run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-runholic-toohotdemo-running-logs

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Acara larian Run With Us 2015 telah diadakan pada 16 Ogos 2015 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak AstiRunners di atas penganjuran larian ini serta juga di antara acara larian terbaik yang aku dan wife mendaftar setakat ini. Banyak juga aku baca komen-komen yang memuji dan amat berpuas hati dengan acara ini tetapi siapakah AstiRunners ni?…. 😀 AstiRunners ini merupakan komuniti pelari-pelari daripada gabungan bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ataupun lebih popular dengan nama singkatannya SEMESTI. Aku pun baru tahu sebenarnya!…hahahahaha.. 😀 Sekolah ni memang dekat jer dengan rumah mertua aku di Simpang 4, Hutan Melintang.

Larian Run With Us 2015 ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita sejauh 12km serta kategori Fun Run sejauh 5km. Kalau berdasarkan rekod larian yang aku dah sertai setakat ini, larian Run With Us 2015 merupakan larian pertama aku sejauh 12km. Setiap pelari semestinya mempunyai sasaran pencapaian masing-masing dari segi catatan masa ataupun rekod berapa jauh jarak larian. Bagi aku dan wife cukuplah sekadar kitaorg berjaya menamatkan setiap larian. Aku dan wife bermula daripada larian sejauh 3km, 5km, 7km, 10km dan 12km yang paling terbaru. Bagi aku, ini merupakan satu pencapaian bagi diri sendiri dan dari segi catatan masa tu, pejam mata jer la….hahahahahaha.. 😀

run-with-us-2015-run-event-putrajaya-eshamzhalim
run-with-us-2015-running-route-event-putrajaya-eshamzhalim
Peta larian untuk 12km

Perancangan asal sepatutnya hanya aku jer yang daftar untuk kategori 12km dan wife akan daftar kategori 5km tetapi penyertaan bagi kategori 5km telah ditutup sebelum wife aku sempat mendaftar. Hasilnya terpaksalah wife aku jadi Ghost Runner dan ikut berlari bersama Bella. Pagi tu sebelum flag off, wife aku dapat nombor bib bagi larian 12km disebabkan seorang adik Amar tak dapat sertai larian. Semangat jer wife masa tu dapat bib 12km!…semangat yer? tapi risau sebenarnya tu..hahahahahaa…terus aku kata kat wife “Takpe, kita lari slow pace jer…”. 🙂

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logs-16Nombor bib aku 😀

Larian Run With Us 2015 telah dilepaskan dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tepat pada pukul 6.45 pagi. Sepanjang larian memang aku akan ikut kelajuan wife aku walaupun aku terpaksa berlari setempat sementara nak tunggu dia…hihihihihi.. 😀 Dari mula larian, aku dah ingatkan wife supaya kena kekalkan slow pace dan nanti mungkin boleh naikkan kelajuan sikit selepas kilometer ke 5 sebab jarak masih jauh lagi. Water station yang pertama wife masih rilek lagi dan sebelum sampai di water station kedua, wife dah minta powergel tetapi masih boleh kekalkan larian lagi. Bila nak sampai water station yang ketiga, wife dah mula perlahan….hihihihihihi… akhirnya di kilometer ke 10, wife dah semakin perlahan sebab lutut dah mula sakit tetapi masih cuba untuk teruskan berlari. Setiap kali aku jumpa Medical Team untuk minta Perskindol Spray, mesti semuanya dah habis, terpaksalah wife kena layan lututnya yang sakit tu hinggalah ke garisan penamat.

