tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Krabi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di kalangan rakyat Malaysia sekiranya bercuti ke negara Thailand.  Ianya sebuah wilayah di bahagian selatan Thailand yang terletak di sepanjang Laut Andaman (Andaman Sea) dan sememangnya cukup terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya serta aktiviti-aktiviti rock climbing, snokeling, scuba diving ataupun hanya bersantai di tepi pantai.

Ini adalah kali kedua aku dan wife menjejakkan kaki di Krabi dan kali ini kami bukan hanya berdua tetapi ditemani oleh Geng Runholic (Amar, Bella Pinky, Azzam, Wolf dan Din Jengking) yang ingin merehatkan diri seketika daripada aktiviti larian….hihihihihi.. 😀 Sebenarnya ini adalah trip pada bulan Disember tahun lepas dan disebabkan aku sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain hingga terlupa untuk berkongsi di blog. Selain daripada trip ke Krabi, ada satu lagi pengembaraan ke Thailand bersama Geng Zombie dalam Misi Menjejaki 3 Puncak di Thailand yang merangkumi daerah Loei, Chiang Mai dan juga Chiang Rai. InshaAllah, aku akan cuba untuk meringankan jari jemari untuk menaip di papan kekunci dalam masa terdekat ini.

Kebiasaannya bila diceritakan mengenai Krabi, pasti akan merujuk kepada aktiviti snorkeling ataupun bersantai di sekitar pantai serta pulaunya. Bagi entri kali ini, aku ingin kongsikan pengembaraan kami bersama Geng Runholic mendaki ke puncak Tab Kak Hang Nak Hill. Tab Kak Hang Nak Hill merupakan puncak keempat tertinggi di Krabi dengan ketinggian 337 meter bersamaan dengan  1,105 kaki daripada paras laut. Dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Hang Nak Mountain, Ngorn Nak, Dragon Crest Mountain ataupun Khao Ngon Nak tetapi harap jangan dikelirukan dengan Nang Nak yer!.. 😀 Walau apa pun nama yang diberi oleh penduduk tempatan, ianya tetap merujuk kepada sebuah bukit yang berdekatan dengan pantai Tub Kaak, Krabi.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimTeam Harimau Malaya sedang bersedia untuk ke Hang Nak Hill dengan motosikal sewa….hihihihihi.. 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimMerempit di Krabi….ala-ala filem Krabi Menjerit!!! eh!!…KL Menjerit…hihihihihi.. 😀

Mesti ada yang tertanya “Bagaimana untuk ke Hang Nak Hill?”… 😀 Senang sebenarnya tetapi aku cadangkan lebih baik menyewa motosikal untuk ke Hang Nak Hill. Satu lagi pilihan adalah dengan menaiki tuk-tuk tetapi tidak semua pemandu tuk-tuk yang tahu atau sanggup untuk ke sana. Sekiranya ada yang sanggup, kemungkinan kadar sewa tuk-tuk akan jadi lebih mahal oleh kerana mereka terpaksa menunggu disebabkan lokasi Hang Nak Hill yang jauh ke dalam daripada jalan besar dan bukanlah laluan kebiasaan tuk-tuk. Oleh kerana itu, menyewa motosikal menjadi pilihan kami dan kosnya adalah lebih murah.

Boleh rujuk peta di bawah sebagai panduan untuk ke sana. Cara yang paling efisien adalah dengan menggunakan aplikasi Google Maps (maps.google.com). Hanya masukkan “Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail” atau “Amari Vogue Krabi” di ruangan carian aplikasi Google Maps. Aku dan wife pun menggunakan aplikasi Google Maps dan alhamdulillah, berjaya juga sampai di sana walaupun banyak kali tersesat dan salah jalan….hihihihihihi… 😀

peta-tab-kak-hang-nak-hill-nature-map-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimHanya lebih kurang setengah jam perjalanan daripada pantai Ao-Nang.

peta-tab-kak-hang-nak-hill-nature-map-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimLaluan ke Hang Nak Hill akan melalui Amari Vogue Resort Krabi. Bila jumpa hotel atau resort ini, maknanya anda berada di laluan yang betul. Terus susuri jalan tersebut sehinggalah sampai di penghujungnya.

amari-vogue-resort-peta-tab-kak-hang-nak-hill-nature-map-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimAmari Vogue Krabi.

