bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Aku dan wife baru jer selesai kursus Open Water Diver (OWD) pada bulan 3 yang lepas, sekarang ni pon masih terbayang-bayang ikan baracuda berenang-renang kat atas kepala….hihihihihihi. Bagi aku, pengalaman menyelam adalah satu pengalaman yang berharga dan aku tak pernah terpikir atau terlintas pun dalam kepala otak ni untuk mempunyai lesen menyelam. Cuba tengok gambar kitaorg kat atas tu, korang tak rasa teruja ker?…hihihihihi.. tapi kitaorg masih mentah dalam bidang ni dan banyak lagi yang perlu belajar pastu kena selalu gi menyelam untuk tingkatkan lagi kemahiran. Kalau korang nak baca perjalanan dan pengalaman kitaorg masa kursus Open Water Diver (OWD) dulu, leh baca kat entri kat bawah ni haaaa…..

i) Discover Scuba Diving
ii) Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver
iii) Secara Rasmi Kami Adalah PADI Certified Open Water Diver

Tujuan aku menulis entri ni sebenarnya untuk berkongsi pengalaman yang kitaorg lalui bagaimana untuk mendapatkan lesen open water diver (lesen diving). Sebenarnya ramai jugak kawan-kawan yang bertanya pada kitaorg macam mana untuk ambil lesen menyelam?.. apa yang perlu dibuat?.. kat mana nak ambil lesen menyelam ni?.. ada syarat ker sebelum ambil lesen menyelam ni?.. so aku harap entri ni dapat ler membantu korang semua paham dan tahu tentang prosesnya.

Apa Itu Scuba Diving (Selaman Scuba)?

SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Kelengkapan Peralatan Pernafasan Di Dalam Air). Secara ringkasnya, scuba diving (selaman scuba) adalah aktiviti menyelam di dalam air dengan menggunakan peralatan penafasan yang membekalkan bekalan oksigen bagi membenarkan penyelam kekal di dalam air untuk tempoh masa yang lama.

Syarat Untuk Menjadi Diver

Sebenarnya korang boleh mengambil lesen menyelam ni seawal umur 10 tahun tapi tu dikategorikan sebagai Junior Open Water. Korang juga perlu mempunyai kesihatan fizikal yang sihat, tapi tidak bermakna perlu sihat macam atlet sukan atau Navy Seal yer. Korang boleh rujuk di PADI Medical Statement untuk maklumat yang lebih lanjut. Aku nasihatkan korang bawak PADI Medical Statement ni semasa gi wat Medical Checkup nanti. Aku nasihatkan korang gi ler wat Medical Checkup dulu walaupun korang rasa korang memang sihat walafiat.

Dimana Nak Daftar Untuk Dapatkan Lesen Menyelam?

Ada banyak sebenarnya pihak atau pertubuhan antarabangsa yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen menyelam ni, aku senaraikan antara yang popular kat bawah ni haaaa…. korang boleh ler klik kat link di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

1) Professional Association of Diving Instructors ( PADI )
2)
National Association of Underwater Instructors ( NAUI )
3) Scuba Schools International ( SSI )
4) Scuba Diving International ( SDI )
5) Professional Scuba Association International ( PSAI )
6) National Academy of Scuba Educators ( NASE )

padi-logo-naui-logo-ssi-logo-shamphotography sdi-logo-psai-logo-nase-logo-shamphotographySumber gambar : Website rasmi masing-masing

Kalau aku nak senaraikan semua memang banyak yer tapi yang paling popular kat Malaysia ni adalah PADI, NAUI, SSI dan SDI. Sebagai permulaan, korang perlu mendaftar kursus Open Water Diver (OWD) ni di Dive Centre di sekitar bandar ataupun di pulau. Jika korang daftar di bandarΒ  biasanya korang akan belajar teori dan juga belajar asas menyelam di kolam renang terlebih dahulu pastu bila dah bersedia, barulah korang dibawa menyelam di pulau. Bagi yang daftar terus di Dive Centre di pulau, korang akan belajar teori dan belajar menyelam terus di laut. Biasanya kalau ambil kursus di pulau, korang perlukan sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam untuk completekan kursus OWD.

