Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni The Liebster Award aku anugerahkan kepada blog “Aku Vs Kehidupan” kepunyaan Bro Sobri. Bro Sobri adalah diantara blogger terawal yang sering komen di blog aku ni. Terima kasih kerana sudi menjadi antara pembaca tegar di blog ini, walaupun ari tu 1st time jumpa masa FAM Trip ke Pengkalan Hulu tapi seperti dah lama kenal. Memang sporting dan berjiwa giler-giler sket…ahahahaha… sama cam aku… ๐Ÿ˜€ . Hidup kan harus ceria…. terharu pulak Bro Sobri ni menjawap soalan-soalan aku di blog dier, kalau korang nak baca..leh ler klik kat sini —> The Liebster Award by Bro Sham.

Liebster-Award

Ok..ok.. jom aku jawap soalan-soalan daripada Bro Sobri (Blogger Termasyhur Kawasan Gerik)..ekekekeke… soalan-soalannya adalah lah:

1) Apa definasi Travel / Bercuti bagi anda?

Bagi aku definasi Travel / Bercuti ni adalah untuk merehatkan minda dan mencari ketenangan di jiwa..ekekeke… ayat poyo jer kan… hihihihi. ๐Ÿ˜€ . Meneroka dan mengembara ke tempat-tempat lain sambil melihat dan mempelajari budaya dan etnik di kawasan kita travel tu, menambahkan lagi pengalaman dan kenalan. Jangan menjadi seperti katak dibawah tempurung yer… live ur life!..

2) Tempat percutian yang sangat didamkan dan kenapa / wishlist 5 lokasi

1. Gua Mulu & Gua Niah – nak mencari pengalaman sendiri meneroka gua-gua di sana.
2. Sipadan / Mabul – sebab jeles tengok kawan-kawan post gambar-gambar yang lawa-lawa kat sana.
3. Eurotrip – selalu tengok kawan-kawan yang dah join trip ni, rasa serius jeles ooooo….
4. New Zealand – Nak try bungee jump dan sky diving kat sana.
5. Iceland – sebab teruja dengan movie walter mitty…ekekekekeke…
p.s: Banyak giler sebenarnya travel wislhist aku tapi nak 5 jer kan… ekekeke.. ๐Ÿ˜€

3) Anda lebih suka menulis blog mengenai isu apa dan kenapa? travel, isu semasa, personal, kesihatan dan lain-lain.

Aku suka menulis blog mengenai aktiviti travel, personal dan aktiviti outdoor aku dan wife sebab aku nak berkongsi perjalanan dan pengalaman aku bersama pembaca-pembaca diluar sana. Semoga dapat memberi maklumat kepada pembaca di luar sana.

4 ) 5 perkataan yang menggambar blog anda?

1. Kemas
2. Takde Iklan
3. Penuh dengan gambar
4. Simple
5. Berjiwa sempoi….ahahahahaha… betul ker apa yg aku jawab ni?… ekekeke.. ๐Ÿ˜€

5) Komen ikhlas mengenai blog saya ๐Ÿ˜›

Blog Bro Sobri ni amat kemas dan tidak berserabut. Suka baca cerita-cerita mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia dan banyak jugak tempat yang Bro Sobri dah pergi aku masih tak jejak lagi. Menu-menuย  blog pun memang user friendly dan senang untuk navigate di dalam blog. Penggunaan warna yang sedap mata memandang.

Itu ler jawapan aku kepada soalan-soalan Bro Sobri. Seperti biasalah, aku taknak ler tag sesiapa tapi kalau ada blogger yang sudi blog korang di tag, aku amat berbesar hati sekiranya korang boleh menjawab soalan aku di bawah ni haaa….ekekekeke.. ๐Ÿ˜€

11 soalan aku yang awsome :

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.

2. Apakah kereta idaman anda?

3. Apakah makanan kegemaran anda?

4. Apakah permainan anda waktu kecil dulu?

5. Apakah sukan kegemaran anda?

6. Apa yang korang akan lakukan apabila marah?

7. Apakah rancangan televisyen dan filem yang anda gemari?

8. Dimanakah destinasi idaman percutian anda?

9. Apa yang menyebabkan korang suka baca blog aku?

10. Pendapat korang tentang aku berdasarkan perkongsian cerita aku di dalam blog?

11. Pendapat anda tentang blog aku ini?

Kepada sesiapa yang sudi menyertai segmen ini amatlah dialu-alukan. Kalau dah jawab, sila tinggalkan link di ruang komen di bawah.

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

4 thoughts on “The Liebster Award by Bro Sobri

  1. kah..kah.. yg berjiwa gila2 dan sempoi tu yang best! bkan snang nak jmpa kawan alam maya yg serasi dgn kita..tq abang sham..rajin jgak membalas..wah new zealand..kita serupa..sbab tgok hobbit rasa nak p plak kat sana..:P rasa segan2 kucing plak bila org tlis pasai blog kita.. ha..ha..

  2. Terbaiklah… bro Sobri mmg sempoi. Beruntunglah bro dpt jumpa & beramah mesra dgn dia. Teringin juga aku nak jumpa dia ni.. asyik cuit2 mengusik kat blog je hehee. Semoga persahabatan berkekalan dgn kemeriahan & keberkatan… aamiin.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

    1. Bro Sobri mmg sempoi ooo… nanti kita kena wat perjumpaan kecil-kecil untuk geng2 blogger pastu jemput Bro Sobri sekali wakil daerah Gerik…ekekekekeke… Semoga semakin meriah persahabatan kita… ๐Ÿ˜€

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.