Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Misi Menjejaki Kawasan Air Terjun Di Langkawi

Pada sebelah pagi kitaorg dah gi Island Hopping so sebelah petang  baru lah kitaorg mula untuk menrealisasikan misi kitaorg ke sini. Sebelum datang Langkawi, kitaorg dah setkan misi untuk trip ini. Misi kitaorg adalah untuk menjejaki kawasan Air Terjun di Langkawi, asik gi pulau jer kan…tukar angin ler pulak. Di Langkawi ada 3 Air Terjun yang popular iaitu Air Terjun Durian Perangin, Air Terjun Temurun dan Air Terjun Telaga Tujuh. Singgah dobi jap antar baju untuk dibasuh pastu berhenti makan tengahari dulu dan baru sambung misi tadi…hihihihihihi.. 😀

Info Air Terjun Durian Perangin

Lokasi air terjun yang pertama ialah Air Terjun Durian Perangin. Kenapa dinamakan Durian Perangin aku pun tak tau?, mungkin dulu ada banyak pokok durian di sini tapi memang aku ternampak sebatang dua pokok durian di lokasi air terjun ni. Air Terjun Durian Perangin terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Raya. Tak susah nak cari sebab kitaorg pun berpandukan map yang telah diambil daripada tempat sewa kereta jer. Papan tunjuk arah (signboard) pun banyak dan senang nak cari. Jalan ke lokasi Air Terjun Durian Perangin ni jauh masuk ke dalam yer, sampai kitaorg pun tertanya-tanya… betul ker jalan ni?..sunyi jer!.. Sampai jer di hujung jalan terus nampak tempat parking dan banyak jugak kedai-kedai cenderahati kat situ. Lega sket kitaorg…..hihihihihi. Jom layan gambar dan video di lokasi Air Terjun Durian Perangin.

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotography

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotographyAkan jumpa air terjun yang ni dulu pastu ke naik atas lagi baru jumpa 1 lagi air terjun…

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotographyKat tepi batu air terjun ni…

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotographyAir terjun yang di atas..jernih jer airnya..nasib baik tak bawak baju spare…

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotographyJenuh tahan balak ni daripada bergolek ke bawah..

langkawi-air-terjun-durian-perangin-shamphotographySungainya yang dah kering….

Jom tengok video lak…

Biler dah puas bergambar dan lepak-lepak kat Air Terjun tu, terus kitaorg turun ke bawah dan cari lokasi Air Terjun seterusnya tapi kitaorg terpaksa tangguhkan ke esok pagi sebab lokasi Air Terjun yang lain agak jauh. Ermmmm….terus tertanya-tanya nak gi mana ni ek?. Pagi tadi sebelum keluar bekfes, kitaorg ada borak dengan minah jaga hotel tu pastu dier ada sebut dan rekemenkan kitaorg gi ke Hutan Lipur Lubuk Semilang, tempat berkelah jugak katanya. Hutan Lipur Lubuk Semilang pulak berdekatan jer dengan kawasan Air Terjun Durian Perangin lak tuu!!.. so ke situ ler next stop kitaorg. Tak susah nak cari pun, tengok papan tanda jer..mesti jumpanya.

Info Hutan Lipur Lubuk Semilang

Hutan Lipur Lubuk Semilang pun terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya gak. Kawasan Hutan Lipur Lubuk Sembilang mempunyai sungai sepanjang 2 km. Kat sini ada jugak kemudahan asas seperti tandas, tempat berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Kat sini sebenarnya  tapak permulaan untuk mendaki ke Gunung Puncak Raya melalui Tangga Helang Seribu Kenangan. Trail ini boleh tembus ke Hutan Lipur Durian Perangin sejauh 10 km melalui Puncak Gunung Raya. Jauh tu 10 km tapi trail tu ditutup diatas sebab-sebab tertentu. Jom layan gambar tapi sket jer sebab takde snap gambar sangat kat sini.

langkawi-air-terjun-durian-perangin-tangga-helang-seribu-kenangan-shamphotography

langkawi-air-terjun-durian-perangin-tangga-helang-seribu-kenangan-shamphotography

langkawi-air-terjun-durian-perangin-tangga-helang-seribu-kenangan-shamphotography4,287 anak tangga…fusssss….sib baik laa tutup..hihihihihi

