Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru 2017” kepada semua pembaca alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini. Dah lama juga sebenarnya aku tak menulis, bukannya dah berhenti menulis tapi rasanya seperti tiada pengembaraan baru untuk dicoretkan di dalam blog selain daripada aktiviti larian. Sempena menyambut 1 Januari 2017, aku dan wife hanya bersantaian di Bukit Kembara. Pasti ramai yang tidak pernah dengar kewujudan Bukit Kembara ini.
Bukit Kembara ini terletak di kawasan Ampang Jaya, berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan juga Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada juga yang menggelarkan bukit ini sebagai Bukit Indah tapi aku rasa Bukit Kembara dan Bukit Indah mungkin dua bukit yang berbeza tetapi ianya bersebelahan seperti Bukit Saga dan Bukit Apeh@Apek dengan laluan trek yang menghubungkan kedua-dua bukit tersebut. Ada dua trek permulaan yang boleh digunakan untuk mendaki samaada melalui Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) ataupun melalui Taman Bukit Indah tetapi untuk kali pertama ini, aku dan wife cuba mendaki melalui Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR).
Sebelum aku nak terangkan dengan lebih terperinci, aku ada siapkan peta untuk menunjukkan beberapa check-point utama dari trek permulaan hinggalah ke Dataran Bukit Kembara B (Puncak) sebagai panduan.
Peta dari app. Runkeeper aku… 😀
Bukit Kembara bukanlah sebuah bukit yang tinggi dan dari bacaan jam aku, kawasan yang tertinggi hanyalah lebih kurang 244 meter dari paras laut. Apa yang menarik di atas bukit ini ialah terdapatnya sebuah tasik yang dahulunya berfungsi sebagai kawasan takungan air atau empangan yang telah dibina pada tahun 1892. Tasik ini dikenali juga dengan nama Empangan Ampang, Tasik Ampang ataupun Tasik Hijau disebabkan airnya yang berwarna hijau. Ramai juga warga penduduk sekitar kawasan situ yang bersenam sambil berlari mengelilingi tasik di awal pagi.
Bagi sesiapa yang ingin beriadah di Bukit Kembara, boleh gunakan Google Maps atau aplikasi Waze untuk ke Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) ataupun ke Kelab Darul Ehsan (KDE). Anda akan melalui Jalan Kerja Ayer Lama yang akan menghubungkan ke Jalan 1. Anda akan jumpa Kelab Darul Ehsan di sebelah kiri dan Taman TAR di sebelah kanan. Terus menyusuri Jalan 1 melepasi Kelab Darul Ehsan dan melepasi palang pondok keselamatan. Trek permulaan adalah di sebelah sebuah banglo lama lebih kurang 200-300 meter selepas palang pondok keselamatan. Kereta boleh diparkirkan di sepanjang jalan tersebut ataupun di depan Kelab Darul Ehsan dan anda boleh berjalan kaki hingga ke trek permulaan. Pastikan kereta anda tidak menghalang lalulintas atau mengganggu ketenteraman penduduk di situ.
Trek permulaan adalah di sebelah banglo lama ini.
Trek bermula dari sini.
Terus susuri laluan ini hingga jumpa permulaan trek tangga.
Maka bermulalah episod bertangga…hihihihihi.. 😀
Naik dan naik dan naik…. 😀
Layan tangga lagi….. 😀
Lebih kurang 10 minit melayan tangga, sampailah kami di Dataran Bukit Kembara dan tempat rehat ada disediakan sekiranya ingin menarik nafas lega terlebih dahulu. Di depan Dataran Bukit Kembara ini terdapat sebuah kolam takungan atau kolam penapisan air yang tidak lagi digunakan dan telah dijadikan kawasan kebun oleh penduduk di situ. Daripada sini, teruskan perjalanan ke hadapan melalui laluan di tepi kolam takungan untuk naik ke atas hinggalah jumpa sebuah tasik dan jarak perjalanan hanyalah 5 minit sahaja. Dah dekat dah!… hihihihihi… 😀
Antara tempat berehat di Dataran Bukit Kembara.
Lepak dulu sebelum teruskan perjalanan ke Tasik Hijau…. 😀
Kolam takungan@penapisan air yang telah dijadikan kawasan kebun.
Teruskan perjalanan menuju ke tasik melalui laluan di tepi kawasan kebun. Ada dua trek menuju ke atas (kiri dan kanan) dan kedua-duanya akan menuju ke tasik. Tak jauh pun… 5 minit jer… 😀
Selepas 5 minit berjalan, barulah kelihatan sebuah tasik hijau di depan mata…hihihihihi.. :D. Ada jambatan besi yang menghubungkan dengan sebuah pondok berbumbung, mungkin dahulunya berfungsi sebagai kunci air disebabkan ada tangga besi untuk turun ke bawah. Walau apa pun fungsi jambatan itu, memang selalu dijadikan lokasi popular untuk bergambar. Selesai bergambar di jambatan, aku dan wife berjalan mengelilingi tasik untuk ke air terjun mini dan trek menuju ke puncak Bukit Kembara. Samaada anda ikut di sebelah kanan atau kiri, tetap akan berjumpa dengan air terjun mini serta trek ke puncak, cuma perbezaannya yang mana satu akan jumpa terlebih dahulu. Boleh rujuk pada peta aku di atas supaya lebih senang faham. Lokasi air terjun mini ditandakan sebagai Dataran Bukit Kembara A dan puncak Bukit Kembara pula ditandakan sebagai Dataran Bukit Kembara B.
