Salam,
Jom aku sambung cerita lagi pasal Royal Belum Adventure Trip untuk hari ke-2 kitaorg di sana. Pagi tu aku bangun sekitar pukul 6 pagi dan aku tengok wife dan geng-geng lain masih lena dibuai mimpi. Pagi tu mmg terasa sejuk giler, bayangkan kita tido ditengah-tengah tasik sambil dikelilingi hutan belantara…..ahahahahaha… gitu ler rasanya. Wajib bawak jaket yer kalau korang nak join trip ni nanti, kalau tak kejung (beku) ler korang nanti…hihihihi. Sebenarnya, aku berpeluh-peluh masa tido malam tu, sampai aku bukak jaket & slepping bag aku. Semua cakap sejuk tapi aku berpeluh-peluh panas….rupa-rupanya aku tido di atas lampu minyak tanah yang krew BOA gantung kat siling tingkat bawah…patut ler panas!….ahahahahahaha. Mmg sejuk pagi tu sampai cermin mata aku berkabus, lap cermin mata sambil kejutkan wife aku. Pagi tu kalau nak mandi mmg tak ler, cuma masuk bilik air gosok gigi ngan cuci muka jer pastu lepak-lepak amik gambar dari houseboat sambil tunggu matahari naik. Perasaan seronok dan terpegun melihat kawasan persekitaran di situ, leh nampak kabus menutupi pokok-pokok & kalau diperhatikan betul-betul di atas air tasik tu kita boleh nampak kabus jugak… ala-ala nampak berasap gitu. Jom layan klip video pendek kat bawah ni.
Aku ajak wife & Akmar gi ronda-ronda kat kawasan chalet Sg. Tiang tu, sambil-sambil tu cam biasa la, aktiviti bergambar adalah wajib. Suasana persekitaran yang dingin dan udara yang segar pasti akan membuat kita lupa dengan kerja di pejabat atau kesibukkan di bandar. Rasa tenang jer kat sini, alangkah bertuahnya krew-krew Belum Outdoor Adventure yang tiap-tiap hari berada di sini, sentiasa berada dekat dengan keindahan alam. Jom tengok gambar, maybe kalau ada trip lain lepas ni kena shoot video pulak, nanti terus jadi Vlog pulak. Boleh blogging sambil vlogging….hihihihihi. :p
Sejuk nyerrrrrrrrr………
Sg. Tiang, Royal Belum.
Deme pun nak bergambor jugak…
Kawasan Chalet Sg. Tiang.
Bergantung jer tuala….semua muka lom mandi lagi ni….ahahahahaha..
Besttttttt…..
Aku rekemenkan pada sesiapa yang join trip ni supaya bermalam di atas houseboat, boleh berborak-borak dengan krew BOA atau dengan geng-geng yang baru kenal. Seronok jugak bila dengar krew-krew BOA bercerita kisah Hutan Belum dan pengalaman dorang semua.
