Sawadikap…..

krabi-mapKrabi oh Krabi! Ada apa dengan Krabi?… Yesss!!!

Akhirnya, aku dan wife berjaya menjejakkan kaki di Krabi, Thailand. Di tanahair jiran kita, walaupun di selatan Thai sekarang ini sedang bergolak tetapi di Krabi tetap rasa aman. Aku dan wife dah lama bercadang untuk ke Krabi. Apabila air asia buat promosi, apa lagi cubalah nasib dan akhirnya kami dpt tambang percuma RM0 cuma bayar caj minyak dan cukai airport sahaja. Hasilnya, tiket pergi dan balik semuanya RM230 sahaja untuk berdua!.. murah kan?..hihihihi..rezeki kami. Kebiasaanya memang susah untuk dapatkan tambang percuma. Penerbangan kami ke Krabi adalah pada pukul 7.00 pagi dan balik ke Malaysia pada pukul 7.55 pagi waktu Thailand. Trip kami cuma 4 hari sahaja (25-28 April), sepatutnya kami pergi berlima tetapi 2 rakan lagi tidak dapat ikut disebabkan masalah kehilangan pasport, akhirnya hanya kami bertiga sahaja (Aku, wife dan Hafeesyam).

Kami bertiga tiba di LCCT paada pukul 6.00 pagi dan terus ke kaunter check-in luggage. Ramai giler org walaupun pagi, kami asik disuruh tukar kaunter jer. Lepas settle check-in bag terus tunggu untuk boarding sbb masa dah suntuk sgt, kami sempat gi toilet jer. Ala-ala amazing race la jugak…ekekekeke. Dah boarding jer, flight pulak delay 30-45 minit sbb ada teknikal problem. Dalam pukul 7 lebih baru ler kami berada di awan dan menuju ke Krabi. Penerbangan ke Krabi mengambil masa 1 jam 20 minit dan waktu di Krabi awal 1 jam daripada waktu Malaysia so kalau flight pukul 7 pg dari LCCT, biler sampai di Krabi dalam pukul 7.20 pg. Sampai di Krabi kena setkan jam 1 jam awal, kalau tak nanti semua aktiviti bercelaru masanya…lebih-lebih lg masa flight balik nanti.

airasia-wings-to-krabi

Biler flight touch down jer, bukan main happy lg semua…hilang laa rasa mengantuk…mata semua segar jer. Terus ke kaunter imigresen untuk cop passport. Muka pengawai imigresen Thailand bukan main sombong (unfriendly face), kami ckp “good morning” & “thank you” dier buat tak tau jer. Lantak ler, janji passport kami lepas dicop. Airport Krabi takde la besar sgt, kami budget memang nak sewa kereta supaya senang nak merayap nanti, dapat sewa kereta Nissan Almeera… 950 baht sehari so 3 hari plus insuran kami kena charge dalam 3000 baht (RM300). Sorang kena bg kad kredit untuk deposit walaupun kami byr cash, deposit pon 20,000 baht (RM2000), kalau berlaku apa2 kat kereta hangus la deposit ni. Ada org ckp kalau sewa kereta kat sana, drg akan pegang passport kita tapi takde pon drg cuma photostat jer passport dgn lesen kita.

airport-krabi-thailand
Hafeesyam & Cheq eem
sewa-kereta-krabi
Tgh tawar menawar kereta…mamat thai tu asik senyum jer depan kamera.

Selesai jer proses sewa kereta, terus kami cari hotel yang telah ditempah awal untuk check-in. Aku & wife check-in di Hotel Palm Paradise manakala Hafeesyam di Sunda Resort. Perjalanan daripada airport ke hotel kami sebenarnya 30 minit jer tp disbbkan kami tak tau jalan pastu berpandukan gps nak dekat 1 jam lebih gak sesat…ekekekeke.. pengalaman pertama aku memandu kereta di negara lain, risau gak dgn drg nyer undang-undang, takut kena saman jer kang. Biler masing2 dah selesai check-in, dengan perut yg lapar terus kami gi Ao-nang untuk cari tomyam. Ao-nang ni aku rasa sebijik macam pantai cenang di Langkawi, memang happening. Singgah di kedai makan Lacasa, pekena tomyam…kat sini aku rasa tomyam dier memang sedap dgn rasa masam2 pastu rasa lemak2 santan…smp kosong la bowl yang isi tomyam tu.

