Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Bagi entri kali ini, aku dan wife bersama Geng Zombie sempat meluangkan masa bersantai untuk menikmati ketenangan alam semulajadi dan juga kedinginan Air Terjun Sungai Chiling. Air Terjun Sungai Chiling ataupun lebih dikenali dengan nama Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya satu destinasi yang sesuai untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga pada cuti hujung minggu. Santuari Ikan ini dikawalselia oleh Jabatan Perikanan Negeri dan sungai tersebut telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah di dalam usaha untuk memelihara spesies tempatan ikan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing di sini. Dendanya memang agak lumayan sekiranya di dapati menyeludup ikan kelah keluar daripada santuari ikan ini…hihihihihi.. π
Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan yang sama menuju ke Bukit Fraser dan selepas simpang masuk ke Kampung Pertak ataupun ke Lata Medang. Bagi yang pernah baca entri Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu, pasti tahu bagaimana untuk ke Kampung Pertak sebelum mulakan pendakian ke Air Terjun Lata Medang dan untuk ke Sungai Chiling daripada simpang masuk Kampung Pertak, hanya perlu menyusuri jalan besar hinggalah jumpa sebuah jambatan besi. Selepas jambatan besi tu nanti akan jumpa sebuah pintu gerbang yang tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling di sebelah kanan dan kereta juga boleh diparkirkan di sepanjang tepi jalan tetapi pastikan ianya tidak menganggu lalulintasβ¦ π
Jambatan Besi sebelum sampai di pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling.
Geng Zombie…
Daripada pintu gerbang, hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 100 meter sehingga jumpa kawasan perkhemahan dan juga pejabat serta pondok renjer. Pengunjung diwajibkan untuk mendaftar nama berserta bayaran RM1 setiap seorang sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling. Dinasihatkan supaya kurangkan penggunaan beg plastik ataupun botol mineral kerana beg plastik dan botol mineral akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM3 setiap satu sekiranya ingin dibawa masuk. Jangan risau, deposit tadi akan dipulangkan sekiranya pengunjung membawa keluar kesemua beg plastik ataupun botol mineral dan ditunjukkan kepada renjer apabila balik nanti. Bagus juga peraturan ni sebenarnya sebab dapat menjaga kebersihan dan memberi kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar.
Pejabat dan pondok renjer…..
Setelah selesai semua urusan di pondok renjer, perjalanan dimulakan dengan menyeberangi lintasan sungai yang pertama melalui jambatan gantung dan seterusnya menyusuri trek yang disediakan hinggalah ke Air Terjun Sungai Chiling. Treknya yang landai dan santai akan mengambil masa sekitar 30-45 minit serta perlu mengharungi 5 lintasan sungai lagi sebelum sampai ke lokasi air terjun. Memang sesuai jika ingin bawa kanak-kanak kerana treknya cukup jelas dan amat senang untuk diikuti. Jangan lupa untuk membeli makanan ikan di pondok renjer dan dinasihatkan pakai sandal yang bertali ataupun kasut yang sesuai untuk aktiviti air… π
Peta ke air terjun… nampak tak anak panah merah tu?, situlah nanti akan meredah sungai.
Jambatan gantung sebelum menyusuri trek ke air terjun…
Ni diaaaa… rombongan geng zombie….
Santai jer treknya…. nak berlari pun boleh…
Salah satu sungai yang perlu dilintasi…
Lintas sungai lagi…..
Setelah mengharungi 5 lintasan sungai yang penuh dengan ikan kelah, akhirnya sampai jua ke lokasi yang dituju. Walaupun ramai pengunjung pada hari itu tapi tetap berjaya mencari tempat untuk berlabuh. Agak terpegun sekejap melihat air terjunnya serta membuatkan masing-masing tak sabar untuk berendam di dalam air. Kolam di situ memang penuh dengan ikan kelah yang sentiasa menanti makanan. Baling jer makanan ikan, mesti berebut-rebut ikan tu menyambar makanan. Rasa macam nak bawa balik ikan kelah ni seekor dua…hihihihihi… π
Selfie dulu berdua…
Woiiiii!!!…
Ikan sedang makan tengahari..hihihihi.. π
Tiada apa lagi yang boleh dilakukan di sini selain daripada berendam dan makan. Air terjunnya yang terlalu sejuk membuatkan semua anggota badan kecut kalau berendam lama di dalam air….habis semua kecut……hihihihi.. π . Aku banyak habiskan masa duduk di tepi kolam sambil menghirup air nescafe panas serta bermain-main dengan anak-anak ikan di situ…Apa?!!…. Anak-anak ikan?!!!…hahahaha!!!.. π
Hahahaha… aku ada bawa mask dan snorkel… nak snorkeling katanya.. π
Groufie…
Wekkkkkkk!!!!…
Pandang atas pulak!…
Banyaknya ikan….. wow!!!..
Gaya apakah ini?… hihihihihi.. π
Langsung tak nampak muka….hihihihi…
Ikan Kelah sedang berebut makanan…
Goreng pun sodapppp ni….
Masing- masing sedang berjemur sebab kesejukkan..
Lepak ditepi sambil berjemur.
Lebih kurang pukul 4 petang, kitaorg memulakan perjalanan turun ke bawah disebabkan awan dah semakin gelap dan menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Agak bahaya juga sebenarnya jika hujan, kemungkinan agak sukar untuk mengharungi sungai sekiranya paras air sungai naik ataupun arus sungai akan bertukar menjadi ganas serta risiko berlakunya kejadian kepala air.
Alhamdulillah, semua selamat sampai di bawah sebelum hujan turun, masing-masing terus menukar pakaian sebelum bergerak pulang ke rumah tetapi sebelum itu jangan lupa kutip semula duit deposit daripada abang renjer yerβ¦.hihihihihihi.. π
Selfie atas jambatan gantung dulu sebelum balik..
