scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

Salam,

Alhamdulillah….. aku dan wife sekarang dah lulus segala ujian teori dan telah pun menyempurnakan segala syarat yang ditetapkan oleh PADI untuk mendapatkan lesen menyelam. Hasil daripada kerja keras kitaorg dan juga kesabaran Instructor yang melayan karenah kitaorg, akhirnya secara rasminya kitaorg bergelar PADI Certified Open Water Diver. Dalam entri yang lepas, aku ada cerita tentang kelas teori dan latihan di dalam swimming pool. Korang leh baca kat sini — > Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

Jom aku flashback kisah kitaorg di Pulau Tioman hinggalah berjaya tamatkan kursus. 😀

Akhirnya tiba masa untuk aku dan wife kena lakukan selaman (dive) sebanyak 4 kali di Pulau Tioman untuk lulus dan mendapatkan lesen menyelam (Open Water Diver License), 2 kali kena dive tidak melebihi kedalaman 12 meter dan 2 kali dive lagi tidak melebihi kedalaman 18 meter disamping kena pamerkan skill-skill yang telah kitaorg belajar di hadapan Instructor semasa di dasar laut.

Kitaorg gi Pulau Tioman naik bas jer, maleh nak drive ke sana, lagipun aku rasa lagi save budget kan. Wife aku pun dah belikan tiket 2 hala ke Mersing, balik jer dari kerja terus kitaorg gi DSA Dive Centre dulu kat Kompleks Sukan Negara (Panasonic) sebab Instructor suruh kitaorg check equipment dulu sebelum dia bawak nanti. Risau gak takut ada benda yang tertinggal atau tak ngam masa nak dive kat Pulau Tioman nanti. Selesai jer dari sana, kitaorg terus balik rumah dan bersiap untuk ke Pulau Tioman, seperti biasalah kitaorg berdua jalan kaki ke Stesyen Komuter Batu Tiga untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Bas kitaorg pukul 11.30 malam so melepak jer la kitaorg kat TBS tu sementara tunggu bas bertolak.scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotographyTiba di Stesyen Bas Mersing dalam pukul 4.30 pagi dan dengan kepala yang ting-tong kitaorg berjalan kaki selama 15 minit untuk ke Jeti Mersing. Dalam perjalanan ke jeti, Instructor kitaorg call tanya dah sampai ke belum? Sampai kat jeti terus berkumpul dengan yang lain-lain, termasuk kitaorg ada 12 orang semuanya dan hanya kitaorg berdua jer melayu…biler dorang semua cakap bahasa cina kitaorg berdua duk diam jer kat tepi….ekekekekeke. Naik feri pukul 6.30 pagi dan akhirnya sampai ke Salang Indah, Pulau Tioman dalam pukul 9 pagi….masa ni kepala aku masih ting-tong dengan perut yang lapar. Sempat letak beg jer kat chalet sebab Instructor pesan kat kitaorg kena buat 1st dive dalam pukul 11.00 pagi so kena pasang semua equipment dulu…arghhhhhh…. tak sempat nak rehat lagi dah nak kena dive. Lepas dengar briefing dari Instructor terus kitaorg balik chalet untuk tukar baju dan terus ke Dive Centre Marine Monkees Tioman untuk persiapan untuk dive.

Semasa menyelam memang kitaorg takde gambar yer sebab Instructor aku tak bagi bawak kamera, takut aku takleh nak fokus masa dalam air nanti…… 🙁

1st Dive (Shore Dive)