Entri ini aku akan banyak bercerita tentang PADI disebabkan kitaorg dapatkan lesen open water diver dengan PADI Dive Centre. Aku dan wife daftar kursus OWD ni di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam, ada PADI Dive Centre kat situ. Aku takde nak bercerita pasal kitaorg sangat sebab korang boleh baca di entri yang aku letakkan kat atas tu….hihihihi.. πŸ˜€

Kursus OWD ni merupakan kursus permulaan (Entry Level) bagi korang yang nak menceburi bidang menyelam ni dan selepas korang berjaya mendapat lesen OWD barulah korang boleh meneruskan untuk ke kursus yang lebih advanced (kalau nak ler)….hihihihi.. πŸ˜€ Carta kat bawah ni adalah laluan kerjaya atau sistem pembelajaran PADI sekiranya korang nak jadikan menyelam sebagai kerjaya korang. Mesti gaji lumayan kan pastu buat perkara yang korang suka.

PADI-Con-Ed-Flow-Chart-shamphotographyCarta Sistem Pembelajaran PADI
Sumber gambar : website PADI

Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Mengikuti Kursus Open Water Diver (OWD)

Aku dan wife sering diajukan soalan-soalan begini oleh kawan-kawan yang berminat dan berniat untuk mengikuti kursus OWD. Oleh itu untuk menyenangkan korang untuk faham, aku bahagikan kepada 3 bahagian utama di dalam kursus OWD. Kalau tak paham jugak! Cuba ler buat paham sudah…ahahahahaha… πŸ˜€ .

1) Pra-Syarat Kurus OWD
2) Pembelajaran Teori Menyelam ( Knowledge Review )
3) Pembelajaran Praktikal Menyelam ( Confined Water dan Open Water )

Pra-Syarat Kursus OWD

Ada 2 pra-syarat untuk korang kena completekan semasa mengikuti kursus OWD ni. Pra-syarat ni merupakan perkara yang korang kena lalui terlebih dahulu sebelum mula belajar kursus OWD tetapi bergantung juga kepada Instructor. Aku dan wife dulu sebelum belajar teori, Instructor dah suruh completekan pra-syarat ni. Jom aku terangkan apakah pra-syaratnya:

1. 200 meter berenang bebas tanpa peralatan ATAUΒ 300 meter berenang menggunakan peralatan mask, snorkel dan fins sahaja (tanpa life jacket)

Gaya apa pun yang korang nak berenang tu terpulanglah, gaya kuak lentang ker?, gaya kupu-kupu ker?, gaya dugong ker?, gaya ikan lumba-lumba ker? tapi korang mesti bergerak ok!. Jangan terjun dalam air pastu terus kejang kat situ dan langsung tak bergerak….ahahahahaha. Tiada had masa ditetapkan sama ada korang pilih 200 atau 300 meter tapi jangan ler dari pagi sampai ke petang, kang kena maki dengan Instructor lak kang!…ahahahahaha…. biasanya korang akan lakukan ujian berenang ni di kolam renang atau di tepi pantai (kalau di pulau). Aku dan wife dulu buat 200 meter jer kat kolam renang dan kena berenang ulang-alik sebanyak 4 kali sebab jarak kolam renang tu sehala adalah 50 meter. Sampai krem perut aku ok!!…. sib baik kaki tak krem.

2. Boleh mengapungkan badan (Floating) selama 10 minit

Gaya macam mana pun korang nak terapung pun terpulang yer, syaratnya kaki tak cecah dasar dan tangan tak berpaut dengan apa-apa benda yang terapung. Korang jangan ingat pulak orang yang kurus tu senang nak terapung dan orang yang gemuk tu akan tenggelam tau!. Kadang-kadang orang kurus ni badannya padat dan kurang rongga udara, menyebabkan senang tenggelam tapi orang yang gemuk ni senang nak terapung disebabkan dalam badannya banyak ruang angin. Ni fakta yer bukan auta!!!…hihihihihi…

swimming-shamphotographyMalu weiii…baby ni pun boleh berenang…. sumber gambar : Google