Aktiviti pagi tu adalah aktiviti main-main air tasik iaitu Water Confidence & Water Rescue Demo so semua kena pakai life jacket dan terjun tiruk dalam tasik….ahahahahaha. Aku pun apa lagi terus ler sambar life jacket, belum sempat wife & geng-geng yang lain terjun aku dah terjun tiruk ke dalam Tasik Temenggor dulu dah…ahahahahaha. Dalam cuaca pagi yang sejuk tu, air dalam tasik sebenarnya SUAM-SUAM KUKU ….. best giler!. Biler aku selam kepala dalam tasik, tak nampak apa-apa kecuali warna hijau jer. Dah dalam tasik ni TOLONG jangan pikirkan yang bukan-bukan yer…ahahahaha. Disebabkan aku, wife & geng-geng semua dah ada dalam tasik ni so takde saper yang amik gambar kitaorg so terpaksa ler mengharapkan gambar-gambar daripada krew BOA jer. Krew BOA yang bertanggungjawab bagi aktiviti Water Confidence & Water Rescue Demo ialah Brader Yus dan Brader Zali a.k.a Janggut manakala Brader Hilmi & Brader Am bertanggungjawab untuk ushar-ushar kitaorg (versi ala-ala LifeGuard gitu..) dan Brader Syam jadi tukang amik gambar & video…hihihihi.. Brader Yus mengajar kitaorg teknik-teknik Water Rescue, pegang tangan untuk buat bulatan supaya dapat berpaut antara satu sama lain & juga teknik ulat bulu…ahahahahaha. Teknik ulat bulu ni sebenarnya untuk berpaut pada pinggang orang lain & kayuh menggunakan tangan… ala-ala Backstroke tapi yang syoknya siap leh buat berlumba lagi… terima kasih kepada Brader Yus kerana berkongsi ilmu dengan kesemua peserta dan juga kepada Brader Zali yang mengajar Jijie teknik ampungkan badan. Suka betul Jijie sebab dapat ampungkan badan guna Life Jacket…ahahahahahahaha.. 🙂 . Lepas abis Water Rescue Demo, kitaorg ada game water polo guna gayung sebagai gol..hihihi.. aktiviti ni yang paling seronok, sampai naik krem kaki aku.
Jom tengok gambar-gambar yang disnap oleh Belum Outdoor Adventure Team sebab kitaorg langsung tak snap gambar time ni. Best ooo main water polo.
Sumber gambar : Belum Outdoor Adventure fb page
Sumber gambar : Belum Outdoor Adventure fb page
Sumber gambar : Belum Outdoor Adventure fb page
Sumber gambar : Belum Outdoor Adventure fb page
Biler dah puas main air tasik & perut pun mula menyanyi, semua pakat naik ke houseboat sebab makanan sudah terhidang…ekekekeke. Apalagi, kitaorg melantak ler dulu sambil memerhatikan sesetengah peserta lagi membuat terjunan gaya bebas ke dalam tasik. Selepas semua peserta sudah berada di atas houseboat, sekali lagi houseboat bergerak menongkah arus tasik menuju ke lokasi terakhir trip kami iaitu Ruok Waterfall (Air Terjun Ruok) & Fish Sanctuary (Tempat Perlindungan Ikan). Perjalanan daripada Sg. Tiang ke lokasi Air Terjun Ruok aku rasa mengambil masa lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Seperti biasa, kitaorg lepak kat tingkat atas houseboat sambil mengambil gambar. Jom layan gambar lagi….
Thanks to Izham sebab snap gambar ni..
Thanks to Hafeesyam snap gambar ni…ekekekeke..
Handphone mesti ada kemana-mana….
Hijau jer kan air tasiknya…
ekekekekeke…
Alaalalala…. comel nyerrrr Akmar wat camni…. hihihihihihi. Cam comel jer…Cam cute jer….
Permandangan biasa di pinggir tasik….
Akhirnya sampai jua ke lokasi Ruok Waterfall & Fish Sanctuary tetapi houseboat terpaksa parking jauh sket daripada lokasi air terjun tu pastu kitaorg semua kena naik bot kecik sebab laluan ke sana kecik dan tak sesuai untuk houseboat. Terpaksa la bergilir-gilir naik boat kecik tu, tak jauh pun cuma 5 minit jer daripada lokasi houseboat. Lepas turun dari bot kecik, perjalanan ke lokasi Air Terjun Ruok memerlukan hiking sket dalam 15-30 minit tapi cuma light hiking jer.
