the-heart-exhibition-2013-shamphotography-midvalley

Salam,

Biler kali terakhir korang gi wat check-up?, last week aku ngan wife gi ” The Heart Exhibition 2013 ” di Mid Valley Exhibition Centre. Memang aku dah tandakan event ni kat jadual aku, bagus sebenarnya event-event begini sebab kita boleh buat check-up dengan PERCUMA! Yerrrr….betul!! PERCUMA OK!. Event ini adalah anjuran Institut Jantung Negara dan Yayasan Jantung Malaysia dan event ni akan diadakan setiap tahun untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya penjagaan jantung dan apakah penyebab-penyebab serangan jantung.

Dengan niat yang murni dan semangat yang jitu, pagi tu lebih kurang pukul 9.30 pagi kitaorg dah gerak ke Mid Valley, exhibition start pukul 10 pagi tp xnak berebut parking dan maleh nak beratur panjang so kena ler dtg cepat. Mmg kitaorg x bekfes sbb nak wat check-up dulu, seboleh-bolehnya nak dapatkan test reading yang betul. Kebiasaannya 80%-90% tepat, kalau nak yang betul-betul tepat kena gi buat blood test.

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

Pagi tu masih belum ramai lagi pengunjung yang datang so kitaorg terus beratur untuk wat check-up, siap dapat check-up kad lagi ok!…hihihihi. Mula-mula kitaorg gi wat ujian Blood Preasure…. ermmm… bacaan atas ok tp bacaan bawah ada tinggi sket (lebih 2 jer…hihi), selesai tu terus gi ujian BMI (Body Mass Index). BMI ni adalah ujian untuk melihat samaada berat dan ketinggian kita adalah normal dan seimbang, gemuk, obesiti, kurus atau terlalu kurus. Aku nyer BMI 21 jer bersamaan dgn normal ataupun seimbang (x gemuk x kurus ok!..kira ngam2 jer sama ler ngan wife).

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

Pastu aku ngan wife beratur pulak untuk wat ujian tahap gula dan kolestrol dalam darah. 2 minggu lepas aku wat ujian tahap kolestrol dapat 3.88 mmol/l tapi result yang ni dapat 5.07 mmol/l dan kali kedua aku test lg kolestrol dapat 5.6 mmol/l (beza 1 jam jer dan belum makan lagi yer..) Nurse tu ckp test ni 80% tepat, kalau nak tepat kena wat blood test. Macam mana nak kira paras kolestrol, korang baca kat bawah ni yer…

Nilai paras kolestrol dinilai dalam unit millimols setiap 1 liter iaitu mmol/l:

  • Sekiranya keputusan di bawah 5.2 mmol/l bermakna keputusan darah anda di tahap selamat
  • Sekiranya keputusan darah antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda tinggi dan perlu diturunkan
  • Sekiranya keputusan di atas 7.5 mmol/l, ini menunjukkan paras kolesterol adalah sangat tinggi dan keadaan ini dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial

Apabila jumlah kolesterol dalam darah tinggi, doktor akan membuat ujian kolestrol semasa berpuasa Paras kolestrol ketika berpuasa. Ujian darah ini akan menunjukkan secara terperinci jenis kolestrol di dalam darah anda.

Tahap kolestrol ni laa yang kita kena pantau selalu yer, jangan asik nak makan sedap-sedap jer….ekekekeke. Aku pun asik makan daging kambing jer tapi lepas tu aku minum air limau ok!..ekekeke.

Result kandungan gula dalam darah pulak, aku ngan wife dapat result yang ok.. x tinggi dan x rendah, ngam-ngam jer.