Kolam takungan air atau Tasik Hijau Bukit Kembara. Airnya memang hijau.
Selfie dulu.. 😀
Memang menarik permandangan di sekitar tasik hijau ni….lokasi menarik untuk bergambar..hihihihi.. 😀
Jambatan besi dan pondok yang masih lagi kukuh. Ada tangga besi untuk turun ke bawah, mungkinkah berfungsi sebagai kunci air bagi empangan ini?…
Selfie lagi…. 😀
Berjalan mengelilingi tasik menuju ke air terjun mini dan untuk naik ke puncak Bukit Kembara.
Bergambar lagi..hihihihihi…. 😀
Treknya agak luas dan bersih.
Inilah air terjun mini Bukit Kembara. Rasanya bukan mini tapi micro….hahahahaha.. 😀
Bergambar dulu sebelum naik ke puncak.
Pokok tumbang merentasi air terjun mini.
Inilah trek ke Puncak Bukit Kembara @ Dataran Bukit Kembara B.
Trek untuk naik ke puncak memang agak curam dari bawah hinggalah ke atas tetapi hanyalah mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Tali ada disediakan di sepanjang trek bagi tujuan keselamatan atau sekiranya anda memerlukan bantuan di sesetengah tempat yang licin.
Memang pacak sampai ke atas.
Ada beberapa kawasan yang licin…
Sepanjang trek ke atas ada disediakan tali.
Pacak tak?…hihihihihi.. 😀
Berhenti selfie dulu… 😀
Posing bergambar sambil berhenti berehat sekejap. 😀
Tangga asli daripada akar-akar pokok…hihihihi… 😀
Akan melalui kawasan ini dulu sebelum sampai ke Dataran Bukit Kembara B.
Yeahhhhh!!!!… Puncak Bukit Kembara atau Dataran Bukit Kembara B.
Inilah Dataran Bukit Kembara B. Hanyalah sebuah kawasan lapang dimana kedua-dua trek daripada tasik dan juga daripada Taman Bukit Indah bertemu.
Bukit Kembara sememang amat sesuai bagi mereka yang inginkan aktiviti beriadah yang tidak terlalu ekstrem dan jarak perjalanan tidak terlalu panjang. Perjalanan ke Tasik Hijau hanyalah mengambil masa sekitar 15 minit dan ditambahkan lagi 10 minit sekiranya ingin mendaki ke puncak daripada tasik. Treknya yang luas dan bersih sememangnya cukup senang untuk di ikuti biarpun anda mendakinya buat pertama kali tetapi perlu peka dengan kehadiran kera-kera yang berada di situ. Sempat juga aku dan wife berborak dengan beberapa pendaki tegar di situ, menurut mereka ada 2 atau 3 kera yang bersaiz besar dan bertindak agresif. Rasanya ada juga babi hutan yang berlegar di sekitar situ disebabkan ada beberapa lokasi tanah yang disondol. Terima kasih juga kepada pendaki-pendaki tegar di situ yang sentiasa memastikan trek terjaga dan bersih untuk kegunaan bersama. Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. 😀
Mungkin aku dan wife akan kembali sekali lagi ke Bukit Kembara untuk mencuba trek daripada Taman Bukit Indah. Dengar kata lebih ekstrem dengan jarak yang lebih jauh. Jom!!!… ada sesiapa nak ikut?….hihihihihihi… 😀

Mcm best je.. kne try g ni.. Bro tasik tu bleh mancing ker?
Boleh kot…sbb ada jumpa gambar2 org mancing kat situ… tak tau ler ada ikan apa kat dalam tu…hihihihi.. 😀
Salam bro..tlog email kt kwn contact no.bro..nk tanya pasal paragliding at bukit jugra..email kat syairazi3607@gmail.com
Untuk info mengenai paragliding boleh rujuk kat entri ni http://www.eshamzhalim.com/tandem-paragliding-bersama-proglidesports/ . Maybe awal bulan Mac baru sesuai untuk tandem paragliding bro. Contact no dan email saya sentiasa ada di blog ni bro.. 😀
banglo lama nampak suram ja….
macam tak ada orang lain….
apapun tasik dengan pelantar tu memang cantik….
Banglo tu mmg terbiar bro… ada gak dengar macam2 kisah pasal banglo tuu… sampai skrg takde siapa yg berani tinggal yg banglo tu…
Cantiknya….tak pernah dtg tempat ni
Bolehlah setakat nak hiking santai-santai tu… boleh gi sini… 😀
wow sangat menarik lah…banglo tu seram nak tahu lah kisah banglo tu trbiar..track dia pn cantik, kera n babi hutan tu mcm mna nak elak ae? lagi 1, boleh tk klu buat video kembara kt sana?
Thank you for this write up. Bawak anak-anak ke sini semalam berpandukan entry ini.
Sama-sama… 😀
Tadi ke bukit kembara for the 1st time.tkejut terserempak dgn beruk besar yg agak liar dtg mnghampiri kami.xpernah nmpk beruk besar mcm tu.kbetulan ada hikers lain yg dah biasa dgn beruk2 ni.skit lgi pecut lari haha
Memang ada kera ngan beruk besar kat situ tp jangan ler kacau deme tu…hihihihihi… babi hutan pun ada kat atas tuu.. 😀
Laluan bukit indah kt mne ye broo?