Sempat lepak dan bergambar dengan geng-geng LesVoyageurs dan UrbanEscapers sebelum balik.
Kawasan tapak perkhemahan….luas kan?..
Pastinya aku dan wife akan kembali lagi di sini untuk merehatkan diri daripada kesibukkan pejabat dan untuk kunjungan yang seterusnya mungkin akan berkhemah dan bermalam sambil melayan ketenangan malam di Santuari Ikan Sungai Chiling. Ok! Siapa mau join??…. angkat tanganβ¦hihihihi.. π
Waktu dibuka.
Jom aku kongsikan beberapa info sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Santuari Ikan Sungai Chilingβ¦β¦ π :
- Santuari Ikan Sungai Chiling ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja.
- Dilarang sama sekali untuk memasak ataupun BBQ di kawasan air terjun tetapi aktiviti memasak ataupun BBQ hanya dibenarkan di kawasan tapak perkhemahan sahaja. Ramai juga yang memasak secara diam-diam termasuk aku. π tapi apa yang penting adalah sentiasa menjaga kebersihan.
- Dilarang untuk mendaki ke lokasi air terjun selepas pukul 3 petang di atas sebab-sebab keselamatan. Kemungkinan di sebelah petang selalunya hujan dan amat berisiko untuk melintasi sungai nanti. Tidak digalakkan pergi ke air terjun sekiranya hujan lebat kerana arus sungai yang agak deras.
- Pakaian persalinan nanti tidak perlu dibawa hingga ke air terjun, boleh simpan di pondok renjer nanti. Bila turun bawah barulah mandi dan salin baju.
- Jangan lupa bawa drybag (beg kalis air) untuk simpan telefon dan juga peralatan elektronik supaya selamat apabila redah sungai nanti. Ingat yer, kena redah sungai sebanyak 5 kali.
- Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dan diwajibkan untuk merekodkan nama, waktu masuk dan keluar di pondok renjer yang disediakan.
- Bagi setiap beg plastik atau botol mineral yang hendak dibawa, akan dikenakan deposit tunai sebanyak RM3 setiap satu dan deposit akan dipulangkan sekiranya sampah-sampah tadi dibawa turun untuk ditunjukkan kepada renjer. Kalau tidak deposit hangus yerβ¦ π . Dinasihatkan supaya bawa bekas makanan dan minuman (Tupperware) untuk mengisi makanan, supaya dapat dikurangkan penggunaan beg plastik.
- Bayaran deposit RM10 setiap seorang akan dikenakan sekiranya ingin berkhemah di kawasan perkhemahan yang telah disediakan. Deposit tadi untuk memastikan pengunjung menjaga kebersihan tapak perkhemahan. Boleh hubungi En. Yusri di talian 013-3089463 jika ingin membuat tempahan tapak perkhemahan.
- Dilarang menangkap dan membawa keluar ikan-ikan kelah disebabkan ikan kelah disini adalah spesies dilindungi.
- Di kawasan perkhemahan ada disediakan kemudahan seperti tandas, tempat mandi, surau dan juga beberapa pondok wakaf untuk berehat.
- Kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan perkhemahan dan perlu di parkir di tepi jalan besar. Pastikan tiada barang-barang berharga di dalam kereta dan elakkan daripada letak kereta dikawasan yang sunyi atau tersorok.

Salam bro, lama aku tak singgah sini…jauh pjalanan luas pandangan..jeles aku tgk korang n de geng, apa pon aku suka cara menikmati keindahan alam ciptaan maha Kuasa ini.
Salam bro… nanti kalau ada rezeki kita menikmati keindahan alam sama2 bro….hihihihihi… π
terbaik….saya suka ke sini
Terima kasih bro… π
bestnye….dh lama tak g camping cmni
Memang seronok camping kat sini nanti… π
dah lama rasanya tak pi kubu baru ni.
Sekali sekala kena melawat kawasan gak bro…hahahahahaha.. π
Haaaa byk my pic… i suke i sukeeeee..!
Dah ko asik duk depan kamera jer…ahahahahahaha… π
yg dry beg tu wajib bawa klau p.. klau dah redag sungai 5 kali jawapnya leh rosak hp tu..
tgok ikan2 jinak2 ni tringat belum π
btw bro.. cari juga entry trips kat thailands pasai bunga matahari tu..
ada tulis x? cari ada pasai hatyai je π
Drybag semestinya kena ada bro… ekekekeke… lamanya tak gi royal belum… entri thailand tu belum sempat tulis lagi bro.. kemungkinan dalam masa terdekat ni.. bulan puasa nanti ada banyak masa sket untuk menulis blog…tungguuuuuuu….ekekekekeke… π
bagus jugak idea deposit mineral bottle tu
Yup..memang bagus untuk menjaga kebersihan alam sekitar… π
Bro, kalo public holiday Mcm rabu ni maal hijrah buka x bro?
Tak pasti bro… cuba call En. Yusri di talian 013-3089463 untuk tanya… π
Tapak perkhemahan tu dkt kwsn mna ye…di tepi sungai jgak ke @ sekadar tanah lapang..sy mencari lokasi camping dkt sungai utk bermalam ..blh bg info dr org yg prnh kesana?
Tapak perkhemahan di kawasan lapang di depan pejabat ranjer… tapak khemah memang tepi sungai… Hanya dibenarkan camping di bawah jer dan tidak dibenarkan camping di kawasan air terjun. π
musim tengkujuh ni, boleh camping ke?
Camping boleh jer tapi tak boleh trekking sampai ke air terjun laaa… camping kat bawah jer… π