Aku tahu ramai yang nak mencuba scuba diving ni tapi takut sebab tidak tahu berenang kan!.. betul tak?.. Jangan risau, aku dan wife pun begitu jugak, secara asasnya kitaorg boleh berenang walaupun tidak sehebat mana. Hakikatnya, korang tak perlu mempunyai kebolehan berenang setaraf dengan perenang olimpik, cuma korang perlu tahu asas untuk berenang dan boleh bergerak di permukaan air. Seperti yang Instructor aku selalu cakap, dia cuma nak tengok kitaorg nyer water confident dan pastikan kitaorg tidak takutΒ  serta selesa di dalam air… yer la kan! kalau korang takut dengan air macam mana nak menyelam… betul tak?.. Kalau susah sangat korang boleh guna mask, snorkel dan fins… korang buat jer macam gi snorkling… takkan tak pernah gi snorkling kot?….hihihihihihihi… cuma snorkling ni tak boleh guna life jacket jer…..hihihihihi.. πŸ˜€ Begitu ler jugak bagi pra-syarat yang ke 2, korang mesti boleh apungkan badan nyer cuma kena rilek jer… hihihihihi.. πŸ˜€ Wife aku lagi hebat apungkan badan daripada aku tau!.. boleh floating lebih dari 10 minit.

Ramai jugak yang tidak reti berenang tapi dah ada lesen OWD, ini sebenarnya terpulang pada Instructor yang luluskan korang la kot?… tapi pada pendapat aku la kan, berenang adalah 1 kemahiran yang wajib ada pada setiap orang dan tak rugi kalau gi belajar berenang. Walaupun aku selalu gi berenang tapi bila sampai di tempat yang dalam, kadang-kadang aku fobia jugak tapi aku cuba untuk hilangkan fobia tu dengan berlatih berenang. Aku pun tengah kumpul duit nak masuk kelas berenang dan kelas menyelamat di dalam air.

Pembelajaran Teori Menyelam (Knowledge Review)

Bagi pembelajaran teori menyelam ni, korang akan diberi buku manual bagi kursus Open Water Diver (OWD) dan akan menjadi hakmilik korang so tak perlu pulangkan semula kat Instructor tau….hakmilik kekal ok!…hihihihi.. πŸ˜€ Ada 5 bab (chapter) di dalam buku manual OWD ni pastu di setiap bab akan ada soalan bagi knowledge review untuk menguji sama ada korang betul-betul paham atau buat-buat paham. Soalan knowledge review ni wajib dijawab selepas korang habis baca bagi setiap bab pastu jawapan tersebut akan disemak oleh Instructor dan akan dibincangkan bersama korang. Biasanya Instructor PADI akan mengajar dengan konsep perbincangan terbuka yer dan korang boleh tanya soalan bila-bila masa jer…rasa-rasa tak paham tu…tanya jer!.. tak payah nakΒ  formal sangat, bukannya sekolah pun.

open-water-manual-book-owd-shamphotographyBuku manual OWD dan RDP (Recreational Dive Planner)

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-water-manualNi ler isi kandungan buku manual tuuu…. banyak ooo kena baca…

Instructor juga akan menyuruh korang menonton video kursus Open Water Diver (OWD), sebenarnya video OWD ni adalah sama seperti yang terkandung dalam buku manual korang cuma mungkin dengan cara menonton video ni dapat membuatkan pembelajaran lebih menarik dan korang senang nak faham kot…. aku dulu asyik ngantuk jer…ahahahaha… pastu buku manual pun aku tak habis baca.. πŸ˜€ . Buku manual ni sebenarnya untuk korang buat rujukan jer kot?… DVD OWD ni adalah hakmilik Instructor tau dan bukan hakmilik korang. DVD tu ada 5 bahagian dan 1 bahagian mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk korang menonton.

open-water-video-owd-shamphotography

Selepas korang dah completekan semua bahagian teori ni, korang perlu menduduki Exam Teori OWD dan wajib lulus ok!. Exam Teori OWD ni ada 50 soalan objektif (MQA) dan semua soalannya adalah sama seperti di dalam soalan kuiz buku manual OWD korang, senang jer soalannya. Korang perlu menjawab 38 soalan dengan betul untuk lulus tapi “kalau gagal macam mana pulak?”….. jangan risau ok!, kalau gagal korang boleh ulang semula exam tu tapi dengan set soalan yang lain sampai korang lulus….hihihihihihi… flexibel kan!.. πŸ˜€

Apabila korang dah completekan Pra-Syarat dan Lulus Pembelajaran Teori OWD maknanya korang sudah melangkah 1 kaki ke dalam air so hanya nak melangkah sebelah kaki lagi jer.

