Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Apa khabar pembaca-pembaca di luar sana?.. harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Aku agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh aku ataupun pihak lain. Ruang dan waktu untuk menulis dan mencoretkan cebisan pengalaman sememangnya terlalu sukar buat masa sekarang. Jari-jari ini nampaknya sudah lama berehat daripada menari-nari di papan kekunci.
Ok!.. sekarang ni aku akan cuba habiskan entri-entri tahun 2014 yang banyak tertangguh, harap dapat diselesaikan sebelum bulan Februari nanti…hihihihi.. 😀 Jom ikut aku kembali mengembara ke tahun lepas…….
Zombie oh Zombie!…selepas isu Zombie Kampung Pisang, nampaknya semakin menjadi-jadi wabak zombie di Malaysia sekarang dan dimanakah Husin ketika ini? Hahahahaha…. Rasanya aku pernah coretkan pengalaman aku dan wife menyertai Zombie Run pada awal tahun lepas. Memang semput dibuatnya apabila perlu berlari ke garisan penamat sambil mengelak daripada zombie di sepanjang laluan. Kalau korang nak baca dan tonton videonya, silalah klik entri Zombie Run Malaysia 2014 dan saksikan sendiri bagaimana gelagat aku dan wife mengelak daripada dimakan oleh zombie…hihihihi. 😀
Antara kawan-kawan yang turut serta… Amar, Bella, Cheq Eem (wife) dan DD.
Kali ini aku dan wife mencari pasal lagi apabila mendaftar event “Run For Your Lives Malaysia 2014: Zombie Apocalypse” yang telah diadakan pada 13 Disember 2014 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, Selangor. Larian ini adalah sejauh 5 kilometer dan disertakan dengan halangan-halangan yang perlu peserta tempuhi di sepanjang laluan. Event Run For Your Lives ini bukan sahaja dianjurkan di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa seperti di Singapore, Hong Kong, China dan juga Australia. Memang tidak dinafikan yuran penyertaannya agak mahal tetapi kitaorg berjaya mendaftar awal dan hanya dikenakan RM89 daripada RM129. Banyak kali juga kitaorg daftar untuk Fun Run 5KM bagi tahun 2014 tetapi kali ini kitaorg cuba mencari kelainan. Halangan di sepanjang laluan dan serangan zombie aku rasa tidaklah mencabar tetapi yang paling mencabar apabila perlu beratur selama 1 jam untuk mengambil race-kit, beratur selama 30 minit untuk simpan beg dan berlari di bawah cuaca panas terik serta ditambahkan lagi apabila kitaorg lambat sampai disebabkan penutupan jalan yang sedang dibaikpulih. Aku memang dah hilang mood sebelum nak mulakan larian dan rasa macam tak nak berlari pun ada tapi terkenangkan dah bayar mahal, maka terpaksalah teruskan jua.
Panas terik..
Sedang tunggu untuk dilepaskan….
Run For Your Lives………
Peserta akan dikumpulkan secara berkumpulan dan dilepaskan mengikut wave masing-masing. Sebenarnya wave kitaorg sepatutnya pada pukul 9.30 pagi tapi disebabkan banyak unsur-unsur yang melambatkan, terpaksalah kitaorg sumbat di wave pukul 11.30. Bayangkan betapa panasnya pada masa itu dan yang paling seronoknya, aku boleh terlupa nak bawa topi. Sebelum mula berlari pun badan dah rasa lemau dan haus. Selepas 30 minit, aku dah duduk di khemah first aid sambil minta air mineral tapi jawapannya amat hampa. Terpaksa teruskan larian hinggalah sampai di Water Station dan hasilnya ramai yang berebut-rebut mengambil air termasuklah kaum-kaum zombie…hihihihi.. 😀 Kesian juga aku tengok zombie-zombie tu semua sebab berjemur di tengah panas dan ada juga zombie yang dah letih dan lepaskan kitaorg semua untuk teruskan larian.
Halangan yang pertama….
Panasnya….tapi masih tersenyum..
Hasilnya, aku malas nak buat halangan yang disediakan dan hanya ‘by pass’ jer tapi wife aku berjaya buat semua….hihihihi.. 😀 Di sesetengah lokasi halangan sepatutnya ada zombie tapi masa kitaorg lalu sunyi jer, rupa-rupanya zombie dah banyak habis shif dan semua balik ke tempat penganjur. Ini sudah cukup cantik dan apalagi memang aku dan wife lenggang kangkung jer lah berjalan…hahahahaha.
Jom merangkak…
Boleh tertidur kalau merangkak kat sini..hihihihi.. 😀
Sepatutnya ada zombie di sini tapi masa kitaorg sampai kosong jer….
Sepanjang laluan memang aku tak larat nak berlari dan hanya lari pecut apabila dikejar zombie jer. 3 kali juga berjaya melepaskan diri daripada dikokak oleh zombie dan 2 kali kecundang.
Di sini lah aku kecundang dan telah dikokak oleh zombie…. terus groupfie dengan zombie…hihihi..