Apabila sampai di penghujung jalan, anda akan jumpa lokasi permulaan mendaki serta terdapat juga pondok rehat dan pondok renjer yang bertugas di situ. Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail adalah di bawah jagaan Nopparattara Beach – Phi Phi Island National Park dan pendaki tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendaki tetapi diwajibkan untuk merekod nama dibuku rekod yang disediakan sebelum dan selepas mendaki bagi tujuan keselamatan.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimInilah lokasi permulaan trek mendaki. Sumber gambar: seekrabi.com

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimGroupfie dulu sebelum mula mendaki.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPeta trek mendaki ke puncak Hang Nak Hill.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBergambar lagi…..

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimdan lagi bergambar…hihihihihi… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPermulaan trek mendaki.

Jarak pendakian ke puncak adalah lebih kurang 4km sehala dan kemungkinan akan mengambil masa sekitar 2-4 jam bergantung kepada tahap kesantaian masing-masing….hihihihihi.. 😀 Percayalah kata aku!..pasti akan kerap kali berhenti di sepanjang laluan untuk menikmati permandangan yang menarik walaupun masih belum sampai di puncak. Bagi aku, trek mendaki amat mudah untuk diikuti berikutan laluan pendakiannya yang luas dan papan arah yang jelas. Rasanya cuma ada 2 simpang sahaja di sepanjang laluan ke puncak.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimSimpang pertama. Tidak jauh daripada permulaan trek dan memang jelas menunjukkan pendaki perlu mengikut laluan ke kanan.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimSimpang kedua. Laluan ke kiri (terus) menuju ke puncak dan ke kanan menuju ke air terjun. Ada yang kata tidak berbaloi untuk ke air terjun sebab air terjunnya agak kecil. Jarak ke air terjun daripada papan tanda ini adalah lebih kurang 200 meter.

Jom layan dulu gambar kami di sepanjang trek sebelum sampai di puncak……. 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBerhenti berehat sekejap.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBanyak juga trek pacak untuk didaki.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimWife selfie dengan Bella Pinky.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBerhenti bergambar lagi..hihihihihi.. 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBella Pinky sedang mempromosi kacamata Knockaround.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimAmar, Wolf dan Azzam.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimNampak tak dah pewai di situ?….hihihihihihi… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBeginilah keadaan trek mendaki.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPose cover album katanya. Terima kasih kepada abam photographer @ Din Jengking.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimTrek mendaki memang luas dan senang untuk diikuti.

Berdasarkan peta trek, hanya terdapat 2 viewpoint di sepanjang laluan ke atas tetapi bagi aku ada lebih daripada 2 viewpoint. Memang kami banyak habiskan masa hanya untuk bergambar sepanjang pendakian ke puncak. Lebih kurang 200-300 meter sebelum sampai ke puncak, pendaki akan melalui trek yang berbatu dengan permandangan yang cukup menarik. Puncak Hang Nak Hill terdapat satu batu besar yang memerlukan pendaki memanjat melalui satu tangga kayu yang kecil untuk naik ke atas.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPermandangan Thalen Bay daripada viewpoint pertama. 

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBoleh nampak permandangan pulau-pulau kecil hasil daripada pembentukan batu kapur.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimAda disediakan kerusi batu untuk berehat di viewpoint kedua sebelum meneruskan pendakian. Beza jarak perjalanan di antara viewpoint pertama dan kedua adalah lebih kurang 5 minit.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPermandangan Thalen Bay, Ao Luk dan Phang Nga semasa melalui trek berbatu sebelum sampai ke puncak. Memang menarik!!..

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPermandangannya sudah cukup menarik walaupun belum sampai di puncak.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimInilah puncak Hang Nak Hill, diatas batu besar dan ada tangga kayu untuk naik ke atas. Boleh panjat jer ke atas tanpa perlu tangga. 😀 Sumber gambar: seekrabi.com

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPuncak Hang Nak Hill. Sumber gambar: seekrabi.com

Akhirnya, kami berjaya sampai di puncak Hang Nak Hill dengan keadaan cuaca yang panas terik….hahahahahaha… 😀 Masa untuk berehat sambil menikmati permandangan dan aktiviti bergambar itu adalah satu kemestian….yeahhhhh!!!!!… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimAmacam?… Menawan tak permandangan dari puncak.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBergambar di puncak bersama Jalur Gemilang adalah satu kemestian.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimKami berjaya… yeahhh!!!!!…

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimGambar berdua mestilah ada tetapi ada satu entiti lak terselit di gambar ni….hahahahaha.. 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimBerehat sekejap sebelum turun ke bawah. Sempat update instagram di atas ni…hihihihihi… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimNampak tak puncak bukit yang paling tinggi tu?… Itulah puncak Hang Nak Hill. Permandangan daripada Noppharat Thara Beach. Sumber gambar: seekrabi.com

