Assalamualaikum dan salam mesra,
Pernah tak korang tertanya-tanya atau terpikir, macam mana Penyelam Scuba (Scuba Diver) ni nak berkomunikasi semasa di dalam air ek?. Kalau nak bercakap, mulut dah kena sumbat dengan regulator pastu kalau dapat cakap pun mesti akan keluar buih jer…ekekekeke. Pernah tak korang cuba menjerit atau bercakap di dalam air?… memang ler boleh dengar bunyinya sebab secara asasnya air juga merupakan pengalir bunyi tapi ia akan menjadi kurang jelas.
Ok!..Ok!.. Jangan peningkan kepala yer!. Sebenarnya penyelam scuba akan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi di antara penyelam-penyelam yang lain. Takde gilernya dorang nak berborak sambilΒ regulator tersumbat di mulut yer, nanti asyik telan air jer…ahahahahaha. Isyarat tangan ni ada banyak dan bermacam-macam stail tetapi setiap penyelam wajib tahu isyarat tangan yang asas.
Untuk entri Scuba Diving kali ni aku hanya akan terangkan isyarat tangan asas (basic hand signal) yang digunakan oleh penyelam scuba. Korang akan belajar isyarat tangan ni dalam kursus Open Water Diver nanti so ini hanyalah sekadar perkongsian bersama…hihihhihi.. π
Jom tengok apakah isyarat-isyaratnya……..
1. Korang perlu berhenti atau tunggu di situ.
2. Isyarat tangan ni menunjukkan korang ada masalah. Sekiranya ada masalah di telinga, lakukan isyarat ni dan tunjuk jari korang kat telinga serta begitu ler kalau korang ada masalah di tempat lain.
3. Isyarat tangan untuk OK (tiada masalah) atau tanya penyelam lain sama ada dorang OK atau pun tidak.
4. Sama seperti No.3, cuma ini jika korang pakai sarung tangan (Scuba gloves)
5. Isyarat kecemasan atau mintak tolong.
6. Selepas turun dari bot, korang perlu buat isyarat ni untuk pastikan boatman atau penyelam lain tau yang korang OK!.
7. Sama seperti No.6, cuma ini korang gunakan sebelah tangan jer untuk buat isyarat OK.
8. Isyarat ada bahaya pastu tunjukkan kat penyelam lain kat mana bahayanya tu….
9. Isyarat ni biasanya korang akan buat dan tunjukkan apabila untuk naik ke permukaan air dan tamatkan aktiviti menyelam.
10. Isyarat ni untuk mula menyelam.
11. Kekurangan oksigen dan korang perlu mula naik ke permukaan.
12. Kehabisan oksigen dan paham-paham jer lah…. π . (Tahap kritikal ni so sentiasa periksa meter oksigen korang tau)
13. Mintak regulator spare daripada dive buddy untuk berkongsi oksigen apabila oksigen korang dah habis.
14. Mai sini…hihihihihi.. π
15. Aku atau tengok aku ni haaa.
16. Bagi isyarat kat dive buddy untuk menyelam di bawah, di atas atau mengelilingi objek sama ada coral, shipwreck atau terumbu karang yang besar.
17. Berhenti dan menyelam di kedalaman ni sahaja.
18. Jom ke sana… π
19. Nak ikut mana ni? kiri atau kanan?…
20. Tekanan dalam telinga tidak boleh distabilkan (Ear Equalize Problem). Biasanya korang akan tunjukkan isyarat No.2 di atas dan selepas tu baru tunjuk ke arah telinga.
21. Aku dah sejuk ni dan perlu tamatkan selaman pastu mula naik ke permukaan.
22. Rilek atau perlahan-lahan (slow)
23. Jom pegang tangan…ekekeke..
24. Cari dive buddy korang dan jangan berpisah, kira cam berenang saing-saing laaaa….
25. Ko depan pastu aku ikut dari belakang…
Selesailah sudah aku kongsikan 25 isyarat tangan asas yang digunakan oleh penyelam untuk berkomunikasi antara satu sama lain semasa di dalam air. Kadang-kadang masa aku gi White Water Rafting pon ada guna jugak isyarat ni, mungkin isyarat-isyarat ni senang difahami dan senang diingati kot.
Apakah next entri aku berkaitan dengan scuba diving?…… kalau nak tahu korang kena tunggulah yer…. π

perh memng terbaik entry ni..
banyak benda baru pasai scuba aku dah blajar
kat blog ni.. lpas ni blehlah aku sembang kencang..
aku tau pasai skuba dgn org lain he..he
Entri ni sebenarnya aku tulis supaya aku tak lupa apa yang aku belajar dulu dan sekadar untuk berkongsi dengan kekawan yang lain…. mana tau nanti kalau ada kekawan yg nak amik lesen… π
bertambah ilmu lagi. Isyarat bila ber scuba diving
ekekekeke…. sharing is caring bro…. sekadar perkongsian bersama kekawan… π
Banyak betul rujukan kat sini. Rasa tak saba nak ambik lesen bulan 9 nanti.
Wah!! Cikgu nak amik lesen bulan 9 nanti ek… bagus2… dulu masa aku nak amik lesen, mmg susah nak cari info so ini salah satu cara nak tolong kpd yg berminat untuk amik lesen menyelam… π
mcm menarik sangat aktiviti scuba diving ni
Mmg menarik…ekekekeke… dapat teroka dasar laut lak… π
ada sesetengah isyarat ini aku pernah tengok dalam movie hollywood tapi ada beberapa yang aku tak paham…walaupun aku bukan diver tapi syok gak bila tau benda2 macam nie..at least kalau nampak orang buat takde laa aku rasa pelik sangat..hehehe
Regards,
-Strider-
haaaa… ok lah tuu pasni leh berlakon dalam filem hollywood sbb dah faham isyarat2 ni… hihihihihihi….. π
Klu nak menyelam mmg kena faham & tau betul2 ni.. klu tak, lain yg di suruh, lain pulak yg dibuatnya huhu.. π
ahahahahaha… betul tu bro khir… lain di signal lain pulak dibuatnya…:D
okay pasni leh jd buddy sy lah, p dive sama2.hehe
hahahahaha… boleh2.. tp hang kena banyak ajar aku laa..aku ni newbie lagik… π
terbaekkkkk??
Terima kasih bro… π