Dikemaskini pada 22 Februari 2016:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah tutup dan tak pasti restorannya pindah ke mana. Baru jer tahu selepas balik kampung semasa cuti tahun baru cina yang lepas. Niat nak singgah makan ikan bakar tapi restorannya dah tutup dan sudah ada papan tanda untuk disewa.
Dikemaskini pada 25 Julai 2015:
Restoran Tasik Raban Seri Iskandar telah berpindah ke Jalan lb1, Seri Iskandar (berdekatan dengan Agrobank Cawangan Seri Iskandar). Aku kurang pasti nama jalan tapi di antara Jalan lb1 dan Jalan Dataran 1 selepas Jalan Pekeliling Iskandar. Baru jer dapat tahu bila balik kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri hari tu.
Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bila disebut nama Restoran Tasik Raban, aku rasa perkara pertama yang akan terlintas di kepala korang mestilah Ikan Bakar Air Tawar dan Sambal Bumbumnya. Betul tak?… Menu utama ni sememangnya popular di Restoran Tasik Raban disamping menyediakan juga pelbagai masakan kampung buat pelanggan yang berkunjung. Aku pernah menulis mengenai cawangan utama Restoran Tasik Raban ni yang terletak di Kg Kota Tampan, Jalan Baling β Kuala Kangsar, Lenggong, Perak. Bagi korang yang masih belum baca entri tu, bolehlah klik url di bawah ni haaaa….. π
—> Restoran Tasik Raban Lenggong
Setakat ni, Restoran Tasik Raban sudah pun mempunyai 2 cawangan tetap iaitu di Stadium Perak dan di Pengkalan Pegoh, Ipoh dan sekarang nampaknya Mak Teh telah meluaskan lagi jajahannya dengan membuka satu lagi cawangan di Seri Iskandar, Perak. Seronok jugak aku sebab setiap kali balik ke Seri Iskandar, bolehlah singgah pekena Ikan Bakar Restoran Tasik Raban ni….hihihihihi.. π Restoran Tasik Raban Seri Iskandar ni sebenarnya dibuka mulai 13 Mac 2014 tapi aku baru perasan bila balik beraya di Seri IskandarΒ pada bulan lepas, itu pun wife aku yang terpandang nama kedainya dan yang paling aku seronok lagi sebab dekat jer dengan rumah keluarga aku di Seri Iskandar. π
Alhamdulillah!… Minggu lepas, aku dan wife sempat meluangkan masa singgah makan tengahari di Restoran Tasik Raban Seri Iskandar sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Aku pun dah janji dengan wife nak bawak dia pekena Ikan Bakar Restoran Tasik Raban pastu tertiba pulak ada cawangan di Seri Iskandar, nampaknya tak payah ler nak ke Lenggong. π
Banyak jugak menu lain selain daripada ikan bakar, sajian kampung pun pasti ada.
Walau apa pun, rasa ikan bakar dan sambal bumbumnya tetap sama seperti di cawangan asalnya cuma aku rasa ikan bakarnya disini tidaklah sebanyak seperti di Lenggong. Masa aku dan wife singgah, cuma ada ikan talapia jer tapi mungkin kalau datang awal mesti banyak lagi pilihannya. Bagi aku, apa-apa jenis ikan pun tapi bila disatukan dengan sambal bumbumnya tetap akan menjanjikan rasa yang istimewa. Bagi korang yang dah pernah cuba, mesti faham maksud aku kan? dan kepada yang masih belum tu, silalah singgah dan mencuba sendiri ikan bakarnya.
Ikan talapia bakar bersama sambal bumbum… fussss….memang menyengat!
Seperti yang tertera di gambar di atas, Restoran Tasik Raban Seri Iskandar hanya dibuka pada hari Selasa hingga Ahad, dari jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang dan tutup pada setiap hari Isnin.
Menu dan harga.
Tak sangka juga pemilik Restoran Tasik Raban iaitu Mak Teh turut berada di cawangan Seri Iskandar pada hari kitaorg singgah dan peluang untuk bergambar tidak disia-siakan. π Sebelum ni, dah 2 kali aku singgah makan tengahari di Restoran Tasik Raban Lenggong bersama-sama Team Tourism Malaysia Perak dan tidak pernah berpeluang untuk bergambar dengan Mak Teh. Aku dan wife berborak sekejap dengan Mak Teh sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam.
Aku dan wife bergambar dengan Mak Teh (Pemilik Restoran Tasik Raban)
Korang mesti tertanya-tanyakan, kat mana lokasinya?. Bagi yang sudah biasa dengan kawasan Seri Iskandar, aku rasa memang tidak menjadi masalah tapi jangan risau, aku dah siapkan peta khas untuk pembaca blog niβ¦hihihihi.. kalau korang cuba cari restoran ni di google map memang tak akan jumpa sebab masih belum dikemaskini lokasi Seri Iskandar ni. Aku ada buatkan peta khas daripada waze iphone aku, rasanya peta waze ni pun dah banyak membantu jugak ni.
Daripada Lebuhraya Ipoh-Lumut, korang terus ke simpang 4 Taman Maju. Sila ambil susur masuk ke Tesco Seri Iskandar dan terus ke bulatan kecil. Ambil susur keluar ketiga di bulatan dan terus belok ke kiri, nanti korang akan nampak nama Restoran Tasik Raban Seri Iskandar terpampang di atas restorannya. Jangan risau, tak akan sesatnyaβ¦senang jerβ¦ π
Selamat menjamu selera…. π

ohh..tutup hari isnin ajelah nih..
Yup…ari senin tutup… π
Wow… hidangan lauk kampung yg cukup menyelerakan. Akan aku ingat restoran ni & disenaraikan sbg salah satu tempat menjamu selera yg akan aku singgah juga nanti. Thanks sharing bro Sham.. π
Kalau ada ke sana bro… harus singgah pekena ikan bakar ngan sambal bumbum dulu… π
nampak sedap.
bolehlah cuba juga nanti..
singah sini akakβ¦
salam kenal je dari korang
macam sedap je..
nak try tapi jauh nau
Kalau berkesempatan ke sana tu, bolehlah singgah bro.. π
nampak macam menyelerakan sekali nih.
Sememangnya menyelerakan bro…:D
salam….laaa orang ipoh ka??saya dua2 cawangan dia saya dah pegi…jemput singgah gerai nasik goreng udang cik toi..tu pak cik kesayangan saya punya gerai…dekat ngan bsn tu…salam kenal dr orang kg kepayang fair park..heehehhehehehehehehhe
ekekeke… klu ke sana leh singgah gerai nasi goreng udang cik toi nanti…. π
ha..ha.. wah smain masyuk la owner retoren raban ni..
nampak menyelerakan menu dia..
untunglah lpas ni nak mkan kat restoren ni x yah p jauh2 sampai tasik raban ..he..he. ::P