Moh Ke Perak: Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan #VMY2014
Assalamualaikum dan Salam Mesra, Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini terletak di Kampung Bota Kanan, Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Tuntung adalah haiwan yang tergolong di dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi atau kura-kura dan mengikut statistik, populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk...