Salam,

“ U dah ke Belum?, I dah ke Belum!”.

Ayat poyo aku di atas ni merujuk kepada Royal Belum Forest atau Hutan Belum. Kalau ada saper-saper yang tak tau di mana Hutan Belum atau apa itu Belum, boleh rujuk kepada entri aku “Discover Royal Belum Trip”. Entri kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku & wife disana pada 16-17 Nov 2013 untuk menerokai Hutan Belum bersama Belum Outdoor Adventure Team (BOA).

belum-outdoor-adventure-shamphotography

Aku & wife celik mata seawal pukul 2.45 pagi bagi trip kali ni. Jadual masa telah ditetapkan bagi memastikan perjalanan ke Hutan Belum berjalan dengan lancar kerana perjalanan ke Jetty Awam Pulau Banding adalah sejauh 371km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tepat jer jam menunjukkan pukul 4 pagi aku & wife keluar dari rumah untuk pick-up Hafeesyam dan Izham dan lepas tu perhentian seterusnya adalah di Hentian RnR Sg. Buloh untuk join konvoi bersama Akmar dan Jijie yang sedang menunggu di sana.

Setibanya di RnR Sg. Buloh, kitaorg tergelak besar sebab enjin kereta Akmar tak boleh start!… ahahahaha… kitaorg berempat dengan segera melakukan ujian diagnosis terhadap kereta Akmar dan telah bersependapat mendapati bahawa bateri keretanya sudah kong!… hihihihihi. Kabel jumper pun takde so dengan tindakan pantas, Hafeesyam pun call abg Plus Hotline… eh! salah lak!. Plus Helpline .. bagi mendapatkan bantuan. Jom kita saksikan gambar TEAM CSI (Aku, Hafeesyam & Izham) bergabung dengan Abg Plus Helpline sedang menyetelkan masalah kereta Akmar.

kereta-akmar-breakdownGambar dari handphone Samsung wife.

Akhirnya enjin kereta Akmar dapat dihidupkan dengan bangganya…. kalau tak leh start jugak, kitaorg suh dorang naik teksi jer….ahahahahahahaha. Dengan segeranya kitaorg meneruskan perjalanan menyusuri Lebuhraya Utara-Selatan sambil melayan kedinginan aircond kereta yang sepoi-sepoi bahasa. Berhenti di RnR Tapah untuk solat subuh & breakfast dulu sambil menjadikan problem kereta Akmar tadi sebagai bahan ketawa…hihihihihi. Selepas puas gelak ketawa, kitaorg pun meneruskan perjalanan yang masih jauh. Perjalanan daripada Shah Alam ke Jetty Awam Pulau Banding tak susah sebenarnya, ikut jer Lebuhraya Selatan Utara dan exit di Kuala Kangsar dan apabila keluar jer dari tol Kuala Kangsar tu ikut terus jer menuju ke Gerik, sampai jer di pekan Gerik ikut jer papan arah ke Taman Negeri Royal Belum. Nanti korang boleh jumpa papan arah ke Jetty Awam Pulau Banding sebelum jambatan kedua yang menuju ke Jeli. Pastikan korang isi minyak petrol kat pekan Gerik yer sebab lepas tu dah tak jumpa stesen minyak dah.

Setelah 5 jam aku drive dengan penuh kesabaran & berhemah, akhirnya sampai jua kitaorg di Jetty Awam Pulau Banding dalam pukul 10.30 pagi dengan  banyak lagi masa berbaki so apalagi aktiviti bergambar pun bermula. Jom tengok gambar sket… seperti biasalah gambar aku mesti takde sebab aku yang amik gambar dorang ni semua.. nasib photographer gitu ler….

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingI’m like a bird…..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingJijie nak terbang…..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingAntara maskot-maskot Taman Negeri Royal Belum.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingInilah Houseboat yang kitaorg akan bermalam nanti. 2 tingkat lagi tuuu….

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingJangan lupa beli t-shirt Royal Belum disini yer… kedai ni satu-satunya yang ada jual t-shirt untuk dibawa pulang.