Setelah habis final briefing dan pre-dive check masing-masing, kitaorg kena berjalan ke pantai dengan memakai Full Set Scuba Gear siap dengan tank oksigen kat belakang. Memang berat yer… kesian tengok wife aku sebab tinggi tank oksigen pun dah lebih kurang tinggi dia jer….ahahahahahaha… tapi dia mesti lakukan sendiri dan aku tak leh nak tolong. Sampai jer kat pantai, kitaorg kena berenang (back swim) hinggalah ke tempat yang sesuai untuk menyelam…jenuh gak sebenarnya bila berenang sambil pakai Set Scuba ni. Bagi 1st dive ni hanya untuk kitaorg biasakan dengan air laut, arus air dan juga tahap penglihatan dalam air dan di dasar. Kitaorg hanya di uji untuk melakukan skill Snorkel and Regulator Exchange, Diver Cramp Removal dan Tired Diver Tow. Bila semua dah lakukan skill masing-masing, Instructor bawak kitaorg menyelam sekitar kawasan jeti Salang di kedalaman 10.3 meter selama 42 minit di dasar (Bottomtime). Tapi sebenarnya skill yang paling penting ketika menyelam ialah Ear Equalize iaitu teknik untuk mengimbangi tekanan udara diluar dan didalam telinga supaya seimbang, jika tak dilakukan dengan betul boleh merosakkan gegedang telinga hingga boleh menyebabkan pendarahan serta boleh akibatkan pekak. Selesai 1st dive dalam pukul 12.30 tengahari dan kitaorg kena prepare equipment lagi untuk 2nd dive dalam pukul 3 petang nanti tapi sebelum tu rehat dan gi lunch dulu. Aku ngan wife lepas 1st dive pun dah letih giler…..fussssssssss…… 😀

regulator-spg-scuba-shamphotographyRegulator untuk bernafas dalam air dan meter kedalaman serta oksigen

mask-snorkel

Mask dan Snorkel…

2nd Dive (Shore Dive)

Tepat pukul 3 petang kitaorg dah bersiap untuk 2nd dive, seperti biasa kena buat pre-dive check dan sekali lagi kitaorg kena berjalan ke pantai dan berenang ke tengah. Bagi dive kali ini kitaorg perlu melakukan skill Surface Compass Swim dan Underwater Reciprocal Swim supaya kitaorg boleh menggunakan Compass di dalam air untuk Underwater Navigation supaya tak sesat.

underwater-compass-navigation-shamphotographyUnderwater Compass. Sumber gambar : Google

Skill yang kedua ialah Remove and Replace Scuba Unit On Surface, kitaorg kena bukak jaket BCD (Buoyancy Control Device) dan tank oksigen pastu pakai balik semula di permukaan air…aku rasa masa ni kedalaman 6-7 meter oooooo…. seriau gak aku…pastu kena duduk atas tank oksigen untuk floating kan badan sebelum pakai semula scuba unit di permukaan air. Skill yang ketiga ialah Oral BCD Inflate supaya jika oksigen di dalam tank habis, kitaorg boleh masukkan udara ke dalam jaket BCD secara manual bagi tujuan floating. Skill-skill biasa yang kitaorg perlu buat seperti Mask Clearing dan Regulator Retrieving. Biler Instructor dah puas hati dengan skill kitaorg, seperti biasa dia bawak kitaorg ronda-ronda lagi di dasar laut…kali ni kedalaman lebih kurang 9.1 – 11 meter ke dasar selama 30-45 minit (Bottomtime). Kali ni banyak jugak aku tengok hidupan laut dan coral-coral di dasar, terpegun kejap biler ada sekawan ikan berenang di atas kepala aku. Banyaknya ikan dan paling best sekali biler dapat tengok dengan mata sendiri ikan Barracuda. 😀

Tusa-Platina-Evolution-BCDInilah Buoyancy Control Device atau nama pendeknya BCD. BCD inilah yang di ikat pada tank oksigen.

