shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.

Ini juga merupakan percubaan pertama aku untuk berlari sejauh 21km. Mungkin kerana lokasi larian yang berdekatan dengan rumah menyebabkan aku beranikan diri untuk mendaftar kategori half marathon manakala wife pula mendaftar untuk 10km. Jarak yang paling jauh aku berlari setakat ini adalah 15km dan itu menyebabkan aku lebih yakin untuk menambahkan lagi jarak larian ke 21km. Mungkin penambahan sebanyak 6km itu satu jumlah yang sikit tetapi bagi aku seksanya tetap sama sebenarnya…hihihihihi.. 😀

Peserta 21km telah dilepaskan pada pukul 1.30 pagi dan diikuti dengan peserta 10km selang 20 minit kemudian. Rata-rata warga Shah Alam mesti sedang lena tidur pada waktu tu tapi aku dan wife masih gigih berlari…hahahahaha… 😀 Laluan larian bagi 21km memang cukup mencabar terutama peserta yang baru seperti aku. Sepanjang masa terpaksa melayan laluan berbukit di bandar Shah Alam yang aku rasa tiada penghujungnya. Lebih banyak berlari menaiki bukit daripada menuruni bukit.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsPosing kejap lepas ambil racekit.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsTerserempak dengan Kak Ngah @ Semerah Padi @ Leopard Runner. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsA1638.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsLaluan larian 21km….ronda satu Shah Alam nampaknya…..

Buat kali pertama ini, aku cuba tetapkan sasaran maksimum 3 jam untuk menamatkan larian sejauh 21km walaupun masa yang diperuntukkan oleh penganjur adalah 4 jam. Berdebar tu semestinya ada tapi muka tu kenalah kekalkan tenang…hahahahaha… 😀 . Permulaan larian, aku berlari saing dengan Amar hinggalah ke kilometer ke 6.  Kebiasaannya, aku boleh berlari secara konsisten untuk 10km tapi pagi tu badan rasa tak larat bila sampai di kilometer ke 5. Pagi tu cuaca boleh dikatakan agak panas dan memang cepat kering tekak. Baru mula lari, aku dah tak sabar mencari water station sebab tekak dah kering……hahahahahaha…. 🙂 Akhirnya, aku berlari bersaing dengan Joe hinggalah ke garisan penamat. Berjaya juga tamatkan larian 21km dengan masa di bawah 3 jam walaupun aku rasa lebih banyak berjalan daripada berlari….hihihihihi… 😀

Jom layan gambar…… 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsPeserta 21km.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsBerdebar jugak aku sebelum nak berlari 21km ni…hahahahaha.. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsPentas Shah Alam Half 21km Night Run 2016.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsTidur sekejap di kilometer ke 15…hahahahaha..terima kasih pada Joe yang sudi snapkan gambar.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsAku dan wife terpaksa lari berasingan sebab jarak berbeza. Sumber gambar: ActionPix Malaysia.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsGambar wife sedang bersaing di garisan penamat. Sumber gambar: ActionPix Malaysia.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsKami sentiasa melakukan aktiviti bersama…hihihihihi.. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsFinisher Tee Half Marathon pertama aku…hihihihi.. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsWakil Runholics di Shah Alam Half 21km Night Run 2016.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsAku bergambar dengan runner-runner awesome.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsStart and finish area.

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicsGeng Runholics. Amar jadi ghost runner jer dan pacer aku sekejap…hihihihihi.. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholicse-Certificate dengan official timing. Sasaran 3 jam tercapai…hihihihihi.. 😀

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics-medalMedal unik Shah Alam Half 21km Night Run.

Komen aku mengenai acara Shah Alam Half 21KM Night Run 2016:
Shah Alam Half 21KM Night Run sememangnya satu acara yang disusun rapi, cukup teratur dan amat meriah. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan juga pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menjayakan acara ini. Walaupun pada mulanya aku kurang yakin disebabkan kurang mendapat sambutan berdasarkan komen-komen yang aku baca daripada laman facebook. Kebiasaannya, apabila sesuatu acara itu dianjurkan buat kali pertama, semestinya ramai yang tertanya-tanya mengenai reputasi dan siapakah pihak penganjur. Betul tak?… 🙂

Bagi aku, bayaran penyertaan yang dikenakan sebanyak RM70 bagi 21km Half Marathon dan RM55 bagi 10km memang cukup berpatutan. Laluan larian di Shah Alam yang penuh dengan bukit bukau adalah satu cabaran yang baru buat aku dan wife….hihihihihi… 😀 Water station yang disediakan memang mencukupi dengan air isotonik 100 plus, kopi-O, air mineral dan juga air ribena. Penjagaan laluan trafik yang cukup baik membuatkan peserta berasa amat selamat semasa berlari. Sepanjang laluan diawasi oleh anggota polis, anggota trafik dan juga penguatkuasa MBSA. Marshall disediakan sepanjang laluan dan ada juga marshall yang mengikuti peserta menggunakan basikal. Baju larian yang berkualiti daripada pihak Ultron dan juga medal yang boleh dikatakan amat unik. Setakat ni, tiada komplen daripada aku bagi acara ini daripada urusan pengambilan racekit hinggalah ke hari lariannya.

Kesimpulannya, aku dan wife memang cukup berpuas hati dengan acara Shah Alam Half 21KM Night Run. Sememangnya satu pengalaman cukup seronok bagi Half Marathon pertama aku dan berbaloi dengan bayaran yang dibayar. Sebagai warga Shah Alam, semestinya aku dan wife akan daftar lagi untuk tahun depan….hihihihihi… 😀 Satu acara larian yang wajib dimasukkan di dalam senarai larian anda!!…hihihihi.. 🙂

p.s. Terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan memberi sokongan di sepanjang laluan. Sokongan anda membuatkan peserta lebih bersemangat untuk menuju ke garisan penamat. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.