akan terasa sesuatu yang berbeza dengan Mee Rebus Tulang dan Sup Tulang ni. Kuah mee rebus dan sup yang pekat dengan tulang yang penuh pasti akan melompat-lompat bila di nikmati. Memang memukau bila dapat menyedut lemak dengan straw.. Aduih! mak mertua lalu kat belakang pon, korang mesti tak perasan oooooo…… serius…..

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaik

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaik

Harganya aku rasa memang berpatutan disamping dapat menikmati hidangan yang menarik dan menyelerakan. Banyak jugak tempat-tempat yang mahal tapi makanan takde ler sesedap mana pun, setakat harapkan nama jer yang popular.

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaikBanyak jugak terpampang gambar-gambar artis yang datang makan kat sini…cer tengok atas tu Bro Anuar Zain pon ada ooooo…. teruja ler wife aku tengok gambar Bro Nuar ni… aku biasa-biasa jer…ekekekekekeke… aku pun artis jugak kan…hihihihi..

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaikKali ni turn wife pulak yang bayar…ahahahaha.. kitaorg ada sistem pembayaran ok… πŸ˜€

Jadi sesiapa yang akan ke Johor boleh lah singgah di Restoran Sup Tulang ZZ untuk menikmati sendiri kesedapannya. Aku rekemankan korang datang makan di sini, memang terbaekkkk!!!!…. πŸ™‚

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : Jalan Petri 5/1, Johor Bahru (berdekatan dengan JKR Daerah, Yayasan Warisan Negeri Johor dan berhadapan dengan Regency Condominium)
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am

restoran-sup-tulang-zz-johor-bahru-food-review-tempat-makan-di-johor-shamphotography-sup-tulang-terbaik

Korang GPS jer nama jalan ni, confirm terus sampai ke restoran ni nanti…atau GPS JKR Daerah (tak silap aku cawangan Elektrikal). Restoran Sup Tulang ZZ berada di sebelah jalan ni jer, kalau korang tak nampak jugak tak tau ler….ekekekekeke… πŸ˜€

Ok… selamat menjamu selera… πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

8 thoughts on “Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru – Sup Tulang Terbaik

  1. abg saya tgok gambar anuar zin tu.. pun ala2 kadar..ha..ha..
    kdai ni memng fames.. slalu jugak baca kat blog..cuma nak p ja x sampai2..
    im wating entry… gua tempurung … πŸ˜›

    1. ahahahahaa…. kita pun artis gak kan…ekekeke… kitaorg kalau gi mana2..mesti cari port2 makan yg femes sekitar area yg kitaorg stay… sekali dpt ke sini pulak…mmg puas ati… Gua Tempurung!!?..erkk!!! ok2…tunggu sket lg jer… aku tgh mengarang ler ni… baru dpt siapkan video… tungguuuuu aaaa….hihihihihi… πŸ˜€

Leave a Reply to Khir KhalidCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.