Pendakian ke puncak Hang Nak Hill tidak akan lengkap tanpa bergambar di sebuah tebing yang popular di situ (Hang nak Cliff). Lokasinya adalah berdekatan dengan puncak Hang Nak Hill. Sekiranya anda turun dari puncak (batu besar) dan berjalan menuju trek untuk turun ke bawah, bermakna trek ke tebing adalah di sebelah kiri. Memang kelihatan jelas ada laluan ke kiri selepas batu besar yang menuju ke bawah. Ikut sahaja laluan trek itu hinggalah ke lokasi tebing dan pasti anda juga akan berjaya untuk menghasilkan gambar-gambar seperti di bawah ini….hihihihihihi… 😀 Memang rugi kalau tidak singgah dan bergambar di tebing Hang Nak Hill.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimPulau apa tu?……

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimYeayyyyyyy!!!!!!!…… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimGambar di tebing (Hang Nak Cliff) daripada belakang. Permandangannya memang hebat!!!… 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimGambar di tebing (Hang Nak Cliff) daripada sebelah tepi. Amacam?… bergaya tak?…. 😀

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimGambar aku dan wife. Walaupun wife dah cuak untuk duduk dihujung tebing…hihihihihi.. 😀

Selepas puas bergambar di tebing (Hang Nak Cliff), kami kembali semula ke trek asal untuk turun ke bawah. Perjalanan turun memang mengambil masa yang lebih singkat daripada perjalanan naik disebabkan kurang berhenti dan bergambar…hihihihi.. 😀 Sebaik sahaja sampai di bawah, terus rekodkan waktu turun di buku rekod renjer dan lepak santai beramai-ramai sambil layan air kelapa sejuk….. 😀 Jangan lupa beli air kelapa dari renjer di situ.

tab-kak-hang-nak-hill-nature-trail-krabi-thailand-hang-nak-mountain-hiking-eshamzhalimJangan lupa untuk rilek sambil pekena air kelapa segar apabila turun nanti. Ada kedai kecil sebenarnya di bawah yang diuruskan oleh renjer di situ. Air kelapa sejuk memang layan ooooo…….. 😀

Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail sememangnya boleh dijadikan salah satu aktiviti sekiranya berkunjung ke Krabi. Tahap pendakian yang tidak melampau ekstrem tetapi masih memberikan cabaran kepada pendaki kerana perlu memanjat trek berbatu lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke puncak. Ada sesetengah laluan memerlukan pendaki untuk lebih berhati-hati oleh kerana laluan trek akan melalui kawasan lereng-lereng bukit. Permandangan di puncak akan membuatkan segala usaha dan penat lelah pendakian anda amat berbaloi. Sekiranya anda bercuti di Krabi, jangan lupa singgah di Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail.

Ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan kepada sesiapa yang ingin mendaki Hang Nak Hill…. 😀

  1. Dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai dan elakkan daripada memakai selipar. Sandal bertali dengan tapak yang sesuai juga boleh digunakan.
  2. Bawa makanan ringan dan air secukupnya. Berapakah secukupnya??..ermm…Anda lebih mengenali badan anda.
  3. Jangan mendaki secara solo. Takkan nak selfie jer sepanjang pendakian…hihihihi.. 😀
  4. Jangan mendaki selepas pukul 1 atau 2 petang kecuali jika hendak bermalam di puncak.
  5. Pastikan anda turun sebelum pukul 5 petang. Waktu di Thailand adalah awal 1 jam daripada Malaysia. Pukul 6 petang di Thailand bersamaan pukul 7 petang di Malaysia dan akan cepat gelap.
  6. Jangan lupa bawa kelengkapan asas untuk mendaki.
  7. Jangan lupa ambil nombor telefon renjer sekiranya ada kecemasan semasa mendaki.

Selamat Mendaki!!!…. 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

18 thoughts on “Tab Kak Hang Nak Hill Nature Trail: Krabi, Thailand

  1. Hi bro,
    Saya plan hiking bulan Oktober nanti…hiking solo nie bro…nak tanya tempat nie sll ada hikers lain ke mcm mana bro? Time bro pg ada group lain tak? Risau pula haha lagi pun nak ambik gambar atas cliff tue pun tak dpt…

    1. Kebiasaanya di guesthouse atau hotel ada perkhidmatan sewa motor…selalunya dia akan mintak paspot jer..tapi walau apa pun untuk keselamatan kena laa ada lesen… takut apa2 berlaku…naya nanti.. lesen malaysia boleh digunakan di thailand.. Omputih pun selalu jer sewa motor tanpa ada lesen tp risikonya tanggung sendiri laaa.. 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.