Selesai jer 2nd dive, terus basuh semua equipment dan simpan sebab ada lagi 2 dive besoknya. 2 dive sudah selesai…. yeaaaaaa!!!!…. balik chalet untuk mandi pastu Instructor nak jumpa untuk review session bagi 2 dive tadi. Akhirnya dapat kitaorg lepak-lepak sambil berehat. Badan memang letih giler dan mata pun dah kuyu tapi still nak layan sunset jugak ok…hihihihihihihi… 😀

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

 

3rd Dive (Boat Dive Giant Stride Entry)

Besoknya kitaorg kena berada di Dive Centre dalam pukul 10 pagi untuk briefing dan terus setup Scuba Equipment untuk dive yang ketiga. Sepatutnya kali ni kitaorg kena buat Giant Stride Entry dari bot (berdiri di hujung bot pastu langkah dengan besar ke hadapan untuk turun ke dalam air). Mungkin sebab takde bot besar so kitaorg buat giant stride entry kat jeti jer, cuma berdiri kat hujung tangga jeti tu pastu langkah besar untuk masuk ke dalam air. Kali ni lagi jauh kitaorg berjalan ke jeti dengan Full Set Scuba Gear……. Jauh ok nak ke jeti….fussssssss… Sampai di jeti sorang-sorang kena buat teknik ni.

giant-stride-entry-shamphotographyBegini ler cara Giant Stride Entry tapi ni bukan gambar kitaorg tau. Sumber gambar dari Google…

Dive kali ni kitaorg kena lakukan skill CESA (Controlled Emergency Swimming Ascent), bertujuan sekiranya tank kehabisan oksigen dan dive buddy jauh so teknik ni berguna untuk diver naik ke permukaan dengan selamat tapi untuk kedalaman tidak melebihi 9 meter jer. Teknik ini kena lakukan sorang demi sorang dengan di ikuti oleh Instructor dan jika tidak berjaya kena buat lagi sekali…..wife aku kena buat 2 kali. Dive kali ni jugak kitaorg di uji untuk melakukan Natural Bouyancy di dalam air. Natural Bouyancy ni maknanya diver tu floating di dalam air dan tidak cecah dasar laut dan tidak naik ke permukaan air sebab kalau bouyancy tak betul nanti kitaorg langgar coral-coral yang ada kat dasar laut tu…bahaya tau… sebab kat dasar pun banyak jugak hidupan air yang menyorok kat bawah pasir. Setelah Instructor berpuas hati dengan skill-skill yang kitaorg lakukan, seperti biasalah dia akan bawak kitaorg meneroka alam di dasar laut. Macam-macam jenis ikan dan coral yang besar-besar. Sekali lagi kitaorg melihat Barracuda berenang-renang…. 🙂 . Disebabkan kitaorg fokus pada bouyancy so takde ler dapat menikmati hidupan air sangat. Kali ni kitaorg menyelam sehingga kedalaman 16.5 meter ke dasar laut selama 30-45 minit (Bottomtime).

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-pulau-soyak-barracudaIkan Barracuda. Sumber gambar : Google

Selesai jer 3rd dive, seperti biasa kena cuci equipment pastu kena bukak semua dan masukkan dalam beg ikea…(beg ikea yang warna biru tuu)…hihihihi.. sebab last dive ni kitaorg kena dive dari bot so nanti kena pasang Scuba Unit dalam bot. Lepas kemas terus gi lunch dan rehat sementara tunggu next dive pukul 3 petang. Masa ni pun mata aku dah merah jer sebab letih dan mengantuk tapi terpaksa tahan jer…ekekekeke. 😀

4th Dive (Boat Dive Roll Back Entry)

Dive kali ni dari atas bot dan Scuba Equipment semua Dive Centre akan hantar ke jeti bersama dengan tank oksigen. Kali ni kitaorg tak payah pakai Scuba Unit dulu dan ringan sket bahu masa berjalan ke jeti..ekekekekeke. Kali ni aku bawak kamera dan amik gambar kat atas darat jer…ekekekeke.. bergambar dalam air masih tak benarkan.

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotographyTu diaaa..scuba gear kitaorg dalam beg ikea…hihihihih..