Aku ngan Hafeesyam nampak tough lak biler pakai Life Jacket ni…hihihihi 🙂
Dan akhirnya semua peserta seperti hilang akal apabila sampai di Air Terjun Ruok termasuklah geng-geng aku sekali…ahahahahaha. Memang sejuk dan segar airnya, boleh nampak ikan berenang-renang kat situ. Ada peserta yang dah berendam dan ada juga yang sedang beri ikan makan, tabur jer makanan mesti ikan semua berebut-rebut menjamu selera. Mungkin ikan-ikan kat sini sudah jinak dan telah dilatih oleh penghuni Hutan Belum supaya tidak takut dengan manusia…hihihihi 🙂 . Aku tak turun mandi lagi sebab aku nak snap gambar-gambar dorang dulu. Jom tgk gambar dorang semua yang sedang hilang akal…
Hafeesyam menunjukan kegagahannya di hadapan awek-awek di sana..
Pis U all!!!…
Free-style Swimming….
Buaya jadian.. kalau kat atas darat lagi merbahaya buaya ni…hihihihihi
Brader Yus & Brader Hilmi sedang skodeng para peserta…
Suka betul deme ni…
Jijie main-main air….
Suuuudah..cukup cukup sudah!..arghhh!! turn aku pulak nak berendam dalam Air Terjun Ruok, dengan pantasnya aku pun simpan kamera & bersedia untuk terjun menikmati kesegaran serta kesejukkan Air Terjun Ruok. Celup jer kaki memang sejuk yer!, gedebushhh!! (sambil melontarkan badan ke dalam air). Belum sempat 5 minit aku berendam, Brader Syam BOA dah suruh semua orang naik sebab hujan dah turun renyai-renyai….aku pun risau gak.. takut-takut ada kepala air lak nanti daripada atas…ahahahahaha..aku rasa aku sorang jer yang paling cepat mandi air terjun.hihihihi..tapi enjoy jer. Akhirnya aku cuma main-main air kat tepi jer sambil bermesra dengan ikan-ikan yang sedang menjamu selera. Selepas ikan-ikan semua dah kenyang, kitaorg pun bergerak balik menuju ke lokasi bot kecik tadi untuk balik ke houseboat. Perjalanan balik kitaorg tak ikut jalan darat tapi ikut sungai, ala-ala adventure sket.. air sungai pun takde la dalam sangat. Kamera aku ngan Hafeesyam bersimpan jer dalam Dry Bag so terpaksalah snap gambar menggunakan handphone jer. Time ni ler aku nak bergambar puas-puas…ahahahahaha..sebab biasanya gambar aku sikit jer. Terima kasih kepada photographer sambilan a.k.a wife aku dan Izham kerana mengambil gambar model-model tepi sungai..hihihihi 🙂 .
Bercerita tanpa gambar memang tak seronok kan so jom tengok gambar-gambar daripada handphone canggih dorang.
Ada 2-3 orang menjadi mangsa PACAT termasuklah Hafeesyam. Sampai jer kat houseboat semua berebut nak mandi, ada line panjang kat depan bilik air…ahahahahaha. Disebabkan aku & Hafeesyam malas nak beratur terus kitaorg mandi di tepi houseboat. Tepi houseboat tu memang ada paip & shower sekali, kalau lelaki boleh la kan…orang pompuan confirm kena masuk bilik air jugak…ahahahahaha.
Sementara semua peserta sedang bersiap, hidangan makan tengahari sudah pun disediakan. Sekali lagi aku bagi pujian kat krew BOA kerana menyediakan masakan kampung yang menyelerakan berserta ulam-ulam kampung. Pengalaman makan masakan kampung di atas houseboat bersama kawan-kawan yang lain adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Memang seronok & enjoy, sambil makan sambil borak & bergambar.
Group kitaorg menjadi tumpuan apabila semua menyarung JERSI T-shirt Royal Belum yang dibeli semasa di Jetty Awam Pulau Banding..hihihihihi. Setelah peserta semua kekenyangan, houseboat mula bergerak menuju kembali ke tempat perjumpaan semalam dan ini menandakan trip kami sudah sampai ke penghujungnya. Terpancarlah wajah-wajah keletihan buat semua peserta, ada yang berehat sambil melelapkan mata sementara menunggu houseboat sampai ke Jetty.