Aku terpaksa berhenti di tepi sementara menunggu wife sampai di kilometer ke 11. Lama juga aku tunggu sampai terpaksa berlari semula lawan arus…hihihihihi.. 😀 Lebih kurang lagi 500 meter sebelum sampai ke garisan penamat, aku berlari sebelah wife sambil pegang bahu sebab nak bagi semangat sikit walaupun aku tahu lutut dia dah semakin sakit dan semakin penat. Garisan penamat dah depan mata jer tu dan akhirnya……….. –> sila rujuk video dibawah ni yer… hihihihihihi.. 😀


Yeayyyy….. 😀

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-runholic-toohotdemo-running-logsSumber gambar: ActionPix Malaysia

run-with-us-2015-running-route-event-putrajaya-eshamzhalim-finish-time-gun-time-nett-timeOfficial time

e-certificate-run-with-us-2015-bib-number-A1010-sijil-larian-eshamzhalimdotcomOfficial e-Certificate. Position 996/1268

Dah habis larian, mestilah kena ada aktiviti bergambar kan?!….hahahahaha..

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsTiger, Redbull dan Rabbit (Bella the Pinky)…. 😀

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsAksi ganas kononnya…hihihihi..

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsOk!.. Serius sikit..

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsTempat mula dan tamat bagi 12km.

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsBergambar dengan sponser minuman isotonik Run With Us 2015, Runner.

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsYeayyy!!!… dah dapat medal..

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsOn your mark!, Get set!, Pose!….hihihihihi.. 😀

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsFellowships of The Runholic Shoes.

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsGeng-geng Runholic kitaorg…

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsRamai tengah tunggu acara cabutan bertuah ni…hihihihi.. 😀

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsIni pun tengah tunggu cabutan bertuah jugak…hahahahaha.. 😀

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsKhemah-khemah sponser.

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-astirunners-runholic-toohotdemo-running-logsPentas Run With Us 2015

Tahniah kepada diri sendiri dan juga pada wife sebab berjaya habiskan larian sejauh 12km meskipun kitaorg bukanlah pelari tegar. Habis jer larian, terus bawa wife ke Khemah Medical Team untuk minta spray dan ais sebelum berkumpul dengan rakan-rakan yang lain. Lutut aku pun dah mula sakit sebenarnya tapi alhamdulillah masih boleh berlari lagi, mungkin masih belum biasa dengan larian jarak jauh. Lepak berborak dulu sambil menunggu acara cabutan bertuah tapi tiada seorang pun di antara kitaorg yang bertuah…hahahahahaha. 😀 Selepas puas bergambar, terus lepak makan di Medan Selera, Precint 9 sebelum masing-masing pulang ke rumah.

run-with-us-2015-running-medal-event-putrajaya-eshamzhalimMedal Run With Us 2015.

Komen aku mengenai acara larian Run With Us 2015:
Mungkin ini adalah pengalaman pertama kitaorg bagi larian 12km tetapi pada pendapat peribadi aku dan wife, acara larian Run With Us 2015 memang amat seronok serta dianjurkan dengan cukup teratur. 4 water station yang dikhaskan sepanjang larian 12km memang cukup membantu aku dan wife untuk kekal hidrasi supaya dapat teruskan larian ke garisan penamat. Jarak diantara water station pun amat bersesuaian dan ada span air serta buah pisang yang disediakan untuk para pelari (rasanya memang ada bagi larian jarak jauh tapi kitaorg baru kali pertama kan, memang teruja la sikit 😀 ). Medal dan baju pun memang cantik serta ada disediakan sarapan ringan, air isotonik, air mineral, ais-krim potong dan juga buah tembikai selepas penat menamatkan larian. Paling menarik lagi, pelbagai hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat walaupun nombor bib kitaorg kurang bertuah…hahahahahaha… 😀

AstiRunners memang telah berjaya menganjurkan satu acara larian yang cukup hebat. Pengalaman yang cukup seronok serta aku dan wife amat berpuas hati walaupun ini adalah kali pertama kitaorg sertai larian sejauh 12km. Amat berbaloi dan cukup bersesuaian dengan nilai bayaran penyertaan yang dikenakan.

Tahniah dan syabas kepada pihak AstiRunners. InshaaAllah, aku dan wife akan mendaftar lagi untuk tahun hadapan. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “Run With Us 2015

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.