Eh!… lupa pula nak terangkan bagaimana peraturannya……
Para peserta boleh mendaftar samaada sebagai Survivor ataupun sebagai Zombie. Setiap peserta survivor yang mendaftar akan diberi tali pinggang yang dilekatkan dengan 3 flag (bendera) berwarna merah. Tugas peserta survivor adalah menuju ke garisan penamat dengan flag masih terlekat di tali pinggang walaupun hanya tinggal 1 flag sahaja. Bunyi macam senang jer bukan?… tapi peserta harus menempuhi halangan dan juga melepaskan diri daripada zombie di sepanjang laluan 5km. Peserta yang mendaftar sebagai Zombie pula ditugaskan untuk menghalang dan mengambil flag tadi daripada peserta survivor di sepanjang laluan yang terpilih. Peserta tidak perlu risau tentang medal di akhir garisan penamat nanti, kesemua peserta yang berjaya atau tidak berjaya tetap akan mendapat medal tetapi yang membezakannya adalah tertulis Survivor atau Infected sahaja.
Wife sedang meredah tayar-tayar yang membukit…
Makmal kajian zombie ni..lariiiiiiii!!!!…..
Masa ni semua lintang pukang kena kejar dengan zombie… Nasib baik aku ngan wife terselamat daripada dikokak.
Lagi 2km sebenarnya…
Kena tempuhi Garden of Maze…
Tu diaaaa…. wife aku beriya-iya nak buat halangan ni. Aku hanya tengok dari tepi sambil rekod video.
Akhirnya berjaya juga kitaorg tamatkan larian dengan 1 flag seorang dan sememangnya kitaorg adalah SURVIVOR.
1 flag jer…
Yeahhhhh!!!!!…
Selepas selesai beratur untuk ambil medal, baju dan goodies bag, kitaorg terus berehat sambil berteduh di bawah pokok. Lepak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah untuk berehat kerana esoknya kitaorg ada Eksplorasi ke Gunung Telapak Buruk, B24 Liberator dan Gunung Berembun. Nanti aku akan ceritakan pengalaman kitaorg bersama The Clown Trekez dalam misi untuk menjejaki sebuah Kapal Terbang Pengebom B24 yang terhempas dikawasan tersebut. Tungguuuuu!!!..
Yeah!!!… kami adalah survivor… medal untuk peserta survivor..
Komen aku mengenai Run For Your Lives Malaysia 2014.
Bagi aku yuran penyertaan agak mahal berbandingkan larian 5km yang lain. Tidak dinafikan memang ada kelainan dari segi pelbagai halangan dan ancaman zombie tetapi aku rasa halangan tersebut tidaklah setimpal dengan bayaran yang telah dibayar oleh peserta. Kebanyakkan lokasi halangan tidak dipantau oleh marshall yang bertugas kerana ada disesetengah lokasi halangan seperti halangan di kolam air tetapi ketiadaan air, rasanya air kering atau tidak diisi semula. Sebelum larian bermula pun aku sudah cukup kecewa dengan agihan race kit yang menyebabkan ramai peserta yang terpaksa beratur di tengah panas selama 1 jam. Walaupun aku dah keluar dari rumah 1 setengah jam lebih awal tetapi masalah jalanraya yang sesak adalah diluar kawalan penganjur dan perkara ini sememangnya aku dapat fahami. Kalau korang semua lihat gambar-gambar halangan di laman web rasmi RFYL, gambar yang dipaparkan amat cukup berbeza dan kelihatan cukup mencabar daripada halangan yang dilalui oleh peserta sendiri walaupun aku tahu bahawa gambar tersebut daripada event Run For Your Lives sebelum ni. Andaian aku pada mulanya mestilah mencabar berdasarkan gambar-gambar tersebut tetapi indah khabar dari rupa.
Masih lagi berlaku kekasaran (body contact) di antara survivor dan zombie walaupun telah diberitahu oleh penganjur ianya adalah tidak dibenarkan. Kebanyakkan zombie tiada di lokasi disebabkan pembahagian zombie di antara lokasi sedikit kelam kabut. Kesian juga tengok zombie-zombie semua sebab kena kerja lebih masa….hihihihi… aku ada interview dengan salah seorang zombie semasa berjalan menuju ke garisan penamat. Zombie itu berkata “Sepatutnya 1 jam jer bang tapi kena cover lagi 2-3 jam!”…hihihihihi.. 😀 . Kalau ada Zombie di semua lokasi, belum tentu aku dan wife berjaya survive…ekekekekeke… terima kasih Zombie kerana menyenangkan larian kitaorg. 🙂
Walau apa pun, aku rasa satu event yang menarik untuk diadakan setiap tahun tetapi penganjur harus lebih peka dengan kemudahan dan juga cara untuk menyenangkan peserta untuk mengambil race-kit kerana aku tak sanggup lagi nak beratur di tengah panas terik selama 1 jam untuk mengambil race-kit serta ditambah lagi setengah jam beratur untuk menyimpan beg. Baju rasmi RFYL memang cukup memuaskan dan goodies yang lain sememangnya tidak mengecewakan. Medal pun aku rasa menarik dengan rekabentuk yang unik. 😀