Pembelajaran Praktikal Menyelam (Confined Water & Open Water)

Setelah korang dah selesai dengan teori maknanya sekarang korang akan belajar menyelam secara praktikal pulak yer. Biasanya cara atau kaedah pembelajaran praktikal menyelam bergantung kepada Instructor… sebab apa aku cakap begitu?…kadang-kadang Instructor akan tengok kemampuan korang untuk belajar dan Instructor tak akan paksa korang untuk mengikut turutan seperti dalam buku. Skill mana yang senang tu dia akan ajarkan dulu dan skill yang susah tu mungkin dia akan ajar kemudian tapi syaratnya kena completekan semua skill… apa-apa pun semuanya bergantung kepada Instructor masing-masing. Praktikal menyelam ni dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Confined Water dan Open Water.

Confined Water

Biasanya kelas Confined Water ni diajar di kolam renang, atau sekiranya korang daftar di pulau , maka kelas Confined Water ni akan dilakukan di tepi pantai. Biasanya Instructor akan pilihΒ  kawasan air yang tidak dalam yer (lebih kurang paras dada jer)maknanya korang boleh berdiri jika panik!.. kebiasaanya kelas ni ada 5 sesi, mungkin disebabkan buku manual ada 5 bab.

Kalau korang semua peka dan focus dengan pembelajaran teori mesti korang perasan di akhir setiap bahagian (bab 1-5) dalam DVD OWD tu akan ditunjukkan apa yang korang perlu buat semasa di kelas Confined Water nanti.

Semasa kelas ni, Instructor anda akan mendemonstrasikan skill yang perlu korang buat. Korang kena fokus dan cuba ingat skill-skill tersebut dan lepas tu korang pulak yang akan mendemonstrasikan skill tersebut di hadapan Instructor. Sila suruh Instructor ulang beberapa banyak kali yer kalau korang tak faham sebab skill-skill inilah yang memastikan keselamatan korang semasa menyelam nanti. Jangan risau kalau Instructor marah atau bising sebab dia di bayar untuk ajar korang….ahahahahaha.. πŸ˜€

Oh! terlupa pulak… masa kelas Confined Water ni jugak, korang akan belajar cara-cara untuk memasang dan membuka peralatan scuba atau dalam bahasa omputihnya “How to assemble and disassemble scuba diving equipment” serta cara penjagaan dan penyimpanan peralatan. Bila korang nak gi dive nanti, korang kena pasang dan check sendiri peralatan scuba sebelum korang nak dive. Dive Centre tak akan pasangkan untuk korang yer. Keselamatan adalah tanggungjawab diri sendiri!!…. aku ingat lagi pesan Instructor aku Take care of your equipment and it will take care of you!”. Peralatan ini yang akan menjaminkan keselamatan korang apabila menyelam nanti ok!.

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-confined-waterIni masa kitaorg gi Discover Scuba Diving tapi still belajar skill yang sama..

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-confined-waterWife aku sedang melakukan skill Clear Mask di depan Instructor..

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-confined-waterAku dan wife sedang melakukan skill Bouyancy.. Skill yang paling susah untuk di master kan …ekekekeke…

Open Water

Akhirnya, korang dah sampai di bahagian yang terakhir dalam kursus Open Water Diver (OWD). Open Water ni bermakna korang perlu melakukan selaman di laut ataupun di tasik tetapi bukan di kolam renang yer….hihihihihihi.. πŸ˜€ . Ini merupakan bahagian yang paling mencabar dalam kursus OWD dan aku rasa pasti jantung korang berdegup kencang masa ni.

Di bahagian Open Water ini lah korang perlu mendemonstrasikan semula semua skill yang telah korang belajar semasa di kelas Confined Water. Bezanya di bahagian ini, Instructor TIDAK AKAN MENDEMONSTRASIKAN apa-apa skill so ini sebenarnya adalah Exam Praktikal buat korang. Syarat yang ditetapkan untuk Open Water ni ialah korang perlu melakukan selaman sebanyak 4 kali. Selaman 1 dan 2 di kedalaman tidak melebihi 12 meter dan selaman 3Β  dan 4 tidak melebihi 18 meter. Kebiasaannya korang akan lakukan Shore Dive (menyelam dari tepi pantai), dan Boat Dive (menyelam dari atas bot).