Sampai jer di Jetty Awam Pulau Banding, krew BOA minta kesemua peserta berkumpul untuk mengambil gambar. Ini menandakan trip kitaorg sudah berakhir & terpaksa meninggalkan keindahan & ketenangan Royal Belum untuk kembali ke kesibukkan bandar :(. Jom tengok group photo..
Ketua Kampung Aman Damai pun ada bergambar sekali yer…
Melompat sambil tayang Jersi T-shirt Royal Belum…ahahahaha
Saya bagi pihak wife & geng-geng ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua Krew Belum Outdoor Adventure Team. Pengalaman di Royal Belum amat bermakna & pasti kitaorg akan kembali lagi ke Royal Belum di lain kali.
Dari kiri : Brader Hilmi, Brader Syam, Brader Yus & Brader Zali a.k.a Janggut. Brader Am dan krew houseboat yang lain tak jumpa lak gambarnya. 🙂
Selepas selesai bersalaman dengan semua peserta, kitaorg pun terus ke kereta dan meninggalkan Jetty Awam Pulau Banding untuk pulang ke Shah Alam. Tengok jam ditangan menunjukkan hampir pukul 5 petang, perjalanan kitaorg masih jauh lagi tapi harus diteruskan jua walaupun masing-masing keletihan. Berhenti rehat & solat di RnR Sungai Perak, mengisi perut yang kosong sambil gelak ketawa melihat gambar-gambar kitaorg di Royal Belum. Walaupun baru beberapa jam tapi terpancar perasaan rindu di wajah masing-masing pada keindahan alam Royal Belum.
Sampai di Shah Alam dalam pukul 11 malam, terus hantar Hafeesyam & Izham di HQ Digi dulu, lepas tu aku & wife pulang ke rumah. Sampai jer di rumah terus mandi & Zzzzzzzzzz…. Letih ooooo…hihihihihi.
Pasti aku & wife akan kembali ke Royal Belum di masa akan datang bersama geng-geng yang teringin melarikan diri dari kesibukkan bandar. Kepada yang ingin join trip ni, aku rekemenkan supaya join pakej Belum Outdoor Adventure Team. Boleh hubungi krew BOA melalui media dibawah:
Website BOA : http://belumoutdoor.wordpress.com
Facebook BOA : Belum.Outdoor.Adventure
Kemana pulak trip aku & wife selepas ni????……..tungguuuuuuuu ler….

mak aiii.. bestnyeee..
Mmg best…ekekekeke….rasa cam taknak balik bandar jer… nanti saya nak cuba organizekan 1 trip ke BELUM khas tuk geng2 Blogger… leh berkenal-kenalan… 🙂
wow macam best jer trip ni Syam.. Belum sy belum sampai lg..
PakcikLie PCL- mmg best trip ni…wajib pergi bersama family. Next year maybe akan repeat balik ke Belum, nak cuba naik Train smp Ipoh pastu naik bas sampai Pulau Banding…ekekekeke 🙂
Fuhh.. syok mandi.. gambar trip pun marveles!! Terbaik saudara Sham.. belum smpi lagi sy ke Belum.. penin pulak ayat belum tu huhu.. 😀 😀
Ahahahahaha…terima kasih saudara Khir Khalid.. kitaorg kat sana pun pening gak asik sebut perkataan belum jer… belum tempat ker atau belum mandi…ahahahahaha. 🙂
serius bro.. program apa korang perg..nampak hapening gila.. seronok aktiviti mcm ni..back to nature! klau tau dari awal..dgn perasaan tak malu nak joint skali bro 🙂
ahahahahahaha…. mmg best bro…nanti kitaorg plan nak gi lagi… 😀
syiokk gilerr..hujung bulan in sha allah pergi ke trip Royal Belum 🙂
Memang syok!!… selamat beroutdoor di Royal Belum…hihihihihi.. 😀