Sementara menunggu krew Belum Outdoor Adventure (BOA) sampai, kitaorg  lunch dulu dan lepas tu pakat beli T-shirt Royal Belum untuk pakai masa nak balik nanti….hihihihihi.. sajer bikin gempak oooo. Akhirnya krew BOA pun tiba di Jetty dan dengan pantasnya kitaorg terus amik beg baju dan juga makanan-makanan yang hendak  disumbangkan kepada perkampungan Orang Asli Aman Damai nanti. Tak banyak pun, kitaorg share seorang RM20 jer so dapat ler 2 kampit beras 10kg, 2 tin biskut jacob dan 2 pack milo kecik. Bayar parking kat Jetty Awam tu RM5 jer, kitaorg bayar kat pakcik yang jaga tandas kat situ jer, Pakcik Talib kot rasanya nama dia… hihihihi. sebab aku ada lepak borak-borak ngan pakcik ni kat Jetty.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingGambar dari Samsung wife.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingGambar dari handphone Akmar.

Lama jugak kitaorg lepak kat atas houseboat sementara menunggu peserta yang lain dan sambil-sambil tu kitaorg melakukan diagnosis secara terperinci terhadap houseboat tu, hasilnya kitaorg mendapati houseboat tersebut mempunyai 2 tandas yang bersih, 2 bilik di tingkat atas, ada set karaoke, astro, keperluan dapur untuk memasak, 3 bot kecik dan ruang melepak yang luas serta tak lupa juga krew-krew houseboat yang sporting lagi awesome.

Lebih kurang dalam pukul 2 petang, houseboat mula bergerak dan menongkah arus Tasik Temenggor menuju ke lokasi yang pertama iaitu kawasan Post X-Ray Bunga Rafflesia atau dikenali juga dengan nama Bunga Pakma.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingIndahnya alam ciptaan Allah.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingApa yang korang nampak???… itulah sebab aku amik gambar ni…hihihihi

Akhirnya sampai jua ke lokasi yang pertama. Kitaorg semua excited sebab ini kali pertama dapat tengok Bunga Rafflesia di depan mata tapi sebelum tu krew BOA bagi taklimat sket dan juga kena buat warm-up dulu sebab peserta semua dikehendaki mendaki (hiking) untuk ke tempat Bunga Rafflesia. Hiking pun tak lama dan takde la susah sgt, aku rasa dalam 10-15 minit jer. Alhamdulillah!.. memang rezeki kitaorg sebab time tu ada 2 Bunga Rafflesia sedang berkembang. Seronoknya !!…..

Fakta mengenai Bunga Rafflesia @ Pakma:

Bunga Rafflesia mengambil masa 9 bulan untuk berkembang dan akan berkembang sekitar 5-7 hari sahaja. Seboleh-bolehnya jangan pegang Bunga Rafflesia ini mengunakan jari.

Jom layan gambar dulu….

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

discover-royal-belumPastikan kasut sesuai untuk hiking…hihihihihi..dah lama tak amik gambar camni.. gambar dari handphone saper ni ek??

discover-royal-belumAre you ready????…….

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingHiking sambil selfie…. ahahahahaha..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingRafflesia Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingPengalaman yang sungguh bermakna… kali pertama lihat Bunga Rafflesia di depan mata…

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingCheq Eem, Jijie & Akmar bergambar dengan Cik Rafflesia.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingHafeesyam & Izham pun nak bergambar dgn Cik Rafflesia jugak..

Jom tengok gambar-gambar daripada handphone masing-masing lak….

discover-royal-belumJijie yang suka wat pis….. ekekekeke

discover-royal-belumWaterproof bag harus sentiasa dibawa kemana-mana…..

discover-royal-belumJangan pakai kasut yang licin yer… confirm tergolek nanti…

discover-royal-belumBunga Rafflesia baru berusia 8 bulan…lagi sebulan lagi ia akan berkembang….

Setelah bergambar dan bermesra dengan Cik Rafflesia, lokasi seterusnya adalah ke Kg. Orang Asli iaitu Kampung Aman Damai. Orang Asli yang menetap di Kampung Aman Damai ni adalah daripada keturunan Suku Jahai. Jom baca fakta dibawah yang aku amik dari laman web Belum Outdoor Adventure (BOA) dan telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu….hihihihi.

