Salam,
Entri ni sebenarnya sambungan daripada entri Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis, baru ada masa nak siapkan sambungan ke 4 ni…hihihihi. Lepas balik dari Perlis hari tu, banyak pulak aktiviti di hujung minggu. Bagi korang yang belum baca entri tu, leh ler klik link kat bawah ni haaaa…. Nanti tertiba korang baca entri ke 4 ni takut tak paham lak kang kisah mulanya….ekekekeke.
1. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1
2. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2
3. Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 3
Kalau korang dah tahu kisahnya, jom aku sambungkan lagi ceritanya. 😀
Jumaat, 17 Januari 2014
Terima kasih pada Aman sebab bagi kitaorg bermalam kat rumah dia..layanan 5 bintang..
Malam semalam kitaorg tumpang tido kat rumah Aman sebab tiket tren balik ke KL Sentral pada hari ni jam 7.30 malam. Aman terpaksa bukak bengkel hari tu sebab ada kereta yang nak kena siapkan segera dan kitaorg pakat melepak jer kat bengkel NGV dia. Maybe sebab dia tengok kita bosan takde gi mana so dia bagi kitaorg pinjam kereta dia untuk ronda-ronda. Lepas dapat kunci, terus kitaorg menuju ke Padang Besar sebab itu jer yang terpikir dalam kepala. Aman pun bagitau aku jalan mana yang nak ikut dan akhirnya kitaorg menuju ke Padang Besar. Pejalanan ke Padang Besar tak susah sebab ada jer papan tanda arah ke sana, maybe perjalanan ke sana dalam sejam kot sebab kitaorg terkial-kial tengok papan tanda. Sampai jer di Padang Besar, terus nampak kereta dan motor menggunakan no.plet siam. Rasa cam kat Thailand lak tapi memang sempadan pon kan.
Nak bergambar gak dengan skuter plet Siam…
Rambang jugak mata bila kitaorg ronda-ronda kat situ, banyaknya kedai tapi yang paling banyaknya kedai jual pakaian. Macam-macam ada oooooo…..
Kat dalam Shopping Arked Padang Besar. Besar jugak..2 tingkat lagi. Kat luar pun banyak kedai lagi.
Wife mesti akan cari Tom yam paste.
Kitaorg takde ler shopping sakan sangat sebab ni kan episode Travel sambil Budget kan….hihihihihi.. tapi wife banyak kedai dia keluar masuk sebab nak cari Jersi Spain….ermmm… nak dekat World Cup dah katanya. Aku pun ikut jer ler sebab aku takde fokus nak beli barang pon.
Suka giler sebab dapat beli 2 jersi Spain….. pattern baru katanya..
Tapi kitaorg dapat ronda-ronda sekejap jer sebab dah janji ngan Aman nak balik sebelum kul 1 petang, Aman kena amik anaknya dari Sekolah. Walaupun hari Thaipusam tapi Perlis tak cuti, rupa-rupanya Perlis tak amik cuti Thaipusam…hihihihi. Aku pun dapat beli tali pinggang jer tapi brand 5.11 ok…. cari kat KL mahal giler.
Panas terik cuaca hari tuu…. wajib amik gambar kat sini…
1 jam jugak kitaorg kat Padang Besar. Ronda-ronda sekejap pastu terus balik ke Kangar, dalam perjalanan tu jumpa papan tanda Gua Kelam…ermmm.. next time kena singgah ni, kena stay sekurang-kurangnya 2 hari kat Perlis baru abis pusing. Ada banyak jugak tempat menarik gak kat Perlis walaupun negeri kecik. Sampai bengkel, Aman ada hal lak so dia bagi kitaorg guna kereta tapi kitaorg tak tau dah nak pusing mana lagi…dah ler hari Jumaat..orang semua gi Masjid…ahahahahaha..aku musafir kan. Lepak ler kejap kat Gua Sami pekena laksa tepi jalan sambil menghabiskan masa. Pusing-pusing jap kat taman kat tepi Gua Sami tu.
