peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-shamphotography

 

Assalamualaikum dan salam mesra,

Di entri yang lepas, aku ada bagi info Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver. Aku harap hasil daripada entri aku tu dapat membantu korang tahu tentang proses mendapatkan lesen menyelam ni. Entri kali ni aku akan menulis mengenai peralatan menyelam atau dalam bahasa omputihnya ” Scuba Diving Equipment “.

Kat bawah ni aku senaraikan peralatan asas untuk membolehkan korang menyelam yer… tanpa salah satu peralatan ni mesti korang tak boleh menyelam ok!….. so calon-calonnya adalah:

1. Mask dan Snorkel

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-mask-snorkel-shamphotography

Kalau korang dah biasa gi skodeng ikan (Snorkeling), mesti korang akan guna mask dan snorkel kan?. Peralatan ni juga digunakan oleh penyelam. Sebenarnya mata manusia ni susah nak fokus imej serta penglihatan menjadi kabur (blur) apabila berada di dalam air dan mask ini berfungsi untuk memberikan ruang udara di bahagian sekitar mata bagi membolehkan mata memfokus imej di hadapan dengan lebih jelas. Mesti korang pelik kenapa mask ni mesti menutup sekali lubang hidung korang kan?..ahahahaha.. jawapannya ialah apabila korang menyelam lebih dalam, tekanan udara di dalam mask akan dimampatkan dan sekaligus membuatkan muka korang rasa sakit seperti disedut oleh vacum yang kuat (mask squeeze). Untuk mengelakkan perkara ni berlaku, penyelam perlu menstabilkan tekanan udara (equalize) di dalam mask dengan mengeluarkan sedikit udara dari paru-paru ke dalam mask melalui hidung korang.

Snorkel pula digunakan oleh penyelam untuk bernafas apabila berada di permukaan air supaya dapat menjimatkan oksigen di dalam tank, kalau belum menyelam pun asyik sedut oksigen dalam tank jer, nanti cepat ler abis oksigennya weiiiii…….. Kalau korang nak tahu, dalam exam nanti ada soalan pasal mask ni tau!!…hihihihi… ni aku bagi soalan bocor ni…. πŸ˜€

2. Fins

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-fins-shamphotography

Fins atau biasanya korang gelar kaki itik ni sebenarnya amat berguna untuk penyelam bergerak semasa di dalam air. Penyelam tidak akan menggunakan tangan untuk bergerak seperti berenang tetapi hanya menggunakan kaki dan disinilah penggunaan fins amat diperlukan. Fins ni ada bermacam-macam jenis dan bentuk so korang perlu ler pilih yang sesuai dengan korang dan pastikan tidak longgar, kalau tercabut semasa menyelam akan menimbulkan masalah yang besar.

3. Buoyancy Compensator Device ( BCD )

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-bcd-shamphotography

Buoyancy Compensator Device ini juga dikenali sebagai Buoyancy Control Device. BCD ni sebenarnya berfungsi seperti life jacket tapi lagi advance dan high tech. Bezanya dengan life jacket ialah korang boleh pam udara masuk (Inflate) ke dalam BCD ini untuk terapung (floating) di permukaan air dan korang boleh membuang udara (Deflate) di dalam BCD apabila hendak menyelam, kalau life jacket tu memang gunanya untuk terapung jer kan. Terdapat 2 butang yang perlu ditekan bagi mengisi dan membuang udara di dalam BCD dan tank oksigen juga akan di ikat (strap) di sebelah belakang BCD ni. Lupa lak nak bagitau!, udara yang dipam masuk ke dalam BCD adalah daripada tank oksigen korang so jangan ler asyik suka-suka nak pam jer, nanti cepat ler abis oksigen. πŸ˜€ BCD ini juga yang akan membantu korang untuk terapung (buoyancy) semasa menyelam di dalam air tanpa cecah ke dasar supaya tidak merosakkan coral.