Suku Jahai adalah salah satu daripada 19 kumpulan  Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Mereka diklasifikasikan di bawah susur galur Puak Negrito (atau Semang). Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Jah Jehai atau Orang Semang.

Suku Jahai, seperti semua kumpulan etnik lain Puak Negrito, secara umumnya mempunyai tubuh badan yang pendek dengan kulit gelap dan rambut lebih kerinting. Penempatan Suku Jahai adalah disekitar sungai-sungai dan tasik yang terletak di daerah Jeli Kelantan dan daerah Hulu Perak. Salah satu penempatannya ialah di pinggir Tasik Temengor yang terletak di Negeri Perak.”

Perjalanan daripada Post X-Ray ke Kg. Aman Damai mengambil masa lebih kurang 45 minit atau 1 jam disebabkan houseboat tidak boleh bergerak dengan laju oleh kerana struktur badannya yang besar tapi syok jugak sebenarnya sebab kitaorg boleh menikmati keindahan Tasik Temenggor.

Semasa dalam perjalanan ke Kg Aman Damai, houseboat akan melalui Post Kawalan Tentera dan para peserta DILARANG MENGAMBIL GAMBAR Kem Tentera tersebut. Setelah melayan permandangan sambil menghirup udara segar, akhirnya sampai ke Kg. Orang Asli Aman Damai. Memang aman dan damai kampung ni sesuai dengan nama yang diberi. Krew BOA bersama peserta yang lain membantu membawa barang-barang dan makanan untuk diserahkan kepada Ketua Kampung Aman Damai.

Jom layan gambar lagi lah pastu aku sambung cerita lagi……..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingKg. Aman Damai

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingAda dewan yer di kg ni… open air lagi…

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

Brader Syam BOA (baju hitam) sedang menceritakan kisah dan sejarah mengenai Orang Asli Suku Jahai dan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh peserta. Disebelahnya ialah Ketua Kampung Aman Damai.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingPertunjukan tarian orang asli Aman Damai..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingAku & wife bergambar dgn salah sorang anak org asli…

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingSukanya deme ni…..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingBergambar bersama pemuzik Asli Pop…hihihihihi…

Jom layan video Tarian Orang Asli Suku Jahai bersama pemuzik Asli Pop, Brader Syam BOA cakap kalau ada lawatan rasmi biasanya dorang semua akan pakai pakaian tradisi dorang tapi kitaorg semua lawatan sambil belajar jer….ahahahahahahaha 🙂

Sayangnya kat sini aku tak dapat amik gambar suasana dan masyarakat Orang Asli Jahai sebab selepas abis jer pertunjukan tarian daripada masyarakat Org Asli Aman Damai terus hujan turun dengan lebat. Aku baru jer nak keluarkan telephoto lens terpaksa simpan dalam beg balik. Terus kitaorg semua balik ke houseboat dan melepak atas houseboat jer. ahhhh!!!…frust ler jugak tak dapat nak shoot gambar masyarakat Org Asli kat sini.

Biler hujan dah reda, houseboat bergerak ke Sg. Tiang. Sg. Tiang ni sebenarnya kawasan chalet dan di mana houseboat akan parking kat situ untuk bermalam. Ada yang bermalam di chalet Sg. Tiang tapi aku, wife & geng yang lain sepakat untuk bermalam di atas houseboat…baru laa adventure katanya..hihihihi.. 🙂 . Tidur di atas houseboat sebijik macam tidur di rumah kampung,…mmg syok.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-banding

Malam tu kitaorg disajikan oleh krew BOA dengan juadah BBQ kat atas houseboat dan juga masakan kampung yang sedap hingga menjilat jari, sudu & garpu. Terima kasih kepada krew BOA, sedap sungguh masakannya… :). Malam tu aku tak amik gambar, cuma wife & geng-geng jer snap gambar guna handphone… ni aku masukkan sekali gambar-gambar malam tu. Gambar makanannya takde sgt, terlupa nak snap sebab masing-masing dah lapar..langsung tak ingat nak amik gambar…ahahahahahaha.