Kat taman ni banyak giler biawak besar-besar…takut lak aku tengok…
Akhirnya kitaorg lepak jer kat bengkel Aman sambil tunggu nak ke Stesen Arau, sambil-sambil tu aku amik gambar kat bengkel Aman.
Bengkel NGV Aman
Aman sedang beraksi..hihihi.. aku cukup respek dengan member aku sorang ni.. sanggup keluar dari comfort zone di KL dan merantau ke Perlis mencari rezeki. Dah ada 2 anak dah.
Wife dengan anak Aman no.2… Comel kan..hihihihi..
Bergambar sebelum gi Stesen Arau
Group photo lagi…
Aman bawak kitaorg pekena bihun sup dulu kat tepi pantai sebelum ke Stesen Arau. Rasa sedih lak kena tinggalkan Perlis, memang tenang jer kat sana sebab jalan tak jem sangat cam kat KL. Jalan kat sana lapang dan tak sibuk. Akhirnya sampai jua di Stesen KTMB Arau, dah sampai masa untuk mengucapkan selamat tinggal kat Aman dan keluarganya terutama kat anak-anak dia. Tren pulak tiba tepat pada masanya, tunggu jap sambil layan sunset di platform tren.
Indahnya….
Layan video sket…
Tren pun bergerak perlahan menuju ke destinasi kitaorg, takde apa yang boleh dibuat dalam tren selain daripada layan fb kat phone. Malam tu kitaorg makan kat cafe dalam tren sebab tak sempat nak beli apa-apa sebelum naik tren tadi, order nasi pattaya dan air panas 2 sebab wife bawak Nescafe 3 in 1 (save budget kan), atas tren tu air panas pun dah 50 sen. Seperti biasa tren akan berhenti di Stesen Butterworth selama 30 minit so kitaorg lepak-lepak kat luar tren. Daripada Stesen Arau hinggalah ke Stesen Butterworth coach L4 yang kitaorg naik ni takde aircond so berpanas kitaorg semua dalam tren tu, aku berpeluh-peluh macam baru lepas berlari. Biler sampai kat Stesen Butterworth ni la baru pomen dorang isi gas aircond. Lepas tu aircond sejuk giler….
Stesen Butterworth
Mai!…mai!…KL..Chow-kit…Pasar Seni..ekekekekeke..
North Face dan Columbia sentiasa bersama kitaorg….
Bila tren mula bergerak kitaorg dah prepare untuk tido, jauh lagi perjalanan ni. Seperti biasalah, bukannya boleh tido sangat dalam tren tapi nak adventure kan…layan jer ler. Setiap kali tren berhenti, mesti akan bertukar-tukar para penumpang. Hanya kitaorg jer yang duduk kat seat yang sama.
Pejam celik, pejam celik, akhirnya kitaorg sampai jua ke KL Sentral dalam pukul 6.30 pagi. Bekfes dulu kat KL Sentral pastu terus ke Komuter balik ke Shah Alam. Sampai rumah pukul 8.30, dapat tido 2 jam pastu kitaorg bersiap gi kenduri kahwin member kat KL sampai pukul 4. Malam tu pulak kitaorg keluar untuk “Coffee Time” dengan Hafeesyam kat Putrajaya. Fussss…. macam marathon aku rasa.
Selesai jugak Travel Logs aku ke Langkawi dan Perlis. Kemana pulak kitaorg lepas ni?…ermmmm… tak tahu lagi tapi bulan 5 ni budget nak ke Pulau Perhentian pulak. Tengah ushar pakej-pakej yang murah.

terbaik yob….
TQ Bro…… 😀
Jauh perjalanan luas permandangan, banyak pengajaran serta kenangan… terbaik, saudara Sham.. 🙂
Terima kasih saudara Khir…Jauh perjalanan luas permandangan dan abis duit…ahahahahahahahaha.. 😀