Lepas abis ronda kat Lubuk Semilang, terus kitaorg balik ke hotel tapi sebelum tu singgah jap kat gerai-gerai  sebelah landasan kapalterbang tu… tang korner tuu..area tepi pantai. Pekena chaw kueh tiaw ngan air kelapa jap pastu wife tapaw kepak ayam madu untuk bawak balik hotel. Singgah dobi untuk pick-up baju pastu baru balik hotel. Malam tu kitaorg takde kemana-mana, lepak kat hotel jer layan wifi sambil upload gambar kat fb. Kemas bagpack sebab besok takut tak sempat lak kang, ada 2 Air Terjun lagi nak terjah esok pastu kena check out pukul 12 tengahari. Akhirnya kitaorg Zzzzzzzzzzzzz…….

Perbelanjaan setakat ini:

Telah dibelanjakan = RM685.50
Makan Tengahari = RM15
Makan Malam = RM20
Dobi Ekspress= RM9.60
Air Mineral = RM6
Jumlah = RM736.10

Khamis, 16 Januari 2014

Pagi tu kitaorg bersiap awal sebab taknak buang masa, start kereta terus menuju ke lokasi air terjun yang kedua iaitu Air Terjun Temurun. On the way, singgah Petronas jap untuk beli bekfes dan isi petrol RM10. Target kitaorg untuk bekfes di Air Terjun Temurun…hihihihihi. 😀 .

Info Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Machincang Langkawi. Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Kemudahan yang disediakan seperti  kemudahan rekreasi atau wakaf dan kemudahan awam untuk mandi, trekking dan bersiar-siar.

Lokasi air terjun ini sebenarnya amat jauh daripada hotel kitaorg, mengambil masa 30-45 minit jugak untuk sampai kesini dan kawasan sekitarnya amat sunyi. Kitaorg pun takut jugak nak gi ke air terjun, lama gak kitaorg tunggu dan pusing-pusing kawasan situ. Akhirnya nampak ramai tourist dari China nak ke air terjun tu…apalagi kitaorg pun join sekali ler….ekekekekeke. Tourist  tu cakap english pun tak reti, jenuh aku tanya dorang, cam ayam ngan itik jer. Sayang betul sebab air terjunnya kering sket sebab dah lama tak hujan di Langkawi tapi puas hati jugak sebab kitaorg dapat bekfes betul-betul ditengah air terjun tu, kalau tak tempat tu mesti dah tinggi dan penuh dengan air kan. Jom layan gambar sket dan video di Air Terjun Temurun.

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotographySungai Temurun pun dah kering…

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotographyTinggi air terjun tapi sayang dah kering pulak.

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotography

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotography

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotography

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotographyCantik kan batunya…

langkawi-air-terjun-temurun-shamphotographyBerjaya jugak kitaorg bekfes kat sini, kalau tak tempat kitaorg duduk ni mesti dah penuh dengan air.

Video lagi..

Biler perut dah kenyang, terus kitaorg menuju ke lokasi air terjun yang ketiga iaitu Air Terjun Telaga Tujuh. Air Terjun ni berdekatan dengan Skycab jer.

Info Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh terletak di Gunung Mat Chingcang. Nama air terjun ini bermaksud ‘Telaga Tujuh’, merujuk kepada koleksi tujuh kolam berasingan yang terjadi secara semula jadi dan mempunyai air terjun setinggi 90 meter. Air terjun ini mengalir dari satu telaga ke telaga seterusnya dan proses ini berulangkali sehingga ke tujuh kali.

Kat sini parking kereta dikenakan bayaran RM2 yer dan banyak jugak gerai makan serta cenderahati kat situ. Kitaorg kejar masa ni so nak kena cepat, nak naik ke atas ada 2 jalan, satu jalan tar untuk mendaki dan satu lagi mendaki menggunakan tangga. Aku dan wife pilih tangga jer, kitaorg berjaya naik ke atas melalui 367 anak tangga dengan masa 20 minit sahaja termasuk lah berhenti rehat dan bergambar jap. Bergoyang kepala lutut ooooooo….ahahahahahaha. Sampai kat atas jer, indah sungguh permandangannya, boleh nampak cable car dari atas tu. Air di kolam-kolam kat atas tu memang sejuk. Oleh kerana kejar masa, kitaorg hanya dapat bergambar jer dan lepas tu turun balik sebab nak balik ke hotel untuk check out sebelum pukul 12 tengahari. Rekod turun kitaorg 7 minit sahaja.