4. Scuba Regulator Set

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-regulator-shamphotography-01

Regulator ni adalah alat yang korang sumbat kat mulut untuk bernafas di dalam air dan disambungkan dengan tank oksigen korang. Set regulator yang lengkap akan mempunyai :

Sila rujuk nombor dengan gambar di atas yer… πŸ˜€

No. 1. First Stage Valve – bahagian yang menyambungkan kesemua hose-hose oksigen dengan tank oksigen.

No. 2. Second Stage Regulator atau Primary Regulator – alat yang disumbatkan ke dalam mulut korang untuk bernafas.

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-regulator-shamphotography-02

No. 3. Alternate Air Source Regulator atau Octopus – sama seperti Primary Regulator tetapi berfungsi sebagai backup sekiranya Primary Regulator rosak atau untuk berkongsi oksigen dengan diver lain semasa kecemasan. Biasanya akan berlainan warna dengan Primary Regulator (berwarna cerah) supaya senang dibezakan. Setiap penyelam disyaratkan mempunyai kedua-dua regulator ini untuk menyelam.

No. 4. Submersible Pressure Gauge – Kebiasaannya penyelam perlu mempunyai 2 meter asas iaitu meter tekanan oksigen dan meter kedalaman (depth). Meter tekanan oksigen adalah untuk menyukat berapa banyak lagi kandungan oksigen di dalam tank, disukat menggunakan bacaan Bar ataupun PSI manakala meter kedalaman pula untuk menyukat tahap kedalaman semasa korang menyelam dan menggunakan ukuran meter (metre) atau kaki (feet).

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-gauge-bar-shamphotography-01

No. 5. Low Pressure Hose – hose ini akan disambungkan ke BCD korang untuk pam udara ke dalam BCD.

Dalam exam pun ada soalan mengenai bahagian-bahagian set regulator ni yer….. πŸ˜€ .

5. Oxygen Tank

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-oksigen-tank-shamphotography

Tanpa tank oksigen ni mesti korang tak boleh nak bernafas dalam air kan!!…ekekekeke.. senang jer fungsinya iaitu untuk membekalkan oksigen kepada penyelam. Sebenarnya udara yang terkandung dalam tank scuba ini bukanlah 100% oksigen tulen tetapi adalah gabungan daripada 21% Oksigen dan 79% Nitrogen, kalau korang semua nak tahu, di muka bumi kita ni manusia sebenarnya tidak bernafas dengan menggunakan oksigen tulen (Pure Oxygen) dan udara yang terdapat disekeliling kita adalah gabungan oksigen dan nitrogen.

6. Scuba Weight Belt

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-weight-belt-shamphotography-01

Scuba Weight Belt dipakai oleh penyelam sebagai pemberat tambahan supaya boleh tenggelam di dalam air yer…. sebab badan kita ni sebenarnya susah nak tenggelam oleh kerana terdapat ruang-ruang udara di dalam paru-paru (paru-paru manusia bertindak sebagai pelampung semulajadi tau), lebih-lebih lagi kalau air masin (air laut). Kebiasaannya pemberat akan mengikut saiz dan berat badan penyelam dan ada teknik untuk mengetahui berapakah besi pemberat yang diperlukan bagi setiap penyelam. Aku dan wife kena pakai 3 besi pemberat tuu…. πŸ˜€ tapi kalau kat kolam renang guna 2 jer.

Senarai di atas merupakan peralatan asas untuk menyelam tapi ada banyak lagi sebenarnya peralatan yang digunakan oleh penyelam dan kat bawah ni pulak aku senaraikan antara peralatan tambahan yang boleh korang guna apabila menyelam….