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-waterAku, wife dan geng-geng kena berjalan dengan memakai peralatan yang lengkap untuk melakukan Shore Dive..

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-waterIni masa boat dive, nampak tak wife aku kat tepi bot tuuu… masa ni kitaorg dive hingga kedalaman 16 meter..

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-waterKena bukak peralatan untuk disimpan..

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-waterSebab apa kitaorg tersenyum…hihihihihi… sebab masa ni kitaorg dah completekan 4 dive open water dan secara rasminya kitaorg dah lulus segala Exam. Yeahhhhh!!!!!… πŸ™‚

Selepas korang dah berjaya melakukan selaman Open Water yang ke 4, maknanya korang sekarang layak dipanggil “Diver” cuma Instructor belum sain lesen sementara korang jer…hihihihi. πŸ˜€ . Instructor akan bagi korang lesen sementara yer semasa menunggu lesen OWD yang original akan dihantar kepada korang daripada Australia (PADI ASIA PACIFIC). Mungkin ambil masa 2-3 bulan kot sebab kitaorg pun masih tak terima lesen original OWD kitaorg lagi. Lesen sementara ni pun sah laku selama 90 hari (3 bulan) dan semasa tempoh ni korang boleh gi dive kat mana-mana, cuma tunjukan lesen sementara tu jer.

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-waterLesen sementara kitaorg… sila abaikan nama aku yang kehilangan huruf “H” tu yer….ekekekekeke… Instructor aku dah mengantuk masa tulis kad ni…ahahahahahaha… πŸ˜€

Akhir sekali seperti biasalah, mesti ada upacara graduasi kan (upacara bergambar dan serahkan sijil)…ekekekekeke…maklum ler dah tamat kursus dan lepas selesai ni korang mesti bangga dengan diri korang kan sebab macam tak percaya jer dah ada lesen menyelam…..ahahahahahaha.. πŸ˜€

Kalau Tak Berjaya Completekan Open Water Dive Macam Mana Pulak?

Ada jugak kes-kes penyelam tak dapat nak completekan 4 open water dive yang telah disyaratkan oleh PADI kerana masalah kesihatan, masalah tekanan telinga atau tak cukup masa untuk tamatkan kursus. Kebiasaannya kalau korang hanya dapat completekan 2 open water dive, korang boleh apply untuk PADI Scuba Diver atau korang boleh tangguh dan completekan lagi 2 open water dive di masa yang lain. Korang perlu tanya dan confirmkan dengan Instructor masing-masing. Beza PADI Scuba Diver dengan Open Water Diver ni ialah PADI Scuba Diver hanya boleh menyelam dibawah seliaan Dive Master atau Instructor dengan kedalaman maksimum 12 meter sahaja manakala Open Water Diver boleh menyelam tanpa seliaan Instructor dengan kedalaman maksimum 18 meter.

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography-open-water-manual

Aku paksa diri sendiri untuk ambil lesen menyelam ni, oleh kerana aku ni jenis fobia dengan air laut dan tempat air yang dalam…hihihihihi… πŸ˜€ Mungkin dulu biasa tengok filem Jaws dan Shark Attack…ahahahaha. Aku rasa dengan cara ni, aku dapat atasi fobia aku. Korang pulak macam mana?……

Next entri mengenai segmen Scuba Diving ni aku akan cuba untuk menulis tentang :-

1. Peralatan Scuba Diving (Scuba Equipment) dan penjagaan asas peralatan
2. Skill-skill yang dipelajari semasa Confined Water (Ear Equalise, Clear Mask, Oral Inflate dan lain-lain lagi)
3. Apa itu Recreational Dive Planner (RDP)
4. Isyarat Tangan Yang Digunakan Oleh Diver

Nota : Entri ni aku menulis berdasarkan pengalaman dan research aku mengenai Scuba Diving dan Open Water Diver Course. Jika anda apa-apa kesilapan atau maklumat yang kurang tepat, harap otai-otai boleh maklumkan pada aku dengan mengisi ruangan komen dibawah. Terima kasih yer dan harap entri ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang berminat untuk mengambil lesen menyelam.