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

Biler semua dah naik bot, kitaorg dikehendaki pasang Scuba Unit dalam bot yer..bayangkan bot kecik yang biasa dorang buat gi island hopping tu pastu padat dengan 12 diver dan tank-tank oksigen lagi. Krem jugak lah masa nak setup Scuba Unit tu. Instructor aku kata ni nak bagi kitaorg biasa dengan keadaan bot-bot kecik ni, kalau bot besar mesti mahal kot nak sewa nanti kan. Dive ke 4 ni kitaorg dibawa ke Pulau Soyak tapi dekat jer dengan jeti Salang tu. Kali ni kitaorg perlu buat Roll Back Entry ke dalam air, ni senang jer..duduk kat hujung sisi bot pastu golekkan badan ke belakang untuk masuk ke dalam air.

roll-back-entry-scuba-diving-shamphotographyBegini ler cara Roll Back Entry tapi ni pun bukan gambar kitaorg tau. Sumber gambar dari Google…

Bagi last dive ni, Instructor nak kitaorg pamerkan skill Underwater Mask Removal dan Bouyancy Control. Underwater Mask Removal kitaorg perlu bukak mask dan snorkel di dasar laut pastu pakai balik dan buat Mask Clearing untuk keluarkan air dalam mask. Bagi Bouyancy Control pulak memang satu teknik yang susah untuk dilakukan dan sememangnya perlu  banyak latihan untuk mahir. Lintang pukang ler jugak bouyancy kitaorg sebab breathing tak betul. Kitaorg dibawa turun ke dalaman 15.3 meter ke dasar untuk melakukan skill-skill ni. Arus di permukaan air memang kuat yer sampai kitaorg habis tenaga jugak berenang untuk ke lokasi yang sesuai untuk menyelam. Akhirnya brader bot tu lemparkan tali kat aku pastu berpaut sementara bot tarik kitaorg untuk ke tempat menyelam….memang sangat mencabar ok sebab kitaorg kena berhadapan dengan arus lagi.

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-pulau-soyakPulau Soyak Tioman

Kitaorg menyelam di sekitar Pulau Soyak tu, sedang kitaorg ronda-ronda di dasar tu..tertiba satu arus kuat tolak kitaorg semua ke kiri pastu aku tengok semua dah hilang balance…aku tengok Instructor aku pun terumbang-ambing untuk seimbangkan badan semula. Aku pun ditolak ke kiri, bila aku pandang ke kiri…alamak!!.. ada dinding batu yang penuh dengan coral..nak mengelakkan daripada hose dan tank oksigen kena kat batu tu terpaksa aku tolak guna tangan untuk ke kanan. Lepas tu tiba-tiba aku floating naik ke atas, amat bahaya yer kalau naik ke permukaan dengan laju apabila di kedalaman melebihi 9 meter…boleh mengakibatkan paru-paru over expansion. Terus aku berhenti bergerak dan dengan pantasnya aku keluarkan udara dalam BCD untuk turun balik ke dasar tapi aku menjunam ke bawah terlaju ler pulak pastu tak sempat nak equalize kan telinga…rasa sakit giler di telinga so terpaksa aku naik balik lebih kurang 1 meter baru boleh stablekan pressure telinga…..fusssssssss…kalau tak habis ler gegedang telinga aku.  Hasilnya tapak tangan aku luka disebabkan coral-coral yang tajam tapi aku bernasib baik sebab tak kena apa-apa coral atau hidupan air yang berbisa. Nasib baik jugak aku tak panik sebab amat bahaya apabila panik di dalam air, seperti yang Instructor aku selalu pesan “Rilex, keep calm and breath!”.

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-luka

Dive kali ini kitaog perlu buat Safety Stop selama 3 minit di paras 5 meter sebelum naik ke permukaan. Ini adalah untuk mengurangkan kandungan nitrogen dalam badan sebelum naik ke permukaan. Susah giler nak stay hovering masa safety stop, tengok dorang buat cam senang jer.