ao-nang-beach-krabi
Ao-Nang

ao-nang-hotel

Biler perut dah kenyang, kami ronda-ronda lagi dan singgah di kedai package tour. Kami amik package elephant jungle trekking, 4 island trip dan phi phi island trip. Harga package kena pandai tawar kasi price murah, harga yg kami dpt ni aku rasa kira berbaloi la. Hari pertama ni, kami gi elephant jungle trekking dulu sbb taknak rugikan masa. First time naik gajah memang amat menakutkan…ekekekeke…aku & isteri siap boleh duduk atas kepala gajah lagi. 1 jam jugak kami duduk atas gajah sambil ronda-ronda ladang pokok getah, siap gajah tu menyeberang sungai lagi….ekekekeke.

Malas nak cerita panjang, jom tgk gambar kat bawah ni:

elephant-trekking-krabi01

elephant-trekking-krabi02

elephant-trekking-krabi03

elephant-trekking-krabi04

elephant-trekking-krabi05

elephant-trekking-krabi06

Lepas puas naik gajah, kami balik hotel untuk rehatkan badan dulu tp hari hujan pulak. Sebelum balik hotel kami singgah pasar malam tak jauh dari hotel kami, seronok giler macam-macam makanan ada kat sini…beli makanan sket bwk balik ke hotel. Kalau korang nak tau gerai tu halal atau tak, korang tgk kat papan tanda gerai tu ada gambar bulan dan bintang tak? kalau ada maknanya org muslim la tu atau kdg2 drg dah letak tanda halal terus kat papan tanda. Aku rasa pasal makanan kat Krabi tak perlu risau sbb merata-rata tempat ada kedai halal.

halal-food
Gambar Bulan dan Bintang serta logo halal

Disebelah malam kami ronda-ronda di pekan Krabi walaupun hujan tetapi kami duduk dalam kereta sahaja, akhirnya kamu hanya ronda-ronda di Ao-nang sahaja. Aku memang nak cari drybag a.k.a waterproof bag untuk island trip nanti, aku memang dah ada tp kecik jer (8 liter) so aku nak cari yg besar nyer. Last2, aku ngan hafeesyam beli Karana Drypack 15 liter dgn harga 450 baht satu, besar jugak memang muat utk isi dslr+lens wide dan lens 70-200mm aku. Selamat ler daripada basah kan, drybag atau drypack ni wajib ada yer kalau korang nak pergi pulau, aku naik bot besar 5 enjin pon basah jugak…nasib baik ada drybag ni selamat ler barang2 aku daripada basah.

karana-drypack
Ini la yang aku beli, wajib ada kalau nak gi island tour atau nak naik bot so yg lama nyer aku bagi kat wife ler…hikhik..

Malam itu kami makan malam di Ao-nang jer, ada sebuah kedai yang pelayan dia boleh berbahasa melayu. Aku pun pesan Pad-Thai, ala-ala meehun tapi saiznya besar sedikit…kira ok ler, tapi kedai ini tiada teh tarik…hihihihihi…yang tarik-tarik semuanya tiada.

aonang-nighttime

krabi-postcard

krabi-bag-shop
Pilih jer yang mana nak…

Lepas makan malam terus balik hotel, semua dah letih sebab daripada pukul 4.00 pagi tidak berehat…sebaik tiba di Krabi terus penuh dengan aktiviti. Balik hotel untuk rehatkan badan dan minda dulu sebab esok perancangannya pergi 4 island trip….. yeahhhhh…. wife akulah yang paling suka kalau ronda-ronda pulau ini, biasanya aku cuma cakap “I followwwww” jer……

Selesailah aktiviti untuk hari pertama di Krabi, nanti aku akan sambung cerita lagi untuk hari kedua dan ketiga…… tungguuuuuuu………. dan “Selamat Mengundi” pada 5 Mei nanti.

kob kun cup……

Loading

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

6 thoughts on “Trip to Krabi Thailand – Day 1

    1. Saudara Khir, mmg syok naik gajah tapi mula-mula tu cuak jugak sbb rasa cam nak jatuh jer biler gajah tu berjalan….Krabi mmg syok, saya & wife suka gi cuti di pulau-pulau, baru2 ni cuba natures lak..masuk hutan…ekekeke.. πŸ™‚ budget bulan 1 nak gi backpacker ke krabi & hatyai tp kena hold dulu sbb Politik Thailand tgh bergolak skrg ni…

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.