Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni aku telah di tag oleh blogger aktivis kemasyarakatan terhebat iaitu Bro KhirKhalid untuk menyertai segmen “The Liebster Award Khas” untuk blogger-blogger. Terima kasih juga kat Bro Khir sebab ingat jugak kat aku….ahahahahaha….dalam banyak-banyak geng blogger dia, ada jugak terselit nama blog tempelan aku yang dia tag…hihihihi… terharu lak rasanya.. π
Apa itu The Liebster Award ni ek???…kalau nak tau klik jer —> Liebster Award
Apa yang perlu aku buat ek apabila di tag?….ermmm.. sebenarnya dalam segmen ini aku dikehendaki menjawab 11 soalan dengan sejujurnya soalan yang diberi oleh blogger Bro Khir. Lepas tu aku pulak perlu tag 11 geng-geng blogger aku yang lain dan aku pula perlu beri soalan untuk dorang pulak jawab… ala-ala email berantai ler tuuu!!… :D. Klik jer kat sini kalau korang nak tau soalan apa yang ditujukan kepada aku oleh Bro Khir Khalid.
11 soalan-soalan daripada Bro Khir Khalid yang simpleβ¦ π
1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
Ermmm…seorang yang simple, suka ketawa, tak suka pening-peningkan kepala, seorang yang menepati masa sebab tak suka buat orang lain tertunggu-tunggu. Seorang suami kepada blogger www.vitamin4kesihatan.com …hihihihi.. seorang yang IT Savvy, seorang yang suka mengambil gambar, seorang yang suka bermain gitar…ala-ala orang seni la kot…ahahahahaha… kalau nak tau, mai ler jadi geng aku… π
2. Apakah warna kesukaan anda?
Blue is my favourite color….
3. Apakah makanan kegemaran anda?
Semestinya nasi kosong, telor dadar cili potong dan sup kosong…. kalau tak caya tanya ler wife aku…ekekekeke.. dan satay…
4. Bilakah waktu yang anda rasakan seronok dan sesuai untuk anda berblogging?
Waktu fikiran aku tenang dan rilek… tak kira waktu siang ker malam janji rileksssss……….. π
5. Apakah sukan kegemaran anda?
Badminton dan Bowling…. tak reti main bola sepak…ekekekeke…
6. Apakah yang anda pernah lakukan bila mengantuk yang tak tertahan ketika dalam mesyuarat, kursus atau seminar yang anda sertai?
Kalau dulu mesti keluar gi berasap tapi sejak dah berhenti merokok ni cuma layan chatting dengan handphone atau layan fb jer…
7. Apakah rancangan televisyen dan filem yang anda gemari?
Supernatural, heroes, C.S.I pastu kalau filem mesti ler Forest Gump, Walter Mitty, Life of Pi dan banyak lagi sebenarnya….
8. Dimanakah tempat yang paling suka anda lawati di Malaysia?
Di tempat yang membuatkan aku lupa pasal kerja di opis… biasanya kena gi Pulau…. layan air laut..ekekeke…
9. Manakah negara pilihan yang paling anda suka untuk dilawati selain Malaysia?
Semua negara kecuali Israel sebab aku kan suka travel… duit jer yang tak mengizinkan… π
10. Siapakah aku berdasarkan pengetahuan anda sendiri?
Bro Khir ni aku rasa seorang yang sempoi, senang nak berkawan, senang nak berborak sebab baru pertama kali berborak masa kat SBB hari tu tapi rasa macam dah lama kenal…ekekekeke… nampak macam berjiwa seni jugak…ekekeke.. π
11. Pendapat anda tentang blog aku ini?
Blog Bro Khir memang amat berguna dan bermanfaat dalam memberi pendedahan kepada masyarat terhadap masalah dan gejala sosial yang berlaku dikalangan komuniti kita. Blog yang penuh dengan perkongsian terhadap perkembangan masyarakat kita. Blog yang agak sempoi tapi penuh dengan maklumat yang mantap.
Itu ler jawapan aku kepada soalan-soalan Bro Khir so sekarang ni aku pulak nak tag kat rakan-rakan blogger yang lain. Aku taknak ler tag sesiapa sebab aku tak banyak geng blogger sangat, maklum ler blog tempelan jer tapi kalau ada blogger yang sudi blog korang di tag, aku amat berbesar hati sekiranya korang boleh menjawab soalan aku di bawah ni haaa….ekekekeke..