Biler dah cukup 3 minit terus Instructor bagi isyarat suruh naik ke permukaan dan ia menandakan bahawa kitaorg telah berjaya menyempurnakan semua syarat untuk menjadi seorang PADI Diver. Biler naik jer atas bot balik, kitaorg semua tersenyum sambil tepuk tangan….akhirnya berjaya juga. Pengalaman dive yang ke 4 ni banyak membantu kitaorg mengetahui bagaimana keadaan sebenar apabila menyelam terutamanya berhadapan dengan arus air yang sentiasa berubah-ubah.

Biler dah selesai dan dah sampai ke jeti, perasaan risau aku pun hilang ooooo….sebenarnya masa 2nd dive, aku dah panik masa melutut dalam air tu sebab aku rasa macam lemas jer tapi lepas tu aku pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam serta perlahan sampai panik aku hilang. Aku asik terpikir, walau apa pun jangan panik dan cuba untuk atasi perasaan panik tu. Aku rasa Scuba Diving mengajar kita untuk bertenang dan jangan panik. Sampai jer kat jeti…apalagi terus ler bergambar….hihihihihihihi…

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotographyYesssss…. we are now certified diver

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotographyPasni nak beli fullbody wetsuit ngan diving gloves lah….hihihihihihihi… 😀

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

Malam tu kitaorg gi makan besar untuk celebrate…hihihihihi… macam-macam cerita keluar daripada Instructor tentang pengalaman dia. Lepas makan bermulalah sesi pemberian sijil dan lesen sementara OWD, lesen yang original akan dihantar oleh PADI nanti. Lesen sementara pun dah sama macam original cuma sah laku untuk tempoh 90 hari jer sementara dapat yang original. Malam tu kitaorg terpaksa tido cepat sebab besoknya feri sampai pukul 6.30 pagi untuk ke Mersing pastu bas kitaorg pukul 1.30 petang ke TBS. Sampai TBS pukul 8 malam, singgah makan jap pastu terus amik komuter untuk balik ke Shah Alam….nak dekat pukul 11 baru sampai rumah…..arghhhhhhhhh!!!!!!….badan letih giler tapi berbaloi sebab kitaorg dah berjaya mendapatkan lesen menyelam. 😀

Rasa cam nak buat Sky Diving ler pulak….ekekekekeke… 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

26 thoughts on “Secara Rasmi Kami Adalah PADI Certified Open Water Diver

  1. perh terbaiklah dgn entry ko ni..lengkap dan padat..trus buat aq tringin nak ambil lesen menyelam ni.. tapi maklmlah harga dia dkat 800 lbis.. jadi kena pikir balik he..he.. gaji pun sikit …
    cantik gambar shoot tambah dkat jeti..dgn pulau soyak tioman..
    p/s: kalau ada undian sweet couple memng aq calonkan anda berdua 😛 very sweet couple …..

    1. TQ bro…ekekekeke… nanti amik ler lesen menyelam… seronok gak sebenarnya sbb kita leh tengok dan pergi tempat yg org lain tak dapat pergi selain drpd diver… harga pon dah makin mahal skrg ni sebenarnya.. kitaorg pon kumpul duit untuk aktiviti2 gini..

      ekekekeke… ada ker undian utk sweet blogger couple?…ekekekekekeke… leh menang anugerah camni…ahahahahahaha…. 😀

    2. buat lawak pulak sobri nie… ada pulak undian untuk sweet couple… eh, tapi kalau ada undi kita orang tau… hahaha….. ini pun tak banyak gambar yg kita org ambil.. sebab fokus untuk lulus dengan ujian… 😀

  2. Sham terbaikah kau duo memang hebatlah…kalu semput boleh ke nk dive ..acaner tu?..aku saja tanya sebab aku ni kan jaguh selam …selam dlm parit haha.. Tahniah kau dgn cheq Eem dah berjaya dpt lesen.