7. Wetsuit

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-scuba-wetsuit-shamphotography

Wetsuit ni dapat mengekalkan haba badan untuk jangkamasa yang lama bagi mengelakkan penyelam daripada kesejukkan apabila berada di dalam air disamping dapat melindungi badan daripada coral-coral tajam atau yang sewaktu dengannya. Mesti korang pernah tengok gambar orang menyelam guna t-shirt dan seluar pendek jer kan….ekekekekeke… tu mungkin dah tahap hebat tuuu… aku menyelam guna full wetsuit pun boleh mengigil sejuk gak kat dalam air tu. Instructor aku menyelam guna seluar pendek jer…rilek jer…ahahahahahaha… πŸ˜€

8. Scuba Boot

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-scuba-booties-shamphotography

Scuba boot (kasut scuba) ni amat berguna apabila korang melakukan shore dive sebab dapat melindungi tapak kaki korang daripada batu-batu tajam di tepi pantai tu. Aku cukup suka kasut ni sebab aku boleh guna untuk aktiviti air seperti white water rafting, kasut ni memang ringan dan tapak getah yang grip. Korang perlu menggunakan fins yang sesuai dan dikhaskan bagi penyelam yang menggunakan scuba boot.

9. Scuba Gloves

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-gloves-shamphotography-01

Sarung tangan menyelam ni amat berguna untuk melindungi tangan korang daripada luka ataupun hidupan air yang berbisa. Tapak tangan aku pernah luka disebabkan terpegang coral yang tajam.

Aku rasa cukup ler kot aku senaraikan peralatan scuba diving kat entri ni, nanti bila korang nak mula belajar kursus Open Water Diver mesti ada alat-alat lain yang korang akan jumpa. Kebiasaannya, penyelam akan menyewa jer peralatan menyelam ni daripada Dive Centre kecuali bagi korang yang ada banyak duit lebih tu mesti beli sendiri kan?….. Sebagai langkah penjagaan peralatan, selepas menyelam korang perlu membilas kesemua peralatan tadi dengan air bersih (air paip) untuk mencuci air garam (laut) bagi mengelakkan peralatan daripada rosak.

Ok!..Ok!.. aku rasa cukup ler setakat ni, nanti aku akan sambung lagi entri mengenai scuba diving ni…. πŸ˜€

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

21 thoughts on “Scuba Diving: Peralatan Scuba Diving

    1. ahahahahaha…. TQ bro… nanti leh aaa ko amik lesen menyelam gak….hihihhihi… bukan sifu laa… aku buat entri-entri scuba diving ni supaya aku pun tak lupa apa yg aku belajar ari tu…ekekekeke… πŸ˜€

  1. Mmg menarik ni, tapi tak taulah bila dpt belajar amik lesen menyelam ni. Bnyk aktiviti yg selalu dibuat kurang ke arah tu. Tp, manalah tau dah pencen nanti boleh menyelam pulak… boleh ke dah pencen nanti.. semput pulak dlm laut nanti huhu..Nice sharing bro Sham.. πŸ™‚ πŸ™‚

    1. ahahahaha… kalau dah pencen tp badan fit boleh bro… ramai jugak tgk mat salleh dah tua2 tapi tgh belajar menyelam dgn perut yg boroi lagi…rilek jer drg tuuu…..ekekekekeke…. aku bukan sifu bro…hanya budak baru nak belajar…ekekekekeke… πŸ˜€ πŸ˜€

    1. Wa salam bro… belum amik advance lg..takde budget…hihihihi… nak cari wetsuit banyak jer bro kedai kat malaysia ni… kat semua dive centre ada… kat mid valley ada satu kedai diving..byk jual wetsuit.. πŸ˜€

  2. assalamualaikum. rasanya better guna perkataan tank udara atau scuba tank/cylinder dari pakai tank oksigen. Kalau guna tank oksigen rasa kurang tepat tuan sebab dalam tu compress air(udara) , bkn oksigen sahaja, semua komponen gas ada..oksigen hanya utk tujuan perubatan. begitu juga istilah-2 lain spt hose oksigen, baik guna hos udara rasanya lagi tepat. wallahualam. maaf ye tuan.

Leave a Reply to aimanCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.