Kat bawah ni tafsiran bacaan kandungan gula dalam badan seseorang:

  •  <5 – 7 mmol/l : Normal
  • 7-10 mmol/l : Tahap Berjaga-jaga
  • >10 mmol/l : Kencing Manis

Dan di dalam kad ini lah hasil keputusannya semua. Alhamdulillah, keputusannya ok walaupun ada yang sikit-sikit naik tu. Kitaorg buat check-up ni 2 kali yer, selang 1 jam kitaorg wat kat dewan sebelah pulak…ekekekekeke…takpe ler dah free kan, sajer jer nak tgk keputusan kedua-dua test tu. Keputusannya xde ler jauh sgt kan, lebih kurang jer so ok la kan.

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyTest result wife aku…

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyNi pulak test result aku….hihihihi..

Dah abis check-up, kitaorg gi ronda-ronda dalam dewan tu, banyak jugak booth-booth produk kesihatan, ada yang jual alat ujian gula ngan kolestrol, jual vitamin tambahan, pameran, perkhidmatan ECG Test tp kena bayar RM25 seorang dan yang paling aku suka ialah ada juga booth yang sediakan games untuk pengunjung seperti Xbox, puzzle dan dam ular. Seronok jugak aku ngan wife lawan bowling guna Xbox, xyah guna remote control atau joystick ooooooo…. Xbox tu detect pergerakan badan kita.

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyAmacam?..ada gaya cam medical student tak?.. 🙂

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyBersama nurse cute……

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotography

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyVirtual Bowling….. Xbox mmg best…

 the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyDr. Eshamz Halim bersama pesakit jantung….sdg prep. untuk operation…

Kebiasaannya, apabila ada event-event yang camni, yang paling ramai datang adalah kaum cina manakala kaum india dan orang melayu kita kurang ambil tahu mengenai perkara-perkara yang sebegini. Nampak sangat kaum cina ni betul-betul mementingkan kesihatan berbandingkan orang kita yang aku rasa macam takut untuk memeriksa tahap kesihatan diri sendiri. Aku ada tanya kat nurse yang cute kat situ (wife aku lg cute ok!! 🙂 ) “ Ramai ker orang kita datang hari ni?” … nurse yang cute tu pun jawab “ Tak ramai pun Encik! biasanya orang kita ni kurang nak datang event cam gini. Dari tadi yang ramai pun chinese”. Takde isu perkauman di sini yer, cuma nak menunjukkan bahawa kaum cina amat pentingkan kesihatan. Orang kita pun ada jugak yang datang cuma x ramai jer atau maybe drg suka datang petang-petang ker?.

Aku pun dulu sama jugak, xde nyer nak gi event-event camni tp biler umur dah meningkat ni kena ler amik tahu pasal kesihatan badan kita sendiri kan. Wellness program kat Universiti Malaya ni pun umur 35 tahun ke atas baru layak nak join, next year aku leh ler join…ekekekeke. Mengikut sejarah keluarga aku mmg xde sesiapa yang ada penyakit jantung atau kencing manis, cuma yang ada pun darah tinggi jer. Kadang-kadang penyakit ni mengikut keturunan sbb dah ada dalam DNA keluarga kita.

Tak semua booth pun kita singgah sbb lepas tu nak gi kenduri kawen member kat dalam UM. Dalam pukul 2.30 petang kitaorg pun gerak gi kenduri, balik rumah dalam pukul 4 petang dan terus dua-dua tertido kat sofa sebab letih kot…..hihihihihihi.

Sebelum aku terlupa, wife aku pun ada jugak wat write-up pasal Heart Exhibition ni dalam blog www.vitamin4kesihatan.com … jom ler baca write-up dan pendapat dia di entri Pameran Kesihatan Jantung Terbesar Di Malaysia.

Next program yang kitaorang akan sertai ialah ‘BE THE MOVEMENT’ CHARITY WALK bagi menyokong World Hunger Relief 2013 yang akan berlangsung di Putrajaya. Nanti aku buat write-up pasal program ni yer.

p.s : Gambar kurang memuaskan yer sebab snap guna handphone Samsung wife aku. 🙂

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

3 thoughts on “The Heart Exhibition – Pameran Kesihatan Jantung 2013

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.