    1. TQ Bro PCL,….. mmg mencabar jugak nak dapatkan lesen menyelam ni… kawan2 ckp senang jer tp takde ler senang pun..susah gak.. kalau ada semput/lelah/asma pon boleh menyelam jugak sebenarnya tp kena dapatkan approval drpd doktor samaada semput tu tahap kritikal ataupun tidak? kalau semput disebabkan alahan pada bulu kucing/haiwan, habuk atau makanan, boleh jer amik lesen scuba diving sbb kita takkan jumpa benda2 tu masa menyelam… tp klu semput disebabkan sejuk atau panik mmg susah sket doktor nak approve sbb dalam air confirm sejuk pastu cam kita yg baru2 ni mmg cepat panik sebenarnya… 😀

      p.s : sebelum nak amik lesen, aku nasihatkan cuba amik Discover Scuba Diving dulu, sorang dalam RM150 jer dan ni tak perlu ada lesen. Kalau ok baru leh amik lesen OWD..kitaorg wat camni dulu sbb nak try boleh ker tak bernafas dalam air…ekekekekeke… 🙂

    1. Boleh jer amik lesen diving.. biler kena wat swimming test nanti, boleh guna mask. snorkel dan fins tapi kena berenang 300 meter laa…. dan tanpa life jacket tau… 😀

      Sebenarnya tak perlu hebat berenang cam perenang olimpik cuma boleh bergerak di permukaan air pun dah ok dah… tapi bergantung kepada Instructor.. ada yg tegas dan ada yg tak… Ramai jer sebenarnya tak reti berenang tp dah ada lesen scuba… tapi pada pendapat saya kemahiran berenang adalah penting dan perlu ada pada setiap org… 😀

      Awak nak amik lesen ker?… boleh refer kat entri saya ni haaa kalau nak info lebih lanjut…

      http://www.eshamzhalim.com/scuba-diving-bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver/

  3. Banyak info ttg diving sy dapat fahami dan tahu dlm blog anda..Seronok dan menarik sy baca…Jika ade rezeki ingin juga ambil lesen menyelam ini…Tahniah kerana sudah memiliki lesen open water diver..

  4. salam.. Entry yg menarik bro. Sy nak tanya kalau pakai cermin mata boleh amik lesen ni? Kalau sudah ade medical check up kena buat lagi ke? N floating test tu kalau tak dapat nak buat lebih 10 minit mcm mane? Hehe. Sy nak amik cume belum ade time. Thanks

    1. Salam bro, saya pun pakai cermin mata jugak tp rabun dalam 150 jer… ada jual scuba diving mask khas untuk orang rabun cam kita ni berdasarkan power spek memasing tp harga agak mahal sket…hihihihihi… klu rabun x tinggi, boleh jer guna mask biasa sbb dlm air objek akan nampak besar 2 kali ganda. Medical check-up ni adalah secara pilihan tapi pastikan masa isi borang daftar scuba diving nanti pastikan semua tick “NO”.. sekiranya ada tick “YES” maknanya perlu dptkan pengesahan doktor samaada fit atau tidak untuk diving. Ujian ampungan badan tu bergantung kepada Instructor masing2… ada Instructor yang langsung tak suh pelajar dorang buat ujian tu…tp itu semua diatas risiko sendiri.. :D… semoga berjaya bro..

      1. salam, saya rabun jauh, tahap rabun mencecah 300++ dan ingin mendapatkan scuba diving mask khas spt bro eshamz cakapkan diatas, rasa-rasa dimana saya boleh dapatkan dan anggaran harga mask tersebut. tq

    1. Exam ada 2 bahagian..part teori dan pratikal..teori pulak senang jer..baca jer buku yg dia bagi tu pastu soalan lebih kepada logik.. part pratikal pulak..exam masa diving..instructor akan suruh buat skill yg kite belajar semasa underwater… senang jer bro… 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.