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingMasing-masing tengah menunggu makanan…ahahahahaha..

shamphotography-discover-royal-belum-belum-outdoor-adventure-boa-tasik-bandingMacam ulat bulu dalam kepompong…baring sambil menikmati angin malam di tingkat atas houseboat..

discover-royal-belum

Aktiviti malam tu santai jer, kitaorg cuma lepak sambil tengok astro dan borak-borak sementara menunggu mata mengantuk. Biler mata dah mengantuk, aku & wife naik tingkat atas pastu bukak sleeping bag dan lelapkan mata…. Zzzzzzzzzzz…

Besoknya ada aktiviti lagi, kalau korang nak tau…tunggu next entri aku…2nd episode untuk trip ni. Tungguuuuuuuuuuu…………….sebelum tu jom layan video lagi sket…hihihihi..

Tips: Antara keperluan yang aku rekeman untuk dibawa bersama untuk trip ni selain daripada peralatan asas ialah sleeping bag (bagi yg tido atas houseboat), torchlight kecik (standby jer), kasut sukan a.k.a sport atau kasut hiking (tak perlu yg hardcore cuma untuk light hiking dah ok dah), poncho (kalau hujan, sib baik aku bawak sebab kat Kg. Aman Damai tu hujan lebat) dan waterproof bag (untuk trekking ke air terjun atau untuk laluan mengikut sungai so barang-barang elektronik terjamin sket keselamatannya daripada basah).

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode

    1. Terima kasih saudara Khir…. mmg seronok tapi tak puas sebenarnya sebab 2H1M jer…. dapat jelajah sket jer… nanti mmg nak pergi lagi menikmati keindahan alam Royal Belum. Saya rekemenkan saudara Khir dan kawan2 blogger yang lain utk join trip ni..mmg best. Nak bawak 1 family pun ok sbb aktivitinya xde ler hardcore sgt sbb berkonsep santai dengan keindahan alam jer…hihihihihi. tido mcm kepompong tu mmg best tp saya tetap nak tdo atas lantai jugak beralaskan sleeping bag…ekekekeke 🙂

  1. Terima Kasih saudara eshamz, inshaallah kita jumpa di Royal belum lagi! Kali ni bawak gayung besau sikit, senang nak score water polo tu. 🙂 – Team BOA –

    1. ahahahahaha…. nanti kitaorg bwk baldi jer.. lg senang nak score… tak abis lagi nak bercerita ni sbb entri utk hari ke-2 lom post lagi.. tgh edit2 gambar dan video hari ke-2 … Byk sgt perkara yang nak diceritakan ni… ekekekeke. In Shaa Allah, saya & wife akan join lagi trip ni next year…nak bawak ramai lagi geng2 ke Royal Belum.. biar penuh 1 houseboat… ahahahahaha 🙂

    1. nak tanya sikit…saya akan ke belum ikut trip opis…sy xtau apa nak bawak…takat kasut treaking tu saya pakai kasut croc jap ayam je…cam toto utk perlu ke saya bawa?sbb hsband kena tdo kat luar?hrp dpt reply secepat yg mungkin sbb saya nak pegi nxt wek…tq

      1. Kasut trekking tu eloklah guna kasut yang sesuai… paling biasa pon pakailah kasut sports atau kasut yg mempunyai tapak yg grip…kasut croc tu kurang sesuai la sikit…ada sesetengah tempat agak bahaya kalau guna selipar…… toto rasanya tak perlu bawak… untuk tidur bolehlah bawa sleeping bag jer…

  2. owh saya sudah sampai 5 tahun yg lpas.. next trip dgn family coming soon..
    bro korang sewa boat house ke? brapa price dia..plan nak p dgn kawan2..
    actually kampung aku dkat gerik.. dekat je dgn hutan belum ni.. tapi lama tak sampai situ..
    last p bunga refesia pun baru nak naik..serius untung pergi masa bunga berkembang..bkan snang nak dapat masa bunga tgh mekar.. serius jeles 🙂

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.