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotography

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotographyTu dia tinggi tul tangganya….

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotography367 anak tangga harus diharungi tapi amat berbaloi bila sampai ke puncak… 🙂

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotography

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotography

langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-shamphotographySejuk tul airnya walaupun panas terik…

Terus bergegas ke hotel untuk check out dan dapat balik deposit RM50. Kereta sewa kena hantar sebelum pukul 2 petang so kena gerak balik ke Pekan Kuah, tiket ferry ke Kuala Perlis tak beli lagi tapi singgah makan dulu lah. Selesai makan terus gi hantar kereta sewa dan dapat balik deposit kitaorg lagi RM70. Dari tempat kereta sewa ke Jetty kitaorang jalan kaki jer tapi jauh jugak sebab amik masa dalam 30-45 minit dan sambil bergambar yer…ekekekekeke.

taman-langkawi-shamphotography

taman-langkawi-shamphotography

langkawi-taman-chogm-shamphotography

langkawi-taman-chogm-shamphotography

langkawi-taman-chogm-shamphotographyBergambar dengan tourist dari Germany..

langkawi-taman-chogm-shamphotography

Takyah nak naik teksi, selagi kitaorg boleh jalan kaki, kitaorg redah jer…save budget sket. Singgah-singah kejap sambil amik gambar di kawasan tu pastu amik gambar dengan Monumen Helang Besar tu. Tak lengkap rasanya gi Langkawi kalau tak bergambar dengan Helang Besar tuuu….

dataran-helang-langkawi-shamphotography

dataran-helang-langkawi-shamphotography-01

Terus ke Jetty dan dapat tiket pukul 4 petang dan lepak dulu di Starbuck untuk menghabiskan masa. Sambil-sambil layan wifi percuma kat situ. Pukul 4 kitaorg naik ferry menuju ke Jetty Kuala Perlis dan “Selamat Tinggal Langkawi, Nanti Kitaorg Datang Lagi!”

Perbelanjaan terakhir di Langkawi:

Telah dibelanjakan = RM736.10
Breakfast = RM7
Makan Tengahari = RM14
Petrol = RM10
Parking = RM2
Kopi Starbuck= RM10
Tiket Ferry Ke Kuala Perlis – RM18x2 = RM36
Jumlah = RM815.10

Dapat Balik Deposit:

Sewa Kereta = RM70
Hotel = RM50
Jumlah – RM815.10 – RM120 = RM695.10 (bahagi 2 – Perbelanjaan Seorang = RM347.55)

Ok la kan… kos untuk seorang RM347.55 sahaja. Tiket KTMB ke KL Sentral pun mmg dah beli sekali. Kos di Perlis aku tak masukkan kat sini sebab kat Perlis kitaorg memang niat nak singgah rumah Aman.

Sampai di Kuala Perlis aku terus telefon Aman, sementara tunggu dia sampai kitaorg ronda-ronda sekitar Jetty tu.

jetty-kuala-perlis-shamphotography

Malam tu kitaorg tumpang tido kat rumah Aman sebab tiket KTMB balik KL pada esok hari. Dapat ler borak-borak ngan Aman setelah bertahun jugak tak jumpa dia. Ada 1 entri lagi bagi penutup travel logs ni so korang kena tunggu la ek!!… 😀

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

10 thoughts on “Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 3

    1. Kalau pergi musim cuti sekolah ataupun musim perayaan kos akan naik tau dari segi kereta sewa, hotel atau pakej2 ke pulau…..tapi kos untuk public transport tetap sama. Kos kitaorg ni untuk bukan peak session tau… 😀

  1. fullamak view ..kat air terjun tu memang cantik bro..baca entry ni rasa mcm nak p langkawi la ni gak 😛
    kalau saya nak p..memng time bkan cuti sekolah la.. kos menningkat dan sesak..eh pergi x island hopping bro? pergi ke pantai beras basah..view disana gempak bro..

  2. Cantik tempatnya.. suasana semulajadi nampak sungguh nyaman.. tak sangka juga rupanya saudara Sham ni ada semangat badang.. saya sgt kagum… bukan calang2 org boleh menahan balak mcm tu huhu.. nice sharing.. 😀 😀

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.