11 soalan aku yang awsome :
1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
2. Apakah kereta idaman anda?
3. Apakah makanan kegemaran anda?
4. Apakah permainan anda waktu kecil dulu?
5. Apakah sukan kegemaran anda?
6. Apa yang korang akan lakukan apabila marah?
7. Apakah rancangan televisyen dan filem yang anda gemari?
8. Dimanakah destinasi idaman percutian anda?
9. Apa yang menyebabkan korang suka baca blog aku?
10. Pendapat korang tentang aku berdasarkan perkongsian cerita aku di dalam blog?
11. Pendapat anda tentang blog aku ini?
Kepada sesiapa yang sudi menyertai segmen ini amatlah dialu-alukan. Kalau dah jawab, sila tinggalkan link di ruang komen di bawah.

saya sokong bang… travel around the words kcuali israel…
ok saya joint segment abg.. disebabkan pkataan tak tag siapa2 tu ha..ha..
http://akusobriyaacob.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-bro-sham.html
TQ2…. nanti aku serang balas balik kat blog ko lak…ekekekekeke…. π
aku macam nak jawab semua tu … tapi aku tak penah jumpa hang; mai blog hang pon jarang sekali..kecuali kat fb tapi hang memang sempoi blogger sebab aku tau hangpa sumi isteri kaki travel , hangpa happy go lucky…aku suka cara hangpa berdua , walau jauh tp dah mcm dekat pulak tu pasai aku guna hang aku ja la ni…
TQ Bro PCL, Inshaa’Allah satu hari nanti kite akan lepak sambil berborak denganhang…ekekekekeke… hangpa pun sempoi jugak…ekekekeke… apamcam perut hang..dah ada six pack ker belu,?…ekekekekeke… π
mna boleh dapat six pack …tp flat terus π π
oooo… tu namanya 1 pack…ekekeke π
ha..ha..mestilah dah six pack pcl ni kan.. hari bsenam..
abg mcm mana plan belum jadi ke?ke nak p thailand skali dgn trip PCL ?????
Plan Belum tu maybe lepas raya la sbb banyak plan ler bulan ni ngan bulan depan pastu puasa kan… nak pi thailand tu mmg menarik tp kalau ada ramai geng lagi menarik… bulan 6 nanti Cheq Eem banyak kena gi outstation laa.. urusan kerja so bulan 6 nanti aku sering ditinggalkan keseorangan di rumah…ekekekekeke… pertengahan bulan 6 Cheq Eem kena gi sabah seminggu.. nak ikut fulus tak cukup pulak…ekekeke.. π
oic…rupanya bro nie husband Cheq em rupanya..hehehe..patut laa nampak pergi vacation sekali..mesti best husband and wife dua-dua blogger..hehehe..
Regards,
-Strider-
Laaa… bro baru tau ker kitaorg husband and wife…ekekekeke… tu pasal ler kemana-mana mesti berdua..ala ala romantik gitu…ekekekeke… leceh gak dua2 blogger ni sbb kitaorg asuk berebut komputer dan menghabiskan kouta internet dgn segera…ahahahahaha…. π
nilah pasangan sweet blogger..sweetkan dorang..rasa mcm mkan gula2 hacks.. ha..ha
mmg suwittt sangat….ekekekekeke…. :p
husben n wife pling sweet kat dunia ni bro! sweet mcm gula2 hacks..he..he..
happy couple blogging la..la..la.. π
Hehee.. T kasih bro Sham sbb sudi join.. minat & hobi lita ada yg lebih kuranglah.. cuma bab2 travel memanjat gunung ganang & menyelam lautan tu je yg tak berapa boleh ikut skrng ni… boleh semput juga aku jadinya tu hehee..
Apa pun.. t kasih atas silaturrahim & persahabatan. Semoga perkenalan yg terbina ini lebih diberkati & berkekalan di dunai & akhirat.. aamiin.. π π
p/s: Aku pun kurang minat bola.. klu menonton kat tv, silap2 boleh tertidur huhu.. π π
Alhamdulillah…hehehe… Tq jugak kat bro khir sbb tag kat aku…. jiwa era 70an sama kot…tp bro khir ni lahir era 70an gak ker?…ekekekeke… aku pun zaman sekolah dulu mmg tak aktif mcm ni sbb selalu kena asma tp biler dah masuk 3 series ni tertiba aktif ngan aktiviti outdoor pulak….ekekekekeke… dah 3 series ni kena selalu aktif spy badan sihat kan…ekekeke… π
p.s : aku pun tak minat bola tapi Cheq Eem mmg hantu bola.. team liverpool ler katakan… semua pemain liverpool dier tau… biler dier tgk bola..aku layan jer ler…ekekekeke.. π