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

76 thoughts on “Scuba Diving: Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver

    1. ahahahaha… TQ bro… ada sebab aku wat entri secara detail tau… masa kitaorg nak gi amik lesen menyelam dulu…susah giler nak cari info pasal proses amik lesen ni…yg ada pun byk website omputih.. tu pasal ler aku buat entri ni… πŸ˜€ .. Nak bg korang semua tau proses dan syaratnya..

    1. Salam ifa, berapa lama course ni terpulang kepada individu tu sendiri… klu cepat mahir maybe cepat dalam masa 3 hari dah leh completekan course… ada yg sambung semula course selepas setahun… biasanya yuran course akan termasuk sekali kelengkapan scuba… diving suit pon biasanya instructor ada sediakan… kalau nak beli untuk diri sendiri pun boleh…. πŸ˜€

  1. Salam..nak tnye..boleh tahu x dekat mane isteri encik beli hood tu? Sy punye hood xbrape sesuai sbb bila pakai mask, dia ada gelembung udara boleh sebabkan mask msuk air.

    1. Anggaran kos RM800 – RM1500 bergantung kepada dive centre. Berapa lama masa tu terpulang kepada individu.. paling cepat 3 hari jer kat pulau. Terus belajar teori, exam, confined water dan 4 open water dive tapi seriusly mmg betul2 penat. πŸ˜€

      1. As salam.sy ada 2 soalan. sy bkerja oil n gas kt laut.xde lesen dive lg.medical offshore boleh pkai x utk amik lesen OWD nie

        2.kos bljar amik lsen tu skli dengan tmpt tinggal,mkn atau mcmna..

        mohon pencerahan ???

        1. Tak faham sgt dgn soalan no 1 tu? tapi sesiapa jer yg sihat tubuh badan boleh amik lesen OWD ni. Kos belajar tu depend pada dive centre tp range untuk lesen OWD dari 700-1200 mengikut pakej2…siap dgn tempat tinggal ker atau sebagainya. πŸ˜€

  2. salam bro…saya amat minat sangat….tanya sikit……sya bekeja di panasonic behadapan dgn komplek sukan negara(panasonic) shah alam…..dive center di sekitar shah alam ade tak….atau boleh bagi no yg boleh dihubungi…..

    1. Wasalam… saya bukan instructor scuba..boleh cari mana2 dive centre yang berdekatan dgn kawasan anda untuk daftar kursus OWD ataupun boleh terus amik lesen di pulau pun boleh jugak….hihihihihi…selamat belajar… πŸ˜€

  3. Nama sya Razwan. Asal sabah. Now dduk selangor da. 10 tahun yg lepas sya da berhijra ke selangor. Sblum nya sya da mmg biasa dgn xtviti menyelam tpi tanpa peralatan bantuan spti N2&O2 dll. Sbb sya pun mmg di besarkan di perpulauan semporna. Nak tanya. Sya ni tak ada sijil spm. Sbb bljar tak hbis la. Huhu.
    Soalan sya, boleh tak sya mgambil kursus dan licence menyelam ni?

    Kalau boleh, bagai mna cra nya dan di mna tmpat nya. Tq. Sethryuki@gmail.com

    1. Salam Razwan…. untuk mengambil kursus dan lesen menyelam ini tidak memerlukan anda lulus spm. Boleh jer daftar di mana-mana dive centre yg berdekatan dgn anda..kebiasaannya dive centre ini ada di pusat2 renang atau pun di pulau…cuma sediakan duit untuk bayar instructor dan juga sihat tubuh badan. Menyelam ini pun boleh dijadikan kerjaya..mungkin anda boleh mengambil kursus sehingga menjadi intrustor scuba… harap jawapan saya ini membantu… πŸ˜€

  4. as salam.terima kasih perkongsian.
    amat berminat dgn menyelam.
    skrg masih didalam training swimming.insyaAllah dahada confident dlm air.n duit mencukupi.sy akan ambil lesen ni.mmg minat dr kecik.

    1. Boleh jer tapi kena cari instructor yg leh kawtim laaa…. ada instructor yg suh buat jugak pastu ada yg leh kawtim kalau xleh berenang pun… tp sebenarnya instructor bukan nyer suruh berenang beriya-iya pun, dia just nak tgk samaada kite ni selesa ker tak bila berada di dalam air… kalau tgh dive pastu panik..mmg bahaya jugak oooooo…….. πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.