restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mesti korang semua pernah dengar mengenai Restoran Tasik Raban!. Bagi yang selalu travel melalui daerah Lenggong atau menuju ke Gerik, pasti akan singgah atau akan melalui lokasi Restoran Tasik Raban ni. Sebenarnya, aku dah lama berniat nak siapkan entri ni sebab entri ni berkaitan dengan FAM Trip Pengkalan Hulu anjuran Tourism Malaysia Perak sempena mempromosikan Daerah Pengkalan Hulu. Kalau korang nak refresh balik atau bagi yang baru kali pertama berkunjung ke blog aku ni, boleh ler baca entri mengenai tarikan perlancongan yang ada di Pengkalan Hulu, Hulu Perak di link kat bawah ni….

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Jom aku sambung balik entri ni…….

Sebelum aku dan rakan-rakan blogger serta media tiba di Pengkalan Hulu, bas yang kitaorg naik tu singgah diΒ  Restoran Tasik Raban di Lenggong untuk makan tengah hari. Restoran Tasik Raban ni menyediakan pelbagai menu masakan kampung yang menyelerakan khas buat pelanggan dengan ikan bakar air tawar sebagai menu utama. Ikan bakar air tawar di Restoran Tasik Raban ini menawarkan kelainan dari segi rasa serta keenakan yang akan membuatkan pelanggan terpegun.

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakNampak menyelerakan…. Sumber gambar : dkosonglapan.blogspot.com

Bagi pendapat aku, kelainan yang ada pada menu ikan bakar di sini terletak di dalam kuah sambalnya atau bumbum. Sambalnya (bumbum) mempunyai rahsia tersendiri yang berlainan daripada restoran-restoran yang lain dan yang paling beruntungnya makan tengahari kitaorg di sini ditaja oleh Tourism Malaysia Perak…hihihihihi… πŸ˜€ terima kasih aku ucapkan sekali lagi.

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakSumber gambar : dkosonglapan.blogspot.com

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakSumber gambar : dkosonglapan.blogspot.com

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakBerkonsepkan layan diri…

Selain daripada ikan bakar, banyak lagi sebenarnya menu lain untuk dinikmati oleh pelanggan. Bagi korang yang gemar pada masakan kampung ataupun ulam-ulam kampung semestinya ini adalah tempat yang sesuai bagi anda. Restoran Tasik Raban ni terletak di Kg Kota Tampan, Jalan Baling – Kuala Kangsar, Lenggong, Perak. Kalau korang daripada Kuala Kangsar dan menuju ke Gerik, Restoran Tasik Raban ni adalah selepas simpang Maktab Rendah Sains MARA Lenggong dan sebelum Hutan Lipur Lata Kekabu.

Korang boleh GPS koordinat 5.037451, 100.950117 untuk ke restoran ni. Restoran Tasik Raban ni telahpun berusia 10 tahun dan diasaskan oleh Jamaliah Desa ataupun dikenali dengan panggilan Mak Teh serta mempunyai cawangan di Stadium Perak dan Pengkalan Pegoh, Ipoh.

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakRakan-rakan FAM Trip Pengkalan Hulu..

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakTQ kat bro D.Shahril @ dkosonglapan.blogspot.com sebab snap gambar aku yang menyelerakan ni….ahahahahahaha… πŸ˜€

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakCer tengok tuuu…. licin ooooo….memang sedap…

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perak

restoran-tasik-raban-lenggong-ikan-bakar-tasik-raban-gerik-perak-tempat-makan-menarik-jjcm-visit-malaysia-tahun-melawat-perakSenarai menu dan harga..

Jika korang akan travel melalui lenggong, ini adalah tempat persinggahan yang sesuai untuk berhenti berehat sambil menikmati juadah-juadah yang menanti pelanggan. Restoran Tasik Raban Lenggong seumpama Hentian Rehat dan Rawat (RnR) kerana turut menyediakan kemudahan asas untuk para pelanggan seperti tandas dan surau. Aku tak pasti pulak masa operasinya tapi bila aku survey dalam google kebanyakannya tulis restoran ni dibuka dari pukul 11.30 pagi hingga 4.30 petang. Kalau korang ada info yang sahih waktu operasinya, sila-silalah tinggalkan komen dibawah yer…… πŸ˜€

Jangan lupa singgah dan selamat menjamu selera…. πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Restoran Tasik Raban Lenggong

  1. Ikan Lampam adaaaaa……
    anyway cho….. jangan serik2 lagi join event kami…..
    Insyallah kalo ada rezeki… ber fam trip lagi le kita…..
    ini entri save the best for the last ni………
    lama awok tunggu …..

    1. macam-macam ada kan….ekekekeke… mana pernah serik yeop…ajak ler lagi…ekekeke… entri ni nak kena tunggu feel mai dulu…dan juga ketika perut lapar…ahahahahaha…. maaf ler sbb membuat yeop semua tertunggu2.. πŸ˜€

  2. Iseyy… mcm mana boleh terlepas entri makanan ni.. syok ooo tengok. Aku tengok mmg seleralah. Tengok bro pun smpai tak pandang kamera dah.. huh.. sure menyengat neh!! Thanks sharing bro.. πŸ˜€ πŸ˜€

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.